Saturday 27 December 2014

SOROTAN AKTIVITI SOSIAL ORLYLOVE DI AKHIR TAHUN 2014

Alhamdullilah.. bersyukur ke hadrat Allah S. W.T dengan limpah kurnianya.. tahun 2014 akan menutup tirai dengan banyak kejadian dan pengalaman sedih dan gembira buat Malaysia dan Orlylove sendiri.
Maaf kerana Orlylove dah jarang nak update entry Orlylove di sebabkan tuntuhan tugas dan masa yang kurang mengizinkan. Tapi Hari ini dapat juga Orlylove meluangkan masa untuk memanbah entry untuk penghujung tahun 2014 dan Orlylove akan belanja Rakan-rakan semua apa yang telah terjadi di kehidupan Orlylove di akhir-akhir tahun 2014 ini.
Semangat Anak-anakku dengan rakan untuk memulakan aktiviti bersukan dan beriadah. Orlylove bertugas membantu kaunter pendaftaran pertandingan mewarna.



Arissa Maisara dengan hasil jari jemarinya mewarna. Terbaek..


Acara memanaskan badan di pagi hari.. Senam Aerobik bersama masyarakat setempat..

 Mazwin dengan semangat untuk menghabiskan hasil kerjanya..dan di atas adalah hasil kerja kraftangan jiranku.. kak Faezah dari barang-barang terbuang...


Bersama Dato' Hamdan Bin Yusoff, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju 2014

Hasil kerja kraftangan mak tersayang..




Wefie dulu.. sebelum bermula pertandingan mewarna..

Ambik mood dengan mak sebelum bermula..



Acara ' Back To School ' yang berlansung pada hari ini adalah Majlis yang diusahakan oleh pihak UMNO, Baitulmal dan DBKL untuk mengakhiri tahun 2014.

Terima Kasih kepada pihak yang telah menjayakan majlis ini dengan gemilangnya. Pada hari ini, Orlylove merelakan diri untuk masuk banyak acara tetapi gambar tidak dapat dirakamkan.. hehe.. udah den main.. tak ada orang nak tolong ambik gambar.. hehe..

Orlylove masuk acara Gelek Rim, Susun Batu-bata, Susun puzzle dan acara kemuncak acara Tarik Tali.. alhamdullilah.. lega dah selesai semua.. nak balik.. rehat.. Bye.

Sunday 7 December 2014

RAHSIA SIHAT DAN MASIH BOLEH BERMAIN BOLA JARING DI KETIKA USIA 63 TAHUN..- TERBONGKAR..

Alhamdullilah..dah lama Orlylove.. tidak bermain di padang untuk acara berat-berat... seperti Bola JARING.. selesai sudah hari ini.. Orlylove akan menggunakan daya tujahan dan daya asakkan.. untuk menunjukkan Orlylove masih sihat walaupun Orlylove sudah mempunyai ramai anak.. hehe..
 
Just nak story the morry yang Orlylove bangun dan bersiap sedia dengan azam bagi memasuki satu perlawanan bola jaring di antara penduduk taman.. korang nak tahu siapa yang akan Orlylove lawan.. ?????
 
Mak-mak yang usia.. 60 tahun ke atas.. dan anak-anakku.. yang seawal remaja.. hehe.. grand kan? moh kita tengok aper yang terjadi.. huhu..
 
Korang bayangkan .. Orlylove.. membuat cabutan undi untuk menentukan kumpulan lawan.. dapat lak. satu kumpulan dengan ibu kesayanganku.. terbaekk.. mak.. seusia 63 tahun.. mak masih berbisa untuk menjadi GS.. GS tu aper? mereka kata GS tu Goal Shooter.. maaf yer.. saya kurang arif bab permainan bola jaring ni..sebab di sekolah dan kolej dulu terlalu SETIA dengan BOLA TAMPAR.. so aksiku pada hari ini.. memang asyik MENAMPAR bola untuk kasi pada pihak pasukan.. ku.. HIJAU.. hihihi.. Go Green Go..
 
Ok.. Orlylove nak cerita pasal IBUKU.. yang masih gagah untuk bermain bola jaring..
 
Korang nak tahu tak rahsia.. bagaimana ibuku menjaga tenaga dan mengawal penyakit untuk singgah ke tubuhnya.. di usia 63 tahun..?
 
Ibu Orlylove.. kalau korang nak tahu.. dari Orlylove kecil hingga sekarang.. masak tak pernah letak PERASA dan AJINOMOTO.. Sure korang cakap.. hekkk elehhhh.. itu ker rahsia masih cergas?.. MAK TAK TIPU DEkkk.. kan..kan..kan.. bukan itu sahaja..
 
Ibuku.. paling tak suka makan UBAT.. dari Orlylove kecil.. beliau memang susah nak sakit walaupun letih mengurus rumahtangga dan menguruskan kami adik beradik.. dengan Ibuku.. bekerja.. siapkan makan seawal pagi.. dan basuh kain..kemas rumah .. sebelum meninggalkan kami adik beradik seawal 6.20 pagi untuk ke pejabat pada ketika itu di Damansara.. balik uruskan keluarga dan aktif berpersatuan dan bersukan.. senang cerita orang yang tidak boleh duduk diam.. mesti ada sahaja perkara yang beliau lakukan untuk gerakkan seluruh anggota badan.. memang SALUTE.. kepada MAK.. sebab Orlylove.. di usia muda ni.. dah banyak penyakit.. sakit sana sini.. lenguh sana sini..
 
Sekarang ni.. IBUKU.. suka amalkan madu dan buah-buahan dalam seharian mesti ambil.. kalau beliau kurang sihat sekalipun.. beliau lebih suka makan, tidur dan solat.. sebut pasal nak jumpa doctor.. ubat..memang perlukan pujukan berhari-hari.. sampai tak baik.. baru beliau ikut kata anak-anak..lepas jumpa doctor.. ubat.. letak tepi.. bila anak-anak Tanya.. Mak akan kata SUDAH MAKAN.. itu sahaja jawapan beliau..
 
Sekarang Mak tinggal sendirian di rumah.. dah lama ibuku menjadi ibu tunggal.. yang cekal dan gembira.. setelah pemergian Ayahanda tercinta lebih 13 tahun hidup seorang diri..
 
Mak lebih suka bersenam di dalam rumah dan bercucuk tanam di luar rumah.. ada masa lapang.. mak akan .. buat kraftangan yang mengurangkan rasa bosan ketika duduk di rumah...
 
Apapun.. Orlylove sayang mak.. dan orlylove ingin tiru seperti kehebatan ibuku.. walaupun Orlylove suka mengeluh disebabkan letih.. uhukkk..
 
Kita layan kenangan untuk hari ini..

senyum leborr.. sebelum berjuang mak.. hehe..

Pose baik punya.. Inilah Mak Orlylove.. GK ( Girl Kental ) & GS ( Girl Seksi )
rasanya... macam mak lagi Nampak muda..kan..kan.. hehe
 
 Team Orlylove Hijau.. lawan Oren..


 
Syabas Team Hijau dapat tempat ke 2 setelah di bincang dan di kira.. sepatutnya.. kami akan lawan lagi.. untuk tentukan tempat juara.. tetapi.. atas dasar muafakat membawa berkat, kami setuju untuk menentukan JUARA mengikut mata jaringan sahaja..
 
Mengah makkkkk.. matahari dah mencanak atas kepala.. kesian lak kepada Mak dan makcik-makcik yang semangat tetapi.. atas factor menjaga kesihatan masing-masing.. kami redha untuk dapat tempat ke 2 sahaja.. apapun.. syabas sekali lagi..
 
You all memang Awesome..
 
lepas perlawanan .. Orlylove.. banyak mengurut kaki dan badanku yang sakit.. sengal-sengal.. seluruh badan.. tapi korang nak tahu.. apa ibuku buat ketika Orlylove.. berehat pada waktu malam? Mak turun join anak-anak kecil berlatih menari untuk acara kemuncak sukan.. nanti..TABIK Springg.. kat MAk.. masih bertenaga dan sihat dan kuat.. :P

Thursday 4 December 2014

KHASIAT MADU MAKANAN SUNNAH


Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak-sejak akhir ini... kesihatan Orlylove tidak begitu baik.. terkena serangan semput.. sehingga doktor terpaksa memberi bantuan nebulizer for asthma.. 

Bila jalan kaki jauh sikit ajer Orlylove dah rasa semput.. so.. bila dah makan ubat tetapi masih ada bisa-bisa lelah itu.. macam-macam ler.. yang orlylove risaukan.. so.. baru teringat..kan khasiat MADU LEBAH yang memang amalan sunnah. Orlylove dah beli Madu Khaula.. dengan harga RM65 sebotol.. 

Alhamdullilah.. lepas mengamalkan pengambilan madu sesudu besar pagi dan malam.. kesihatan Orlylove beransur pulih.. 





Di sini beberapa cara diperturunkan untuk menggunakan madu dalam proses rawatan :

LECUR/TERBAKAR – sapu madu pada tempat lecur.Ianya menyejukkan, menghilangkan sakit dan membantu mempercepatkan penyembuhan tanpa parut. Menjadi antibiotik dan bakteria tidak boleh hidup di dalam madu.

KENCING MALAM – satu sudu teh madu sebelum tidur membantu menahan air dan menenangkan ketakutan pada anak-anak.

SUKAR TIDUR – satu sudu madu dicampur susu suam membantu tidur dan cara kerja.

HYPERAKTIF : gantikan semua penggunaan gula putih kepada madu. Madu putih sangat merangsang tanpa sebarang kandungan makanan berkualiti. Madu membekalkan tenaga.

KELETIHAN : masukkan sesudu ke dalam air kosong atau 1/4 madu banding air ke dalam cawan dan simpan di dalam peti. Madu merupakan fruktose dan glucosa, maka ianya sangat cepat diserap oleh sistem perncernaan. Madu merupakan penstabil semula jadi yang unik.  Atlet Yunani kuno mengambil madu untuk stamina sebelum memulakan pertandingan.

PEMBERSIH MUKA : Sapukan madu pada wajah , dan biarkan selama setengah jam dan basuh. baik untuk merawat jerawat dan kotoran yang tidak disukai.

MASALAH PENGHADAMAN : campurkan madu dengan kuantiti yang sama dengan cuka apel dan larutkan dalam air. Baik untuk sendi dan membantu mengurangkan berat.

MASALAH RAMBUT : campurkan madu dengan minyak zaitun , dan sapukan pada kepala, basuh rambut selepas 1/2 jam.  Membantu menyerikan rambut dan kehilangan rambut.

SAKIT TEKAK : minum sesudu madu dan biarkan ianya di dalam mulut dengan menelan sedikit demi sedikit. Ianya mengurangkan bengkak pada tisu.

TEKANAN –  madu dalam air merupakan alat penenang , menurunkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah. ratio madu dan air 1:4

ANEMIA (kurang darah) – Madu mengkayakan kandungan darah paling bagus dengan meningkatkan kandungan kospuskel. Semakin gelap madu, semakin banyak mineral yang dimiliki.

OSTEOPOROSIS (tulang rapuh) – Kajian menunjukkan sesudu madu setiap hari membantu penggunaan kalsium secara optimum dan menghalang osteoporosis –  boleh dicuba bagi yang berumur 50 tahun ke atas.
UMUR PANJANG – kebanyakan orang yang berumur panjang adalah yang menggunakan madu secara tetap. Satu fakta yang menarik, bahawa penternak lebah madu lebih sedikit yang mendapat kanser dan radang sendi berbanding kesemua kerjaya yang ada di dunia.

Migren (sakit kepala) – masukkan sesudu besar madu kedalam separuh gelas air. Minum tika sakit datang dan ulang setiap 20 minit. in sya allah membantu.

Konjunktivitis (radang mata) – cairkan madu di dalam air suam dengan ratio yang sama. bila ianya sejuk , jadikan sebagai ubat mata.

Batuk  – campurkan madu , lemon dan air rebusan kayu manis. kacaukan dan minum apabila diperlukan.
Allah sebagai Penyembuh , Pemberi Penyakit.