Friday 25 October 2013

KES PEGAWAI BANK KENA TEMBAK DI KEPALA

Disebabkan keghairahan kita menyebarkan BERITA TERKINI.. kita lupa untuk menghormati orang yang merasai keperitan terhadap BERITA SENSASI yang kita cuba SEBARKAN.. Aku dengan berbesar hati menyeru kepada semua penyampai-penyampai maklumat di semua media elektronik mahupun cetak.. Janganlah sebarkan dan buka aib seseorang yang telah menemui ajal dengan cara tragis.. Klik Sini
Aku yang pertama kali melihat gambar Arwah dari hp Orlylove Hubby (OH) pun terus terkejut sebab terlalu ngeri dan mengaibkan Arwah terus suruh delete from hp dia.. 
Ini semua sure disebarkan oleh rakan-rakan mangsa. Teruskan Untuk Membaca Luahan HATI Suami Mangsa 
AKU Orlylove Mengucapkan Takziah kepada keluarga Norazita Abu Talib, Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin.

KUALA LUMPUR – Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.
Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.
“Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, Norazita maut akibat ditembak di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari bilik kebal bank tersebut.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.
Beberapa jam kemudian gambar di tempat kejadian yang menunjukkan keadaan mangsa yang berpakaian baju kurung merah terbaring dengan keadaan wajah yang mengerikan akibat terkena tembakan itu tersebar di laman-laman sosial.
Malahan hari ini rakaman video kejadian itu pula tersebar.
Anak arwah, Nurnisa Nabilah, 12, pula berkata, semalam adalah pertama kali ibunya tidak menghantar dia dan adiknya, Mohd. Hazimy ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari kerana kesuntukan masa.
“Selalunya mama yang hantar kami ke sekolah tetapi pagi semalam mama nak cepat ke pejabat, jadi ayah yang hantar kami,” katanya, menurut sumber Utusan.
Nurnisa turut menyifatkan ibunya seorang yang penyayang walaupun tegas dan garang dalam mendidik anak-anak.
“Walaupun mama garang tetapi saya sangat rapat dengan mama. Saya sayangkan mama saya,” katanya lagi sambil menitiskan air mata.
Copy Ehsan dari : http://www.kualalumpurpost.net


No comments: