Wednesday 11 March 2015

Rayyan di masukkan ke HKL lagi..

Memang panik sebab Orlylove dengan anak-anak sendirian di rumah.. ketika kejadian.. Suamiku bekerja walaupun ketika itu adalah hari Ahad.. Hari dimana semua ibu bapa membawa anak-anak mereka beriadah.. dan berehat.. atas dasar tugas dan amanah..Daddy kerja..
 
Kejadian berlaku ketika aku tidur.. dan aku terdengar bunyi seperti orang yang terdesak..tercekik sesuatu.. aku terkejut bangun dan melihat tubuh kaku Rayyan anakku dah seperti nyawa-nyawa ikan melawan penyakit SAWAN..
 
Aku bangun terus menjerit.. Allah.. dan jeritan aku membuatkan anak-anak daraku yang lain pada ketika itu berada di ruang depan.. terkejut dan meluru masuk ke dalam bilik.. dan aku menjerit meminta AIR.. KAKAK tolong ambil AIR.. sambil aku memeluk Rayyan aku membaca surah Qursi dan ayat 3 kul ..di tepi telinga dia..
 
Tiba-tiba aku teringat nasihat doktok dahulu ketika pertama kalinya Rayyan kena serangan seperti ini.. " Mengiringkan dia ke kanan.. dan biar dia seketika.. "..
 
Aku terus buat.. dan lepas aku basahkan badan Rayyan dengan Air.. aku lihat anak-anakku dah mula menangis.. sebab kesian melihat Rayyan yang tidak sedarkan diri dan melihat mata Rayyan liar ke atas.,, seperti orang kena sampuk.. Apa yang aku percaya.. serangan itu bersebab..
 
Aku rehatkan dia seketika.. dan apabila Rayyan sedar,, aku masih mengelap badan dia untuk turunkan suhu supaya tidak kena serangan lagi.. Aku panik.. sebab Daddynya.. tiada.. dan aku patah kaki apabila tiada kereta untuk ke klinik.. Aku call kakak aku.. tapi tidak berjawab.. Aku just inform kepada mak.. dan aku memanggil jiran aku .. untuk membantu aku menghantar kami di klinik berdekatan.. Alhamdullilah aku dapat jiran yang baik..
 
Sampai aku di klinik.. nurse menasihatkan aku untuk hantar terus ke HKL.. so.. tanpa berlengah.. aku masukkan semua anak2 aku semula ke dalam kereta.. dan tak di sangka.. bila aku dudukkan Rayyan.. dan aku mula menghidupkan enjin kereta.,,Aku dengar jeritan KAKAK Mazwin.. "MAMA..RAYYAN".. aku menoleh ke belakang dan mengangkat Rayyan yang telah kaku jatuh sekali lagi.. "Serangan KE 2" untuk hari ini..
 
Aku menggangkat Rayyan masuk semula ke dalam klinik dan Nurse Klinik 1 Malaysia di Gombak ini.. memberi rawatan sementara untuk sedarkan Rayyan.. Aku mohon balik seketika untuk menghantar 2 orang anak aku.. Sara dan Qalesya sementara Mazwin meneman Rayyan di klinik sambil menunggu ambulan datang untuk menghantar kami ke HKL..
 
Dalam ambulan Rayyan dah sedar.. dan aku memberi dia susu.. dan dia rehat disebabkan letih..
 

 
 
Sampai di HKL.. doctor beri rawatan susulan dan memasukkan kami bertiga di Wad Rayyan dahulu KK1..
 
 
 
Aku menanti dengan Redha dan terus berdoa Rayyan selamat dan sihat semula..
 
Selepas memberi ubat demam dan rawatan susulan dari doctor.. rayyan pulih.. di hadapan semua.. dan hanya semalaman sahaja kami di dalam Wad..
 
Sekembali Rayyan di rumah.. badan dia panas kembali.. dan akulah Doktor .. di rumah.. aku pastikan Rayyan dapat bekalan ubat secukupnya.. untuk dia kembali segar dan sihat sepenuhnya.. untuk Orlylove kembali bertugas pada keesokan harinya..