Showing posts with label Steamer TRIO. Show all posts
Showing posts with label Steamer TRIO. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

24 September Tarikh Keramatku..







Happy Birthday to ME.. Aku ler tu..Arini hari lahir aku yang ker Tuuuutt.. BIARLAH RAHSIA.. tapi awal 3 series ler..muda lagi.. tapi.. perjuangan aku belum selesai.. masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dan perjuangkan dalam hidup ini. 

Terima Kasih kepada famili dan rakan-rakan yang selama ini menyokong aku. Sempena Hari Keramat aku hari ini.. aku nak hadiahkan korang 1 Resepi yang paling senang dan mudah untuk buat duit. 

Patutnya.. aku yang dapat HADIAH tau.. ni korang semua yang aku kasi hadiah.. tak aper sebab aku suka berkongsi ilmu.. Bila orang cakap.. "Bodoh kasi Rahsia resepi ini sebab ko pegi kelas berbayar.. lepas tu ko kasi FREE jer kat orang.. " Aku Jawab.. " Berkongsi Ilmu aku dapat pahala.. orang dapat ILMU dari AKU..dengan cara ini sahaja aku boleh gembirakan orang .. aku tak kaya nak kasi diorang semua DUIT atau kekayaan.. aku hanya ada ILMU..  walaupun free aku Halalkan sebab " AKU adalah Orlylove" hihi. 



KEK KUKUS COKLAT MOIST Orlylovebites 

BAHAN A

1 Cawan         Serbuk Koko
1 Cawan         Susu Pekat Manis 
1 Cawan         Air Suam
1 Cawan         Minyak Masak 

BAHAN B

2 Biji               Telur Ayam Gred B


BAHAN C

1 Cawan         Tepung Gandum { Elakkan CAP SAUH }
1/2 Sudu Teh  Soda Bicarbonate 
1/2 Sudu Teh  Baking Powder Double A (DAA)

Cara Membuatnya:-

Bahan A = Gaulkan kesemua BAHAN A. Masak dalam Microwave selama 2 minit. 
                   kalau tak ada microwave, masakkan atas api sederhana sehingga mendidih. 
                   Ketepikan sebentar. 

Bahan B = Pukul telur dalam bekas lain sehingga berbuih. 

Gaulkan kesemua BAHAN A + B + C sehingga sebati. 

Akhir sekali, Kukus dalam pengukus elektrik selama 2 minit - 3 minit.  Aku guna Alatan AJAIB TRIO yang aku ada... Steamer TRIO... Sesiapa yang tidak ada pengukus elektrik..... boleh guna pengukus atas dapur dan masakkan selama 10 minit dengan api perlahan. Masa kukus mengikut ketebalan bancuhan / saiz. aku selalu guna saiz kecik SQ250ml plastik container. 

Naik tahu dah masak ke belum.. try ambik lidi dan cucuk. Kalau dah masak boleh tutup ler.. api dapur tu.. 

Bahan untuk Coklat Ganache

1 Cawan         Serbuk Koko
1 Cawan         Susu Pekat Manis 
1 Cawan         Minyak Masak 

Gaulkan semua bahan dan masak dalam microwave selama 2 minit.. 
Kacau sehingga kilat dan kalau terlalu pekat..tuangkan sedikit air panas. kacau hingga terhasilnya Ganache yang kilat dan cantik.. Akhir sekali.. sejukkan dan tuang atas kek bila hendak di hidangkan.. 

Pergh.. I tell you..ini rahsia..nak nangis.. aku kasi kat korang sebab dah nama Secrete Recipe Orlylovebites.. tapi.. untuk korang semua.. AKU sayang Semua.. Selamat mencuba.. 






Sunday, 22 September 2013

Steamer TRIO untuk Kek CIC

Alhamdullilah.. semangat aku lepas lahirkan Baby Rayyan..makin berkobar2..dengan semangat ingin memulakan sesuatu yang baru dalam hidup aku.. biler ramai rakan aku di FB menunjukkan gambar2 mereka memasak sesuatu yang hebat untuk keluarga mereka.. terus aku jeles.. Opsss.. aku jeles.. bukan kat korang yer.. aku jeles dengan kemahiran yang korang ada untuk gembirakan Famili memasing.. Soo.. I think I must Think.. hehehe.. What should I do.. What Should I take and what should I buy..? Ok.. I got it.. Lets start..

Aku pergi mendaftar kelas membuat kek CIC.. korang tau apa CIC? bukan kelas tadika CIC tu yer.. hehe.. CIC to stand for Cake in Container".. macam best kan bunyinye.. hari yang di tunggu2 dah tiba.. aku masuk kelas dengan kak ida di sini..http://merpati66.blogspot.com/

Balik dari kelas.. tanpa aku berlengah.. terus ker AEON Wangsa Maju.. sebab apa korang nak tau?.. Aku nak beli semua barang yang cikgu Ida gunakan untuk merielisasikan impian aku nak membuat kek untuk makan-makan famili aku .. dan boleh buat jual.. heheh.. sampai ker senduk plastik dia pun aku tanya mana dia beli.. hehe.. Orang kata.. nak berjaya kita kena Copycat apa yang orang berjaya buat.. baru boleh berjaya macam dia.. hehe...

Aku mencarik Steamer berjenama TRIO seperti di bawah..tapi.. sedih sebab 3 tempat aku carik tak jumpa.. Giant, Tesco.. AEON Wangsamaju.. yang aku confirm.. AEON ada jual tapi tak ada stok.. bengang jerk.. aku sabar.. selama 2 minggu .cuba nasib balik ke AEON Wangsa Maju.,.Erm.. Dok selongkar.. ke hulu ke hilir.. mencarik Steamer TRIO tu.. yer lah muka confident tak nak tanya Salemen sebab aku TAU Mana nak carik.. bukan susah.. carik jek bahagian elektrik.. tempat letak semua steamer.. tak susahkan.. ? aku jenis tak suka susahkan orang.. Tapi.. Arrrgghh.. aku tak jumpa.. so.. kena mintak jugakk Sales men tolong carik..siap.. dia jerit2.. "Woi..mana steamer TRIO dekat sini.. "..

Keluarlah.. sorang kakak ni.. dengan gaya executive.. " Steamer TRIO tu.. semua orang carik.. dah habis ler.. dek.. aku tak puas hati.. aku siap tanya,.,kalau dah habis.. mana display Item nyer.? diorang carik punya carik.. jumpa kat atas.. rak tinggi..sebab benda tu besar.. tak leh letak bawah.. huhu..

Yer DISPLAY ITEM.. aku dah jumpa.. kasi lap sikit.. aku cakap.. "SAYA NAK DISPLAY NI".. agak2.. buat giler.. orang nak yang baru.. aku nak jugak yang display.. sebab TAK TAHAN dah nak masak kek.. kekkekke.. lawak biler.. kenang.. hee.. RM179.90.. kat AEON WANGSA MAJU.. aku rembat jugak steamer TRIO ni.. Tarrrraaaa.. ini leer.. barangan dia..



Apa kek yang aku masak untuk memulakan dan merasmikan Barangan Ajaib ini.. tunggu .. sambungan Steamer ni.. yer.. hehe.. kasi suspend..