Thursday 21 May 2020

NAK PUTIH CERAH BERSERI???? JOM TIRU GAYA ORLYLOVE ....

Salam Ramadhan semua.. Uols ada rasa tak macam muka dah mula kusam dan tak bermaya..?? Orlylove ada jalan penyelesaian nya.. sebab ORLYLOVE sendiri amalkan PRODUK untuk KULIT NAMPAK SEGAR DAN CERAH KEMBALI.. 


SEBELUM dan SELEPAS.. JOM LIHAT SENDIRI.. 

Gambar diambil ketika ORLYLOVE berjumpa dengan cik adik manis yang memperkenalkan produk FARRA BEAUTY dengan Orlylove. 

sebelum.. penggunaan FARRA BEAUTY 


SELEPAS PENGGUNAAN SEBULAN PRODUK FARRA BEAUTY



Alhamdullilah saya dah pakai produk Farra Beauty dalam 2 set sahaja.. terus dapat Result yang baik. Kalau siapa berminat ingin mencuba boleh Roger ORLYLOVE : 014-6228924





ORLY COWAY HEALTH PLANNER TERBAIK!!! MALAYSIA..

Wahhhhh tajuk tak hinggat.. macam best aje kan.,.??? kalau dapat TITLE TU??? tapi doakan lah kan mana tau TUAH MANUSIA.. 

PADA TANGGAL 15HB MAY 2020 adalah tarikh paling best yg akan Orlylove kenang sampai bila2 sebab first time nak masuk Booth untuk team Coway sepanjang Orlylove menjadi Health Planner Coway kannn.. Mulakan dengan bismillah.. kita selfie dulu pepagi.. hehe.. masuk jam 10.00 pagi ..bertempat di SOGO Kuala Lumpur, pasaraya terkenal untuk makcik2 shopping hehe.. tapi time ni masih dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) so kenal kawal diri untuk keluar bershopping yer..kami team Sales dah boleh mulakan perniagaan tetapi masih dalam S.O.P. 

Muka ada Senyummm... hehe.. 



Duduk sampai tengahari punya happy sbb hari pertama duduk di Booth dan yang paling best bila Booth ni di taja oleh seorang HP hebat.. Tq Kak Fiza dari team CU (Central United) yang memberi peluang keemasan ni .. bukan apa  .. mula2 nak naik.. mana ada modal nak sewa Booth semua ni kan so .. aku akan di tempatkan di Sogo Kuala Lumpur tingkat 7 selama 15 hari sehingga hari raya.. Mak aiiii.. cabaran tu.. tapi dah alang2 time Perintah Kawalan Pergerakan ni ..aku dapat keluar berkhidmat untuk Rakyat punya lah aku suka.. hehe..Mana tak nye.. dah lama sangat rasanya duduk rumah.. sekali dapat keluar Yabedabeduuu.. hehe.. tapi kena jaga pergerakan Hokeyy.. pastikan pakai MASK dan sentiasa pakai Hand Sanitizer bila berurusan dengan tempat awam..








Ini dia kawan Baru Orlylove dalam COWAY .. nama dia RIZD,. Baik giler orang nye.. kami baru sehari kenal dah macam 10 tahun kenal.. hehe.. dah memang PEEL orang sales gituew kot yek.. peramah.. hehe.. 

So .. Start bertugas dari 10.00 pagi hingga 5 petang pada hari pertama.. 
Dah nama PKPB so .. pelanggan yang datang SOGO tak ramai sangat macam biasa.. lagi2 booth kami di tingkat 7.. hehe.. tapi cabaran hari pertama semangat sangat nak tegur semua orang yang lalu.. hehe.. 

Nak citer part paling best pada hari pertama ni.. ada seorang lelaki agak segak dan kacak lalu kehulu ke hilir depan Orlylove.. tak pasti siapa tapi yang pasti dia pakai tag SOGO ada tulis AMBERSADOR huhu.. dah muka ada MASK kan so ORLYLOVE pun start tegur.. Hi SIR.. COWAY SIR.. hehe.. macam jual ikan lak.. so .. dia macam nak pegi tak pegi.. aku guna senjata.. biasa.. BUKAK MASK KEJAP hahahha.. so.. senyum, dengan penuh kasih sayang.. DIA PUN MULA bertanya pasal PRODUK.. aku tengok nama macam orang JEPUN.. 

Dah teringat semua kenalan JEPUN yang dah lama aku tak pernah tengok sebab dah balik Jepun semua EX-BOSS KOKEN BORING CO. JAPAN.. 

Terang punya terang.. En. YUTANI macam berminat nak pasang COWAY DI RUMAH.. bila ORLYLOVE tanya.. Rumah di mana.. dia kat PAVILLION.. Mak AIIII.. PAVILLION CONDO MEWAH TU??? Aramakkkk aku tangkap siapa ni.. hehe.. bila Mr. YUTANI ajak aku ke bilik OPIS dia tingkat 8 SOGO.. Daammm.. hahhaha.. COO.. Chief Operation Officer lerr.. hehe.. hokey.. Rezeki ler.. nak dapat pengalaman bantu pelanggan COWAY yang berbangsa JEPUN.. hehe.. 

Dah selesai buat pendaftaran di bilik beliau.. Dia pun hantar Orlylove ke pintu luar Opis.. pengurusan SOGO.. Tq Sir, because Support me. hehehe

Untuk Kenangan .. ni aku minta dia bergambar.. hehe.. Handsome tak? ok ler.. dengan usia dia. ala2 uncle aku.. tapi masih segak.. Muka beliau ada iras2 Ex-boss aku SASAKI SAN.. hehe. 💖💖