Wednesday, 14 October 2015

ORLYLOVE MELETOPSSSS.. SEKALI LAGI.. SYAKIRIN HEBAT

Alhamdullilah.. bukan niat di hati Orlylove nak mencari publisiti murahan tetapi.. sekadar mahu berkongsi kisah gembira.. setelah kisah Syakirin menjadi VIRAL.. 

Ramai yang memberi sokongan dan pujian kepada Syakirin.. sebab sikapnya yang pemurah dan murah dengan budi bahasa.. sebagai seorang OKU.. Syakirin telah membakar semangat ramai orang diluar sana yang sempurna tetapi kerap mengeluh dengan kekurangan diri dan rezeki yang Allah telah turunkan untuk kita.. 

Semestinya ramai yang berbangga dengan Syakirin bukan kerana dia kurang kemampuan dari segi kewangan .. makanan dan pakaian.. tetapi.. ramai yang berkongsi dan memuji sifat peribadi Syakirin yang MULIA.. di sisi Allah.. Suka membantu orang.. suka tersenyum dan menyapa orang lain.. Suka BERSEDEKAH.. dan Suka gembirakan orang lain.

Sejujurnya.. ketika Orlylove memuat naikkan kisah Syakirin ini, Orlylove tidak mengenali Keluarga Syakirin walaupun satu Taman.. sebab dia duduk di blok C dan Orlylove di blok yang lain.. 

Ada juga terlintas bahawa, betulkah tindakan Orlylove ni.. takut-takut keluarga dia terasa pula .. tetapi.. percayalah.. Ikhlas dari sanubari Orlylove.. bukan untuk sentuh kisah keluarga Syakirin.. tak kisah ler.. Syakirin ni.. anak orang kaya ker.. anak orang sederhana ker.. cukup segalanya ker.. tetapi.. Orlylove Bangga dan puji sifat dia menjual Sandwich di dalam LRT tanpa rasa malu.. 



Bukan nak bangga diri.. tetapi cuma nak share dengan semua rasa gembira Orlylove ini.. Sepanjang orlylove memuat naikkan status ini.. tak terlintas bahawa kisah Syakirin ini akan menjadi POPULAR dalam sekelip mata.. dan sehari sahaja.. Orlylove dihujani dengan likes hingga cecah 30K++ dan Share sehingga 20K.. 

Memang rasa LUAR BIASA .. kerana sepanjang Orlylove mencoretkan kisah diri selama..ini. tiada siapa pun ambik peduli.. kadang-kadang satu LIKE pun tiada.. tetapi memang Allah nak duga.. 

Dengan KISAH SYAKIRIN HEBAT.. amat luar biasa bagi Orlylove.. Memang tidak menduga perkara ini menjadi besar.. dan ada kuasa yang menyebarkannya sehingga cecah 59K LIKES sekarang.. di FB Orlylove.. RAJA NORLI AKMA

Bukan niat di hati nak glamor dengan cara ini.. sudah menjadi lumbrah harian Orlylove ketika berada di dalam LRT... suka sangat tengok gelagat pelbagai lapisan masyarakat.. dan cuba share dengan semua rakan-rakan Orlylove di FB.. 

Ramai yang ingin menyumbang dan Orlylove akan usaha sampaikan.. 





video

semoga kita yang dianggap sempurna merasa malu dengan SYAKIRIN.. dan marilah kita cuba berubah demi Allah S.W.T

Wasalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Selamat Menyambut Tahun Baru ISLAM..1437H.. semoga tahun ini akan memberi sinar baru dalam diri kita.. 


SOROTAN KES SYAKIRIN..

Sorotan Kes Syakirin.. just nak share gambar-gambar kenangan sahaja.. Orlylove bawa satu team Puteri UMNO Wangsa Maju untuk bertemu Syakirin Lelaki Hebat... untuk beramah mesra dan memberi kan sedikit sumbangan kepadanya.. 

Pagi dalam jam 9 pagi kami semua bergegas ke Taman Melati LRT station untuk bertemu dengan Syakirin dan wartawan Harian Metro untuk ditemuramah.. 

Orlylove juga menyumbangkan sedikit Wang Sumbangan pembaca di FB Orlylove yang sanggup memberi sumbangan.. pada asalnya duit itu nak beli Kasut untuk Syakirin.. tetapi.. nasihat banyak pihak cakap jangan sebab nanti dia tak pakai.. bila Orlylove tanya sendiri tuan punya badan.. BETUL.. dia cakap jangan sebab dia tak selesa.,. 


Bersama tokey punya Sandwich.. Kak Nieza..