Saturday 27 December 2014

SOROTAN AKTIVITI SOSIAL ORLYLOVE DI AKHIR TAHUN 2014

Alhamdullilah.. bersyukur ke hadrat Allah S. W.T dengan limpah kurnianya.. tahun 2014 akan menutup tirai dengan banyak kejadian dan pengalaman sedih dan gembira buat Malaysia dan Orlylove sendiri.
Maaf kerana Orlylove dah jarang nak update entry Orlylove di sebabkan tuntuhan tugas dan masa yang kurang mengizinkan. Tapi Hari ini dapat juga Orlylove meluangkan masa untuk memanbah entry untuk penghujung tahun 2014 dan Orlylove akan belanja Rakan-rakan semua apa yang telah terjadi di kehidupan Orlylove di akhir-akhir tahun 2014 ini.
Semangat Anak-anakku dengan rakan untuk memulakan aktiviti bersukan dan beriadah. Orlylove bertugas membantu kaunter pendaftaran pertandingan mewarna.



Arissa Maisara dengan hasil jari jemarinya mewarna. Terbaek..


Acara memanaskan badan di pagi hari.. Senam Aerobik bersama masyarakat setempat..

 Mazwin dengan semangat untuk menghabiskan hasil kerjanya..dan di atas adalah hasil kerja kraftangan jiranku.. kak Faezah dari barang-barang terbuang...


Bersama Dato' Hamdan Bin Yusoff, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju 2014

Hasil kerja kraftangan mak tersayang..




Wefie dulu.. sebelum bermula pertandingan mewarna..

Ambik mood dengan mak sebelum bermula..



Acara ' Back To School ' yang berlansung pada hari ini adalah Majlis yang diusahakan oleh pihak UMNO, Baitulmal dan DBKL untuk mengakhiri tahun 2014.

Terima Kasih kepada pihak yang telah menjayakan majlis ini dengan gemilangnya. Pada hari ini, Orlylove merelakan diri untuk masuk banyak acara tetapi gambar tidak dapat dirakamkan.. hehe.. udah den main.. tak ada orang nak tolong ambik gambar.. hehe..

Orlylove masuk acara Gelek Rim, Susun Batu-bata, Susun puzzle dan acara kemuncak acara Tarik Tali.. alhamdullilah.. lega dah selesai semua.. nak balik.. rehat.. Bye.

Sunday 7 December 2014

RAHSIA SIHAT DAN MASIH BOLEH BERMAIN BOLA JARING DI KETIKA USIA 63 TAHUN..- TERBONGKAR..

Alhamdullilah..dah lama Orlylove.. tidak bermain di padang untuk acara berat-berat... seperti Bola JARING.. selesai sudah hari ini.. Orlylove akan menggunakan daya tujahan dan daya asakkan.. untuk menunjukkan Orlylove masih sihat walaupun Orlylove sudah mempunyai ramai anak.. hehe..
 
Just nak story the morry yang Orlylove bangun dan bersiap sedia dengan azam bagi memasuki satu perlawanan bola jaring di antara penduduk taman.. korang nak tahu siapa yang akan Orlylove lawan.. ?????
 
Mak-mak yang usia.. 60 tahun ke atas.. dan anak-anakku.. yang seawal remaja.. hehe.. grand kan? moh kita tengok aper yang terjadi.. huhu..
 
Korang bayangkan .. Orlylove.. membuat cabutan undi untuk menentukan kumpulan lawan.. dapat lak. satu kumpulan dengan ibu kesayanganku.. terbaekk.. mak.. seusia 63 tahun.. mak masih berbisa untuk menjadi GS.. GS tu aper? mereka kata GS tu Goal Shooter.. maaf yer.. saya kurang arif bab permainan bola jaring ni..sebab di sekolah dan kolej dulu terlalu SETIA dengan BOLA TAMPAR.. so aksiku pada hari ini.. memang asyik MENAMPAR bola untuk kasi pada pihak pasukan.. ku.. HIJAU.. hihihi.. Go Green Go..
 
Ok.. Orlylove nak cerita pasal IBUKU.. yang masih gagah untuk bermain bola jaring..
 
Korang nak tahu tak rahsia.. bagaimana ibuku menjaga tenaga dan mengawal penyakit untuk singgah ke tubuhnya.. di usia 63 tahun..?
 
