Tuesday 20 May 2014

Happy Birthday MAK MERTUAKu..

Tanggal 20 Mei 2014..hari ini laaa.. Hari Mak Mertuaku.. yang tercinta.. Puan Sri Azizah yang ke berapa.. Tettt.. Muda lagi.. Alhamdullilah.. Mak Mertuaku.. semoga Mak akan di kurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan lagi rezeki hendak-Nya. 

Malam ni.. kami ada jemputan untuk meraikan Ulang Tahun kelahiran Mak Mertua Orlylove di Tupai-tupai KL. Nanti Orlylove update gambar-gambar kenangan ok.. tapi.. untuk kali ini.. korang nak berkenalan dengan mak mertuaku.. meh.. ler.. orang nyer.. baik..sangat.. terlalu manjakan anak lelaki tunggalnya.. hehe.. iaitu.. my hubby ler.. so Orlylove adalah sorang-sorang nyer.. menantu perempuan yang mak mertuaku ada.. pergh.. manja sangat ler..

Dari Orlylove kawin.. sampai anak dah 4, tak susah nak beli baju ler.. semua mak mertuaku.. hadiahkan.. kalau dia terbang ker Dubai, US, Australia, Bali, Jakarta, Bandung, Medan.. ke mana saja ler.. sure aku akan dapat ole-ole.. erm.. seronok tau.. jadi menantu perempuan tunggal ni.. tapi. apa yang aku dapat kasi..? Orlylove tak terbalas hadiah-hadiah yang mak mertuaku beri sepanjang aku mengenali beliau.. 

Kehebatan mak mertua Orlylove memang tak tertanding oleh Orlylove.. dari segi skill memasak..menjahit, mengemas rumah, uruskan anak-anak.. uruskan perniagaan.. apa sahaja lah.. memang aku kalah.. siap dengan mak mertua ku ini juga aku kalah lawan kecantikkan yang dimiliki..mak mertua aku lagi nampak muda dari aku yang badan kejap naik dan naik tak surut..surut.. Waaaa.. sabar.. ok.. nanti menantu mu cuba ok.. aper pun .. sayang mak.. Muahhh.. 

korang nak kenal mak mertua Orlylove tak? 

gambar tahun 2011.. Mak mertuaku yang duduk ni ler.. 


yang mana menantu .. mana nak mertuaku.. cer teka.. waaaaaa.. time ni.. gambar 2010


HADIAH MENARIK dari Google MALAYSIA...YEAHHH.. DOODLE 4 GOOGLE



Yeah.. Google Malaysia jemput anak-anak MALAYSIA yang berbakat besar untuk menyertai "Doodle 4 Google" yang akan memberi penghargaan kepada anak-anak berbakat seni untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan dan pihak Google Malaysia.. 

Pemenang Keseluruhan akan di martabatkan hasil seni mereka di 
Halaman Utama Google.com.my 
selama 24 Jam 
Pada 16 September, 2014. 

Syarat-syarat UTAMA, 

Kumpulan Umur

Contengan akan dikumpulkan mengikut umur pelajar. Kumpulan umur dipecahkan sebagai:

7 tahun - 9 tahun 
10 tahun - 12
13 tahun - 15
16 tahun - 17

Akan ada pemenang kategori dalam setiap kumpulan umur.


Penyertaan adalah mudah!

Penyertaan adalah mudah! Sila muat turun borang penyertaan, kemudian mencetak, mencipta coretan anda dan klik. Tahun ini kami meminta pelajar untuk mewujudkan doodles mereka berdasarkan dari tema 'Malaysia kepada saya ...' Di bawah adalah panduan tiga langkah untuk memasuki pertandingan. 

  1. Muat Turun Borang
  2. Cetak Borang dan Mulakan Menghias/Mewarna mengikut tema
  3. Hantar Penyertaan Melalui Online / Pos
Bagi permohonan melalui pos, sila pastikan penyertaan anda dihantar ke alamat berikut di bawah:

Doodle 4 Google Malaysia

Google Malaysia
Level 20
Quill 7, No. 9 Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
Kuala Lumpur 50470
Malaysia


Apabila memikirkan tentang tema 'Malaysia kepada saya ...' kami ingin pelajar untuk mempertimbangkan apa yang mereka menghargai tentang Malaysia. Apa yang menjadikan Malaysia unik dan disayangi oleh mereka. Ini boleh menjadi apa-apa, berfikir tentang budaya kita, kepelbagaian, orang, makanan, dan lain-lain tanda imaginasi anda dan kreativiti adalah nilai kita, sila berfikir tentang apa-apa imej yang unik yang mewakili Malaysia kepada anda.