Thursday 30 January 2014

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?....SELAMAT MENYAMBUT CHINESE NEW YEAR..

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?

Aku Orlylove seronok nak share pengalaman Datuk Maznah Hamid (IRON LADY) Malaysia, tentang pengalaman beliau berniaga di Negara China. 

Aku bukan bangga sangat dengan kaum cina ni.. tetapi.. perjuangan mereka yang di tunjukkan di depan mata aku..membuatkan aku respek mereka..ada baiknya kita yang melayu ni.. kurangkan sikit sifat benci membenci dengan rakan niaga.. yang sama-sama berjuang mencari rezeki ke jalan Allah.   

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Imbas kembali sebelum saya mula membuka perniagaan bidang logistic dan warehouse di
 Hong kong, Shanghai dan Guangzhou.
Saya perlu berguru dengan mentor yang berjaya disana. 
Walaupun banyak ilmu yang diperolehi, kita sebagai seorang muslim mempunyai etika,
tanggungjawab dan perlu menilai halal dan haram, apa yang dibolehkan atau diharuskan dalam setiap urusniaga." 

Saya kagum sekali dengan prinsip-prinsip niaga mereka yang :

  • Sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)
- Kedai cina akan buka pada 6 pagi.. mereka dah sarapan anak beranak pepagi buta.. pasar malam cina.. akan habis lewat malam.. 

  • Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam
- Perniaga cina akan keluarkan semua duit mereka untuk laburkan dalam business dan betul-betul pulun buat promotion.. mereka akan edarkan flyers merata tempat untuk sebarkan bahawa mereka ada produk bagus.. walaupun ,,mereka menjual keropok sahaja..

- Aku pernah Tanya seorang tokey kedai baju yang ada depan Sogo, KL.. nama kedai dia.. KEDAI PAKAIAN MURAH.. simple jer Nampak nyer.. tapi.. bila masuk.kedai dia..memang murah.. banyak baju fesyen terkini dan semua murah.. aku berbelanja sampai tak sedar yang aku ambik banyak.. aku marah Tokey tu.." Hai ya.. tokey.. kenapa buat murah-murah.. kan saya dah beli banyak.."

Tokey tu jawab.. " Biar jual murah.. nanti orang beli banyak saya dapat untuk sikit.. tapi ramai orang masuk..." hehe.. betul gak.. kalau kedai yang mahal.. orang nak masuk pun tak ramai.. orang beli ada lah satu dua.. lepas tu.. nak cover cost.. dah macam pening.. sebab tak ada sales..


  • Menerima kegagalan pertama sebagai pemberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
  • Menentukan matlamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
  • Lebih menekankan budaya "siapa cepat dia dapat"

  • Mempunyai jaringan yang kuat menyokong asas perniagaan peruncitan dan amat sukar digugat kerana kemantapannya
  • Jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok
- Sikap ni aku sokong.. sebab kalau Aku cari barang di kedai orang cina, tetapi barang yang di cari tiada.. atau habis.. jawapan mereka selalunya.. "Hai ya.. itu barang sudah habis lor.. manyak laku.. oo.. tapi kalau you nak..you try carik dekat itu kedai..hujung coner tu.. kawan I .. dia ada jual juga.. sana manyakk lagiii.. "

- Jawapan lain.. " you tunggu sini kejap Aaa..I nak pegi ambik dekat stor..kita jauh sikit dari sini.. " walhal.. mereka pinjam dekat rangkaian mereka..
  • Suka kepada pembentukan persatuan dan setia mewarisinya sejak turun temurun.
  • Menganggap berniaga itu suatu seni adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Setiap peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Kepada semua kaum Cina yang menyambut
Chinese New Year,
Happy New Year!!!
 


Ihsan dari: https://www.facebook.com/maznahhamid

Wednesday 29 January 2014

Gempar!!.. Rawatan RESDUNG menggunakan LIPAS!!!

Waaa.. pepagi lagi aku dah belek-belek muka dengan perasaan sodeh..
Seketol.. dua ketol.. dah nak naik macam berketol-ketol.. jerawat kat muka aku.. erm.. aku dah tau apa pasal.. sebab semalam aku baru cuba produk baru aku beli.. mungkin pasal produk tu..

Tapi.. ada orang kata pakai produk tak sesuai akan menyebabkan jerawat keluar.. dan ada orang cakap lak.. jerawat keluar sebab produk tu nak nyah toxin kan muka kita.. Mana satu betul ni..? Tolong lah.. aku baru nak cuba produk yang aku dah terpaksa dan paksa rela ni.... huhu

Tak apa .. aku kena teruskan memakai dalam seminggu ...kalau tak sesuai .. ke pakar kulit ler.. aku lepas ni..hanya pakar yang boleh tolong..

Harini aku terbaca pasal RAWATAN RESDUNG MENGGUNAKAN LIPAS.. Eeeeii.,.Geli tuhh..
Tengok gambar di bawah..

Kat bawah ni.. gambar lipas yang digunakan untuk rawatan ini.. nama dia lipas tanah..









Ni le gambar ulat yang di war-warkan ulat resdung tu.. erm.,.

Tapi.. Bila aku pikir balik..betul ker? ulat ni datang dari muka pesakit atau.. perut lipas yang kotor tu.. korang bayangkan..ulat kat atas..macam rupa cacing.. halus yang ada dalam perut lipas tersebut.. eeeiii.. geli lak satu badan aku..ni, time aku menaip ni pun dah rasa gatal-gatal kat muka..hidung.. dan pipi.. Aggh.. aku ada resdung..tetapi..





Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru. 

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan kelihatan pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm. 

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak. 
Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar. 

SO,,kat mana kesahihan rawatan resdung menggunakan lipas ni.. berkesan atau kena ambik ulat yang keluar dari muka pesakit tu..kena bawak masuk lab.. untuk kaji.. samada ulat yang sama dalam perut lipas atau.. memang parasite yang di gelar "ULAT RESDUNG"...

wallahualam..



Tuesday 28 January 2014

DYARA SOLUTIONS TAHAN AKU !!!

Aku jejalan di sebuah Shopping Mall dengan anak dan suami aku.. sambil aku melenggang lenggang.. seorang wanita berbadan besar yang agak cantik menahan aku dan terus cakap tak henti-henti pasal produk yang dia nak promote .. yang lawaknya anak aku si Baby Rayyan tengok wanita itu siap tak kerlip-kerlip matanya.. hehe..

Akak jual tu cakap.. hey baby.. jangan pandang akak macam tu.. hehe..
Aku cakap ngan sales girl tu.. " Anak saya akan pandang dan suka kat perempuan cantik sahaja.. hehe.. " Terus sales girl tu malu dan teruskan promote produk kecantikkan kepada aku..

Aku terkejut sebab sambil cakap-cakap tu.. terus sales girl tu.. sapu tangan aku dengan krim putih yang banyak .. sambil2 gosok .. riaksi aku time tu.. Erm.. nak marah ker..tak tahu ler..nasibler aku memang dengan rela hati..hehe.. Pakse rela.. huhu.. dia gosok punya gosok. kulit tangan saya Nampak cerah sikit dari tangan yang sebelah lagi.. hehe.. agak-agak AKAK ni buat magic ker ..? tak ler.. biasa ler.. cara promote macam ni..

Tanpa aku sedari .. aku dengan rela hati terus terima lamaran sales girl tu.. beli produk dia.. Suami aku pelik sebab selalu nyer..aku tepis dengan baik semua produk-produk yang aku kurang yakini.. tapi. AKU dah beli dah.. RM40.. sekotak .. dalam tu..ada 3 tiup.. 50MLx3

Produk yang aku citer tu.. ni ler.. Dyara Solutions Cream ..