Ibu Orlylove.. kalau korang nak tahu.. dari Orlylove kecil hingga sekarang.. masak tak pernah letak PERASA dan AJINOMOTO.. Sure korang cakap.. hekkk elehhhh.. itu ker rahsia masih cergas?.. MAK TAK TIPU DEkkk.. kan..kan..kan.. bukan itu sahaja..
 
Ibuku.. paling tak suka makan UBAT.. dari Orlylove kecil.. beliau memang susah nak sakit walaupun letih mengurus rumahtangga dan menguruskan kami adik beradik.. dengan Ibuku.. bekerja.. siapkan makan seawal pagi.. dan basuh kain..kemas rumah .. sebelum meninggalkan kami adik beradik seawal 6.20 pagi untuk ke pejabat pada ketika itu di Damansara.. balik uruskan keluarga dan aktif berpersatuan dan bersukan.. senang cerita orang yang tidak boleh duduk diam.. mesti ada sahaja perkara yang beliau lakukan untuk gerakkan seluruh anggota badan.. memang SALUTE.. kepada MAK.. sebab Orlylove.. di usia muda ni.. dah banyak penyakit.. sakit sana sini.. lenguh sana sini..
 
Sekarang ni.. IBUKU.. suka amalkan madu dan buah-buahan dalam seharian mesti ambil.. kalau beliau kurang sihat sekalipun.. beliau lebih suka makan, tidur dan solat.. sebut pasal nak jumpa doctor.. ubat..memang perlukan pujukan berhari-hari.. sampai tak baik.. baru beliau ikut kata anak-anak..lepas jumpa doctor.. ubat.. letak tepi.. bila anak-anak Tanya.. Mak akan kata SUDAH MAKAN.. itu sahaja jawapan beliau..
 
Sekarang Mak tinggal sendirian di rumah.. dah lama ibuku menjadi ibu tunggal.. yang cekal dan gembira.. setelah pemergian Ayahanda tercinta lebih 13 tahun hidup seorang diri..
 
Mak lebih suka bersenam di dalam rumah dan bercucuk tanam di luar rumah.. ada masa lapang.. mak akan .. buat kraftangan yang mengurangkan rasa bosan ketika duduk di rumah...
 
Apapun.. Orlylove sayang mak.. dan orlylove ingin tiru seperti kehebatan ibuku.. walaupun Orlylove suka mengeluh disebabkan letih.. uhukkk..
 
Kita layan kenangan untuk hari ini..

senyum leborr.. sebelum berjuang mak.. hehe..

Pose baik punya.. Inilah Mak Orlylove.. GK ( Girl Kental ) & GS ( Girl Seksi )
rasanya... macam mak lagi Nampak muda..kan..kan.. hehe
 
 Team Orlylove Hijau.. lawan Oren..


 
Syabas Team Hijau dapat tempat ke 2 setelah di bincang dan di kira.. sepatutnya.. kami akan lawan lagi.. untuk tentukan tempat juara.. tetapi.. atas dasar muafakat membawa berkat, kami setuju untuk menentukan JUARA mengikut mata jaringan sahaja..
 
Mengah makkkkk.. matahari dah mencanak atas kepala.. kesian lak kepada Mak dan makcik-makcik yang semangat tetapi.. atas factor menjaga kesihatan masing-masing.. kami redha untuk dapat tempat ke 2 sahaja.. apapun.. syabas sekali lagi..
 
You all memang Awesome..
 
lepas perlawanan .. Orlylove.. banyak mengurut kaki dan badanku yang sakit.. sengal-sengal.. seluruh badan.. tapi korang nak tahu.. apa ibuku buat ketika Orlylove.. berehat pada waktu malam? Mak turun join anak-anak kecil berlatih menari untuk acara kemuncak sukan.. nanti..TABIK Springg.. kat MAk.. masih bertenaga dan sihat dan kuat.. :P

Thursday 4 December 2014

KHASIAT MADU MAKANAN SUNNAH


Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak-sejak akhir ini... kesihatan Orlylove tidak begitu baik.. terkena serangan semput.. sehingga doktor terpaksa memberi bantuan nebulizer for asthma.. 

Bila jalan kaki jauh sikit ajer Orlylove dah rasa semput.. so.. bila dah makan ubat tetapi masih ada bisa-bisa lelah itu.. macam-macam ler.. yang orlylove risaukan.. so.. baru teringat..kan khasiat MADU LEBAH yang memang amalan sunnah. Orlylove dah beli Madu Khaula.. dengan harga RM65 sebotol.. 

Alhamdullilah.. lepas mengamalkan pengambilan madu sesudu besar pagi dan malam.. kesihatan Orlylove beransur pulih.. 





Di sini beberapa cara diperturunkan untuk menggunakan madu dalam proses rawatan :

LECUR/TERBAKAR – sapu madu pada tempat lecur.Ianya menyejukkan, menghilangkan sakit dan membantu mempercepatkan penyembuhan tanpa parut. Menjadi antibiotik dan bakteria tidak boleh hidup di dalam madu.

KENCING MALAM – satu sudu teh madu sebelum tidur membantu menahan air dan menenangkan ketakutan pada anak-anak.

SUKAR TIDUR – satu sudu madu dicampur susu suam membantu tidur dan cara kerja.

HYPERAKTIF : gantikan semua penggunaan gula putih kepada madu. Madu putih sangat merangsang tanpa sebarang kandungan makanan berkualiti. Madu membekalkan tenaga.

KELETIHAN : masukkan sesudu ke dalam air kosong atau 1/4 madu banding air ke dalam cawan dan simpan di dalam peti. Madu merupakan fruktose dan glucosa, maka ianya sangat cepat diserap oleh sistem perncernaan. Madu merupakan penstabil semula jadi yang unik.  Atlet Yunani kuno mengambil madu untuk stamina sebelum memulakan pertandingan.

PEMBERSIH MUKA : Sapukan madu pada wajah , dan biarkan selama setengah jam dan basuh. baik untuk merawat jerawat dan kotoran yang tidak disukai.

MASALAH PENGHADAMAN : campurkan madu dengan kuantiti yang sama dengan cuka apel dan larutkan dalam air. Baik untuk sendi dan membantu mengurangkan berat.

MASALAH RAMBUT : campurkan madu dengan minyak zaitun , dan sapukan pada kepala, basuh rambut selepas 1/2 jam.  Membantu menyerikan rambut dan kehilangan rambut.

SAKIT TEKAK : minum sesudu madu dan biarkan ianya di dalam mulut dengan menelan sedikit demi sedikit. Ianya mengurangkan bengkak pada tisu.

TEKANAN –  madu dalam air merupakan alat penenang , menurunkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah. ratio madu dan air 1:4

ANEMIA (kurang darah) – Madu mengkayakan kandungan darah paling bagus dengan meningkatkan kandungan kospuskel. Semakin gelap madu, semakin banyak mineral yang dimiliki.

OSTEOPOROSIS (tulang rapuh) – Kajian menunjukkan sesudu madu setiap hari membantu penggunaan kalsium secara optimum dan menghalang osteoporosis –  boleh dicuba bagi yang berumur 50 tahun ke atas.
UMUR PANJANG – kebanyakan orang yang berumur panjang adalah yang menggunakan madu secara tetap. Satu fakta yang menarik, bahawa penternak lebah madu lebih sedikit yang mendapat kanser dan radang sendi berbanding kesemua kerjaya yang ada di dunia.

Migren (sakit kepala) – masukkan sesudu besar madu kedalam separuh gelas air. Minum tika sakit datang dan ulang setiap 20 minit. in sya allah membantu.

Konjunktivitis (radang mata) – cairkan madu di dalam air suam dengan ratio yang sama. bila ianya sejuk , jadikan sebagai ubat mata.

Batuk  – campurkan madu , lemon dan air rebusan kayu manis. kacaukan dan minum apabila diperlukan.
Allah sebagai Penyembuh , Pemberi Penyakit.

Sunday 30 November 2014

CARA BUAT DONUT GEBU DAN LEMBUT.. TErangkattttttt..

Assalamualaikum.. semua.. selamat hari Sabtu.. Hari ni.. Orlylove Berjaya masak donuttt.. I tell you.. I cuba cari resepi kat google.. jumpa ler.. satu blog ni.. Life is Colorful .. terima kasih cik.. saya tiru.. sebijik.. sebijik.. jadi laaaa.. hehhe.. sedap dan gebuss..

You all try ler.. best tau main masak-masak ni.. mudah jer,, lepas ni.. boleh belajar hias donut kita seperti beli kat Big Apple tu.. huhu...

Resepi Donut Gebu yang Orlylove cuba seperti di bawah.. :

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.
3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
7. Gaul sebati dengan senduk. biar adunan lagi selama 45 minit.
8. Adunan akan naik selepas 45 minit.
9. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik - memang lembik tau!). Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
10. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
11. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice... saya guna gula icing.. hehe.. untuk 1st time percubaan.. Urika.. akhirnya.. Berjaya.. jangan lupa cuba.. ok.. memang sedapppp..
Hasil selepas terap.. guna acuan donut..
Jengggg.. jengg.. jenggg.. TARAAAAA..

 Yeahhh.. ini lah hasilnya.. yummy.. menjadi.. experiment pertamaku.. Selamat mencuba kengkawan.. 

Sunday 9 November 2014

GEMPAR: VIDEO YANG TIDAK PERNAH DI DEDAHKAN SELAMA INI TENTANG MH17 di TEMBAK

Masih terkenangkan Kisah Ngeri tentang MH17 yang Tragis.. 

Lihat Video yang tidak pernah di dedahkan sebelum ini tentang kejadian Tragedi MH17 yang berbahasa melayu..



Semoga semua Roh orang-orang Islam yang terlibat di dalam penerbangan MH17 ini di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.

PERKARA YANG ORLYLOVE NAK BUAT TAPI BELUM BERPELUANG..

Assalamualaikum.. kepada semuanya di harap sihat-sihat sentiasa okeyyy...

Orlylove nak share beberapa perkara yang selama ni .. dari kecik Orlylove tak dapat buat dan teringin sangat nak buat..Semua perkara ni..hanyalah untuk melengkapkan diri di dunia ini sahaja.. tapi untuk persediaan akhirat.. In Sha Allah.. tengah membuat persediaan.. juga..Doakan yer..

Hokeyy.. kalau Orlylove tidak bekerja sekarang.. dengan menggunakan segulung Ijazah yang dibekalkan. Orlylove mungkin akan jadi.. hehehe.. maluler.. agak..agak korang aper yer?
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
1. Menjadi Mak Andam.. 
Hehehe.. Dengan minat suka make up dari kecik.. memang suka sangat bila tengok orang yang buruk, maaf orang yang tak berapa cantik macam Orlylove ni.. di makeupkan dan tetiba nampak seperti PRINCESS.. hehe..

NI ketika Orlylove mula-mula belajar Make up di sebuah butik Bernama MATAHARI.. didikan Kak Umi. 


 
NI gambar ketika menjadi tenaga pengajar dan pelajar.. Mula-mula mendapat didikan formal dalam mengandam. Teringin nak masuk bidang Andaman secara serius tetapi.. masih belum di izinkan..

Antara Orang-orang yang pernah dapat sentuhan Orlylove.. jeng..jeng..jeng.. hehe.. time ni tengah belajar hokey.. jangan komen banyak-banyak.. hehe...

 
 

 


 
2. Membuat KONSERT seperti Ella 
 
Lawak giloss.. impian nyer.. Kalau ulos nak tahu.. dulu ketika mude remajer.. hehe.. Orlylove belajar bermain gitar dengan adik lelakiku.. lagu pertama Orlylove berjaya main.. dan nyanyikan nak tahu tak? ,... lagu pergilah sayang.. dari Korie adik ELLA.. 

Bila dah pandai sikit.. banyak ler..lagi lagu yang Orlylove belajar.. dan mainkan tetapi sekarang macam dah lupa ajer.. tapi.. best nyer.. kalau dapat buat konsert ketika itu.. hehe.. verangan kejap..  Sekarang ni.. ramai penyanyi wanita tumbuh seperti cendawan yang pandai menyanyi sambil main gitar..seperti adik kita tu.. si  Cinta Muka BUku..Si Najwa Latiff..dan banyak lagi..
 
Tapi.. tak dapat buat konsert solo pun tak aper ler.. sebaba dah pernah masuk rancangan OASIS pun dah ok dah ler..kenangan terindah dalam hidup dah pun.. hehe.
 

 

 

 


3. Belajar Berenang
 
Memang dari kecik sampai besar tak reti berenang.. dengan harapan kalau satu hari dapat berenang..memang hebat dan lengkap.. diriku ini.. hehe.. tapi.. nak seribu daya ye tak...

