Wednesday 15 January 2014

BENGKEL CANTIK SIHAT DAN SELAMAT..DR.NABISAR

Aku dan AJK biro aku telah berjaya mengadakan satu bengkel untuk Exco Puteri Wangsa Maju dan disertai sebahagian warga awam..  Aku amat teruja dan berdebar rasanya.. sebab 1st time nak adakan bengkel sebegini bersama penduduk setempat...  

Penceramah jemputan kami pada hari tersebut adalah Dr. Nabisar. Aku terangkan serba sedikit tentang Dr. Nabisar. 

Dr Nabisar yang berkelulusan dari Cambridge University, England, Cornell University, USA dan Universiti Putra Malaysia. Beliau menafaatkan pendidikan terkini dan terbaik di universiti terkemuka didunia untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk pengguna tempatan dan antarabangsa. Beliau yang juga merupakan MANTAN pengarah menteri dalam bidang bioteknologi dan sains di Kementerian Kesihatan Malaysia 



Lawak time ni.. aku gelak sebab Dr. Cakap pasal payudara jatuh disebab tarikan graviti.. memang betul fakta tu.. tapi citer ngan makcik2.. semua gelak.. termasukle aku.. hehe.. lepas ni.. kena pakai support bra yang betul baru cantik.. hehe..  


Sesiapa yang berminat nak buat produk kecantikkan atas jenama sendiri boleh hubungi Dr. Nabisar ini sebab syarikat beliau merupakan pengilang, pengedar jenama Dr.Nabisar dan beliau bergerak atas tiket sharing is caring tentang kecantikan dengan cara sihat..bahan-bahan dan formula yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan alami semula jadi.

Kalau sesiapa badan-badan NGO setempat nak buat program sebegini amatlah di alu-alukan oleh Team Dr. Nabisar kerana Dr. Nabisar mempunyai misi peribadinya tersendiri untuk memberi didikan secara PERCUMA tentang kesihatan dan kecantikan dengan cara sihat. 

Team mereka memohon kita sediakan tempat dan kumpulkan tetamu sahaja. yang lain nya.. akan di sediakan oleh pihak Dr. Secara PERCUMA. 

Banyak produk terkenal yang kita kenal menggunakan khidmat perkilangan dan nasihat dari Dr. Nabisar ini. 

Majlis kemuncak berakhir pada 1 tengahari.. semangat semua tetamu nak merasa sendiri ditelik oleh Dr. Nabisar tentang masalah kulit muka mereka..




Dr. Nasihat, jangan sesekali percaya dengan produk-produk keluaran Thailand, Philippines dan China..semua menggunakan bahan terlarang dan bahan kimia yang akan memudaratkan kesihatan kulit kita.. bab ni.. tepuk dada tanya selera.. sebab banyak pengguna produk kecantikan masa kini nak kan hasil yang cepat.. ye lah.. tak kira lah murah atau mahal..kalau boleh kasi cantik dalam masa terdekat.. guna baru 2 minggu dah boleh cerah dan gebu sapa tak nak kan? 

Korang baca sini.. tentang produk yang ada bahan kimia dan kesan dia.. 

Tarraaaa..ni la..AJK kami yang semua hebat-hebat..belaka.

nampak tak permainanku.. ketika hendak bergambar badan mestilah sorok dibelakang ornag lain..nanti orang akan nampak.. kita kurus..wakkaka..