Saturday 9 November 2013

ANGIN OH ANGIN..

Kalau sebut pasal ANGIN.. banyak makanan yang kita makan akan penyebab angin dalam badan.. betul tak aku cakap? orang melayu kita banyak kaitkan "ANGIN".. dalam makanan.. aper ker betul .. angin ada dalam makanan..? mana datang nyer..? korang sure ker .. cakap aku ni agak-agak kurang cerdik.. hehe.. Angin mana boleh nampak.. tapi.. lepas korang makan makanan pedas.. sure perut korang rasa mengeras.. " Dia dah mai dah .. dia dah mai.. " hehe..

Perut masuk "ANGIN".. orang cerdik pandai guna perkataan GASTRIK.. angin tu GAS ker?..lain tul.. jisim nyer.. hehe..

Meh kita BONGKAR sama-sama.. 

Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.

Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan. Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum. Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu. 

Kalu dulu.. time aku perut berangin.. mak aku akan kasi aku minum susu.. cakap dia.. " kasi lapik perut.,.,nanti masuk angin lagi.." hehe..

Bukan salah mak aku, kasi salah pemahaman tentang angin..,tetapi.. mereka pun belajar dari pengalaman hidup mereka.. huhu..apa yang opah aku ajar mak aku.. aku akan dapat benda yang sama.., hihihi..  

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya ini juga salah satu caranya. hehe.. Jangan kasi angin masuk...kot lubang-lubang gigi uolss..


Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.







Elakkan perut daripada kekejangan dan kesakitan

Apabila anda mengambil makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk, esofagos iaitu saluran makanan untuk makan daripada mulut ke perut akan bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan cepat.Ini akan menyebabkan asid hidroklorik yang cuba bertahan dengan kejutan yang tidak dikehendaki akan dikeluarkan.Apabila asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut ini menyebabkan sakit perut.

Terdapat cara-cara bagi mengelakkan keadaan ini dari berlaku iaitu :-

1)       Jangan merokok
- Apabila anda merokok ini akan meningkatkan aliran air liur di dalam mulut dan anda akan kerap menelan air liur dan ini mengakibatkan penelanan udara yang berlebihan kedalam badan.

2)       Minumlah air perlahan-lahan
-Biasakan diri meminum air secara perlahan-lahan dan jangan dalam keadaan tergesa-gesa.Jangan minum semasa atau penghujung masa makan kerana ini akan meyebabkan udara dan gas cuba melepaskan diri dan akan menyebabkan kesakitan.Kalu boleh minumlah secara perlahan dan minumlah tanpa mengunakan straw ini bagi mengelakkan udara banyak masuk ke dalam badan.

3)       Makanlah dengan selesa
-makanlah sewaktu anda tenang dan perlu dan elakkan makan sewaktu anda sedang stress dan tertekan emosi dan fizikal.Ini akan meyebabkan organ pencernaan akan mengetat dan makan yang dimakan tadi tidak dapat dikawal dengan baik ini meyebabkan perut akan tegang dan kejang

4)       Jangan selalu mengeluh
-Bila anda mengeluh secara kerap anda akan mengalami’aerophagia’(terlebih telan udara) dan akan sebabkan sistem pencernaan penuh dan bertindak dengan kesakitan.Biarkan penelanan air liur atau air kepada tahap minimum dan latihlah diri anda agar tidak bernafas melalui mulut.

5)     Jangan minum air berkarbonat
Elakkan makanan yang sudah terdedah kepada udara seperti mentega yang sudah dipukul, kek atau roti yang berongga seperti kek cheese dan elakkan minum susu yang telah dikocokkan dengan minuman panas seperti teh susu kerana apabila hendak minum anda akan kerap meniupkan air tadi untuk sejuk ini akan menyebabkan udara masuk ke dalam badan dengan mudah.

6)        Tetapkan udara
-Atasilah masalah sembelit anda dengan makan makanan yang mudah lawas. Apabila mempunyai sistem pembuangan yang tetap ini akan membersihkan toksid yang ada dalam badan ini akan membuatkan tubuh anda sihat dan bebas dari kesakitan. Makanlah makanan penawar dan bukan bahan kimia anda akan lega apabila berbuat demikian.

CARA ORLYLOVE : 


  • KURANGKAN HANGIN MASUK SATU BADAN.. (STRESS) hehe.. kalau Uols.. yang suka hangin-hangin,,., ni..lembutkan hati untuk sentiasa bersabar..benda yang kecik-kecik kalau nak HANGIN.. sure satu badan korang semua cepat masuk angin.. dan masalah pening, sakit perut dan sakit hati..akan muncul.. 
  • JANGAN PIKIR PASAL angin.. 
Dulu.,.time aku mengandung ..memang banyak sangat ANGIN dalam badan..asal aku makan buah-buahan, ANGIN,, sayur-sayuran,, angin,,.coklat..angin.. Teh angin.. KOPI angin.. SO,..,aku nak makan aper untuk dapat khasiat untuk anak yang aku kandung ni.. ooii,..,SUSU? erm.. susu punca angin.. hehe.. sorry ler.. yek.. bukan tak suka.. dah fobia.. sebab kalau minum susu confirmed perut tak selesa angin..erm,, 

Doktor cakap " Puan kena makan buah-buahan, sayur-sayuran ketika mengandung ni.. baru baby sihat.. " 

Jawab aku.. " Tapi..apa yang saya makan semua berangin.. buat badan saya masuk angin..

Jawab Doktor.. " Erm.. saya kasi awak ubat ANGIN.. " .. 10 kali datang mengadu..itu ler..ubat yang aku dapat..,haduhh.. loteh makan ubat.. aku paling tak suka masukkan DRUG dalam badan.. hehe.. 




Sorang kawan aku ni.. kasi sound.. " Ko ni.. angin.. angin..angin.. dalam hidup aku tak ada pasal angin.. ni.. aku makan jer.. kalau ko pikir makanan tu angin.. berangin ler.. dia.. "

wah.. wah..wah.. kasi sound pedas nampaknyer.. ko tak rasa lagi angin dalam perut.. senak sakit macam nak TEPUK jerk makcik sorang ni.. hehe...tapi tak baik.. orang tua tu.. hehe.. 

Aku pun sahut cabaran member aku ni.. AKU makan Jagung.. aku makan Labu aku makan tembikai.. aku minum susu.. aku minum kopi.. aku OFF MIND pasal angin.. 

WAH.. menjadi ler.. dengan syarat.. korang kena makan cara Rasullullah.. kunya makanan baik-baik.. lama-lama sampai hancur baru telan, aku minum kopi panas/ ais perlahan-lahan.. petua ORLYLOVE terakhir.. 

Pergi buat pemeriksaan gigi  korang dengan DOKTOR GIGI.. sebab gigi berlubang adalah punca angin masuk dalam badan .. apa yang korang makan sure berangin.. macam aku dulu.. kalau gigi cantik.. tak ada laluan lubang angin.. korang pun akan terlepas dari seksaan angin.. macam aku sekarang ni.. dah pandai buang angin sendiri.. hehehe.. rahsianya.. kena jumpa ORLYLOVE.. untuk rawatan seterusnya.. hehe.. AKU ORLYLOVE bukan DOKTOR tapi.. In Syaa Allah..