Sampai harini. Orlylove hanya tahu terapung sahaja. kikiki.. harap.. kesemua anak-anak Orlylove tidak takut berenang macam Orlylove.. huhu

 
hahaha..ni gambar ketika mengandungkan anak ke 2.. huhu.. berendam namanya.. bukan berenang.. hihi




4. Bermain Drum
 
Memang dari muda nak belajar main drum tetapi sampai dah beranak pinak tak dapat merasa.. hehe.. tak aper ler.. boleh belikan set drum untuk anak teruna Orlylove sorang ni..si Rayyan untuk meneruskan impian Mama dia.. nak berlajar bermain drum..
 
 
Korang bayangkan Orlylove tengah main drum.. kasi gegarrrr.. ehhee.. opss.. tak per.. tak yah bayangkan.. ok..buat dek ajer.. hehe.
 
 
 
 
 
5. Teringin nak menjadi Cleaner untuk 1 minggu.. 
 
Haa...ni mungkin boleh tercapai.. sebab kalau dah tak ada kerja atau di buang kerja.. Orlylove memang nak try jadi seorang Cleaner berijazah.. hehe.. nak rasa macam mana rasa di upah membersihkan kawasan dengan pandangan orang awam.. adakah kita akan rasa malu.. sebab ada ijazah tetapi.. jadi seorang cleaner.. Opss.. maaf yer.. makcik pakcik.. saya tidak menghina pekerjaan itu tetapi.. bagaimanakah pendangan buruk orang terhadap seseorang yang sudah menghabiskan masa belajar bertahun-tahun dan akhirnya memilih atau terpaksa pilih perkerjaan yang mereka anggap rendah.. orang selalu memandang rendah kepada benda -benda macam ni..
 
Di Malaysia yang menjadi cleaner mungkin kurang berpendidikan tinggi tetapi di Negara-Negara yang kurang bernasib baik.. seperti Indonesia.. Tukang sapu mereka ada ijazah..tukang buat rumah mereka ada master.. semua ini disebabkan mereka susah mencarik pekerjaan.. Di Malaysia kita suka memilih.. tetapi hakikatnya.. kita MEMANG KENA PILIH KERJA.. huhu..
 

DULU KINI DAN SELAMANYA..

KENANGAN DULU...

Kalau boleh aku undur masa.. aku ingin bersama kalian selalu.. 





Ingatlah kalian.. Aku tetap seperti dulu
Ingatlah Teman aku masih menanti saat dan ketika kita bersama
Ingatkan aku kalau aku terlupa tetapi..Aku masih ingat ketika kita jatuh bersama
Aku masih ingat semasa kita naik bukit di tepi rumah.. membuang semua kekeruhan hidup..
Aku sayang korang sampai aku mati..

Teman.. walaupun dulu kita mengelar kumpulan kita 6 jahanam sebab kita berenam..
Kita setuju menukarkan nama kumpulan kepada Melati Girls.. hehe

Aku sayang korang.. menitis air mata aku ketika aku membuat entry ini.. 
Walaupun jarak masa dan keadaan memisahkan kita..aku selalu doakan kalian.. 
Ingatlah bahawa aku tetap di sini.. 


Aku tujukan lagu yang mengimbas kembali kenangan aku bersama kalian.. Lagu ni yang membuat aku menangis di dewan besar UTM ketika Brothers menyanyikan lagu TEMAN SEJATI..





Moh kita layazz.. 


Pertemuan Terindah 2014

-Nukilan Orlylove.. 

Wednesday 5 November 2014

Terkejut tengok tapak kaki member semalam berkerak dan tumit pecah..tetiba HILANG!!!!.. Tergemparrr...

Assalamualaikum... kepada semua pembaca blog ORLYLOVE.. semoga semua sihat dan gembira...hokey..
Ni Akaq nak cerita..pasal.. kawan akak ni.. dia memang suka kacau akaq pepagi.. asal..masuk ajer opis.. kalau ada berita terkejut dan gempak memang carik akaq.. hehe.. opss.. wa.. bukan minah CNN hokey.. jangan salah sangka lak.. Aso.. ni.. panggil.. nama dan suruh google satu benda Alah ni.. agak agak ler.. akaq baru sampai dan terus nak buat kopi dah dapat satu task.. khas.. hehe.. tapi sebab akaQ suka sangat dengan MR.Google.. dan dia pun sebut.. Haaalllaaaa.. You try ler.. tolong Google.. jap.. You terror maa.. I google tak jumpa..
Mana nak jumpa.. sebab barang yang disuruh tu...tulisan jepun.. akaq pun tak tahu.. nak start macam mana,,ermm.. atas kecerdikan akaQ.menggoogle.. dan pakar dalam bab Google ni.. AkaQ mulakan dengan Soalan..
- Macam mana pakai benda ni.. ?
- Wahh.. macam mana tumit kaki you semalam pecah siap berdarah.. harinii.. cantik macam kaki baby.. ?
GEram I tengok tumit kaki member I ni.. so.. akak Google.. punya google.. menjurus kepada ,, rawatan kaki.. dan bila tengok barang yang sama.. seperti stokin.. SAH.. betul dah tu.. ni ler.. barang dia.. ..jenngg..jengg..jeng..