 
 
Kaedah menggunakan Dyara Solution :-
* gunakan produk secara kerap, teratur dan disiplin bagi memperolehi hasil terbaik
* pagi dan malam sesudah mandi
* sapuan rata pada kulit

Digunakan sebagai masker:-
* sapu rata pada kulit
* setiap malam sebelum tidur
* bilas pada keesokan pagi dgn tuala kecil yg direndam dgn air suam

Aku beli dalam Tiub ..bukan seperti di bawah..

 
Aku Orlylove,..baru hari pertama cuba.. so.. lepas ni..aku update keberkesanan terhadap kulit mukaku.. ok..
 
Kat sini aku sertakan no. contact pengedar Dyara Solutions ni..
Dyara Trading (001946094-P)
Lot 2133-4, Jalan Changkat Kiri
Simpang 3, Gombak KL
 
Tel : 603-61858044
hp : 6012-9657398
 
 

Wednesday 22 January 2014

7 HARI DALAM WAD HKL..ANTIBIOTIK BUKAN UNTUK VIRUS..DOKTOR,,

Assalamualaikum.. Kali ke 2 Baby Rayyan kena masuk Hospital sebab selsesa dan semput.. Pertama kali masuk pada 2 Disember 2013 .. 4 hari kami bertapa.. kali ni.. hingga 7 hari.. dari 15hb Jan 2014 hingga lah 21hb.. 

Kisah yang aku nak citer ni bukan pasal penyakit anak .. aku.. tapi pengalaman aku di HKL, Wad Pediatric untuk rawatan anak aku ..

Hari Pertama - Anak aku dapat rawatan hanya di beri Neb untuk melegakan semput dia.. lepas tu.. doktor cakap nak pantau samada ok ke tak.. Neb di beri 4 jam sekali.. sampai hari ke 2. 

Hari Ke 2 - Rawatan Neb juga.. waktu pagi aje hidung tersumbat .. kasi suction dan lega sambung neb.. ramai ler.. pakar2..turun padang kasi pendapat.. anak aku di sahkan ada penyakit Bronchiolitis.. pada lawatan pertama dulu.. kali ni.. dah x-ray .. sama gak.. ada jangkitan virus di paru-paru.. 

Hari Ke 3 - Kasi gas neb lagi.. dan lagi.. dan lagi.. rawatan paling sesuai adalah kasi neb sahaja dan suction.. Aku siap tanya.. Doktor.. kalau ada virus kenapa tak kasi apa2 ubat..macam antibiotik ker? dia cakap.. antibiotik untuk rawatan bakteria sahaja.. ni virus tak perlu.. biar dia baik sendiri.. ermm.. Bila dapat pendapat doktor pakar.. dengar macam petang leh keluar.. sebab dah nampak ok sikit.. dari mula masuk dalam rekod.. KIV Discharge PM.. 

Aku tunggu saat yang di tunggu-tunggu..doktor pakar lain kasi pendapat.. erm.. tahan lagi.. belum pulih.. opss.. sabar..Orlylove.. kesihatan anak lebih penting dari segala-galanya.. 

Hari ke 4 - Kasi Neb lagi.. Suction.. no medication.. at all.. anak aku kecik .. baby tak perlu ubat bagai.. biar sihat sendiri.. so.. ramai-ramai ler.. doktor pakar ni.. keluarkan stethoscope memasing untuk dengar bunyi dalam dada Baby Rayyan.. keputusannya..Hold.. wait.. tunggu pakar Paru-paru tengok.. Case Refer Pakar.. Aku pun ok ler.. dah hari ke 4 baru cakap nak jumpa pakar.. lega dengar.. bila aku free-free tu.. tegur-tegur ler..,nurse yang pegang aku nyer.. fail.. Sis..sis.. I dengar anak I nak kena refer pakar.. pakar aper yek? BILA tu? 

HAAAAA? Isnin.. ? kenapa? "Ooo.. pakar tu..ada Isnin ajer.. hari bekerja dia office Hours dan weekdays sahaja.. korang rasa.. aper aku pikir.. ? erm.. "ok gak ler..boleh aku rehat jer kat hospital ni .. harini .. baru Sabtu.. esok AHAD.. senin .. tak lama menjelang juga.. SABAR..orlylove.. anak awak sakit.. sabar.. layan.. ajer.. 

Hari ke 5 - Dah 4 hari En.Suami.. melayan kerenah 3 puteriku.. so.. hari ni.. pesan.. "Ayang rasa tak payah ler.. datang .. bukan ada apa pun.. ok semua.. rehat ajer kat umah.. ok.. kitorang akan enjoy di Hospital.. banyak aktiviti nak buat.. boleh lepak playground..  lepak cafe..tido.. dan tido.. bila sampai waktu sunyi.. Waaaaa.. Aku bosan.. tak ada orang datang melawattt.. tak ada orang bawak buah ke.. coklat..ker.. hadiah ker.. Opss.. Behave Orlylove.. Anak sakit .. jangan ko lak Over.. Ok.. rawatan macam biasa.. Neb dan suction.. 

Hari ke 6 - Masa yang di janjikan telah tiba.. pagi-pagi lagi aku tanya.. Nurse..harini, nak jumpa pakar mana? .. Nurse jawab.. erm.. tunggu dulu.. doktor sahkan dan doktor tak cakap apa-apa lagi.. 

Bila jumpa doktor datang beramai-ramai di katil aku .. untuk buat pemeriksaan.. siap gaduh lagi.. depan aku.. Ha.. Why.. this.. why that.. so.. aku mencelah.. Doktor.. betul ker harini.. cakap nak jumpa pakar..? pakar mana ? Bila? Doktor.. cakap. Erm.. nanti dulu.. kami rasa tak perlu lagi..sebab baby macam dah nak ok tapi.. kita tengok macam manaler....  Opss,..,ayat aper tu.. dah ler.. tadi korang gaduh depan aku yang anak aku sebenarnya tak perlu jumpa pakar yang di janjikan.. aku naik hanginnnn ler.. ni.. anak aku dah naik kurus dek sedut tiap-tiap hari.. korang leh buat macam ni.. lak.. ok teruskan.. 

Aku siap cakap.. depan diorang.. kalau pegi private hospital.. dah lama anak saya balik kot.. kasi le antibiotic ker..kot-kot anak saya dah ada virus bagai.. ha,..,dah marah dah aku.. lepas tu.. diorang bincang-bincang.. OK.. MAMA.. 

KEPUTUSAN UNTUK HARI KE 6 - kita pegi ambik darah lepas tu.. esok ambik sample KAHAK.. OPSSS.. ESOOOOkkk... ? ada esok ker..? HAKAK ni, kerja Doktor oii.. makan gaji.. HRRRR.. dah call.. tanya.. so.. nak tunggu hari ke 7 ker? dah hari ke 6..baru nak ambik darah.. dan sample kahak.. yang anak aku sakit dari hari pertama hingga ke 5 .. tu..korang dok tenang-tenang ajer x-tray anak aku.. cakap.. cakap depan aku .. macam best ajer.. anak HAKAK ni.. sakit dek oi.. tak ler.. nak marah.. nak geram ajer.. siap cakap lagi.. ok.. kita cuba kasi Antibiotik.. CUBA? erm.. korang belajarkan antibiotik untuk bakteria.. bukan untuk virus.. keputusan darah tunjuk ada virus.. erm.. tak apa proses pembelajaran.. akak halalkan.. 

Yang best aku tanya doktor sorang ni.. kenapa tak jadi hantar anak aku jumpa pakar Paru-paru.. dia.. cakap.. " ala.. doktor kat sini cakap..kalau kes-kes yang boleh selesai sendiri tak payah hantar pakar..sebab nanti kena marah,, " Wow.. jawapan yang memberansangkan..  

Lepak..bosan-bosan atas katil.. rawatan tetap macam biasa,. dan baby agak selesa sikit.. dan masih dengar bunyi yang doktor sahaja yang tahu...apa yang Orlylove tahu.. keadaan Baby Rayyan dah makin elok.. dari hari pertama.. masuk.. surprise dari famili aku .. datang beramai-ramai melawat Rayyan..Thanks semua.. tetapi.. hari  

MALAM HARI KE 6.. Baby Rayyan.. mula muntah-muntah lendir dan cecair keluar semua makanan yang dia makan seharian.. sampai ke pagi hari ke 7.. 

Masa lawatan doktor.. - Anak muntah? lepas bincang dengan doktor2 lain.. siap aku dengar.. " kenapa yek.. kasi antibiotik.. doktor baru nak terror ni.. cakap..."erm..,baby tak ok dah masuk hari ke 6 ..so kita dah check dan mungkin perlu antibiotik.. " wah ayat. macam best.. tapi Baby Rayyan dah muntah ni.. pasal antibiotik ker aper ni.. doktor.. 

Tapi.. aku suka jer Baby muntah ..keluar semua lendir2.. dalam dada dia...banyak kali dia muntah..masuk 8 kali.. sampai naik pucat..muka dia.. sian aku tengok.. so.. lepas keputusan darah, kahak dan pakar fisioterapi datang buat suction.. sampailah rawatan.. tengahari.. 

Hari ke 7Doktor pakar..datang..seorang yang comel-comel orang nye.. dia tanya.. "Eh.. kenapa baby stay sampai 7 hari ?.. "

so.. tugas doktor yang membuat report ni.. pun bermula.. menceritakan apa terjadi sepanjang aku dan baby di hospital.. 

Akhirnya.. doktor cakap..ok Ibu.. baby dah macam sihat,.,lepas ni.. jangan lupa ambik injection bulanan nanti kita nak tengok rekod.. dia muntah-muntah kasi minum banyak air,, awak boleh discharge PM.. 

Kenangan terindah di HKL untuk aku dan Baby Rayyan..ramai kenalan aku dapat dan boleh tukar-tukar pendapat dan pengalaman menjaga anak yang kurang sihat..  

Tapi yang aku tak leh lupakan.. doktor di wad asthma Bahagian Kecemasan cakap..OOO.. NAMA RAYYAN memang selalu sakit.. ramai baby nama Rayyan sakit.. alamak doktor.. jangan cakap macam tu.. sakit Allah yang kasi.. bukan nama tu punya hal...tak apa lah .. saya dah maafkan .. doktor tu..

Untuk aku yang duduk dan dapat rawatan di HKL.. tak banyak yang aku nak komen pasal kemudahan dan kelesaan..semua ok..bilik 4 orang share dan ada aircond,tv,bilik air katil..mak dan anak..ok ler..

Sekarang janji aku.. nak jaga semua anak-anakku dengan baik dan jaga amanah Allah ni seikhlas-ikhlas nyer..

Doakan Baby Rayyan akan sembuh sepenuhnya dari penyakit Atypical Pneumonia ini
 yer.. amin.. 

makin kurus dah Rayyan.. lepas ni.. nak kasi makan banyak-banyak kasi ada isi sikit.. 

Wednesday 15 January 2014

BENGKEL CANTIK SIHAT DAN SELAMAT..DR.NABISAR

Aku dan AJK biro aku telah berjaya mengadakan satu bengkel untuk Exco Puteri Wangsa Maju dan disertai sebahagian warga awam..  Aku amat teruja dan berdebar rasanya.. sebab 1st time nak adakan bengkel sebegini bersama penduduk setempat...  

Penceramah jemputan kami pada hari tersebut adalah Dr. Nabisar. Aku terangkan serba sedikit tentang Dr. Nabisar. 

