Wednesday 30 April 2014

Berpatah BALIK.. "TURN BACK".. banyak lak.. kes.. lepas MH370

Selamat Hari Rabu kepada semua.. Orlylove dah lama tak usik blog ni..sebab desakan tugas harian yang tidak membenarkan Orlylove menekan papan kekunci untuk mengemaskini blog ini.. harini.. terpanggil untuk meluahkan sesuatu tentang .. BERPATAH BALIK.. 



Nak cerita pasal berpatah balik ni.. teringat kata orang tua dulu-dulu... " kalau kita bergerak meninggalkan rumah.. jangan berpatah balik.. tak elok.. kalau dapat elak kita elakan. Selalu nyer.. akan dapat pertanda buruk..kalau kita berpatah balik.. ".. itu cerita orang tua-tua ler.. tapi.. 

Sekarang ni.. senang sangat kita dengar perkataan BERPATAH BALIK.. berkaitan dengan sebuah pesawat yang telah memulakan penerbangan.. 






Sejujurnya.. selepas kes MH370.. baru orlylove sedar pasal .. yang pesawat.. akan berpatah balik di sebabkan kerosakan pesawat.. untuk di baiki.. bukan nyer.. membuat pendaratan cemas di mana-mana landasan terdekat.. hehe.. suka hati apak korang jer .. yer.. mana boleh.. sesuka hati mendarat.,, kat landasan orang ,...huhu

Begitu ler.. kata orang tua dulu-dulu.. kalau kita dah teruskan perjalanan.. tidak elok berpatah balik.. tapi...jangan jadikan kata-kata itu kalau kita betul-betul perlu untuk BERPATAH BALIK.. yer ler..kalau ler.. kita betul-betul perlu berpatah balik.. teruskan jer lah.. ajal maut di tangan Allah.. berserah ajer.. mana tahu itu yang terbaik.. untuk kita pada hari tersebut.. 

PS : Satu lagi Orlylove nak pesan.. untuk diriku ini.. Janganlah suka kaitkan sesuatu yang buruk terjadi itu disebabkan kita berpatah balik..tadi.. semua kejadian yang berlaku semua ketentuan Allah.. kalau Allah dah kata.. KUN FA YA KUN.. terjadi ler.. IA.. kita tidak boleh mengelak walaupun sesaat.. redha ajer.. 

Muka seorang perjuang negara... 




Thursday 24 April 2014

IBU TUNGGAL SENTIASA AMALKAN ZIKIR ! MENINGGAL -KUBUR BERCAHAYA!!..SUBHANALLAH

Subhanallah! Kubur Ibu Tunggal Adzlin Lin Halimi Bercahaya 


Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar. 

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil. 

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.) 





Ya Allah Ya Tuhanku.. Semoga Arwah di tempatkan di kalangan-kalangan orang beriman. 

Penuh derita beliau di dunia dengan dugaan Allah, 
Semoga anak-anak beliau mendapat perlindungan yang sewajarnya..
kita yang masih bernyawa ini, beringatlah bahawa diri kita tidak tahu nasib kita bagaimana apabila menemui Illahi nanti.. 

Orlylove sentiasa ingin memberbaiki diri dan cuba untuk mendekati Allah sebaik mungkin.. sama-samalah kita berusaha mengenali Allah dan ingatkan Orlylove kalau diriku terlupa, sebelum kita bertemua-NYA...

Suka hati aku ler.. ni BLOG aku..

Assalamualaikum.. semua.. 

Harini Orlylove nak share kat uols semua pasal rupa paras serupa.. 
AKU ORLYLOVE,, hehe,, 

Korang nak tengok tak muka comot orlylove time kecik..? jap yee.. 

Tara.. hehehe.. 


ni ler.. muka comot Orlylove...

tapi.. clone Orlylove.. ada di bawah


Mazwin anak sulung






MAZWIN , SARA , QALESYA

Muka anak-anak perempuanku.. semua.. mengikut rupa paras ORLYLOVE ketika kecil.. tetapi.. dah besar.. berubah mengikut.. 
acuan "Boleh CAMPUR-CAMPUR..boleh CAMPUR-CAMPUR.. hehhee.. "

jom tengok koleksi gambar kenangan dulu-dulu,.

