Tuesday 6 May 2014

Kejap macam tak HALAL.. kejap macam HALAL..dah HALAL kot?

Orlylove tiap-tiap hari akan melalui jalan dari LRT Kerinchi ke office melalui denai-denai kehidupan yang getir...hehehe.. aper cerita ni.. Orlylove.. opss.. salah.. lak.. 

Aku nak cerita pasal sebuah restauran yang menyajikan hidangan ayam goreng resepi Korea terkenal masa kini yang akan di buka di Bangunan Plaza Pantai. Aku agak teruja pasal restoran hebat ni akan di buka berhampiran dengan tempat kerja aku.. tapi.. setahu aku restauran ni.. tergolong dalam restoran HALAL JAKIM.. dan yang amat mengejutnya.. aku terbaca di dinding restoran yang akan di buka ini .. 

" Chicken & Beer - If you are beer lover, you are definitely in the RIGHT PLACE have your beer with bb-q chicken! The fantastic taste of chicken will help you make a new (beer drinking) RECORD! "


Minta pencerahan daripada kengkawan yang terror English .. mengatakan yang Ayam BBQ ada mengandungi Beer/Bir .. katanya.. aku pun tak teragak nak call company tersebut..dan pihak JAKIM menanyakan kesahihan wallpaper yang aku lihat.. tetapi.. dalam sebulan lepas aku ambik gambar tersebut... aku lalu tepi restoran yang sedang di ubahsuai itu.. wallpaper yang aku lihat dahulu.. dah di tukar.. "HILANG".. fullstops. hihihi.. lagi kuat kesangsian aku sebab restoran tersebut banyak cawangan dan memiliki HALAL dari JAKIM.. 



Lihat gambar bawah selepas 1 bulan.. di tukar.. kepada..




Aku bersangka baik .. mungkin mula-mula .. mereka tersilap pilih wallpaper di sebabkan resepi asal dari korea.. so.. mungkin boleh letak beer dalam ayam .. tetapi.. mereka menukar setelah mendapat teguran daripada pihak-pihak dalaman syarikat.. bahawa wallpaper tersebut tidak sesuai.. 

Persoalan aku.. adakah benar mereka HALAL untuk semua cawangan .. atau hanya cawangan Pantai ini sahaja tidak HALAL.. ini jawapan yang aku terima..

Call Halal Jakim di no. :03-88925000/88925001

" Syarikat Genesis BBQ Malaysia..dapat halal Jakim 2012 dan mereka tidak renew selepas tahun 2012 " 

Opss.. kenapa mereka senang-senang guna halal JAKIM.. kalau mereka tidak renew.. ? Maaf nak cerita.. sebab Orlylove tidak pernah merasa makan di premis BBQ Chicken ni.. walaupun.. ada berdekatan.. dengan rumah....

Aku call pula Ustaz Mohd Hafiz (03-88925018) dari bahagian pemantauan.. untuk kesahihan.. kes.. 

Ustaz Mohd Hafiz memberi INFO : Sekarang ni dia expired 30/6/2012 . Tempoh Sijil mereka telah tamat tempoh dan mereka tidak ada permohonan baru - satu kesalah..

Opss.. Aku doakan mereka BBQ Chicken mohon sijil baru untuk semua muslim yang pergi ke sana tidak rasa bershubahah.. 

Amin...