Thursday 5 December 2013

KECOH SEKAMPUNG ANAK TAK AMBIL SUNTIKAN VAKSIN...

Assalamualaikum semua, Sebelum Aku Orlylove memulakan bicara hari ini.. aku nak ucapkan syukur alhamdullillah sebab anak aku OrlyloveBaby sudah berangsur sembuh dari penyakit yang menyebabkan aku dan baby Rayyan merengkuk dalam kandang katil hospital selama 4 hari... pergh.. sedap tu makan di tanggung kerajaan.. hehe.. 

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua doktor-doktor dan nurses yang merawat anak aku.. dengan cemerlangnyer.. tapi .. OrlyloveBaby betul2 sedih ketika berpisah dengan doktor yang bernama DR.RIFAI'.. di wad KK1 Pediatrik HKL. Hensom tu doktor nyer.. baru balik dari Jordan.. aku tak ler.. berkenalan sampai nak ambik gambar bagai.. tapi.. HKL memang sudah mencapai status perkhidmatan cemerlang untuk Rakyat Malaysia semua.. sebab aku dan anak di layan terbaik.. sampai aku bayar yuran RM13 SAHAJA.. kalau masuk swasta.. mau kena RM3K++.. 

KISAH yang memberi tamparan pada Aku Orlylove ketika di hospital: 

 .. "HAAA.. kenapa anak awak tak ambil apa-apa injection? vaksin ni elok untuk melawan penyakit.. cuba terangkan kat saya, kenapa awak tak ambik vaksin untuk anak awak..? apa sebab? Awak ni.. CIKGU ker? Setahu saya .. ada sekumpulan cikgu yang menyarankan kepada semua supaya tidak perlu vaksin untuk anak-anak kecil.. - Kata Doktor di HKL..



" Ala doktor, saya baca kat google.. vaksin tak baik untuk baby.. vaksin tu kan untuk penyakit yang melanada tahun 70-an dan 80-an .. sekarang mana ada lagi penyakit... cacar.. mana ada lagi penyakit polio.. untuk apa saya masuk vaksin dan kasi antibodi anak saya lemah.. biar ler.. dia keluarkan antibodi sendiri.. tak yah pakse-pakse.. - Jawab ORLYLOVE.. dalam keadaan gugup.. hehe.. fakta tak kuat.. 

"Aawaaaakk SALLLAAAHhh... saper kata.. kalau kata-kata ni awak petik daripada pendapat orang awam yang tak pandai ..bukan DOKTOR.. saya tak nak dengar.. awak patutnya.. dengar pendapat DOKTOR.. -Doktor

Aku Orlylove sebenarnya.. bukan tak nak ambik injection bulanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. Lepas baby lahir.. dia sihat dan tiada masalah kesihatan sepanjang 8 bulan lahir...Aku naik lupa.. (boleh tak guna reason ni.. hehe..sure ada yang cakap aku mama yang bodoh sebab ambik mudah tentang kesihatan anak.. mungkin ada cakap.. aku mama yang kedekut pasal duit sebab tak nak hantar anak ke klinik kerajaan/ swasta untuk  ) so.. kena lak banyak pendapat cakap vaksin haram sana sini.. dan boleh buat antibodik anak kecil tu lemah dan terus kata ..ok.. tak payah ambik.. tapi.. lepas dah kena "BASUH" dengan doktor .. serangan bertubi-tubi tu.. lepas sorang-sorang yang datang check sure "BASUH" aku.. hehe.. aku cakap.. 

BAIK DOKTOR.. lepas OrlyloveBABY sihat.. saya ORLYLOVE akan akur dengan kehendak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.. untuk mengambik vaksin-vaksin yang penting.. erm.. tapi.. biler.. aku google. jumpa banyak blog yang citer kisah.. tak nak ambik vaksin untuk anak .. dan kenapa.. jeng..jeng..jeng.. 
adakah pendapat aku Orlylove berubah

.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Waalaikummusalamm..