Thursday 30 January 2014

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?....SELAMAT MENYAMBUT CHINESE NEW YEAR..

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?

Aku Orlylove seronok nak share pengalaman Datuk Maznah Hamid (IRON LADY) Malaysia, tentang pengalaman beliau berniaga di Negara China. 

Aku bukan bangga sangat dengan kaum cina ni.. tetapi.. perjuangan mereka yang di tunjukkan di depan mata aku..membuatkan aku respek mereka..ada baiknya kita yang melayu ni.. kurangkan sikit sifat benci membenci dengan rakan niaga.. yang sama-sama berjuang mencari rezeki ke jalan Allah.   

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Imbas kembali sebelum saya mula membuka perniagaan bidang logistic dan warehouse di
 Hong kong, Shanghai dan Guangzhou.
Saya perlu berguru dengan mentor yang berjaya disana. 
Walaupun banyak ilmu yang diperolehi, kita sebagai seorang muslim mempunyai etika,
tanggungjawab dan perlu menilai halal dan haram, apa yang dibolehkan atau diharuskan dalam setiap urusniaga." 

Saya kagum sekali dengan prinsip-prinsip niaga mereka yang :

  • Sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)
- Kedai cina akan buka pada 6 pagi.. mereka dah sarapan anak beranak pepagi buta.. pasar malam cina.. akan habis lewat malam.. 

  • Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam
- Perniaga cina akan keluarkan semua duit mereka untuk laburkan dalam business dan betul-betul pulun buat promotion.. mereka akan edarkan flyers merata tempat untuk sebarkan bahawa mereka ada produk bagus.. walaupun ,,mereka menjual keropok sahaja..

- Aku pernah Tanya seorang tokey kedai baju yang ada depan Sogo, KL.. nama kedai dia.. KEDAI PAKAIAN MURAH.. simple jer Nampak nyer.. tapi.. bila masuk.kedai dia..memang murah.. banyak baju fesyen terkini dan semua murah.. aku berbelanja sampai tak sedar yang aku ambik banyak.. aku marah Tokey tu.." Hai ya.. tokey.. kenapa buat murah-murah.. kan saya dah beli banyak.."

Tokey tu jawab.. " Biar jual murah.. nanti orang beli banyak saya dapat untuk sikit.. tapi ramai orang masuk..." hehe.. betul gak.. kalau kedai yang mahal.. orang nak masuk pun tak ramai.. orang beli ada lah satu dua.. lepas tu.. nak cover cost.. dah macam pening.. sebab tak ada sales..


  • Menerima kegagalan pertama sebagai pemberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
  • Menentukan matlamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
  • Lebih menekankan budaya "siapa cepat dia dapat"

  • Mempunyai jaringan yang kuat menyokong asas perniagaan peruncitan dan amat sukar digugat kerana kemantapannya
  • Jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok
- Sikap ni aku sokong.. sebab kalau Aku cari barang di kedai orang cina, tetapi barang yang di cari tiada.. atau habis.. jawapan mereka selalunya.. "Hai ya.. itu barang sudah habis lor.. manyak laku.. oo.. tapi kalau you nak..you try carik dekat itu kedai..hujung coner tu.. kawan I .. dia ada jual juga.. sana manyakk lagiii.. "

- Jawapan lain.. " you tunggu sini kejap Aaa..I nak pegi ambik dekat stor..kita jauh sikit dari sini.. " walhal.. mereka pinjam dekat rangkaian mereka..
  • Suka kepada pembentukan persatuan dan setia mewarisinya sejak turun temurun.
  • Menganggap berniaga itu suatu seni adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Setiap peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Kepada semua kaum Cina yang menyambut
Chinese New Year,
Happy New Year!!!
 


Ihsan dari: https://www.facebook.com/maznahhamid

No comments: