Thursday 12 February 2015

PERGI NYA DUA ORANG PEJUANG... INNALLILAHIWAINNALILLAHIROJIUN...

 
Hari ini, Malaysia telah digemparkan dengan 2 berita sedih, dimana kedua -dua Pejuang yang disanjungi di Malaysia.. telah meniggalkan kita semua buat selamanya.. pulang ke pangkuan Allah S.W.T

 
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.
Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.
 
Ihsan dari : Berita Harian
 
 
SHAH ALAM - Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.

Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.

Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia awal 1990-an dan kini ulasan beliau masih lagi digemari ramai peminat sukan tanah air.

Antara yang awal mengucapkan takziah adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya.

“Sedih mendapat berita pemergian 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT,” katanya.

Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa, Allahyarham menerima rawatan di IJN, sejak 4 Februari lepas.

Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Bukit Naga, Shah Alam untuk dikebumikan hari ini.

Kerjaya terakhir Allahyarham ialah sebagai pengulas sukan dengan saluran televisyen Astro Arena bermula Januari 2014 dan sebelum itu beliau berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam dunia penyiaran, Hasbullah, 63 memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan menjadi pembantu mengendalikan program radio untuk kanak-kanak dengan Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir, 'Bersama Kak Yong'.
 
 
Ihsan dari Sinar Harian
 
 
Terkenang Arwah Abah Orlylove yang menghembuskan nafaz terakhirnya di hari Khamis juga..
 

 
 
 
" Teringat Orlylove kepada Arwah Abah (Raja Abdul Manan Bin Raja Abdul Aziz) yang meninggalkan kami sekeluarga pada tanggal 13 haribulan Disember 2001.. bersamaan 27 Ramadhan pada hari Khamis, jam 8.05 malam.. Jumaat..
 
Arwah abah telah menghembuskan nafas terakhirnya.. di PPUM, Petaling Jaya.. di Hadapan kami semua 4 adik beradik dan ahli keluarga yang lain.. Pada ketika itu Arwah Abah baru 5 hari menyambut Hari Lahir yang ke 49 tahun. "
 
Semoga ROH Kalian Bertiga dicucuri Rahmat dan di tempatkkan di kalangan orang-orang beriman amin.,.
 

SALAM PERPISAHAN SAHABATKU.. NURHANANIE

Sedih lak bila aku ingin meluahkan apa yang aku rasa.. cit.. berjiwang lak harini.. Orlylove..
Today adalah hari terakhir aku bersama Sahabatku Nurhananie meneruskan perjuangan di sebuah syarikat yang telah lama kami bertapak untuk mencari sesuap nasi..Aku sedih berhari-hari sebab kenang bagaimana kisahku di pejabat nanti setelah ketiadaan Sahabatku.. hehe.. sedihh oo..
Mesti korang piker aku ni.. pelik.. Syarikat ramai pekerja. kenapa aku hanya ada seorang sahaja SAHABAT.. rakan bergelak ketawa.. mengadu domba ramai.. tetapi.. permata yang di gelar sahabat.. hanya Nanie seorang..
Aku mula rapat apabila.. terasa nasib kami serupa.. mula-mula.. kisah kerja..lepas tu..kisah diri dan peribadi.. tapi.. dialah tempat yang aku pilih untuk melepaskan dan berkongsi pendapat kehidupan..
Dah macam belangkas kami ketika di opis..tetapi.. setelah rehda dengan cadangan yang dipilih.. Sahabatku.. Nanie.. dahulu yang dipanggil untuk keluar dari syarikat sekarang untuk meneruskan perjuangan di tempat baru.. apapun.. ayat paling sesuai untuk Nanie.. adalah..TAHNIAH!!..
Kita hanya merancang.. dan Allah yang tentukan bahawa kau pergi jua.. Aku masih di sini.. mencari ruang dan sinar harapan untuk mencari yang hilang..
Istimewa untuk SAHABATku.. NURHANANIE.. Ops.. perasaan begini.. pernah aku rasa dahulu ketika aku dan 6 sahabatku ingin berpisah untuk ke menara gading.. Sedihh tauuu.. time tu memang tak boleh dengar lagu TEMAN SEJATI dari kumpulan Brothers ... KOMPEM.. den nangis dalam bilik.. sowang-sowang. Tetapi.. ko dengarlah  lagu ni.. dulu.. SAHABATku..

KENANGAN TERINDAH UNTUKMU SAHABATKU..







Banyak lagi kenangan terindah aku bersama Nanie semasa 7 tahun kami bersama.. tapi.. tak aperlah.. biarlah jadi kenangan di dan aku.. hehe..

Apapun... Nanie..pemergian ko tidak akan buat aku patah semangat untuk misi pencarian yang hilang kita.. hehe.. aku akan Ingat perkara yang kita bincangkan demi diri kita.. dan aku doakan ko akan suka tempat baru dan berbahagia di sana.. ok..

Apa yang aku nak katakana bahawa.. sayang
aku terhadap ko sebagai sahabat dan saudara seummat..aku tidak akan pudar.. dan kita akan berjumpa bila-bila masa ada kelapangan..

Perkara yang akan membuatkan aku paling bahagia adalah.. ingin melihat ko bahagia.. ok. aku doakan ko sentiasa.. dan doakan kehidupan aku jua.. ok..

Lagu khas untuk MU..


Kita masih dekat,, apa-apa roger aku ok..
 
Gambar terbaru SAHABATKU.. Nurhananie..