Tuesday 31 December 2013

Selamat Menyambut Tahun 2014

Assalamualaikum.. Semua pembaca.. Aku Orlylove ingin mengucapkan 

Selamat Tahun Baru 2014

Semoga apa yang dirancang pada tahun lepas telah terlaksana dan 
Dengan Niat Kerana Allah S.W.T,
Kita mulakan sesuatu yang lebih bermakna untuk tahun 2014 ini.

Buka lembaran baru dan jangan lupakan kenangan lalu kerana kenangan itu akan memberi makna kepada kita apabila kita kesunyian dan kekosongan..
Walaupun kenangan itu pahit, pahat le dalam ingatan kerana yang pahit itu yang akan memberi makna tentang kehidupan kepada kita. Perkara manis dalam kehidupan tidak boleh terlalu banyak juga sebab nanti akan JADI KENCING MANIS.. hehe.. 

PERKARA YANG BERLAKU SEPANJANG TAHUN 2013 DALAM HIDUP ORLYLOVE

- 1st TIME dalam hidup aku pergi MENGUNDI ketika PRU13 lepas.. OPss Undi Rahsia... 
- Aku Orlylove Tercalon dalam Persidangan Sebuah Parti Politik & terpilih menjadi EXCO
- Aku dan Baby Rayyan masuk hospital sebab baby tak sihat.. sampai 4 hari dalam wad. 
- Mengikuti dan menemani ke Orientasi sekolah kebangsaan dan sekolah Rendah Agama

Senarai di atas perkara besar yang terjadi dan telah pun berjalan seperti dirancang oleh Allah S.W.T. Aku akan teruskan perjuangan aku yang belum selesai dan harap kedatangan tahun 2014 ni akan beri sinar baru yang lebih jelas untuk kehidupan aku sebagai seorang Ibu, Isteri, dan Umat Islam.. 

SALAM TAHUN BARU DARI AKU ORLYLOVE.  

AntiDotCom!™: MUKA-MUKA YANG DI KEHENDAKI SEKITAR PERAK...KITA B...

AntiDotCom!™: MUKA-MUKA YANG DI KEHENDAKI SEKITAR PERAK...KITA B...: Muka-muka ini sangat berbahaya dan foto mereka diedar untuk dikesan oleh pihak polis. Jika kita ada maklumat tentang individu i...

11 langkah penjimatan belanja kerajaan oleh Datuk Najib

Berita Terkini... Sure korang suka dengar berita ini.. Kerajaan memang perihatin dengan rakyat jelata.. 

Perdana Menteri kita telah mengumumkan beberapa langkah-langkah yang diambil untuk kurangkan beban RAKYAT... 


Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:


  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan. 


Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:


  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan;
  • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

PENDAPAT ORLYLOVE 

Bagus, tindakan yang paling bijak untuk RAKYAT di saat RAKYAT di tekan dengan kenaikan harga yang mendadak.. 

* Kepada syarikat-syarikat SWASTA yang selama ini mendapat TENDER untuk BUNTING/ BANNER dari kerajaan.. bawa bersabar ok.. Kerajaan akan tukar BANTING / BANNER kepada LED Panel TV.. so..akan ada ler.. projek untuk semua...UNTUNG ORANG RAMAI. Kalau Kerajaan guna LED Panel TV.. ada ler sikit kerja untuk budak IT.. Grafik tu.. creative ler.. sikit mereka semua.. 

* Kepada Kontrator yang dah berangan untuk dapat projek2 kerajaan untuk UBAHSUAI pejabat,, bawak bertenang.. banyak lagi projek orang SWASTA yang uols.. boleh rembat.. OKeess.. 

* Kepada pengusaha Katering yang selama ini dapat banyak TEMPAHAN makanan untuk MAJLIS-MAJLIS kerajaan..Bolehlah melabuhkan punggong anda untuk pegi bercuti sekali-sekala.. sebab Perdana Menteri dah tak nak ambik Order banyak-banyak kasi Kakitangan dia.. makan.. MEMBAZIR katanya.. 

* Kalau kerajaan nak kurangkan KOS UTILITIS.. jangan lah tutup lak Aircord yang ada di KLINIK-KLINIK RAKYAT  yang selama ini di nikmati oleh pesakit-pesakit yang menerima rawatan di KLINIK Kerajaan.. Sian tu.. tunggu dah ler,.,lama.. KIPAS pusing tak kuat..tak ada Aircond kaluu.. panas DOKTOR yang merawat.. 

* Kepada semua EVENT COMPANY Swata yang selama ini menikmati limpahan tender-tender untuk EVENT kerajaan.. rasanya.. boleh buat packaje baru lak.. bawak bercuti di hujung tahun.. macam tu.. 

BUKAN SEMUA PENGURANGAN DI ATAS MACAM TARIK REZEKI RAKYAT KER?..TAPI secara RASIONAL nyer.. MEMANG SATU PEMBAZIRAN untuk semua ini.. kalau dari dulu PEMIMPIN PIKIR macam ni.. kan bagus.. tak payah ler.. nak kena gertak dek RAKYAT baru nak kurang sana sini.. 

BAGI AKU LER.. PAK AJIB .. patut kurangkan DUIT POKET untuk ISTERI tersayang tu.. huhu..

Monday 30 December 2013

Pim Pim.. Pooommm.. Vadeva.. Vadeviiii..

Vadeva Vadeviii,,,Orlylove nak terbang dengan penyapu AJAIB ku ini.. 


korang nampak tak penyapu terbang aku ni.. ? hehe.. aku nak kasi tau.. penyapu ni ler.. yang terbangkan aku dari rumah ke Hotel Dynasti, KL

Ini first time Aku Orlylove.. membuat costume sendiri dengan hasil tangan sendiri dan perahan otak untuk mencarik idea sendiri..aku pun tak sangka yang aku boleh buat semua costume ni..sendiri..ramai kengkawan aku .. pegi sewa..tapi..aku malas nak buang duit.. hehe.. ini ler.. hasilnyer... 


Susah gak nak jadikan topi cone ni.. hehe.. tapi.. berkat kesabaran aku.. hehe.. 


PIMMMM PIMMMM POOOOM.. AKU TUKAR KO JADI PUTERI RAJA.. opss.. AKU MEMANG RAJA.. tukar ler..Aku nak jadi ermmm.. Tak aper ler.. Ahli Sihir baik leh?..aku nak tukarkan orang MISKIN jadi KAYA.. sebab banyak barang naik Harga.. hehe.. 


 Sambil orang nak masuk dewan tu....Aku layaazzz. 





Kos untuk semua costume aku ni.. macam ni.. 

kain hitam 3 meter       = RM9 beli kat Nagoya 
Kain Organza 2 meter = RM10 Nagoya 
Penyapu                        = Free (ambik daun kelapa depan umah mak aku.. batang kayu hitam ni.. aku .. rembat kat Opis.. hehe.. ) 
Bulu Ayam Hitam          = RM 1.80 beli di D.I.Y
Make Up                        = FREE (SENDIRI BERHAD, skil mak andam yang dulu aku belajar aku                                            keluarkan..hehe..) 

TOTAL COST               = RM20.80

JIMAT-JIMAT.. hehe. Adiossss........ Wooooooooosuuuuuuuuuuuuuuuuppp.. Broooooommm.

Monday 23 December 2013

BR1M 3.0.. 23hb Disember ni,...Sistem sesak.. Br1M..Brooom.. Brommm..Vrooooomm..





Sesiapa yang berkelayakkan untuk menerima bantuan BR1M 3.0 untuk tahun 2014, sila buat pendaftaran sekarang. Hari ini 23hb Disember 2013 tarikh mula untuk pendaftar baru. 

Kepada sesiapa yang terasa diri layak untuk terima mengikut  Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:

       (i)       Warganegara Malaysia 


       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal         

 serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah                    pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah


       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
        
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014


Sila pergi ke laman : https://ebr1m.hasil.gov.my/

Sebenarnya.. kalau nak kasi.. beri untuk semua penduduk tetap MALAYSIA. Seorang RM50 pun ok.. kalau isi rumah ada  6 orang..macam aku ni.. ha.. dapat ler.. RM300 .. ok ler.. janji AKU ORLYLOVE RAKYAT MALAYSIA..  hehe.. itu baru adil..

so.. kalau isi rumah RM4050.. macam mana..WWWWWWWWWWWaaaaa.. hehe..

Friday 20 December 2013

Majlis Konvokesyen TADIKA PERMATA BUDI, TAMAN MELATI

Alhamdullilah.. Akhirnya.. pada tanggal 20 haribulan Disember 2013 anak aku Mazwin telah bergelar Bekas Pelajar Tadika Permata Budi yang beralamat di Taman Melati Setapak Kuala Lumpur. hehe..Sure orang akan kata.. hek eleeehh.. Anak Tadika jer pun.. hehe.. apa pun.. aku sebagai mak.. terasa bangga gaban bila anak aku menerima Sijil Penganugerahan Graduasi dari Tadika Permata Budi. 

