Friday 28 February 2014

GEMPAR..KAJIAN TERBARU MENUNJUKAN BAYI YANG MINUM SUSU IBU SENANG DAPAT PENYAKIT ASTHMA.. APA KES NI?

Assalamualaikum.. Semoga hidup kita di berkati pada hari Jumaat ini. 

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK"

Aku Orlylove terpanggil untuk meluahkan perasaan kurang senang aku dengan sebahagian para pengkaji yang suka-suka buat kajian dan meletakkan kajian mereka di dalam kitab kehidupan manusia seantario untuk kita memegang kajian mereka untuk kita amal .. tetapi.. kajian mereka.. ada was-was di dalamnya.. macam mana tu?

Korang paham tak aper yang aku tulis ni..hehe.. macam ni ler.. cakap paling mudah.. dan ringkas.. 

MEREKA buat kajian.. tentang .. 


KAJIAN 1) BAYI ELOK TIDUR MENIARAP SUPAYA SELESA DAN PERUT TIDAK KEMBUNG


- Beberapa tahun kemudian, mereka keluarkan kenyataan.. 

" BAYI tidak di galakkan untuk tidur meniarap kerana boleh menyebabkan sesak nafas dan ada kes-kes bayi meninggal di sebabkan muka tertutup sehingga lemas....

ORLYLOVE - Ni memang aku risau..tetapi.. aku dah amalkan kesemua Anak-anak aku membesar dengan tidur meniarap dari kecil .. dan mereka selesa tidur.. Memang perut pun susah nak kembung.. tapi.. dalam ISLAM.. amat menggalakkan kita tidur dalam keadaan mengiring tindih kanan dan mengadap kiblat... untuk menjaga kesihatan dan pernafasan kita.. memang mujarab..



FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)


ORLYLOVE  - 

" Bab ni aku sokong orang-orang yang buat kajian dalam ISLAM.. mungkin pengkaji yang mengeluarkan kenyataan tentang BAYI YANG MENYUSU SUSU IBU ADA PELUANG MENDAPAT PENYAKIT ASTHMA ada kepentingan dalam syarikat yang mengeluarkan SUSU FORMULA .. so ..Dr. Ni terpaksa membuat kajian sehingga terbuktinya BAYI dapat jangkitan ASTHMA dari SUSU IBU tersebut.. 

AKU MENYUSUKAN ANAK AKU yang ke 3 secara berterusan sehingga anak aku berusia 3 tahun.. Alhamdullillah dia paling kuat antibody dalamadik beradik yang lain.. Anak aku Mazwin, Sara dan kurang dapat bekalan susu badan sebab bukan rezeki mereka..tapi.. masuk anak ke 3 dan keempat Alhamdullillah..sampai sekarang Baby Rayyan dah nak masuk 1 tahun..masih boleh menyusu. 

DALAM KAJIAN AKU DR. ORLYLOVE..


AKU Orlylove menggelar SUSU IBU sebagai FAST FOOD untuk BAYI adalah kerana SUSU yang CEPAT, MUDAH dan RINGKAS UNTUK bayi menikmatinya.. ianya. 

- FREE 
- SENANG DI PEROLEHI / DI DAPATI...kalau kedai tutup susu formula tak leh beli.. hihi
- TAK SUSAH NAK SIAPKAN SUSU, kalau formula kena bawak air masak, air panas dan bekas susu yang comel2.. kehilu kehilir..hehe.. 
- BABY pun suka puting nyer.. lembut tak sakitkan gusi..kikiki..


BABY YANG DAPAT BEKALAN SUSU IBU (SUSU BADAN) SELAMA 2 TAHUN AKAN TERHINDAR DARI PENYAKIT-PENYAKIT SEPERTI DEMAM DAN SEBAGAINYA. KECUALI DENGAN KEHENDAK-NYA KITA AKAN SAKIT. ANAK ORLYLOVE 3 ORANG DAPAT ASTHMA DARI KECIK.. SEBAB KURANG SUSU BADAN... WALLAHU A'LAM

KALAU KORANG NAK ILMU-ILMU tentang susu badan.. cara nak perbanyakkannya.. dah bagaimana kaedah terbaik untuk mendapatkan bekalan susu yang banyak.. bolehlah ke link : PERSATUAN SUSU IBU



KLIK untuk INFO  Selanjutnya di sini.