Saturday 29 March 2014

5H CARA-CARA HADAPI KESEDIHAN YANG MELAMPAU..

5 H untuk menghadapi keadaan kesedihan yang melampau.  


RASA KESEDIHAN yang melampau apabila kita berdepan dengan sesuatu berita kematian atau kehilangan / terpisah dengan orang yang kita sayangi akan menyebabkan hati kita terlalu tertekan dengan hidup dan kurang kepercayaan kepada ALLAH S.W.T


Orlylove masih ada 1% berharap bahawa akan ada keajaiban yang akan berlaku dengan apa yang menimpa kita terhadap pesawat penerbangan MAS MH370 dengan semua penumpang dan anak kapal.. tetapi.. berilah sepenuh kepercayaan kepada QADA' DAN QADAR bahawa semua ini semua ketentuan dari pada ALLAH S.W.T

TUTUP semua dakyah dan kita semua bersatu memberi sokongan kuat kepada NEGARA MALAYSIA, KAUM KELUARGA dan sahabat handal semua mangsa terlibat.. dan sebagai Umat di muka bumi ini, selagi kita bergelar manusia..kita masih ada rasa simpati dengan apa yang terjadi dan cuba membantu sebaik mungkin..    




APA KETENTUAN yang ALLAH turunkan kepada kita semua .. kita perlulah ;

  
1. HATI REDHA dengan ketentuan Allah S.W.T.. setiap berita sedih yang kita terima .. kita kena REDHA.. semua ujian dari ALLAH hanyalah kepada orang-orang yang terpilih.. dan ALLAH akan menguji UMATNYA.. dengan keupayaan yang telah di sukat .. kita berserah segalanya.. kepada ALLAH ..untuk temui kesemua Yang HILANG..supaya ditemukan dan timbul.. dari pandangan mata kasar manusia.. 


2. HAMPIRI orang-orang beriman.. untuk kita dapat sokongan  yang positif..yang penuh keimanan .. jangan kita layan kesedihan dengan memikirkan perkara-perkara buruk yang menimpa ..jangan kita selalu pikir yang ALLAH tidak adil dengan kita sebagai UMATNYA..ini akan mematahkan semangat dan IMAN kita sebagai umat ISLAM atau sebaliknya.. berpegang kepada H yang no. 1.. HATI REDHA.. 



3. HINDARI .. situasi.. yang akan menyebabkan kita bersedih.. seperti melihat gambar orang yang kita sayang dan sudah terpisah denganya .. memegang barangan dan mereka keindahan bersama orang yang kita sayang dan terpisah selamanya.. HIDARI dari berpikir perkara BURUK.. 

4. HAJAT Yang lepas ..lepaskan..PASANG HAJAT dan NIAT dalam HATI bahawa yang mana ALLAH tentukan bukan HAK kita selamanya.. LEPASKAN... INGAT dalam hati.. bahawa semua yang ada di DUNIA ini HANYA PINJAMAN.. kalau orang yang kita sayang meninggalkan kita selamanya.. INGATLAH bahawa kita yang MASIH HIDUP perlu meneruskan KEHIDUPAN.. dan Lepaskan dengan IKHLAS apa yang kita pulangkan kepada ALLAH S.W.T



HIJRAH.. kalau seseorang itu amat tertekan dengan kesedihan yang melampau.. berhijrahlah seketika supaya kita tidak hidup dalam kesedihan yang dialami.. persekitaran yang akan membuatkan kita teringatkan dengan orang yang kita sayang.. NIAT dalam hati.. bahawa kita mahu berhijrah demi ALLAH .. 

Amalan yang boleh kita amalkan....sentiasa berzikir.. 





Membaca ayat ; SURAH AL-Insyirah (Alam NASYRAH)



Terjemahan:

SURAH AL-INSYIRAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

sumber : perkim

Seperti yang kita ketahui, surah ini sering digunakan oleh kita untuk menerangkan dan 
menenangkan jiwa dan hati  kita yang berada dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram..tapi surah ini juga mempunyai fungsi untuk menghilangkan kemalasan dalam diri kita,,lagi2 untuk bangun subuh..dan malas melakukan kebaikan (menunaikan ibadah, sama ada solat, puasa, baca al-quran, dll).. 

dengan mengamalkan surah ini juga, dapat menaikkan seri pada wajah, dan menjadi hebat dan unggul di pandangan orang..



Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )


Sentiasa bersabar.. berdoa.. Peluk orang-orang yang sedang kesedihan supaya mereka terasa masih ada orang yang menyayangi mereka.. 

POSITIFkan diri.. untuk mengharungi dugaan dan Qada' dan Qadar dari Allah S.W.T