Saturday, 21 June 2014

RAYYAN..RAYYAN..RAYYAN.. KENA DEMAM PANAS HINGGA SAWAN DEMAM Episod 1

Assalamualaikum.. harini aku letih sangat tetapi masih bersyukur ke hadrat Illahi yang DIA masih sayangkan aku sekeluarga.. kerana memberi nikmat panas sejuk dalam diri aku dan anak-anak untuk kami mendekatkan diri kepada yang maha ESA.
 
Kisah Baby Rayyan sakit masih menjadi segar di ingatan Orlylove.. Aku balik dari kerja dan Hubby kata.. "Mama, tak baca SMS ker? Rayyan sakit ni.. Panas badan dia.."
 
Terkejut aku..sebab semalam.. dia segar bugar bermain dengan Orlylove.. padahal.. Orlylove yang sakit sehari sebelum Rayyan Demam panas. Tak sangka sekarang giliran anak manjaku pula.
 
Aku beri ubat demam macam biasa, sehingga malam menjelang dan sehingga pagi.. ketika tidur.. kami sekeluarga di kejutkan oleh jeritan KUAT RAYYAN.. Aku terjekut melihat anak kecil di lengan aku menggeletar dan panas suhu badan dia.. aku bangun terkejut dan terus memapah Rayyan ke bilik mandi untuk mandi.. ketika itu aku melihat JAM pukul 1.30 pagi..
 
Rayyan di serang SAWAN DEMAM yang pertama... aku sedih kenapa aku tertidur dan tidak menjaga Rayyan punya suhu... sedih sangat..aku memangku Rayyan dalam keadaan lemah sebab baru kena kejang.. badan Rayyan mengeras dan menggeletar kejang..
 
Aku mengelap dia sambil2 baring atas sofa.. tetiba jam menunjukkan pukul 3.15 macam tu.. Rayyan SAWAN untuk kali ke 2. lagi..mata dia dah ke atas dan badan menggeletar kejang.. aku bergegas mandikan dia lagi dan lap dia sebanyak mungkin..
 
 
En. Hubby masih keluar mencari thermometer di sebabkan kami punya yang lama dah hilang.. so Orlylove tak tahu berapa panas RAYYAN pada serangan pertama dan ke 2.. bila hubby balik bawak thermometer.. Orlylove terus menyukat suhu badan.. mak aii.. 39.6'c tinggi tu..sambil2.. aku mengelap badan Rayyan.. tetiba Rayyan mengeras untuk kali ke 3.. aku menangis dan membawa Rayyan ke bilik mandi untuk mandi.. dan aku lap2 badan dia.. sambil melaungkan ayatul kursi di telinga Rayyan.. aku dah rasa seram sejuk tak kena.. sebab 3 kali serangan dan Orlylove dan suami.. bertindak membawa Rayyan ke Hospital Columbia ASIA Setapak sebab dekat dengan Rumah.. ingatkan senang dan dekat.. tapi..
 
 
DOKTOR COLUMBIA ASIA KATA : Erm.. Anak awak sawan.. kami tak ada doctor pakar time ni.. lagi pun dia kena buat Brain Scan.. so.. macam mana.. (sambil tu..nurse di situ mengambil air dan basahkan kepala dan badan Rayyan yang sedang panas.. )...so.. boleh kita refer awak ke HKL?
 
So.. hadiah dari COLUMBIA ASIA untuk kami.. adalah sehelai sarung bantal yang membalut badan Rayyan sebab kami tertinggal kain tuala dalam kereta..
 
 
 
 
dalam hati ORLYLOVE.." OO.. macam ni.. yer HOSPITAL MAHAL-MAHAL ni.. orang MISKIN macam kami tak nak layan.. banyak alasan okler.. tak kisah.. janji anak kami selamat.. kami kena bayaran RM16.50 atas urusan pendaftaran dan urusan nurse memberi kami sarung bantal mereka untuk buah tangan.. hangin aku satu badan.. aku rembat ajer.. kalau korang nak sarung bantal ni.. korang PM aku.. hokey..
 
 
Kami pun memecut laju ke HKL.,. dapat rawatan memang terbaik.. semua doctor dan nurse bergegas membantu RAYYAN.. aku dengan tenang..ketepi memberi laluan untuk doctor buat tugas dia..dan team2 HKL..yang aku kagumi sangat..ketika kami sampai JAM MENUNJUKKAN.. pukul 4.30 pagi.. mata semua petugas HKL semua segar2.. tidak macam doctor di COLUMBIA ASIA SETAPAK yang aku jumpa kejap tadi.. mata bengkak2.. pedih kena ganggu dek aku.. harap makan gaji bute ajer.. 
 