Mazwin 1 tahun

Maisara 1 tahun

Qalesya 1 tahun

Orlylove's Jr. 


Rindunya.. masa mereka kecik-kecik.. nanti orlylove update gambar terbaru gegirls semua ok.. 

Thursday 17 April 2014

Lepas 18 tahun bertemu kembali..Sayang You ouls..

Selepas 18 Tahun kami bertemu kembali.. Itu ler..kisah nyer.. 
Orlylove telah bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan ketika di sekolah menengah. Ketika itu aku bersekolah di Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Klang. Selangor.

Mula-mula, kitorang jumpa di alam maya sahaja.. dengan undangan untuk buat group wassup .. lepas tu.. kehangatan kenangan manis ketika di alam persekolah membuatkan Orlylove tak sabar nak jumpa rakan-rakan.. hehe..

Aku gagahkan juga untuk bertemu sehingga terpaksa mengambil cuti untuk pertemuan rahsia ini.. kekekke.. RAHSIA.. daripada anak-anak .. hehe.. 

Sorry yer... kasi peluang mama pergi jumpa rakan-rakan lama.. dah lama mama kehilangan kawan-kawan .. setelah bergelar "MAMA"..kesibukan menguruskan anak-anak dan rumahtangga.. menyebabkan mama lupa yang mama masih ada kawan lama.. Huuhu.. 

Terukkan.. ??

Korang tengok ler.. Rakan-rakan Orlylove.. kebanyakan mereka satu kelas dengan orlylove dari tingkatan 1-5.. 




terselit seorang jejaka kacak di situ.. antara kuntuman bunga-bunga mekar


hebat rakan ku Zarina bercerita.. 18 tahun nyer story the mory keluar balik.. hehhe


Hot..HOT..MAMA..Anak semua lebih dari 2..huhu




 Gorges MEM.. BESAU.. 



  Cuba cari ORLYLOVE?.. hehe.. teka dan menang.. hihi 

 My BFF.. till Jannah. .Fidd Tamim

Best aku nak cerita pasal aku nyer BFF ni.. hehe.. 
Aku masuk sekolah.. dengan muka blur.. takut dan resah.. siapakah kawan aku apabila masuk melangkah tingkatan 1.. di sekolah ni..kan.. taraaaa.. cikgu suruh aku duduk di sebelah minah sorang ni.. nama dia.. RAFIDAH TAMIM..  aku syiok.. kawan dengan dia.. sampai tingkatan 2, 3, 4 dan 5.. korang bayangkan AKU SATU KELAS dan DUDUK SEBELAH dalam kelas.. huhu.. hihi.. CAYANG FIDD.. 

AKU sambung belajar ke UTM SKUDAI.. dan DIA Di UITM Shah ALAM.. jauh tu kami terpisah.. tetapi.. hubungan sampai sekarang di semai.. Alhamdullilah.. aku masih SAYANG BANGAT dengan kamu.. BFF aku.. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Arwah Ayahanda Fidd yang telah kembali ke Rahmatullah.. pada tahun ni.. Aku kehilangan Ayahanda pada tahun 2001.. 

Aku nak Share ngan uols.. lagu yang kitorang suka nyanyi dalam kelas.. hihi sampai cikgu selalu marah.. RAJA..FIDAH.. jangan nyanyi LEH?.. 




Jom.. karokkkkkkk.. girlssss.. 

YB Karpal Singh Maut Nahas Jalanraya!!






Terkejut dengan berita pagi ni.. tentang YB Karpal Singh kemalangan di kilometer U (kawasan gua tempurung) Perak yang melibatkan kereta Toyota Alphard no. plat KS9898. 

Orlylove membaca berita kemalangan dari OH MEDIA   

so.. korang leh baca dari link di atas untuk berita lanjut. 


Kesahihan berita belum di sahkan dari mana-mana berita utama.. apa pun Orlylove bersimpati dengan apa yang terjadi.   


Tuesday 15 April 2014

BILA USIA CECAH 65 TAHUN, RAMAI MATI DALAM KEMISKINAN!!

Assalamualaikumusalam,

TAKUT AKU baca perangkaan tentang antara kita semua ini akan mati dalam KEMISKINAN .. ada orang nilai erti kemiskinan dari banyak sudut.. tetapi 

ORLYLOVE sekarang nak bongkarkan KEMISKINAN yang akan MENJADI KETURUNAN..KITA MISKIN KALAU KITA TIDAK BERTINDAK SEKARANG..TAK PERCAYA?.. 





Walaupun anda telah mencuba pelbagai cara dan GAGAL, kali ini anda pasti BERJAYA kerana anda sebenarnya tidak mengunakan 100% potensi yang ada... 


Itulah semangat yang Orlylove nak kongsikan dengan semua...

Jangan jadi seperti seekor kerengga.. 


" Kerengga akan cuba menggigit dan menggagalkan usaha seseorang apabila seseorang itu ingin memanjat sebuah pokok mangga untuk mengambil sebiji buah mangga di atas pokok itu, jadi orang yang memanjat pokok itu dengan hajat untuk mengambil buah mangga yang masak ranun di atas pokok itu akan menjerit kesakitan kerana digigit sekumpulan KERENGGA.. 

TETAPI.. 

dengan NIAT dan semangat ingin sangat merasa kenikmatan memakan buah mangga yang masak ranum di atas pokok yang penuh dengan kerengga itu.. si pemanjat pokok tadi cuba menjolok buah mangga dengan menggunakan GALAH untuk menggugurkan buah tersebut.. 

ALKISAH.. 

dapatlah "pemanjat" pokok mangga yang terkena gigitan KERENGGA tersebut menikmati kesedapan dan keenakan buah mangga yang manis dan masak ranum itu.. "

Inilah kisah seorang lelaki yang bernama PENDEKAR AZLAN.. 

NAK BELAJAR MACAM MANA NAK MENJANA PENDAPATAN UNTUK MENJADI SEPERTI PENDEKAR AZLAN..?





Hanya Ilmu dapat membeli segalanya..
Orlylove's mencapai tahap positif diri yang luar biasa


Biar Gambar menceritakan segalanya.. 


Kepada yang ingin mengetahui RAHSIA AZLAN.. 
Jangan takut pada bayang-bayang anda.. terus menghubungi beliau.. kerana.. beliau.. ingin jadi MENTOR ANDA secara PERCUMA.
ingat tu.. PERCUMA..PERCUMA.. PERCUMA.. PERCUMA..

 call :  018 2415651
017-6118924

@ SMS  Nama _WANTRICH

Baca Seterusnya Menarik di SINI

Friday 11 April 2014

ORANG ISLAM SUDAH KELIRU DENGAN HUKUM KARMA..SENANG SANGAT SEBUT!!.. TAK TAHU MAKNA..


HUKUM KARMA?

Tanya anak muda sekarang.. apa yang uols tahu tentang hukum KARMA??
diorang pasti akan cakap.. "ala.. kalau kita buat orang.. nanti kita akan terima balasan yang sama dengan apa yang kita dah buat ler.. itu ler.. HUKUM KARMA.. "

Wah..wah.. wah.. Aku nak melenting ker? Oh tidak.. Orlylove pun Jahil tentang hukum karma ni..sebab time aku lahir.. dan membesar.. dah ada lagu kumpulan WINGS yang di nyanyikan oleh penyanyi kesayangan Guwehh..HUKUM KARMA.. Waduh-waduh..ngapa sihk.. Kumpulan Wings ni.. ngesatkan aku.. ..hihihi.. tapi lagu tu sedap.. huhu.

Apapun layan dulusss.. yosshhh.. 


Sekarang dah jadi trend kebanyakan Retis kita menggunakan term HUKUM KARMA dalam setiap perkara buruk yang berlaku sepanjang perjalanan hidup mereka.. Ala.. kalau AhWiiieee dulu mungkin kurang arif tentang ISLAM.. tapi sekarang pendedahan ISLAM terlalu luas untuk kita pelajari.. Banyak kaedah boleh kita selami.. Nak baca Internet..pasal ajaran ISLAM.. banyak.. tapi.. awas .. kena tanya juga kesahihan nyer.. tapi.. ok.. back to my topic.. 

