Sunday 2 March 2014

BIRTHDAY RAYYAN 1 TAHUN..MAKAN KEK SAMPAI TERTIDUR...? KEK ADA DADAH KE?

Hari ini bukan hari sebenar Birthday anak Bujangku,..Si Abang Rayyan Mikhael.. tetapi.. aku mulanya...terlalu sukakan tarikh 1.3.13 untuk tahun lepas (2013) dan Rayyan di lahirkan sehari dari tarikh yang aku harapkan.. iaitu 2.3.13.. aargghh tak kisah ler.. Alhamdullilah.. Anak terunaku lahir dengan sihat dan selamat..

Bonda kesayanganku meminta kami sekeluarga menyambut hari kelahiran Rayyan pada hari ini, awal sehari dari hari sebenar disebabkan nak kumpulkan semua adik beradikku..memang sukar sekarang..masing2 ada urusan keluarga masing-masing.. ini adalah kualiti masa yang bondaku harap-harapkan daripada anak-anak tercinta... 

"Happy Birthday Rayyan Mikhael.. Mama dan Daddy doakan semoga kesihatan Anakanda mama akan beransur pulih dan sihat seperti kanak-kanak lain.. dan anak teruna mama ni..akan bolah berkata-kata dan memanggil "MAMA".. selepas ni..hehe.."

Genap umur Rayyan setahun masih belum boleh berkata-kata ...nak kata pelat tidak.. hanya lewat untuk berkata-kata dan hanya boleh bercakap ta..ta..ba..ba.. dan jalan pun belum boleh..hanya boleh berdiri tegak dan cuba melepaskan tangan dari memegang dinding atau kerusi untuk menyokong Rayyan berjalan.. tengok..ayat banyak dan..hehe..sorry cikgu Bahasa Melayuku,,hehe

Ramai cakap..baby boy memang lambat sikit.. hehe..tak kisah ler,,,tapi kalau nak bezakan dengan kakak-kakak yang lain.. 6 bulan dah jalan.. 1 tahun dah bercakap-cakap.. ermm.. betul kot orang cakap..baby boy lewat sikit..huhu.. janji Rayyan anak mama.. hihi

Korang akan tengok gambar Baby Rayyan tertidur ketika di meja makan.. hehe.. bukan pasal kek yang dimakan ada dadah tau.,.dia tertidur disebabkan ubat selsema yang Orlylove kasi sebelum kami nak keluar rumah..

kesian aku tengok hingus dia dok meleleh ajer.. kalau ramai orang cakap ubat selsema tidak baik untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun..aku setuju sangat sebab dia budak lagi dah masuk ubat dadah yang boleh dia tertidur ..tapi.. aku tau doktor yang kasi bekalan ubat kepada pesakit dia..lebih arif dan pakar itu sebab dia tahu ubat itu tidak membahayakan kesihatan ..


Terima kasih kepada Bonda Iyung.. sebab hadiahkan Kek yang cantik dan sedap ni.. 


Ha..tengok tu..Rayyan tersengeh.. dengan air liur meleleh ajer.. yang kakak mazwin..terpakse cover gigi dengan tangan sebab gigi dah rongak..hehe..

Seorang lagi missing.. Qalesya.. esok sambung episod 2..untuk Qalesya 

Apa-apa kita lapik dulu yer baju abang Rayyan ni.. comot..nanti susah mama nak basuh..hehe..sayang tu..Ori..huhu

ala..sian anak mama.. makan kek sampai ngantuk dan terus tertidur.. tak sempat nak makan nasi..huhu


Maafkan mama terpakse kasi ubat selsema kepada Rayyan sebab dah meleleh tak henti-henti hingusnya..

Inilah famili besarku..Adikanda dan kakakanda Orlylove..

Thump Up..makanan sedap.. licinnn..

Bye-bye Sukhumvit Garden..nanti kita jumpa lagi..

Kalau korang nak cari tempat makan yang agak-agak santai dalam taman.. sini ler..tempatnya,,tapi.. hidangannya.. HANYALAH MASAKAN THAI..kepada yang bawak awek...dengan harapan SANG BOYFRIEND nak makan masakan THAI..tom yam bagai.. dan SANG GIRLFRIEND nak makan masakan western ..korang tak leh masuk restaurant ni!!! AMARAN!!!!!..SEBABBB..ermmm SEBABB..restaurant ni,,HANYA MENYEDIAKAN MASAKAN THAI.. yang simple.. dengan harga yang berpatutan.. 

Tapi...aku yang jarang-jarang sekali makan makanan thai.. rekaan nama yang unik dari Sukhumvit Garden yang ada dalam menu adalah seperti.. 
TELUR RAJA..  hehe.,,,

 Orlylove siap buat lawak dengan waiter tu..pasal telur RAJA,, hehe,' AKU CAKAP.. "HA TELUR RAJA?.. KITORANG ADA BAWAK GAK 6 BIJI..TELUR RAJA HARINI.. kekke.. " BLUURR betul mamat tu.. sambil ambik order..kitorang sekeluarga ajer yang paham..huhu.. hehe.. yek..anak beranak RAJA ni..