Saturday, 22 September 2018

ALLAHUAKBAR.. ALHAMDULLILAH.. SEMBUH JUGA PENYAKIT MISTERIKU..

Alhamdullilah.. Syukur.. bertahun tuu.. Orlylove kena penyakit kulit yang memeningkan kepala. Nak kena guna banyak ubat.. telan..sapu bagai.. last2 Allah jumpakan juga penawarnya.. hahhaha.. 

Tapi lawak I nak tell you.. hahaha.. lawak giler.. 

Time terkena gatal2 kat tangan ni.. Orlylove memang suke kuar malam sbb time tu.. aktif berniaga malam.. hehe so nak tak nak MEMANG SUKA KELUAR MALAM ler.. hahha.. 

Bila tangan dok gatai2.. orang suke tegur.. Naper tangan tu.. so.. aper jawapan MAK.. ??? 
gatal.. tak boleh kena peluh.. ALLERGY.. so.. bila ke doktor.. semua akan kata..ENZIMA ni.. hokeyy.. bak mai ubat.. so.. sapu.. makan tahun.. TELAN Ubat selsema makan hari.. tak baik2. Lagi-lagi.. Orly ni.. alahan UBAT yang tergolong dalam keluarga.. NSAIDS.. mak tak paham sangat ler. keluarga macam mana tu,..,mungkin bertaring daAN BERTANDUK.. hahaha.. so.. 

Pegi berubat MODERN.. dah.. 
Pegi berubat TRADISIONAL.. mak ai.. kata ada benda sangkut bagai.. so... buang ler.. sana sini yang lekat tu.. masih gatal bile terena HABUK dan PELUH.. 

Makan tahun.. rasanya.. mau 3 TAHUN.. . gatai tempat yang sama,, kat dua2 tangan KANAN dan KIRI.. sampaikan ada pengamal perubatan kata,, NI PENYAKIT RAJA-RAJA.. so.. you kena carik seorang RAJA yang sembuhkan U.. 

hahaha.. Hakaq tanya.. kalau KITA RAJA.. macam mana.. ??? so.. try ajer le.. dah orang kata begitu kan.. so.. MOHON ler..kepada ADIK BERADIK yang ADA NAMA RAJA.. hehehe.. semua cakap mengarut.. hahhaa.. korang tau kena buat.. aper?? 

KENA AMBIK AIR LIUR RAJA dan sapu kat kulit yang gatal.. hahaha..dah try.. kejap ajer hilang lepas tu kena balik.. haha.. tak tahan daulat hakaq ni.. hehe.. 

LEPAS 3 TAHUN.. jumpa la.. MAK MERTUA ku.. opsss.. bukaan lepas 3 tahun baru nak jumpa mak mertua hahaa.. tapi.. tiap2 tahun jumpa tak terpikir nak mintak ubat sapu.. dia yang tegur...kenapa tangan hakaq..merah2 gatal.. dia suh try satu KRIM ni.. MAK ambik kat DOKTOR kat TANJUNG TUALANG.. 


DAPAT CIPUT ajerkk tapi.. Alhamdullilah.. syukur akhirnya.. tamat segala keseksaanku.. 



SEBELUM.. 





Klinik Nagoke terletak di Tanjung Tualang ( GPS 4.326833, 101.055248 ) beralamat di No. 9, Laluan Sungai Durian, Tanjung Tualang, 31800 Tanjung Tualang, Perak. Klinik pakar kulit yang paling popular di Perak ini dibuka untuk pesakit dapatkan rawatan adalah seperti maklumat di bawah


Isnin – Jumaat : 8.30 am hingga 5.30 pm 
Sabtu              : 8.30 am hingga 1.30 pm 
Ahad               : Cuti 

Tel : 05 – 360 9217

satu lagi.. yang best pasal Klinik ni.. korang kena pegi awai2 subuh hehe.. sebab orang padat macam masuk Kedai TOTO.. hehe.. beratur panjang.. dari merata ceruk orang datang.. 