Dr Nabisar yang berkelulusan dari Cambridge University, England, Cornell University, USA dan Universiti Putra Malaysia. Beliau menafaatkan pendidikan terkini dan terbaik di universiti terkemuka didunia untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk pengguna tempatan dan antarabangsa. Beliau yang juga merupakan MANTAN pengarah menteri dalam bidang bioteknologi dan sains di Kementerian Kesihatan Malaysia 



Lawak time ni.. aku gelak sebab Dr. Cakap pasal payudara jatuh disebab tarikan graviti.. memang betul fakta tu.. tapi citer ngan makcik2.. semua gelak.. termasukle aku.. hehe.. lepas ni.. kena pakai support bra yang betul baru cantik.. hehe..  


Sesiapa yang berminat nak buat produk kecantikkan atas jenama sendiri boleh hubungi Dr. Nabisar ini sebab syarikat beliau merupakan pengilang, pengedar jenama Dr.Nabisar dan beliau bergerak atas tiket sharing is caring tentang kecantikan dengan cara sihat..bahan-bahan dan formula yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan alami semula jadi.

Kalau sesiapa badan-badan NGO setempat nak buat program sebegini amatlah di alu-alukan oleh Team Dr. Nabisar kerana Dr. Nabisar mempunyai misi peribadinya tersendiri untuk memberi didikan secara PERCUMA tentang kesihatan dan kecantikan dengan cara sihat. 

Team mereka memohon kita sediakan tempat dan kumpulkan tetamu sahaja. yang lain nya.. akan di sediakan oleh pihak Dr. Secara PERCUMA. 

Banyak produk terkenal yang kita kenal menggunakan khidmat perkilangan dan nasihat dari Dr. Nabisar ini. 

Majlis kemuncak berakhir pada 1 tengahari.. semangat semua tetamu nak merasa sendiri ditelik oleh Dr. Nabisar tentang masalah kulit muka mereka..




Dr. Nasihat, jangan sesekali percaya dengan produk-produk keluaran Thailand, Philippines dan China..semua menggunakan bahan terlarang dan bahan kimia yang akan memudaratkan kesihatan kulit kita.. bab ni.. tepuk dada tanya selera.. sebab banyak pengguna produk kecantikan masa kini nak kan hasil yang cepat.. ye lah.. tak kira lah murah atau mahal..kalau boleh kasi cantik dalam masa terdekat.. guna baru 2 minggu dah boleh cerah dan gebu sapa tak nak kan? 

Korang baca sini.. tentang produk yang ada bahan kimia dan kesan dia.. 

Tarraaaa..ni la..AJK kami yang semua hebat-hebat..belaka.

nampak tak permainanku.. ketika hendak bergambar badan mestilah sorok dibelakang ornag lain..nanti orang akan nampak.. kita kurus..wakkaka.. 


Saturday 11 January 2014

KOLEKSI DUIT VS MANUSIA..UNIK DAN KREATIF

Koleksi Gambar kretif yang menarik perhatian ORLYLOVE untuk cuci mata pada hari ini.. 








hehhe.. budak satu opis tak ada kerja.. opss.. hilangkan stress bekerja.. Ini cara terbaik.. bergurau senda dengan rakan setugas.. dengan cara sihat.. 
Tahniah.. syarikat apa ni.. best ler.. huhu
SENYUM KAMBING AKU HARINI.. Aku Orlylove.. 
kalau korang nak hilang stress tengok gambar di atas selalu.. 

Selamat Menjamu Mata... 

Friday 10 January 2014

BOSAN MAKAN GAJI?.. BILA MASA SESUAI BERHENTI KERJA?..

Assalamualaikum.. Aku dalam dilema sebab dah ada tanda-tanda bermalas-malasan ketika di tempat kerja.. Aaaarrrgghhhh itu semua gangguan Syaitooonn.. Syyuuuhhh pergi ko dari sini SYAITOON.. Aku senaraikan tanda-tanda aku kena bertindak ke depan atau ke belakang atau duduk setempat..hihi.. 




1. Bila susah nak bangun tidur
hati berkata.. "Aaaaghh..malas nyer nak pergi kerja.. apa alasan aku kali ni.. nak mc ker nak EL? huhh.. berat kes ni.. hihi tiap2 hari doa dapat selsema.. sakit dapat MC.. 

2. Mengeluh Jalan Jam, Transport awam lembab ler.. 
Kalau dulu mula-mula dapat kerja.. 6 bulan pertama.. ala.. time probation ler.. tu.. hehe.. datang awal.. semangat waja.. kuar pagi-pagi nak elak jammm ..  

3. Sampai opis tak tahu aper nak buat
dulu time semangat.. macam ada ijazah LLB semuanyer.. opss.. bukan LLB tu sijil LAW.. tapi.. (Looks Like Busy)...hehe.. member ajak minum pun.. cakap bz.. padahal.. dari pagi hingga ke petang dok memblogging..menggoogle.. menglayannzzz online shopping huhu.. 

4. Bila boss mintak itu ini.. cepat marah..."Ala boss ni ngada-ngada ler.. benda senang pun nak suruh aku.. "..berbeza dengan etika berkerja dulu-dulu time baru dapat kerja.. siap happy lagi citer ngan member.. aku buat ini..aku buat itu.. aku suker kerja aku.. sayangg boss dia kasi akuuu jer banyak kerja.. aku kena kuat kerja.. nanti dalam KPI aku boss kasi full mark...bestnyee.. 

5. Bila berkawan dengan member office.. asyik kita ajer yang kena kutuk..
sampaikan hati dah tak seronok untuk kerja dan berkawan dengan member office.. ceh...wah.. dah ada rasa tak seronok ker? member membosan kan..? alasannn.. hihi

6. Bila dah start buat kerja lain dalam office
kerja yang ada berlambak-lambak..tapi.. dari pagi sampai ke petang dok main game.. " harini aku pening .. tak ada mood nak kerja.. " huhu.. kalau dari pagi main games.. games lak menang.. tak kena sambung esok lak ker abang oi.. hehe.. kes dah tak focus.. 

7. Bila kita asyik salahkan orang dan carik kesalahan orang lain.. 
Asal ada peluang.. dok tengok orang lain buat aper.. lepas tu.. dok ngata orang tak buat kerja ler.. dok cakap.. orang tu suka buang masa ler.. yang awak dok tengok orang tu.. ada banyak masa terluang nampak.. hihi

8. Bila dah tahu beza harga wang ringgit.. mengeluh duit tak cukup..gaji kecik.. orang lain gaji besar.,.kerja tak banyak ...aku gaji kecik.. tapi kerja macam hell..   

9. Dok menghitung hari.. untuk cuti.. hari ni Isnin.. ha..dah nak khamis dah.. yeahh.. esok jumaat..lepas tu.. cuti.. 2 hari.. Alaaaa.. minggu ni aku rasa lama sangat nak sabtu.. bosan nyer.. kenapa harini aku nampak macam bodo jer datang kerja.. ooo..mungkin Monday bluess.. -dok salahkan hari..yang bosan.. 

10. Terasa diri tidak diperlukan lagi.. prestasi merosot.. boss dok cakap.. "awak ni jangan ler.. selalu MC, EL...prestasi awak dah teruk dah ni.. Terasa kerja membosankan.. asyik buat kerja tuu.. ajer... otak tak berkembang... Tak bangga langsung dengan apa yang kita lakukan.. terus mengeluh .. Dan selalu negative dengan semua perkara dalam office.. 




KALAU SEMUA PERKARA INI TERJADI tanpa di sedari.. adakah.. 

Kita kena UBAH SIKAP kepada yang lebih POSITIF?

Kita kena solat Istikharah sama ada kita kena tukar kerja atau ubah perangai ?

BERSYUKUR adalah jalan terbaik.. Tapi ramai yang susah nak lakukan.. mulut ucap syukur.. hati.. masih sedih kenapa gaji kecik.. semua barang naik..  

Kita mulakan mencari kerja lain.. masuk kat jobstreet..banyak kerja kosong.. pilih ajer.. 

Kalau tak suka kerja makan gaji..dan nak cuba berniaga sendiri  nasihat Irfan Khairy 


  • Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income… sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
  • Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu… sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
  • Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.
  • ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Korang nampak tak.. kalau nak cuba nasib dengan buat part time.. 
korang leh cuba jual produk-produk secara online atau jualan terus : click sini  http://bainiprecious.blogspot.com/ atau ..sini : https://www.facebook.com/ateam2323?fref=ts call no ni..SHAH JEBAT - 018 2415651 untuk khidmat nasihat.,.ubah nasib dari sekarang!!

Hanya Anda boleh mengubah nasib sendiri.. jangan banyak mengeluh.. jangan suka berangan tapi tidak bertindak.. Ayuh tahun 2014 baru menyusul.. bangun.. bangkit.. Kuatkan semangat untuk menempuh hari-hari mencabar dengan harga barangan semua mahal dan kewangan yang terhad.. 

Wednesday 8 January 2014

Berita baik, PTPTN akan dimansuhkan bermula 1 Februari 2014 | Tengok TV Online


Sure ramai yang melompat tinggi tentang berita inikan..kalau ianya betul-betul terjadi.. huhu..Aku terasa macam terawang-awangan kalau berita ini benar.. hihi..

Dalam dunia ini mana ada yang percuma.. nak masuk tandas pun nak kena bayar.. inikan pula hutang yang dipinjamkan ...sure ler.. kena bayar.. kalau kerajaan bermurah hati pun.. jangan mansuhkan.. cuma.. bayar apa yang kita pinjam ajer.. jangan ada interest untuk pendidikan rakyat.. betul tak? 

Monday 6 January 2014

Sayu, anak yatim guna duit syiling bayar yuran sekolah | Tengok TV Online

Sayu, anak yatim guna duit syiling bayar yuran sekolah | Tengok TV Online

Perbelanjaan Sekolah di awal Tahun 2014

Tajuk macam tak best kan? tapi Aku Orlylove nak share budget yang aku telah keluarkan untuk memulakan persekolahan anak-anak aku di sekolah aliran kerajaan.

Kepada sesiapa yang ada anak-anak yang akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan (2015), aku kasi budget Super Saver kat korang. Aku share budget orang miskin yang duduk di KL seperti aku ni.. yek..



Ni perbelanjaan persekolahan untuk Tahun 1 dan Tabika Kerajaan sebelum GST di laksanakan tahun hadapan 2015. 





Korang tengok .. jimatkan?.. Aku hanya sediakan basic dalam RM758.70 sahaja untuk aku memulakan persekolahan anak.. tapi ..kalau sesiapa yang ada anak ramai untuk memulakan persekolahan, kenalah berjimat dari awal tahun dan membeli sikit-sikit persiapan sekolah dan  tidak tunggu saat akhir buka sekolah kerana akan rasa beban kewangan.

Aku Orlylove menggunakan kaedah jimat cermat..dan sukat baju di badan sendiri kata pepatah melayu.. mana yang boleh pakai kita pakai. Kalau dapat sponsor aku tak tolak .. nama nyer rezeki.. hehe.. itu baru 2 orang sekolah serentak.. kalau kepada anak ramai tu.., kenalah berjimat cermat dan ajar anak menabung dari kecil.. 

Aku tak kisah kalau ada yang berbelanja lebih untuk anak-anak uols  tapi bagi aku yang hanya mampu tahap berjimat, aku akan teruskan amalan jimat ini untuk anak-anak aku membesar walaupun aku mampu membeli lebih kepada mereka.. 

Amalan berjimat dan bersederhanaan adalah elok kita tanamkan dalam diri anak-anak menjelang GST yang akan di laksanakan di Malaysia nanti.. Ceh.. positif sungguh aku Orlylove.. citer pasal GST..aku pun kurang paham gak.. hehe.. sama-sama kita belajar.. hehe..