Setiba di bilik wad.. en. hubby kena tinggalkan Orlylove dan Baby Rayyan untuk mengejar anak kami yang di tinggalkan sedang tidur di rumah.. kejamkan kami.. tapi..korang bayangkan tengah panic.. JAM 4 pagi.. tiada jiran yang buka pintu.. kami tawakal tinggalkan anak2 lain sedang tidur.. dan hubby balik dalam jam 5.30 pagi.. untuk bangunkan Mazwin dan Sara. ke sekolah..
 
AKU dan Doktor terkejut.. dengan JERITAN Rayyan yang sedang menyusu badan.. tetiba.. menjerit.. kejang lagi.. di kena serangan SAWAN DEMAM di depan team HKL pulak.. panic aku dan nurse semua.. tapi mereka cekap.. sangat.. doctor pesan jangan panic.. biarkan Rayyan atas katil sambil mengerengkan dia..
 

 
sedang mendapat rawatan setelah kena SAWAN untuk kali ke 4 ..

 
Kesian Rayyan.. letih dan tak sedar..sedang tidur..

 
lepas Jam 7.30 pagi.. selepas Rayyan tertidur..setelah kena serangan sawan ke 4.. Rayyan bangun dengan segar macam dah sihat.. makanan sampai dia lapar sangat sehingga Orlylove nak suapkan dia.. tapi Rayyan nak makan sendiri..


 
seronok hati Orlylove.. tengahari sikit..dia dah ok.. Orlylove bawak Rayyan jalan-jalan ke kedai membeli apa yang dia nak makan dan minum.. Nampak tu.. semangat menghirup air ribena.. sluupppp.. alamak.. hingus.. dah meluncur lajuuu..


 
Masuk hari ke 2.. badan Rayyan masih panas.. demam panas Rayyan menyerang apabila lagi buta.. Orlylove syiok-syiok tidur.. Nurse mengelap badan dia dan mengejut Orlylove.. sebab suhu badan Rayyan naik 39-40 lagi.. Ya Allah .. sembuhkan lah penyakit anak kecil ku..Rayyan..


 
Muka dah sihat sedikit..dah boleh bermain.. dan tersenyum..

 
Sambungan Kisah.. Baby Rayyan.. lepas ni.. tunggu..
 
 

Friday, 20 June 2014

Orlylove's SIGNATURE COFFEE DESIGN..

Assalamualaikum.. Kengkawan.. Hari ini Orlylove nak share kemahiran semulajadi Orlylove dalam seni kreatif..hehehe.. Orlylove akan  terasa bertenaga apabila meminum KOPI atau seangkatan dengannya.. Nescafe ker.. Kopi.. buatan ker.. Kopi original dari biji kopi ker.. huhu.. tapi..mahal ler.. sikit.. nak minum tak leh selalu..parah..kekeke.. Korang nak tengok tak hasil tangan Orlylove.. Meh.. layan.. 














Gambar di atas semua terror sangat.. Orlylove baru nak try-try.. buat coffee sendiri di office ni ha.. dok minum hari-hari sama.. ajer.. AKAQ bukan Barista yang teror seperti gambar di atas.. kalau korang nak tengok koleksi design Coffee ORLYLOVE.. HANYA DI BAWAH.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ok.. kengkawan selamat mencuba.. kalau nak belajar.. kena pergi kelas menjadi BARISTA.. baru leh terror.. macam coffee house.. terkenal nun.. okies.. caoowww.. cinnn cawww.. Wasalam.. 


Friday, 13 June 2014

Lepas Coklat Bihun Pulak.... Nasib baik JAKIM cepat bertindak..!!

SORRY lambat Update.. Orlylove BZ sangat dengan kehidupan seorang ISTERI dan IBU dan PENCACAI MAJIKAN.. 

Kisah JAKIM serbu pihak-pihak Kuwang ajaq ni memang kena balun dengan hak sebagai pengguna ISLAM.. tapi.. macam Orlylove dah pernah kata di entry-entry dulu-dululer.. 

pasal HALAM HARAM.. di MALAYSIA ni.. kena di BADANKAN.. bukan hak KERAJAAN untuk dipolitikkan.. sama seperti SPRM, PEGUAM Negara dan yang lain-lain ler.. HALAL JAKIM kena duduk di bawah PIHAK BEBAS.. tidak boleh ada halangan dari mana-mana pihak MENTERI, PERSEORANGAN Berkepentingan atau apa sahaja yang boleh mengganggugugat HAK ORANG ISLAM dalam HAL HALAL HARAM MAKANAN. 

Korang tengok ler.. kecekapan pihak JAKIM menangani masalah ADUAN RAKYAT.. lepas dapat kencaman HEBAT di media SOSIAL.. semua pihak bergerak.. KES selesai dalam SATU 1 .. lepas tu.. KES di buka semula.. kata kejap HALAL ..kejap HARAM..

Kasi hati RAKYAT beragama ISLAM hangin satu badan dengan pihak JAKIM.. so.. secara peribadinya.. Kerajaan kene BEBASKAN Badan HALAL JAKIM ini untuk lebih berkesan dan TELUS.. 

Banyak lagi Barangan Makanan yang diragui dan kalau nak tunggu JAKIM serbu atas aduan .. memang kita Umat ISLAM MALAYSIA ni.. hidup dalam keadaan WAS-WAS ajer ler.. 

Nak kuatkan rasa HALAL.. Kena cakap.. dalam DIRI.. 

"OK.. AKU TAK WAS-WAS,, sebab ramai ORANG ISLAM MAKAN..Ramai Tok-tok KEPIAH makan.. RAMAI Perempuan Bertudung..MAKAN.. " 



Aper pun TAHNIAH dan SYABAS kepada JAKIM kerana BERTINDAK tetapi.. apakah tindakkan seterusnya.. ? adakah sekat perniagaan dan rampas barangan yang ada di pasaran atau,, kasi gertak ajer..?

Orlylove bercadang JAKIM kena ada 1 saluran TV percuma tentang barangan-barangan yang HALAL dan tidak.. so.. kalau kita boleh tengok tiap-tiap hari Update di TV.. ramailer..makcik-makcik yang tidak ada internet atau telefon boleh menonton RANCANGAN JAKIM.. HALAL.. 

BETUL TAK?



Wednesday, 11 June 2014

Semangat apabila dapat bertemu dengan IBU SUSUAN mereka.. teruja sungguh..

hehe.. Tengok tajuk seram ajer..kan..hehe.. 

Baru-baru ni.. Orlylove berjalan-jalan dengan anak-anak kesayangan ku di sebuah pusat membeli belah di Ipoh perak.. 

Sambil berjalan.. ternampak expo tentang SUSU.. apa lagi, anak-anak ku berlari pantas ingin menemui Ibu Susuan MEREKA.. jom kita LAYAN gambar yang sempat di rakam.. penemuan yang akan hiba dan menggembirakan mereka.. apabila bertemu dengan IBU SUSUAN mereka.. dari kecil hingga lah kini. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.



agak-agak Mazwin sedang berangan menjadi MODEL Produk Tenusu.. Ibu SUSUAN nya.. hehe.


 Nak merasa perah susu sendiri..tapi apakan daya.. Susu dah kering menjadi KEJU..hehe..

Masih kecil .. tak mengerti erti mana Ibu SUSUan..hehe.. Rayyan hanya tahu yang dia ada seorang IBU yang di kasihi SAHAJA..huhu

pening cari mana IBU SUSUAN SARA.. hihihi


tengok tu.. aksi Qalesya.. asyik tak puas hati ajer dengan KAKAK SARA.. grrrrr


"SAYA BANGGA JADI ANAK MAMA " 


Gempar.. Sepasang Suami Isteri ada anak seramai 22 orang di PERAK

Assalamualaikum.. Semua kengkawan Orlylove.. today I nak cerita sikit pasal keluarga Besar dalam keluarga ORLYLOVE.. maksudnye.. Orlylove share famili besar dengan Hubby sebab berkahwin dengan Hubby lah.. korang tak paham yek.. begini ceritanya.. 

Pada suatu hari.. I berkenalan ler dengan seorang lelaki yang ada nama WAN ... 

Asal Kuale Kangsor..udah kene le teman...kampung Orlylove di Kuale gak..ermm..Bila dah kenal .. rapat..kecoh satu famili besar Orlylove bercinta dengan Cucu Wan Su dan Wan Rahman.. anak 22 kuale kangsar.. siaper tak kenal.. kata mereka.. yang mengenali keluarga WAN ni.. so.. tak yah pikir panjang.. Allah dah jadikan jodoh.. berkahwin ler.. Orlylove dengan Kerabat Wan ni.. yang berketurunan anak ramai.. korang tak caya.. ? tengok gambar kat bawah nanti.. k.. 

Korang HADO? .. hihihi.. 

Anak seramai 22 orang telah di kurniakan Allah kepada sepasang suami isteri yang menetap di Kuale Kangsar Perak....Atuk Wan Rahman kami hanya berkahwin seorang ISTERI.. sahaja.. tau.. 

Sekarang Adik beradik bapa mertua Orlylove ni.. tinggal 16 orang sahaja yang masih ada.. 

Cucu dan cicit.. seramai.. seperti gambar di bawah.. tapi.. masih ada yang tidak dapat hadir di sebabkan tugas yang diwajibkan kepada mereka.. 

Baru-baru ini.. Hari Warisan ke 4 keluarga Wan telah di adakan.. 



                                       
Dalam gambar di atas,, anakanda ku gegirl semua dok bermandi manda macam ikan duyung dalam kolam nun.so..mereka tiada.. Orlylove.. duduk di dalam gambar yang sedang mendukung Baby Rayyan.. AKAQ pakai tudung shocking pink.. cer teka yang mana.. hehe.. 


Tahun pertama Sambutan Hari Warisan Keluarga Wan 
Orlylove tak join..sebab belum kawin dengan Anak Teruna Keluarga Wan ni.. baru tunang2.. gitu.. huhu






Tahun Ke 2 Sambutan .. Ha..time ni.. Orlylove baru masuk dalam famili ni.. so.. anak belum ada.. kalau korang nak kenal yang mana satu Orlylove.. time ni.. erm.. kita kasi kenal ok.. 

Cari Orlylove.. tersembunyi..ok.. 

1. Seorang Wanita
2. Berambut panjang dan ada kaler-kaler sikit ler.rambutnya.. hehe.time dulu-dulu.. 
3. Pakai baju wanita mengandung.. sebab time ni.. tahun pertama perkahwinan.. so.. baru mengandung anak pertama.. hehe.. 
4. DAPAT Tak?.. kalau tak dapat.. agak-agak dah nak pakai spek ler tu.. hehehe.. 



Antara Aktiviti yang di lakukan untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama Famili..



Kaum famili dari Medan, Indonesia





Salah seorang yang cun di dalam gambar di atas.. adalah adik ipar Orlylove.. masih single.. so.. saper yang berkenan.. sila.. PM ok.. hehee.. 



Orlylove bertuah diberi peluang untuk mengenali mereka semua.. korang bayangkan.. dulu time mula-mula kenal famili WAN ni.. Orlylove akan bersalaman lebih dari 50 orang sekali jalan.. hehe.. udah rasa macam RETIS lak.. hehe.. gurau jer komeeyy.. hehe.. 


Thursday, 5 June 2014

Dengarlah Bintang Hatiku - Ingatkan ZAMANI SLAM nyanyi!!


Assalamualaikum.. Semua.. 
Pepagi lagi Orlylove dah Feeling..feeling.. hehe.. mungkin banyak sangat dugaan yang menimpa Orlylove di saat ini.. 

Mula-mula dengar lagu Dengarlah Bintang Hatiku terus berangan dan berbunga-bunga hatiku ini.. hehe.. mungkin sebab Orlylove di lahirkan pada zaman BALADA dan ROCK kAPAK.. hehe.. so.. lagu-lagu sentimental macam ni.. memang sedappp.. nyam..nyam.. hehe.. 

Mulakan kerja dengan ceria harini.. Orlylove dapat call dari user system.. untuk Orlylove Assist. so.. dengar ajer suara mamat ni.. terus hati berbunga-bunga.. lagik.. hehe.. sejibik suare eX-Boyfren dulo-dulo..hehe.. mengarut tak.. ? anak dah ramai.. sore eX pun .. masih segar dalam ingatan.. hehe.. itu ler.. nama lagi kenangan manis.. 

Kepada suamiku.. jangan maraa daa.. ini semua gurauan di pagi hari..ok.. kenangan tetap kenangan.. lagu di bawah .. Ayang tujukan untuk Honey.. tersayang..

Percaya atau tidak...kebanyakkan perempuan akan mengingati kenangan manis mereka dengan BAU dan SUARA.. macam Orlylove jugak.. 

Haa.. jangan nak menipulah kalau korang tak setuju.. 

Contoh.. macam lagu.. Dengarlah bintang hatiku.. suara penyanyi..dia macam ZAMANI SLAM.. kalau tak google saper nyanyi.. sure Orlylove ingat zamani SLAM.. Auuuww.. sayang ZAMANI..kekeke.. penyanyi kesukaan ORLYLOVE TU.. 

CONTOH.. ke dua.. BAU.. 
Kalau korang jalan atau berada di suatu tempat.. dan ada lelaki/perempuan lalu memakai perfume... sama dengan kenalan lama kita pakai.. sure korang akan terkenang kenangan manis korang..kekeke....

Tak kisah ler aper yang korang nak cakap pasal orlylove.. aper pun.. layan.. hehe.. 

Ha..satu lagi rahsia ALAM yang orlylove nak share... pasal SUARA ni..

-KALAU LELAKI CAKAP DALAM PHONE.. dengar suara dia sedap.. hehe.. muka dia biasa-biasa ajer.. tapi.. kalau suara dia garau.. tak sedap.. kekekkeke.. HENSOME.. hehehe.. 

- Macam tu.. gak.. kalau perempuan.. cakap dalam phone.. suare sedap.. hehe.. ALAMAK.. tahyol..tahyol.. jangan percaya.. okies.. baca ajer.. 

SLAM - Gerimis Mengundang.. ZAMANI.









Dengarlah Bintang Hatiku
oleh: De Meises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Tuesday, 3 June 2014

ADA KE TAK ADA NI? SAH DNA BABI TAK ADA DALAM COKLAT CADBURY..JAKIM..


KUALA LUMPUR: MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari inimengumumkan coklat Cadburyyang sebelum ini dikesan mengandungi unsur babi sebenarnya tidak ada babi. Beliau membuat pengumuman itu sebaik saja pihaknya menerima laporan ujian makmal daripada Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Ujian dibuat ke atas 11 sampel itu melibatkan dua jenis coklat yang terlibat, empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama serta lima bahan mentah yang mungkin ada unsur haiwan. Sampel berkenaan dihantar untuk ujian oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ujian awal yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan — yang mencampakkan kita ke dalam isu halal atau tidak coklat Cadbury ini — dikatakan dibuat ke atas sampel yang diambil dari pasaran.

Menurut Jakim, ujian status halal yang ia jalankan lebih ketat. Ia pergi terus kepada sumber asalnya iaitu kilang. Dengan membuat ujian ke atas produk di kilang, ia akan dapat mengetepikan soal pencemaran yang berlaku selepas produk berkenaan masuk ke pasaran.

Pengumuman Jamil Khir itu hanya merumuskan satu perkara: tidak ada unsur babi dalam coklat Cadbury yang diuji. Tentang sijil halal ke atas produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. yang terlibat, Jakim akan memeriksa semula "seluruh rantaian pengeluaran produk" dan membentangkan laporan kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum ia boleh mengeluarkan semula Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang ia tarik balik serta-merta sejak 24 Mei lalu.

Kenyataan Jamil Khir itu sepatutnya menamatkan isu coklat ada babi. Dakwaan bahawa coklat Cadbury dengan kazang hazel dan buah badam ada unsur babi itu sebenarnya tidak betul. Cerita sudah habis. Umat Islam sepatutnya boleh makan coklat Cadbury (semula) tanpa was-was.

Tetapi kalau melihat kepada reaksi di media sosial sejak selepas pengumuman Jamil Khir itu, isu ini nampaknya belum lagi hendak selesai. Reaksi orang ramai bercampur-campur. Ada yang yakin, ada yang tidak yakin dan selebihnya, banyak juga yang keliru. "Sekejap ada babi, sekejap tak ada babi." Itu antara reaksi mereka.

Ada beberapa soalan yang tinggal belum berjawab:
1. Coklat yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini datang dari mana?
2. Ujian oleh Kementerian Kesihatan itu dibuat di mana?
3. Apakah coklat yang diuji itu tercemar di pasaran?
4. Jika benar tercemar di pasaran, bagaimana coklat yang berbungkus boleh tercemar?
5. Apakah sebenarnya coklat itu tidak tercemar di pasaran tetapi coklat yang diseludup dari negara jiran dengan bungkusan yang sama dan label yang serupa?

Ini antara soalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa.

Dalam masyarakat Islam yang cukup sensitif tentang soal babi dalam makanan, cerita babi dalam coklat ini perlu penyelesaian yang muktamad. Wajar atau tidak mereka terlalu sensitif tentang haramnya babi tetapi tidak begitu peduli soal dosa dan mudarat perkara lain yang jelas haram seperti riba, rasuah dan menyeleweng harta awam, itu soal yang lain.

Apa yang dihadapi oleh Jakim sekarang ini bukan saja soal coklat ada babi tetapi sejauh mana logo halal yang ia keluarkan boleh dipercayai. Itu isu sebenarnya. Itu isu yang perlu ditangani oleh Jakim sekarang.

Ingat lagi isu keselamatan ayam semasa gempar cerita penyakit selesema burung lebih kurang 10 tahun lalu? Kementerian Pertanian yang ketika itu diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjamu hidangan ayam kepada Jemaah Menteri. Majlis makan tengahari itu berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya. Menurut laporan media, ada hidangan sup ayam dengan telur puyuh, ayam goreng berempah, ayam rendang Minang, ayam masak kicap dan ayam goreng.

"Rasa ayam itu amat enak sekali dan kita berharap ramai lagi akan makan ayam kerana ayam kita selamat dan rasanya pun sedap," kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang mengetuai Jemaah Menteri hadir ke majlis jamuan makan tengahari itu. Majlis itu dibuat untuk mengembalikan keyakinan orang ramai kepada tahap keselamatan ayam kerana pada waktu itu, jualan ayam sudah merosot sehingga 30 peratus.

Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong juga pernah melakukan hal yang sama pada 2002 apabila beliau minum air kitar semula jenama NEWater yang dikeluarkan oleh republik itu. Pada masa itu, rakyat Singapura tidak yakin air yang dirawat itu selamat dan bersih untuk diminum.

Itulah yang barangkali perlu dilakukan oleh Jakim sebagai pihak berkuasa agama di negara ini. Ahli  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pun sepatutnya ikut sama. Mereka perlu menunjukkan kepada umat Islam di negara ini bahawa logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim itu sah dan harus dipercayai tanpa ragu-ragu. Makanya, mereka wajar makan dahulu coklat Cadbury itu.

Apakah ada cara lain untuk mengembalikan keyakinan umum yang hilang itu?


BABI BABI BABI!!!

KES KEJAP HALAL KEJAP TIDAK!

Nak semak HALAL JAKIM?


SAH ADA DNA BABI

Thursday, 29 May 2014

Yeahhh.. Dapat SAMPLE FREE dari NESTUM MALAYSIA!!

Hari ini.. suka sangat.. sebab dapat parcel dari NESTUM MALAYSIA.. terkejut gak sebab selalunya.. kalau kita register untuk dapat sample.. kita akan dapat satu paket sahaja.. untuk sekali dua minum.. ni tidak.. ORLYLOVE.. dapat.. sepeket besar.. untuk 8 kali minum.. hehe.. jimat-jimat.. 

Ok.. kalau korang nak tau.. ORLYLOVE suka sangat minum atau makan nestum ni.. BAB makan..rasanya.. boleh layan.. kalau nak kurus.. nanti raya sure akan ku beli banyak NESTUM ni..nak buat kuih raya.. sodapp.. 




korang nak.. pegi sini..



Ada pertandingan untuk korang menang... masuk ler.. mana tau.. rejekii.. hehe..ORLYLOVE nak masuk.. tak ada idea.. MALU aaa.. heheh.. 





ORLYLOVE today Women in Black..

Assalamualaikum.. kepada semua pembaca ORLYLOVE.. today orlylove memakai pakaian serba hitam kerana ingin memberi penghormatan terakhir kepada DYMM Sultan Azlan Shah yang telah mangkat semalam.. nak kata berkabung tidak ler.. cuma.. baju hitam ni.. tak pernah pakai.. kena lak dengan kemangkatan tuanku sultan. itu ajer.. 

Geram tu.. ada sorang mamat gelap-gelap kulitnya.. dalam opis ni.. Orlylove masuk ajer.. dia kata.. kurang ajar pasal Sultan Perak.. 

" OOO.. itu Karpal Singh dah bawak Sultan Perak MASUK sekali.. dulu itu sultan marah Karpal Singh.. " siap gelak lagi.. KAPIAQ tu.. nak  jer aku tukar ko jadi PANDA.. boleh aku bela dalam zoo.. tak payah MALAYSIA beli panda mahal-mahal.. 

Grrrrrrmmm.. agak-agak ler.. bab kematian ko nak persenda.. aku dulu tak kacau pun kaum-kaum yang lain.. isshhh.. jangan marah-marah ORLYLOVE...buang negetif-negetif.. masukkan yang POSITIF today.. 

Orlylove in da house...