Aku dapat sikit aje sebab mak kata dia pun ada sikit.. so. sikit sorang ler.. hehe.. aku dapat aje.. benda pertama aku pikir.. nak SEMBUH. 


tiap2 pagi aku sapu. sambil gosok tu.. doa.. supaya sembuh.. Alhamdullilah.. lepas 2 minggu.. 

Tarrrrraaa.. 3 tahun aku sakit kulit yang susah nak sembuh.. dah SEMBUH SEPENUHNYA.. 

Sekarang aku tak ada ler.. rasa malu sangat nak berdepan dengan orang ramai.. hehe.. tak salah orang bertanya.. tetapi.. MAK malu nakk hahaha.. 

Kalau korang nak try segala penyakit kulit yang susah nak sembuh ke..aper ker.. pergi ler.. KLINIK NAGOKE TANJUNG TUALANG.. 

Jimat mak dari nak beli macam2 krim kulit kat pasaran.. 2 minggu gosok dah hilang sakit kulitku.. hehe.. 

NAK TENGOK GAMBAR SEKARANG TAK??? hehe.. 

jeng jeng jenggg.. AUWWW. hahahaha.. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
korang FOKUS kat Tangan tau.. hehe.. yang lain abaikan hehe.. 





Thursday, 8 March 2018

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA DARI ORLYLOVE

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA 
buat semua pengunjung ORLYLOVE Blog.. 
Hargailah diri kita sebagai WANITA yang penuh dengan tanggungjawab yang Allah beri kepada kita semua.. 



5 TIPS UNTUK WANITA.. DARI ORLYLOVE. 

1. Jangan MEMIKIR MASALAH sebagai satu MASALAH. Jadikan MASALAH yang kita hadapi sebagai satu CABARAN bagi kita sebagai WANITA untuk menempuh hari-hari yang mencabar. Setiap masalah ada cara penyelesaian. 

2. CERIA dengan SENYUMAN. Jangan kedekut nak senyum. Senyum adalah salah satu terapi diri dan cara menghargai semua mahluk di sekeliling kita. Dengan senyuman seorang WANITA mungkin boleh mengembirakan orang lain, dengan SEDEKAH yang mudah kita hulurkan akan membuat diri kita sebagai WANITA akan POSITIF dan CERIA selalu.

3. JANGAN cepat MELATAH dengan segala kemungkinan. Emosi akan terganggu apabila kita cepat MELATAH dengan BERITA NEGATIF terhadap KITA atau apa sahaja berita yang KITA terima. Menjadi PENDENGAR yang SETIA, Peneman kepada SAHABAT yang memerlukan akan memberi peluang untuk kita WANITA memberi ruang untuk rehatkan MINDA KITA. 

4. Sentiasa belajar MEMAAFKAN DIRI dan belajar memperbaiki DIRI dari Masa ke semasa. Untuk Menjadi WANITA SEJATI perlukan PENGORBANAN dari segi : JIWA, PERBUATAN dan KEIMANAN. 
5. Sentiasa RASA SYUKUR dengan apa yang ALLAH kurniakan kepada kita WANITA. Jangan terlalu ingin memiliki rasa bersaing yang terlalu tinggi sehingga kita tidak tahu menilai mana yang baik dan buruk. 
Jom layan suka suki ORLYLOVE mengubah RUPA. Janji HAPPY.. 








Agak-agak kalau jadi Cover Magazine leh laku tak magazine tu,, ?? hahahha.. Muah Cikit.. hehe.. Salam Sayang kepada semua WANITA.. 8 March adalah hari istimewa KITA.

Tuesday, 20 February 2018

KAWAN DENGAN ORANG BERJAYA UNTUK KITA JUGA BERJAYA.. AMBIL AURA...

Pernah dengar tak kata orang berjaya.. 
NAK KAYA kena selalu bergaul dengan ORANG KAYA, 
NAK JADI TERKENAL selalu bergaul dengan ORANG YANG TERKENAL, 
NAK JADI SEORANG IMAM kena selalu datang MASJID., 
NAK JADI SEORANG AHLI POLITIK, Kena selalu berdamping dengan mereka..hehhee.. 

Cita-cita hakaq bukan seorang AHLI POLITIK, tetapi seorang PAKAR MOTIVASI.. hehe.. tetapi.. apa yang akaq Orlylove hadapi sekarang banyak berdampingan dengan AHLI POLITIK..hehe.. JIWA PUN DAH MULA NAK BELAJAR MACAM MANA NAK JADI SEORANG WAKIL RAKYAT hehehe.. 

Seorang sekarang kalau citer bab Politik.. akan rasa MUAL sebab isu-isu politik yang dimomokkan oleh pihak yang tidak menyokong aper yang KERAJAAN buat sekarang menyebabkan RAKYAT NAMPAK MACAM KURANG SOKONG KERAJAAN.. SIAPA KATA??? hehehe.. Ok.. bukan nak ceramah.. cuma nak share.. gambar kenangan dengan orang2 yang berjaya dalam MALAYSIA yang kita ramai kenal.. hehe.. Happy sangat dapat AURA.. mereka-meraka

JOM kita KENAL PASTI SIAPA MEREKA yang ORLYLOVE pernah bergambar bersama.. Peewitt.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan.. dan tak pasti lepas ni kemana Hala tuju Orlylove dalam bidang yang makin dicintai.. huhu.. 


Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan 


Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa


Datuk Irwan Shah Abdullah (DATUK DJ DAVE)


Datuk Ir.Kamaruzzaman Johari


Tan Sri Shahrizat binti Abdul Jalil 


Prof. Sr. Azmi b. Hassan 


Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah



Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim


Dato' Dr. Fathul Bari Mat Jahya 


YB. Haji Khairy bin Datuk Seri Haji Jamaluddin




Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor 


YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid





YB Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah


YBHG. DATO' ZAHIDA ZARIK KHAN


YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar


YB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati binti Haji Samsudin


Tuan Shahbudin Haji Embun




YB Datuk PKamalanathan a/l P. Panchanathan


YB Datin Mastura Mohd Yazid


YAB DatoSeri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi



IMPIAN ORLYLOVE NAK BERGAMBAR SELFIE DENGAN PERDANA MENTERI SAHAJA BELUM TERCAPAI.. 

TUNGGU Ye.. NANTI KITA JUMPA Y.A.B DATUK SRI MOHD NAJIB BIN TUN RAZAK. 


Monday, 12 February 2018

MANA NAK KITA SEBAGAI PENGGUNA TM UNIFI??? TIPU PENGGUNA DALAM DIAM..

Lain kali baca dulu TERM & CONDITION apabila kita sign mana-mana perkhidmatan.. !!!!

TETAPI .. ADAKAH KITA BACA KALAU DAH TULISAN KECIK DAN DALAM BAHASA YANG KITA TIDAK PAHAM SANGAT CIK KAK OI... HUHU.. Nipu ler.. saper-saper yang beli barang atau SIGN UP sesuatu perkhidmatan pasti akan dapat salinan kertas yang berkaler-kaler.. putih.. kuning.. merah.. lepas tu.. Baca depan ajer.. ISI BORANG dan SIGN.. yang tulisan kecil2 tak pernah baca habis.. so.. bila dah tersepit kena tipu.. baru rasa nak perjuangkan HAK PENGGUNA .. 

Adus macam ORLYLOVE dah terkena ni ler.. 

Bayangkan kalau kita SIGN UP sesuatu perkhidmatan seperti ASTRO, TELEFON atau UNIFI.. lepas kita sign up dan dapat perkhidmatan mereka.. pasti kita ENJOI pakai sampai lebam dan bila time pembayaran kita ENJOI bayar kalau perkhidmatan itu memberi kepuasan hati kita.. BETOI kan.. ??? 

TETAPI.. kalau lah ..satu bulan kita terlepas bayaran dan perkhimatan kita dipotong.. disebabkan kita terlewat membuat bayaran.. SELALUNYA.. BILA PERKHIDMATAN KENA SEKAT.. dan BIL BULANAN KITA PUN AKAN DIBERHENTIKAN BETOIKAN???  Sehingga kita membuatkan pembayaran TERTUNGGAK YE IDAK?? 


TETAPI..  MESRANYA dengan TM UNIFI ni.. siapa yang dah lama langgan..... 

TM UNIFI akan teruskan memBIL Pengguna TM UNIFI walaupun perkhidmatan UNIFI (INTERNET) diSEKAT untuk digunakan.... ADUS macam HARAMM AJer.. bila akhirnya kita sebagai PENGUNA tidak diingatkan apabila Team Collection buat panggilan.. SMS dan hanya inform bahawa PERLU MEMBUAT BAYARAN SEGERA.. Dengan jumlah BIL yang makin meningkat.. erm.. mula-mula ingat biasa-biasa ajer ler.. 

Bila BIL dah jadi LUAR BIASA .. PERKHIDMATAN INTERNET DI SEKAT tetapi BIL BERJALAN SEPERTI BIASA SIAP dengan BAYARAN GST BAGAI .. bila ditanya.. sampai bilakah BIL akan BERTAMBAH.. JAWAPAN BIASA-BIASA AJEr.. dari TELECOLLECTION TEAM...:" KAMI tidak akan POTONG LINE PUAN SEBAB KAMI ANGGAP PUAN MASIH NAK LANGGAN KAMI (TM) Tetapi Kalau pun kata NAK POTONG.. BARU KAMI POTONG.. !!! 

Weii.. dah BERIBU weiii.. Hakaq.. bukan tak nak bayar.. sebab bulan tu ada gangguan kewangan so.. bila talian INTERNET dah kena potong.. so.. kita ingat.. BIL PUN KENA POTONG ler.. nanti bila ada duit kita bayar ler.. kan.. ni tidakkk.. NALA.. BERIBU.. baru nak kasi hakaq.. BISING.. hehe.. 


Wahh MESRA Tu.. Tapi.. PUAN KENA BAYAR SEMUA TUNGGAKKAN lah.. 
WALAUPUN SAYA TIDAK DAPAT PERKHIDMATAN??? SAYA KENA BAYAR TUNGGAKKAN???? Wahhh MESRA TM (TELEKOM MALAYSIA) ni.. I LIKE.. PUIIII.. macam harammm aku menyumpah.. korang check ler.. BIL korang .. kalau dah terkena macam HAKAK ni.. hati-hati ler.. kalau dah tak bayar sebulan tu jangan ler.. tunggu-tunggu lagi sebab mereka memang telah KENAKAN kita dalam DIAM.. TENGOK BAWAH... 



6.4 : Kegagalan pelanggan membuat bayaran bulanan tertunggak bagi perkhidmatan.... Perjanjian ini tidak akan menjejaskan hak TM untuk terus membil (CAJ)  pelanggan untuk yuran langganan... GITU ler.. dalam bahasanye.. malas nak ulas panjang2.. 

**PERKHIDMATAN INTERNET DISEKAT.. 
BIL BERJALAN.. ???? 

Bila ditanya.. sampai bila nak CHARGE ni..?? KATANYA.. SAMPAI PUAN POTONG ler.. aduss.. bila dah POTONG TALIAN .. KENA BAYAR SEMUA BIL TERTUNGGAK????? CANTIK NYE.. SYARAT TM ni.. pandai korang berniaga.. Bila dah beribu..... macam mana ni.. masih nak tunggu HAKAQ kasi POTONG?? BILA DAH POTONG??? NAMA BLACKLIST dari TM.. ARAMAKKK.. TERBAIK nyer perkhidmatan TM... 

KITA DAH SIGN so .. nak cakap aper.. nak ngadu kat saper..??? 


So.. hati-hatilah apabila kita membuat sesuatu permohonan apa-apa perkhidmatan.. yang yang memakan diri.. hahha.a. 

PENGAJARAN :

1) SURUH PENJUAL BACA KESEMUA SYARAT-SYARAT YANG KECIL-KECIL di BELAKANG BORANG YANG BAKAL KITA TANDA TANGAN.. BIAR BERPELUH DIA GI GOOGLE TRANSLATE.. kalau KITA TAK PAHAM APER YANG DIKATAKAN JANGAN SIGN.. hahhaha.. 