Agak-agak korang ler.. kalau dapat task macam akaQ ni.. nak start menggoogle.. macam mana yek.. dari peket seperti ini.. bila dah dapat keyword.. Foot.. treatment.. Baby Foot.. AHAAAA.. jumpa.. hehe..




Giler kentang.. Bila terasa kaki dah keras.. dok gosok-gosok dengan pelbagai jenis krim yang meletop-letop di pasaran memang kena banyak sabar.. gosok minggu pertama.. Nampak lembut sikit.. minggu ke 2.. dan minggu ke 4.. lepas tu..korang akan feed up dengan usaha korang sebab kaki korang keras balik sebab banyak jalan.. so.. bila tau tentang produk BABY Foot memang seronok Orlylove mengkaji macam mana kaedah nye.. Bab beli sahaja memang senorok tapi.. hehe.. kos nyer..ler..
Sekarang.. orlylove nak ajak korang semua cuba kaedah yang selamat dan  murah.. boleh buat selalulah.. nama nya.. Bahan yang selamat tetapi kaedah yang sama.. dengan Baby Foot ni.. JOM CUBA..
Bahan yang di perlukan.. :
Campurkan 1 / 4 cawan Listerine (apa-apa jenis tapi aku suka biru),
1 / 4 cawan cuka
1 / 2 cawan air suam.

Rendam kaki selama 10 minit dan kulit mati akan tertanggal dan hilang..!!! sama kesan dengan BABY FOOT... murah dan selamat..



Credit: http://www.familysavvy.com
SELAMAT MENCUBA..saya tengah merendam kaki ni.. hehe.. selamat duit nak pegi saloon.. hehe..

Saturday 1 November 2014

1 November - Happy Birthday ARISSA MAISARA GENAP USIA 5 TAHUN

Assalamualaikum.. Semua.. Harini. 1 November 2014 genap anak Orlylove yang ke-2 berusia 5 tahun.. Cayang Sara.. Mama dan Daddy tak banyak budget tahun ni. so..kita buat simple-simple ajer ok.. Kalau aku nak cerita pasal Sara ni.. memang sukar.. sebab dia anak ke 2.. perangai sama macam Orlylove.. anak ke 2 jugak.. hehe.. so..korang carik ler.. apa indah nya jadi anak ke 2 ni.. hehe

Sara ni seorang yang pendiam dan cepat terasa.. maksudnya cepat merajuk ler..tapi.. kalau sekali orang lain buat salah dengan dia.. nasib badan ler.. memang kena teruk dengan Miss Sara ni.. dia kuat tau.. Kalau tak silap Orlylove ler.. berat Sara dalam 20kg lebih.. lupa bila aku timbang dia..rasanya tahun ni.. ler.. huhu

Ok.. untuk korang semua.. Orlylove nak belanja gambar-gambar anakku Miss Sara.. Mama dan Daddy doakan Sara akan cepat besar dan menjadi anak yang solehah dan ceria..

Sara ni seorang anak yang manja tetapi pendiam.. cuma bila start berkawan.. agak meriah jugak ler.. kalau orang Nampak dari jauh memang Nampak diam.. ajer..adik ni.. hehe..

1.11.2009 ... Hari ini adalah  1.11.14


































 Bila dah besar ni.. sure orang akan kata Sara ni...macam muka Daddy..tetapi.. kalau korang nak tau.. muka Orlylove kecik2.. ada 90% dari raup wajah Sara.. hehe.. macam mana tu.. Muka Mama ke.. Muka Daddy.. ?

Kisah Maisara yang lain :

Sara kena Dera

Gempar Lukisan Sara Menjadi MISTERI

Sara Sambut 4 Tahun