Sesiapa yang ingin mengetahui tentang Tadika Permata Budi 
yang bertempat di Taman Melati, Setapak.. boleh call no. ni..dan cakap dengan Teacher Rozita : 013-3694148











































Yeahh.. dapat aku berlindung di belakang anak-anakku.. erm.. inilah cara terbaik untuk aku mengelakkan diri digelar.. MAK DOMPOK.. hehe.. korank tak nampak kan apa yang aku nampak? hehe.. selamatt.. huhu



Majlis Malam Graduasi TPB telah di adakan di Kelab KK Melawati, Ulu Klang dan kalau korang nak tahu.. aku le.. yang menjadi emcee nyer.. hehe.. emcee bidang terjun.. sebab teachers minta aku tolong .. aku pun .. try jer ler.. walaupun aku tak biasa.. hehe.. nasib baik.. semua ok.. huhu..

Dalam kegembiraan aku pada malam.. itu.. ada satu perkara yang buat aku betul-betul sedih.. mana tak nyer.. aku tunggu dengan anak-anak gegirl aku..3 angles ni.. dengan harapan.. Daddy diorang dapat hadir.. tapi.. nasib tak menyebelahi kami.. OrlyloveDaddy .. tak dapat hadir sebab on the way nak ke KK Club, kereta breakdown kat kl.. sobb.. sob.. sodeh.. tau..anak konvo .. Daddy diorang tak ada.. sama pengalaman dengan aku ketika aku menerima Ijazah Pertama aku di UTM, Skudai 11 tahun dahulu.. Arwah Ayah aku meninggalkan aku ketika aku berhempas pulas menyiapkan Thesis aku.. lagi sebulan ajer nak tamat.. aku menerima sijil aku dengan gembira bercampur sedih sebab ketiadaan Arwah Ayah aku.. ketika itu.. yang dah lepas biar kan berlalu.. apapun anak aku selangkah ke alam dewasa.. untuk menjadi pelajar sekolah untuk tahun 2014.. 

Maafkan Daddy yer anakku.. Mazwin.. Daddy bukan sengaja untuk tidak hadir.. dah Allah tidak izinkan..dah sampai di rumah.. semangat .. menunjukkan sijil yang dia terima tadi.. apa lagi..peluk cium ler.. anak ngan bapak yang seronok sangat dah Grad.. 

Aku yang berdebar-debar untuk menjelang tahun 2014.. Aku kena set mental untuk Anak Tahun 1, Seorang Tadika, Seorang Hantar Baby sitter dan Seorang di jaga oleh Opah nyer.. Mental kena kuat.. In Shaa Allah.. Semoga Allah permudahkan urusan aku..Wasalam..  

Tuesday 17 December 2013

Salah Siapa Apabila KERIS Kita TIDAK POPULAR?

Alhamdullilah .. Allah masih memberi peluang untuk Aku Orlylove berkarya ni sini.. cehhh wah.. macam Famous sangatler..  .. please ..please please Orlylove.. hehe.. 

Terasa lama menghilang di sebabkan kehidupanku yang sibuk dan kalahkan jadual ketat PM ajer.. huhu.. Ok harini aku nak citer kisah .. pertemuan aku dengan seorang pengusaha Parang dan Keris yang amat disegani di kawasan Gombak "PANDAI BESI".. yang bertempat di Gombak Batu 8. 

Mula-mula pertemuan,, di panaskan dengan tanya kabar pakcik yang bernama Hasan. Aku melawatnya.. sebab beliau baru lepas kemalangan motosikal. Sudah lama berborak, aku tanyakan tentang pasaran parang dan keris di Malaysia.. bagaimana.. dapat sambutan ke tidak .. 

Pakcik Hasan berkata.. " MELAYU susah nak MAJU kalau "KITA" sendiri tidak suka tonjolkan keris warisan bangsa MELAYU.., nak salahkan.. saper..? Kerajaan tak tolong?.. itu semua bukan punca sebab pakcik selalu ikut rombongan mempromosikan barangan Malaysia yang di anjurkan oleh Komplek Kraf Kuala Lumpur. Tetapi.. apa yang pakcik nampak.. Melayu sendiri suka agungkan barangan dari negara Luar seperti Jepun, Omputih dan lain-lain ler.. "

Nak menghangatkan perbualan.. aku buat-buat bodo tanya soalan.. " Yer ker pakcik..?" hehe.. 

Pakcik Hasan berkata.. " Yer ler..dari kecik .. anak-anak kita di sogokkan dengan cerita-cerita pendekar dari luar negara.. seperti Ninja turtle.. karton-karton dari luar yang banyak tonjolkan pedang samurai.. pistol...pisau rambo..semua super hero luar kita bangga.. tetapi.. pendekar kita.. pendekar ISLAM.. ramai yang tak tahu.. 

Siap ramai orang kita bila buat majlis kahwin..siap pakai baju tradisional bagai.. tapi potong kek dengan pedang samurai.. aper salah nyer.. guna KERIS sebagai senjata terulung bangsa MELAYU kita..salah ker? hina ker KERIS?.. betul tak? (pergh.. perbualan dah jadi makin hangat apabila aku Orlylove ,, menambah kasi panas..hehe..) 



Yer lah pakcik.. kalau budak-budak kita cakap pasal pedang samurai.. memang terror.. cuba tanya kanak-kanak..pasal KERIS.. sure tak pernah dengar pun perkataan tu..-Orlylove berkata..

Bila cakap pasal Keris.. ramai yang kaitkan dengan Ilmu Hitam ler.., keris kena "bertuan" dan hanya di takutkan dalam cerita-cerita melayu hantu dan tahyol sahaja.. walhal.. KERIS warisan nenek moyang kita.. kalau tak kita perjuangkan saper lagi kalau kata-kata P.Ramlee dalam filem "Tak kan melayu hilang di dunia.."

Lagi menarik cerita pak Hasan : "Ada satu hari, pakcik sewa tapak di Pusat Kraf, ada seorang lelaki melayu ni.. cakap ngan pakcik.. Eh.. jangan letak / pamirkan kerambit ni.. nanti kena tangkap.. bahaya ni.. senjata  jual secara bebas.." 

"Apa lagi.. Angin ler.. Pakcik.. pakcik.. cakap. kenapa lak.. aku dah sewa tapak sampai RM3000 lepastu.. orang lain boleh jual barang dia.. aku kena simpan jangan keluarkan barang aku..kalau macam tu.. aku nak untung macam mana..? aku dah ler..jual parang.. Keris.. Kerambit..untuk peminat barang-barang traditional." 

Pakcik sambung cerita, "Kalau kita pegi Uptown Danau Kota.. Terang-terangan orang jual pisau rambo.. kalau ikutkan pisau rambo pun bahaya juga...senjata yang orang putih buat semua kita lepaskan untuk jual.. agung-agungkan sangat.. kita jual senjata traditional kita.. semua tak boleh.. "-Kata Pakcik Hasan.. 

Aku apa lagi.. gelak besar ler.. sebab teringat ler.. kisah filem P.Ramlee dulu-dulu.. cerita aper yek.. aku lupa ler.. tapi.. yang aku ingat adegan orang nak beli belacan dan garam." Jangan cakap pasal belacan kuat-kuat.. kat sini siapa jual belacan tanpa lesen kena tangkap.. siapa yang jual ganja terang-terangan .. OK tak ada masalah.. hehe.. " 


SAMA-SAMA BAHAYA.. tetapi.. RAMBO jugak yang FAMOUS.. 

Hakikat yang kita kena perbaiki adalah mentaliti orang MELAYU kita.. jangan jadikan 
MELAYU LEMAH.. 
MELAYU MUDAH LUPA 
MELAYU suka LAYYUUUUU.. 
Bangkit ler.. MELAYU.. janganlah kita berbalah di sebabkan pendapat yang berbeza.. kalau bangsa lain boleh bangun dengan bangsa itu sendiri..kenapa kita sebagai orang MELAYU.. suka menjatuhkan kaum MELAYU kita sendiri.. 

Di akhir perbualan aku dan pakcik Hasan, aku terasa nak dokumentarikan cara membuat PARANG, cara buat keris.. supaya satu hari nanti apabila ketiadaan orang-orang PANDAI BESI ni.. masih ada video-videoa atau dokumentari untuk anak-anak Bangsa Kita membuat rujukan. In Shaa Allah, Kalau di izinkan aku akan usahakan sesuatu untuk PAKCIK HASAN PANDAI BESI, Gombak Batu 8.

Wasalam.. 

Friday 13 December 2013

" Segmen Bloglist Kataubaid Dis 2013 "


" Segmen Bloglist Kataubaid Dis 2013 "


sila click gambar di bawah untuk Join segmen member saya ni yer.. 


Selamat bersegmen..

Thursday 12 December 2013

"Segmen : Orlylove "U" & I LOVE Orlylove2 "

Assalamualaikum.. semua.. 


Aku Orlylove ingin berkenalan dengan semua.. dan.. bila orang buat segmen.. kita pun teringin nak bersegmen.. hehe.. 


orang Jepun berjaya dengan COPYCAT.. hehe.. 


Harap ramai ler yang memberi kerjasama untuk saya yang baru bertapak ini.. JASA KALIAN tidak terbalas oleh saya.. "AKU ORLYLOVE"

Hadiah tiada tapi.....nanti akan bertambahlah follower kalian....IN SYA ALLAH...





Jom kita baca syarat2nya...

1. Mulakan dengan Bismillah.. ok.. lepas tu.. kalau sudi.. jadiler.. follower Orlylove.. tapi.. kalau sudi ler.. 

2. Buat tajuk " Segmen: Orlylove "U" & I LOVE Orlylove 2"

3. Letakkan banner simple di atas dalam entry SEGMEN yer...nanti backlink kan ke entry ni yer..


4. Dah siap.. boleh hantar dengan gembiranya.. letakkan link entry kawan2 kat ruangan komen dibawah yer..


SENANG jer kan.. semudah ABC.. hehe.. saya Buka Segmen ni.. sehingga tarikh terakhir 2013- Berakhir pada 31 Disember .. jam 12 malam.. 

Teruskan menyokong Produk MALAYSIA,...BUMIPUTERA.. hehe. Salam perkenalan semua.. 

I MISS YOU LIKE CRAZY.. My Girl.. QALESYA

Tajuk kasi orang geram ajer.. macam anak pegi jauh..hehe.. tapi.. betul ler.. aku rindu sangat dengan anak aku si kakak kecik Qalesya ni.. hehe.. 

Dari Sabtu - hari ini.. erm.. 5 hari tuu.. ok semalam aku dapat gambar terbaru Qalesya di instagram .. taraaaa.. anak mama yang tomeii.. tomeii.. tak kisah ler.. aku nak cakap comei.. yer.. ni anak haaakkuu..ehhe.. 



kalau korang tanya aku.. ke mana Qalesya meninggalkan aku.. hehe.. aku akan jawab dengan slambernyer.. jauh.. Kota Damansara-Hotel http://www.pnbdarbypark.com/# duduk dengan nenekanda nyer di sana.. 

Oh Qalesya... adakah ini proses terbaik untuk anakanda "putus susu" dengan mama.. hehe.. awak dah nak masuk 3 tahun January 2014..so.. udah-udah yer...kasi adik Rayyan lak.. menyusu dengan mama.. hehe.. 


Bergaya sungguh.. dengan kude dia.. hehe..
Nak buat gaya Gyomi.. yer.. 

Wednesday 11 December 2013

segmen : Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum.. Meh Join segmen di bawah beramai-ramai.. 

http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/12/segmen-saya-sayang-blog-saya.html

I LOVE my BLOG too.. 



Gambar kesan sampingan vaksin pada kulit bayi tersebar. KKM perlu jawab! | Tengok TV Online

Gambar kesan sampingan vaksin pada kulit bayi tersebar. KKM perlu jawab! | Tengok TV Online

"Agak-agak korang ler. kalau aku yang tak ambik vaksin anak aku si Rayyan.. ni.. nak kena terjah dulu doktor2..pakar baru confidence.. kalau dah ada kes macam ni..TAKUT AKU..  "

baca entry aku yang lepas.. 

http://orlyloveshop.blogspot.com/2013/12/kecoh-sekampung-anak-tak-ambil-suntikan.html


ORANG MALAYSIA MALU TAK BERTEMPAT.. BETUL KERrr?

Tiap-tiap hari, perjalanan Aku Orlylove ke Office dengan mengguna perkhidmatan Teksi.. so.. banyak ler.. perkara yang aku borakkan dengan pemandu-pemandu teksi ni..pengalaman mereka bertemu pelbagai ragam manusia yang menaiki teksi mereka.. membuatkan mereka lebih peka dengan perangai orang-orang bandar yang menahan teksi mereka.. 

Suatu hari, aku menahan teksi dalam keadaan jalan raya yang sesak.. so.. teksi berhenti betul-betul depan aku.. sepatutnya.. aku kena melintas jalan dahulu dan tunggu di tepi jalan.. tapi aku cuba nasib.. tahan dan tanya sama ada aku boleh naik atau tak.. lepas tu.. aku bukak pintu teksi dan ucap " Sorry sir, I tahan tengah jalan".. hehe..dia cakap macam ni.. 

"Tak apa naik-naik, kalau ikutkan salah, memang salah.. tapi.. ok jer lah..Orang Malaysia ni malu tak bertempat.. " 

Aku tanya ler.. kenapa cakap macam tu.. hihi.. suspenn.. 

"Yer lah.. bila nak tahan teksi.. teragak-agak.. tangan naik sikit ajer.. macam malu-malu nak angkat tangan untuk tahan teksi.. 

Kalau Orang Putih.. a.k.a - Mat Salleh. a.k.a Foreigner,,, mereka akan angkat tangan tinggi-tinggi.. so kita pemandu teksi boleh nampak tangan mereka dari jauh dan boleh kasi isyarat ke tepi..



Erm.. KAN MAT SALLEH TU.. tinggi.. korang nampak ler..dia nyer.. tangan tinggi-tinggi berbanding aku orang MALAYSIA yang hanya 5 kaki 2 inci ni.. hehe.. 

Aku lak membalas kritikan pemandu teksi tersebut.." Ha..ha.. (gelak dulu..sebab aku ler tu..).. Ala.. mereka nak tahan teksi ..malu-malu angkat tangan mungkin pasal takut ada orang dalam teksi kot.. takut.. tahan tinggi-tinggi..dari jauh nampak teksi.. dah dekat.. kereta proton Malaysia yang warna sama dengan teksi tu.. ehhehe.. atau.. mereka nak tengok dulu.. sama ada teksi tu elok ker tak.. kalau angkat tangan tinggi-tinggi lepas tu.. dapat teksi macam dah nak roboh.. hehe.. bayor mahal.. RM3 meter mula.. hehe.. 
Apa lagi.. aku kena seliang.. " Apa pulak.. tak kisah ler.. ada orang ker,.. tak ada ker.. janji angkat tangan dari jauh.. kita (pemandu) tau ler.. nak ke tepi.. kalau ada orang kita tak berhenti.. kalau tak ada orang dalam teksi kita berhenti.. kadang-kadang.. dalam teksi tu.. anak ke .. isteri ker? .. boleh angkat penumpang jugak.."- Kata Pemandu teksi.. 


Alahai Uncle..jangan imo sangat.. SAYA ORLYLOVE.. pengguna TEKSI yang TEGAR sebab itu jer transport aku ke Office mencari sesuap nasi.. tapiiii.. meh aku nak cakap.. 

"AKU SELALU ANGKAT TANGAN DENGAN SEMANGAT.. TINGGI-TINGGI.. udah macam ORANG SOMBONG.. NAK NAIK TEKSI.. ni.. KORANG BOLEH PULAK.. BERHENTI.. DAN BILA AKU DAH MASUK DALAM TEKSI.. DUDUK.. dengan selesa mungkin.. AKU CAKAP.. "BANGSAR SOUTH".. APA KORANG CAKAP.. 

" SORRY DEK.. SAYA TAK PERGI BANGSAR SOUTH.. SAYA NAK PEGI PANTAI HILL PARK, SAYA NAK BALIK RUMAH.. NAK MANDI.. SAYA NAK BALIK RUMAH KUCING NAK BERANAK.. " 

TAPI.. KALAU pemandu teksi tak berhenti.. setelah aku TAHAN siap angkat tangan tinggi-tinggi lak.. AKU ORLYLOVE..Marah lak.. ermm.. hehe.. 

"Opsss.. mencarik pelanggan tapi bawak isteri ke sebelah.. bang oi.. ini salah ni.. tapi.. bagi aku.. ok jer lah.. ada gak teman aku yang Wanita ni.. duduk dalam teksi dengan suami orang.. tak baik berdua-duaan.. " hehehe.. 

Lain kali kita rakyat MALAYSIA..JANGAN MALU-MALU nak tahan teksi Hoookey,, kang kena marah lagi dengan PEMANDU TEKSI.. 

ETIKA menahan teksi di luar negara yang patut MALAYSIA contohi.. 



MIROS boleh tolong kasi PENDIDIKAN SIKIT dekat semua rakyat MALAYSIA macam ni.. 
bukan buat kajian melampau sampaikan kereta yang usia lebih 10 tahun tak layak jalan atas jalan raya MALAYSIA.. 



baca sini

Tuesday 10 December 2013

GATAL JARI-JARI RUNCINGKU NAK MENAIP.. MISS MY GIRL.. QALESYA.. WWWaaaaaaaaaaa

Seeeeelamat Pagi SEMUA.. cakap dengan nada semangat.. nak ilangkan rasa sedih.. huhuhu
Aku Orlylove pepagi dah ada rasa sikit sideh.. WWWWWWaaa.. dah 3 hari anakku.. si Qalesya tinggal di Kampung dengan Nenekanda nyer.. yang di panggil UMMI (huhuhu.. alamat Kota Damansara.. rumah di tengah Bandar..) 

Yer lah .. cuti-cuti sekolah ni.... leh bermanja2 dengan ummi nyer.. walaupun si kecil Qalesya tu belum bersekolah lagi.. hihi.. 

-Gambar ketika Qalesya (tengah) umur 1 tahun... 


Al-kisahnya.. 2 orang kakak-kakak si Qalesya suka sangat memarahi dan mencederakan beliau..yang si kakak Sulung suka pujuk si Kakak Kedua ni dengan ayat.. " Sara, jangan kawan ngan Qalesya".. yang si Sara ni lak.. " Ha..ah.. tak yah kawan dia.." 

Korang ni buat Mama Feningg kapla ler.. anak bukan ramai 4 orang ajer.. kecik2 dah jadi citer cenderella..harap2 dah besar korang mesrrrraaa wokeyy... . orang cakap.. kalau adik beradik tak ada gaduh2 dari kecik.. dah besar kalau gaduh.. teruk.. tapi bagi aku.. AKU jugak yang salah.. kurang pengalaman mengatur perhubungan anak2 dara aku ni.. MAMA Orlylove nak kena masuk kelas.. macam mana nak didik anak supaya tak gaduh.. 

Tapi aku terkenang time aku kecik-kecik.. dulu .. selalu sangat gaduh manja dengan kakak aku.. siap tarik-tarik rambut.. mak aku ler.. jadi referee nyer.. yang ayahanda aku hanya jadi Pengurus.,. hehe.. tak dapat masuk padang.. duduk tengok kat luar jerk.. TAPIIIII.. dah besar.. aku dan kakak.. macam ISI dengan KUKU.. kami rapat sangat.. bila berjauhan.. siap nangis dalam telefon lagi sebab Rindu-rinduan..hihi itu kisah lama.. 

Dah jadi macam ni.. Si Qalesya merajuk duduk dengan Nenekanda nyer.. Aku Orlylove gak yang rindu-rinduan.. sebab tak ada orang nak tolong aku kemas rumah.. huhu.. tak ada orang yang nak tolong mama biler susu mama melempah.. (Wakakkaka.. si Qalesya ni.. usia dia dah masuk 2 tahun 11 bulan.. tapi masih menyusu badan.. berebut dengan Baby Rayyan.. ) 

Baru masuk 4 hari.. relek..Orlylove.. relek.. ko kena happy.. anggap ler.. anak ko ni masuk Kolej ..ker.. satu hari.. nak kena berpisah gak.. sebab anak ko ni kawin ker..anak ko ni masuk U ker.. - Wahh.. ayat sejukkan hati.. yang kerinduan.. 

Bile aku tanya si Kakak Batrisyia.."kakak tak rindu adik Qalesya ker?" si Kakak jawab dengan slamber.. " Tak.. " 

Biler aku tanya si Kakak Maisara " Kakak Sara, tak rindu dengan Qalesya ker?" si Kakak Sara jawab panjang sikit.. dengan bahasa pelat dia.. " Ala... Qalesya tak nak kawan dengan kakak.. dia suka marah kakak.. " Aik.. terbalik statement tu.. tiap-tiap hari.. Mama tengok.. Kakak Sara yang tolak Adik Qalesya.. sampai dia nangis.. 

Tak aper,, hujung minggu ni .. kita ambik balik Qalesya dari Ummi ok.. jangan gaduh-gaduh lagi.. 

Mama Orlylove Feeningg .. tengok anak-anak sekarang dah pandai merajuk-rajuk.. umur baru setahun jagung..

Qalesya, Mama rindu awak.. nanti balik yek.... huhu


Monday 9 December 2013

MB Terengganu guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia, arah agih roti kepada mangsa banjir | Tengok TV Online

MB Terengganu guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia, arah agih roti kepada mangsa banjir | Tengok TV Online

Kalau AKU ORLYLOVE jadi MENTERI untuk RAKYAT pun akan buat benda yang sama... hehe.. apalah sangat harga selori roti kalau nak bandingkan kelaparan rakyat dalam kesusahan... Harap-harap.. tak ada pihak-pihak mangsa banjir ni.. mencaci orang yang pernah tolong kita ketika dalam kesusahan.. ingatlah .. jasa mereka.. buang perasaan benci disebabkan pahaman politik yang berbeza... Ini baru MENTERI untuk RAKYAT... 

Sunday 8 December 2013

Pening kepala dengan Migraine apa beza?

Assalamualaikum... Kalau kita selalu mengeluh sakit kepala.. tetapi.. suka sangat guna terma " SAYA MIGRAINE".. erm.. ada banyak beza nyer tu.. sakit kepala biasa dengan Migraine,, 

Cuba kita lihat gambaran di bawah.. Sakit kepala yang anda alami di fasa mana?

Sinus?
Cluster?
Tension?
MIGRAINE?

Best giler ayat kawan aku sorang ni,, "I kalau sakit kepala tak akan ambik MC, I datang jugak office,, ala.. makan panadol.. lege ler.." 

So, boleh lak sakit hati ambik MC? sakit hati dengan orang sekeliling akan buatkan kita nyer kepala sakit gak.. hehe..

Agak-agak ler,,,kalau dok sakit kepala jer nak kena makan Panadol.. kaya ler.. company jual panadol nanti.. lepas tu... ade jer orang yang keluar kenyataan yang panadol tu  tak bagus untuk kesihatan.. -Aku ler..tu.. hihi

So, apa caranya kita nak kurangkan kesakitan sakit kepala kita ni..?


Baca selanjutnya.

Orlylove paling tak suka makan ubat,, bukan tak suka pasal takut makan ubat, tetapi..tak suka sebab semua ubat ada kesan sampingan.. so.. dalam bab pening kepala ni.. sebenarnya.. Badan kita banyak mengeluarkan angin JAHAT yang masuk ke bahagian kepala sehingga semua saraf di kepala terasa sakit.. Kat bawah ni ada sepotong ayat yang you all leh amalkan.. 


atau

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.


Ehsan

Selamat beramal.. 

Thursday 5 December 2013

KECOH SEKAMPUNG ANAK TAK AMBIL SUNTIKAN VAKSIN...

Assalamualaikum semua, Sebelum Aku Orlylove memulakan bicara hari ini.. aku nak ucapkan syukur alhamdullillah sebab anak aku OrlyloveBaby sudah berangsur sembuh dari penyakit yang menyebabkan aku dan baby Rayyan merengkuk dalam kandang katil hospital selama 4 hari... pergh.. sedap tu makan di tanggung kerajaan.. hehe.. 

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua doktor-doktor dan nurses yang merawat anak aku.. dengan cemerlangnyer.. tapi .. OrlyloveBaby betul2 sedih ketika berpisah dengan doktor yang bernama DR.RIFAI'.. di wad KK1 Pediatrik HKL. Hensom tu doktor nyer.. baru balik dari Jordan.. aku tak ler.. berkenalan sampai nak ambik gambar bagai.. tapi.. HKL memang sudah mencapai status perkhidmatan cemerlang untuk Rakyat Malaysia semua.. sebab aku dan anak di layan terbaik.. sampai aku bayar yuran RM13 SAHAJA.. kalau masuk swasta.. mau kena RM3K++.. 

KISAH yang memberi tamparan pada Aku Orlylove ketika di hospital: 

 .. "HAAA.. kenapa anak awak tak ambil apa-apa injection? vaksin ni elok untuk melawan penyakit.. cuba terangkan kat saya, kenapa awak tak ambik vaksin untuk anak awak..? apa sebab? Awak ni.. CIKGU ker? Setahu saya .. ada sekumpulan cikgu yang menyarankan kepada semua supaya tidak perlu vaksin untuk anak-anak kecil.. - Kata Doktor di HKL..



" Ala doktor, saya baca kat google.. vaksin tak baik untuk baby.. vaksin tu kan untuk penyakit yang melanada tahun 70-an dan 80-an .. sekarang mana ada lagi penyakit... cacar.. mana ada lagi penyakit polio.. untuk apa saya masuk vaksin dan kasi antibodi anak saya lemah.. biar ler.. dia keluarkan antibodi sendiri.. tak yah pakse-pakse.. - Jawab ORLYLOVE.. dalam keadaan gugup.. hehe.. fakta tak kuat.. 

"Aawaaaakk SALLLAAAHhh... saper kata.. kalau kata-kata ni awak petik daripada pendapat orang awam yang tak pandai ..bukan DOKTOR.. saya tak nak dengar.. awak patutnya.. dengar pendapat DOKTOR.. -Doktor

Aku Orlylove sebenarnya.. bukan tak nak ambik injection bulanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. Lepas baby lahir.. dia sihat dan tiada masalah kesihatan sepanjang 8 bulan lahir...Aku naik lupa.. (boleh tak guna reason ni.. hehe..sure ada yang cakap aku mama yang bodoh sebab ambik mudah tentang kesihatan anak.. mungkin ada cakap.. aku mama yang kedekut pasal duit sebab tak nak hantar anak ke klinik kerajaan/ swasta untuk  ) so.. kena lak banyak pendapat cakap vaksin haram sana sini.. dan boleh buat antibodik anak kecil tu lemah dan terus kata ..ok.. tak payah ambik.. tapi.. lepas dah kena "BASUH" dengan doktor .. serangan bertubi-tubi tu.. lepas sorang-sorang yang datang check sure "BASUH" aku.. hehe.. aku cakap.. 

BAIK DOKTOR.. lepas OrlyloveBABY sihat.. saya ORLYLOVE akan akur dengan kehendak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.. untuk mengambik vaksin-vaksin yang penting.. erm.. tapi.. biler.. aku google. jumpa banyak blog yang citer kisah.. tak nak ambik vaksin untuk anak .. dan kenapa.. jeng..jeng..jeng.. 
adakah pendapat aku Orlylove berubah

.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Waalaikummusalamm..