-PENGALAMAN TERINDAH untuk SEMUA.. 

Friday, 15 September 2017

SELAMAT HARI MALAYSIA !!! 16 SEPTEMBER

Salam Satu Malaysia, Salam Hari Malaysia, Happy Birthday kepada Daddy Arien.

Orlylove dan hubby memang sekepala.. suka muzik dan nyanyi..so esok kita karaoke ajer.. yek.. tapi bila nak berkarokk ni.. nak bawak anak.. adusss.. mic memang tak dapat selalu ler.. kat mama dan daddy.. huhu.. 



Selamat Hari Malaysia 



Terapkan semangat cintakan negara dari kecil.. supaya mereka bangga dengan JALUR GEMILANG yang mereka kibarkan.. Tahniah semua sekolah di Malaysia, banyak program yang dirancang untuk naikkan kecintaan anak-anak kecil untuk CINTAKAN MALAYSIA.. CINTAKAN NEGARA.. 

#NEGARAKU 
#SEHATISEJIWA
#60TAHUNMERDEKA


HAPPY BIRTHDAY TO ME..BILA ORANG TANYA USIA.. ?? EHEM.. EHEM..




Assalamualaikum, masih jauh perjalananku menuju usia yang sebenar.. Masih mencari-cari keredhaan Allah dalam mengharungi pahit getir insan yang bernama RAJA .. panggilan nama kengkawan .. NORLI.. tetapi time aku nak berkenalan..aku akan sebut namaku AKMA.. huhu.. 

Happy Birthday to me.. Happy Birthday to me.. !!.. apa yang aku nak selama ini.. masih ada yang tidakku perolehi ..tetapi.. Rezeki semua pemberian Allah.. walaupun kejap ..atau lama.. aku tetap bersyukur.. Dulu.. aku pernah berangan untuk aku berkahwin di usia.. 30 tahun.. seperti ELLA.. tetapi.. Allah dekatkan jodohku awal 27 tahun aku dah berumah tangga.. 

Aku pernah berfikir untuk memperolehi ramai anak.. untuk jadi kawan aku ketika aku mengharungi usia tua aku.. Alhamdullilah.. Allah beri aku 4 orang.. sekali GUS.. Doktor pesan.. jangan beranak rapat-rapat.. so.. doktor saran.. jarak 2 tahun setiap sorang boleh.. so.. aku tak sangka..Allah beri aku anak yang lahir JARAK 2 tahun seorang.. hehe.. 

2007...2009...2011..2013.. No.. bertuah Aku.. 1010 (Anak pertama) 0111 (Anak ke dua) 11111( Anak Ke tiga) dan 0203( Anak ke empat).. hehhee.. untuk no.lain.. No..No..No..hehe.. cukup ler.. 4 permata hatiku.. hehehe,, 

No. bertuah Aku adalah 2409.. kalau ada peluang nak ambik no PLAT kereta RN4 hehe.. tapi siapakah gerangan yang dah beli no. tu yekk??? huhu..

Untuk tahun ni.. aku meraikan Birthday yang ke 38 tahun.. semoga semua yang Positif dan baik-baik datang kepadaku .. untuk aku capai impian aku sebagai seorang IBU, ISTERI dan PEJUANG NEGARA.. 

Perkara yang Orlylove nak share adalah.. Jangan cepat putus asa, Senyum SELALU.. dan sentiasa doakan yang baik-baik dengan alam sekeliling kita semua.. In Sha Allah.. setiap yang positif datang dalam diri kita..Allah akan hadiahkan semua yang positif untuk kehidupan kita.. 

Opis sambut September's Babies.. but me on 24 September ,, 










Terserlah kejendulankuu.. ahakk hehe

Jangan tegur kalau nampak lebihan lemak yang berlaku.. Tunggu .. tengah workout niii.. Japp..eeekkk.. hihi