Friday 25 October 2013

Identiti Suspek (Muhammad Zamri Bin Yusof ) - KES BUNUH di LRT PUTRA TAMAN MELATI dan Gombak

SUSULAN KES

Identiti Suspek (Muhammad Zamri Bin Yusof )
suspek
Nama: Muhammad Zamri Bin Yusof
Pekerjaan: Pemandu Van Syarikat Rokok
Umur :26 Tahun
Asal: Segamat Johor
Senarai 2 Nama Terkorban Akibat Ditikam
1. Lee Kah Ghee. Lelaki cina.  Alamat :  Segambut Indah.
2. Kuan Chun Thai . Lelaki cina. Pelajar TAR Kolej Wangsa Maju.
Rakaman Insiden Kes Bunuh 24 Oktober 2013


Sumber: Gambar Kes Bunuh Di Stesen LRT Gombak Dan Taman Melati | melvister.com 
KUALA LUMPUR 24 Okt. - 
Pemandu van syarikat pembekal rokok, Zamri Yusuf, 26, yang dipercayai penuntut ekstrem ajaran sesat menikam empat orang awam di tiga lokasi berasingan dalam kejadian amuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Gombak dan berhampiran Stesen LRT Taman Melati di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa yang ditikam menggunakan pisau Rambo tersebut meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kejadian pertama, Zamri secara tiba-tiba menikam seorang wanita, Lau Siew Ling, 49, iaitu pemilik kedai runcit di Stesen LRT Taman Gombak serta pekerja wanita warga Indonesia, Suliani Johari, 31, sebaik sahaja dia selesai menghantar bekalan rokok di kedai itu.

Lelaki itu kemudian memandu vannya menuju ke Stesen LRT Taman Melati iaitu tiga kilometer dari Stesen LRT Taman Gombak dan tidak semena-mena mengejar seorang lelaki, Lee Kah Ghee, 48, lalu menikamnya sehingga mati.

Perbuatan Zamri tidak terhenti di situ apabila dia terus memandu vannya menghala ke Jalan Tumbuhan iaitu kira-kira 200 meter dari Stesen LRT Taman Melati sebelum melanggar sebuah kereta yang dinaiki seorang pelajar kolej swasta, Kwan Chun Thai, 25.

Sebaik sahaja pelajar lelaki itu turun dari kereta untuk melihat kerosakan yang berlaku, Zamri mengejarnya lalu menikam bahagian dada mangsa yang menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, tempoh kejadian yang berlaku antara ketiga-tiga lokasi tersebut memakan masa kira-kira 30 hingga 40 minit.

Menurut Khairi, salah seorang anggota polis yang kebetulan berada di tempat kejadian telah menangkap lelaki itu yang cuba melarikan diri dan orang ramai turut memukulnya sehingga menyebabkan cedera di bahagian kepala.

Beliau memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental ekoran daripada ajaran sesat ekstrem yang dipelajari.

“Ketika polis tiba untuk menangkap suspek, dia kelihatan tidak normal dan berzikir dalam nada yang kuat tanpa henti menyebabkan kita percaya dia mempunyai masalah psikiatri.
“Walau bagaimanapun, polis akan turut menjalankan pemeriksaan lanjut sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Khairi memberitahu, senjata yang digunakan suspek untuk menikam keempat-empat mangsa juga telah dirampas.

Katanya, kejadian pertama kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan manakala Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kejadian kedua dan ketiga kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131025/je_01/Dua-mati-dua-cedera-parah#ixzz2ig3Itqnn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kajian Ramai Orang gila menjelang tahun 2020


SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK DI SUBANG JAYA TELAH DITANGKAP DALAM PERJALANAN KE SABAH DI LCCT ADALAH PALSU!

SEBARKAN GAMBAR SUSPEK BUKAN GAMBAR MANGSA..

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu.

Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

Dari sibuk2 share gambar Arwah Puan Norazita bt Abu Talib tu, baik kita semua share gambar ni banyak2. PDRM ingatkan kepada kita agar berhati2 kerana beliau bersenjata. Ardi tu kemungkinan nama samaran sahaja. So kita panggil dia Beruk sahaja. 





Sama-samalah kita menyebarkan gambar suspek pembunuhan supaya orang yang dikehendaki polis tertangkap kerana beliau masih memegang senjata api yang digunakan ketika menembak Pegawai Bank tersebut.



KES PEGAWAI BANK KENA TEMBAK DI KEPALA

Disebabkan keghairahan kita menyebarkan BERITA TERKINI.. kita lupa untuk menghormati orang yang merasai keperitan terhadap BERITA SENSASI yang kita cuba SEBARKAN.. Aku dengan berbesar hati menyeru kepada semua penyampai-penyampai maklumat di semua media elektronik mahupun cetak.. Janganlah sebarkan dan buka aib seseorang yang telah menemui ajal dengan cara tragis.. Klik Sini
Aku yang pertama kali melihat gambar Arwah dari hp Orlylove Hubby (OH) pun terus terkejut sebab terlalu ngeri dan mengaibkan Arwah terus suruh delete from hp dia.. 
Ini semua sure disebarkan oleh rakan-rakan mangsa. Teruskan Untuk Membaca Luahan HATI Suami Mangsa 
AKU Orlylove Mengucapkan Takziah kepada keluarga Norazita Abu Talib, Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin.