Thursday 4 December 2014

KHASIAT MADU MAKANAN SUNNAH


Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak-sejak akhir ini... kesihatan Orlylove tidak begitu baik.. terkena serangan semput.. sehingga doktor terpaksa memberi bantuan nebulizer for asthma.. 

Bila jalan kaki jauh sikit ajer Orlylove dah rasa semput.. so.. bila dah makan ubat tetapi masih ada bisa-bisa lelah itu.. macam-macam ler.. yang orlylove risaukan.. so.. baru teringat..kan khasiat MADU LEBAH yang memang amalan sunnah. Orlylove dah beli Madu Khaula.. dengan harga RM65 sebotol.. 

Alhamdullilah.. lepas mengamalkan pengambilan madu sesudu besar pagi dan malam.. kesihatan Orlylove beransur pulih.. 





Di sini beberapa cara diperturunkan untuk menggunakan madu dalam proses rawatan :

LECUR/TERBAKAR – sapu madu pada tempat lecur.Ianya menyejukkan, menghilangkan sakit dan membantu mempercepatkan penyembuhan tanpa parut. Menjadi antibiotik dan bakteria tidak boleh hidup di dalam madu.

KENCING MALAM – satu sudu teh madu sebelum tidur membantu menahan air dan menenangkan ketakutan pada anak-anak.

SUKAR TIDUR – satu sudu madu dicampur susu suam membantu tidur dan cara kerja.

HYPERAKTIF : gantikan semua penggunaan gula putih kepada madu. Madu putih sangat merangsang tanpa sebarang kandungan makanan berkualiti. Madu membekalkan tenaga.

KELETIHAN : masukkan sesudu ke dalam air kosong atau 1/4 madu banding air ke dalam cawan dan simpan di dalam peti. Madu merupakan fruktose dan glucosa, maka ianya sangat cepat diserap oleh sistem perncernaan. Madu merupakan penstabil semula jadi yang unik.  Atlet Yunani kuno mengambil madu untuk stamina sebelum memulakan pertandingan.

PEMBERSIH MUKA : Sapukan madu pada wajah , dan biarkan selama setengah jam dan basuh. baik untuk merawat jerawat dan kotoran yang tidak disukai.

MASALAH PENGHADAMAN : campurkan madu dengan kuantiti yang sama dengan cuka apel dan larutkan dalam air. Baik untuk sendi dan membantu mengurangkan berat.

MASALAH RAMBUT : campurkan madu dengan minyak zaitun , dan sapukan pada kepala, basuh rambut selepas 1/2 jam.  Membantu menyerikan rambut dan kehilangan rambut.

SAKIT TEKAK : minum sesudu madu dan biarkan ianya di dalam mulut dengan menelan sedikit demi sedikit. Ianya mengurangkan bengkak pada tisu.

TEKANAN –  madu dalam air merupakan alat penenang , menurunkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah. ratio madu dan air 1:4

ANEMIA (kurang darah) – Madu mengkayakan kandungan darah paling bagus dengan meningkatkan kandungan kospuskel. Semakin gelap madu, semakin banyak mineral yang dimiliki.

OSTEOPOROSIS (tulang rapuh) – Kajian menunjukkan sesudu madu setiap hari membantu penggunaan kalsium secara optimum dan menghalang osteoporosis –  boleh dicuba bagi yang berumur 50 tahun ke atas.
UMUR PANJANG – kebanyakan orang yang berumur panjang adalah yang menggunakan madu secara tetap. Satu fakta yang menarik, bahawa penternak lebah madu lebih sedikit yang mendapat kanser dan radang sendi berbanding kesemua kerjaya yang ada di dunia.

Migren (sakit kepala) – masukkan sesudu besar madu kedalam separuh gelas air. Minum tika sakit datang dan ulang setiap 20 minit. in sya allah membantu.

Konjunktivitis (radang mata) – cairkan madu di dalam air suam dengan ratio yang sama. bila ianya sejuk , jadikan sebagai ubat mata.

Batuk  – campurkan madu , lemon dan air rebusan kayu manis. kacaukan dan minum apabila diperlukan.
Allah sebagai Penyembuh , Pemberi Penyakit.