Friday, 10 January 2014

BOSAN MAKAN GAJI?.. BILA MASA SESUAI BERHENTI KERJA?..

Assalamualaikum.. Aku dalam dilema sebab dah ada tanda-tanda bermalas-malasan ketika di tempat kerja.. Aaaarrrgghhhh itu semua gangguan Syaitooonn.. Syyuuuhhh pergi ko dari sini SYAITOON.. Aku senaraikan tanda-tanda aku kena bertindak ke depan atau ke belakang atau duduk setempat..hihi.. 




1. Bila susah nak bangun tidur
hati berkata.. "Aaaaghh..malas nyer nak pergi kerja.. apa alasan aku kali ni.. nak mc ker nak EL? huhh.. berat kes ni.. hihi tiap2 hari doa dapat selsema.. sakit dapat MC.. 

2. Mengeluh Jalan Jam, Transport awam lembab ler.. 
Kalau dulu mula-mula dapat kerja.. 6 bulan pertama.. ala.. time probation ler.. tu.. hehe.. datang awal.. semangat waja.. kuar pagi-pagi nak elak jammm ..  

3. Sampai opis tak tahu aper nak buat
dulu time semangat.. macam ada ijazah LLB semuanyer.. opss.. bukan LLB tu sijil LAW.. tapi.. (Looks Like Busy)...hehe.. member ajak minum pun.. cakap bz.. padahal.. dari pagi hingga ke petang dok memblogging..menggoogle.. menglayannzzz online shopping huhu.. 

4. Bila boss mintak itu ini.. cepat marah..."Ala boss ni ngada-ngada ler.. benda senang pun nak suruh aku.. "..berbeza dengan etika berkerja dulu-dulu time baru dapat kerja.. siap happy lagi citer ngan member.. aku buat ini..aku buat itu.. aku suker kerja aku.. sayangg boss dia kasi akuuu jer banyak kerja.. aku kena kuat kerja.. nanti dalam KPI aku boss kasi full mark...bestnyee.. 

5. Bila berkawan dengan member office.. asyik kita ajer yang kena kutuk..
sampaikan hati dah tak seronok untuk kerja dan berkawan dengan member office.. ceh...wah.. dah ada rasa tak seronok ker? member membosan kan..? alasannn.. hihi

6. Bila dah start buat kerja lain dalam office
kerja yang ada berlambak-lambak..tapi.. dari pagi sampai ke petang dok main game.. " harini aku pening .. tak ada mood nak kerja.. " huhu.. kalau dari pagi main games.. games lak menang.. tak kena sambung esok lak ker abang oi.. hehe.. kes dah tak focus.. 

7. Bila kita asyik salahkan orang dan carik kesalahan orang lain.. 
Asal ada peluang.. dok tengok orang lain buat aper.. lepas tu.. dok ngata orang tak buat kerja ler.. dok cakap.. orang tu suka buang masa ler.. yang awak dok tengok orang tu.. ada banyak masa terluang nampak.. hihi

8. Bila dah tahu beza harga wang ringgit.. mengeluh duit tak cukup..gaji kecik.. orang lain gaji besar.,.kerja tak banyak ...aku gaji kecik.. tapi kerja macam hell..   

9. Dok menghitung hari.. untuk cuti.. hari ni Isnin.. ha..dah nak khamis dah.. yeahh.. esok jumaat..lepas tu.. cuti.. 2 hari.. Alaaaa.. minggu ni aku rasa lama sangat nak sabtu.. bosan nyer.. kenapa harini aku nampak macam bodo jer datang kerja.. ooo..mungkin Monday bluess.. -dok salahkan hari..yang bosan.. 

10. Terasa diri tidak diperlukan lagi.. prestasi merosot.. boss dok cakap.. "awak ni jangan ler.. selalu MC, EL...prestasi awak dah teruk dah ni.. Terasa kerja membosankan.. asyik buat kerja tuu.. ajer... otak tak berkembang... Tak bangga langsung dengan apa yang kita lakukan.. terus mengeluh .. Dan selalu negative dengan semua perkara dalam office.. 




KALAU SEMUA PERKARA INI TERJADI tanpa di sedari.. adakah.. 

Kita kena UBAH SIKAP kepada yang lebih POSITIF?

Kita kena solat Istikharah sama ada kita kena tukar kerja atau ubah perangai ?

BERSYUKUR adalah jalan terbaik.. Tapi ramai yang susah nak lakukan.. mulut ucap syukur.. hati.. masih sedih kenapa gaji kecik.. semua barang naik..  

Kita mulakan mencari kerja lain.. masuk kat jobstreet..banyak kerja kosong.. pilih ajer.. 

Kalau tak suka kerja makan gaji..dan nak cuba berniaga sendiri  nasihat Irfan Khairy 


  • Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income… sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
  • Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu… sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
  • Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.
  • ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Korang nampak tak.. kalau nak cuba nasib dengan buat part time.. 
korang leh cuba jual produk-produk secara online atau jualan terus : click sini  http://bainiprecious.blogspot.com/ atau ..sini : https://www.facebook.com/ateam2323?fref=ts call no ni..SHAH JEBAT - 018 2415651 untuk khidmat nasihat.,.ubah nasib dari sekarang!!

Hanya Anda boleh mengubah nasib sendiri.. jangan banyak mengeluh.. jangan suka berangan tapi tidak bertindak.. Ayuh tahun 2014 baru menyusul.. bangun.. bangkit.. Kuatkan semangat untuk menempuh hari-hari mencabar dengan harga barangan semua mahal dan kewangan yang terhad.. 
Post a Comment