Kepada Sang Retis yang terasa Kifarah yang mereka terima ini.. sebagai HUKUM KARMA.. Aku mengajak semua orang perbetulkan mana yang tidak betul selama ini.. Kita yang bukan RETIS pun.. kena tukar perkataan.. HUKUM KARMA kepada KIFARAH

Pada zahirnya.. HUKUM KARMA ni macam selari dengan Ajaran ISLAM..tetapi HUKUM KARMA ADALAH TERM untuk AGAMA HINDU.

Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: 

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Menurut kepercayaan agama HINDU, HUKUM KARMA atau The LAW OF KARMA bermaksud "PERBUATAN". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentu binatang.

Bagi setiap penganut HINDU, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agas terlepas daripada kelahiran semua yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk BINATANG. Jika mereka lakukan perkara baik.. mereka akan pulang kepada tuhan penciptanya iaitu Brahma di NIRWANA atau SYURGA penganut HINDU. Buddha juga menggunakan kepercayaan HUKUM KARMA. 

Selagi seseorang penganut HINDU itu gagal mencapai karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu. 

Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa 

Pertama: 

Tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga.   

Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.

Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci.  

Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati,  kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.

Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.   

Ok...maksud Kifarah ialah:

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. 

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Selamat beramal..

Antara Contoh yang Orlylove baca.. 


Thursday 10 April 2014

MINTA CADANGAN ..SUDAH DI CADANG..DI BENCI PULA..APA KES NI.. BOSS?


SENARIO nya begini.. 

Korang pernah  rasa tak  apabila pendapat korang...dihargai...cadangan bernas korang di terima oleh pihak atasan dalam PEJABAT ?
Maksudnya BOSS...

BEST GILER kan? terasa macam AKUlah pekerja HEBAT sebab apa yang aku cadangkan BOSS terima sebulat-bulatnya....

Mesti pernah kan?.. tapi kalau korang nya pendapat di hina dan di caci oleh staff dalam pejabat korang sekarang ..apa uolss rasa? 

Bila meeting.. boss akan cakap.. "Anything, please tell me.. please share with us.. please welcome any good suggestion for company to growth..Please..please.. bla.bla..bla.. " 

Bila ada staff beri pendapat.. begitu..begini.. akan terdengarlah .. cerita buruk di belakang yang pendapat kita di persenda.. di caci.. oleh orang-orang atasan.. 

SIAP ada Manager ADMIN pesan.. " Cakap dengan sipolan-sipolan.. Jangan suka kasi KOMEN di KOTAK CADANGAN.. boss tak suka.. boss macam Menyampah sangat ler.. "

TAPI.. kenapa buat KOTAK CADANGAN.,, ?

APA KORANG NAK NI.. BOSS.. korang rasa korang dah hebat sangat ker..? sekarang korang di atas.. nanti bila korang di bawah..baru korang rasa.. macam mana staff bawahan rasa.. 

Bila tak ada idea,..minta semua orang bawahan keluarkan semua idea yang ada.. brainstorming macam nak muntah.. lepas tu.. yang cerdek pandai.. cakap.. " BOSS ..begini.. IDEA SAYA.. ".. 

lepas tu.. orang atasan juga yang burukan orang bawahan yang meluahkan IDEA-IDEA bernas untuk memajukan syarikat.. 

Ini namanya.. mencuri namanya.. korang.. yang suka mengampu boss naik pangkat bertingkat-tingkat.. orang yang tak suka ampu ni.. duduk di bawah mangguk tingkat.. :(.. ini lah nasib .. hanya.. ALLAH jer yang akan membalas jasa baik hamba-hamba orang bawahan..  

ORLYLOVE :  Suarakan apabila perlu.. jangan takut nak BERSUARA.. 
dan jangan TAKUT apabila pendapat kita dikatakan PENDAPAT / SOALAN BODOH.. 

sebab orang yang kata semua ini bodoh akan menggunakan PENDAPAT BODOH KITA apabila dia terdesak.. dan akhirnya.. KEJAYAAN menanti jua.. Akhir kata.. KITA POSITIF dengan DIRI dan jangan cepat menghukum.. 

BERANI..BERANI.. PERCAYA..REZEKI DI TANGAN ALLAH..




Anis Putri Gulai Kawah..tempat makan tengahari ORLYLOVE hari ini.

Aku kerja di Bangsar South, Jalan Kerinchi memang sukar nak makan murah..sedap dan selesa.. tetapi.. dok cari-cari tempat makan lain selain tempat biasa orlylove dan gengss...kitorang di bawa oleh seorang rakan ke tempat yang agak menarik bagi aku.. 

Makanan tak mahal.. banyak pilihan, masuk ajer.. tekak dan meloncat-loncat.. gembira.. yang perut lak dan berzumbaa.. hehe.. 

Restaurant dia nampak macam biasa..sahaja.. tetapi.. masuk ajer dah nampak lauk pauk sebaris panjang.. Pergh.. banyak nyer.. kakak.. mana saya nak duduk ni.. apa saya nak makan... ni.. Nama Restaurant yang aku dan gengs aku masuk ni.. Adalah Anis Putri Gulai Kawah, di Pantai dalam.. 

Kalau korang mencari makan lauk pauk selera kampung di KL ni.. jangan lupa singgah restaurant Anis Putri ni.. Memang puas hati.. Aku kasi 4/5 Bintang.. hihiii.. 

Korang boleh check gambar-gambar menarik di sini




Restoran Anis Putri
No. 4, Jalan Pantai Dalam
Pantai Dalam
59200 Kuala Lumpur
Tel: (+60) 19-282-6908
Opens everyday except Friday


gps coordinate: 3.092892,101.669215





Tuesday 1 April 2014

Skim MyHome daripada KPKT.. JOM MOHON..

WOW..Malaysia ada skim rumah lagi.. tapi.. sebelum korang cakap apa2.. aku nak ucapkan terima kasih KERAJAAN kerana faham keadaan kami pekerja swasta yang sukar untuk memohon perumahan yang ada di MALAYSIA ini.. di sebabkan kami PEKERJA SWASTA..huhu.. macam tu ka..?

Ok .. aku dah register dan apply .. lepas tu.. tunggu ler.. pengesahan dari mereka.. sediakan duit aje..  


KEPADA PEKERJA SWASTA yang BERMASALAH.. 
dengan 
PIHAK BANK 

  • Pembiayaan di buat dari pihak bank yang ada di MALAYSIA.. tetapi kalau pekerja swasta itu di senarai hitamkan.. sebab dia pernah membuat hutang di bank dan teraniaya di sebabkan pernah menjadi penjamin sesiapa.. still tak leh ada rumah sendiri kan?..
  • Kalau sesiapa yang masih dalam SKIM AKPK masih tidak boleh buat permohonan rumah SKIM MYHOME ni kan?
  • Tapi.. kalau di baca dari Kreteria ASAS MYHOME..membuatkan semua pekerja swasta yang ada masalah dengan pihak bank boleh LULUS.. sebab ASAS dan LEPAS.. tunggu yang PERKARA SAH LULUS dan WAJIB LULUS AJER.. hehe..   


  • KALAU dan KALAU.. dan KALAU.. ape pun korang isi dan selebihnya biar ALLAH yang beri rezeki.. sama ada kita layak atau tidak.. hehe..  
**lepas ni.. jangan bising-bising.. cakap.. kerajaan tak adil.. lagi.. asyik.. tolong orang kerajaan ajer.. orang swasta terabai.. ok.. (Ayat untuk lepaskan geram kat kerajaan ker aper ni.. Orlylove...hehe) 




 MyHome KPKT




untuk maklumat lanjut.. kena call ler.. 

Jabatan Perumahan Negara
Aras 30-38, No 51
Persiaran Perdana, Presint 4 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62100 Putrajaya 
Pusat Panggilan MyHome : 03-8891 4322 / 03-8891 4317 / 03-8891 4313