Friday, 11 April 2014

ORANG ISLAM SUDAH KELIRU DENGAN HUKUM KARMA..SENANG SANGAT SEBUT!!.. TAK TAHU MAKNA..


HUKUM KARMA?

Tanya anak muda sekarang.. apa yang uols tahu tentang hukum KARMA??
diorang pasti akan cakap.. "ala.. kalau kita buat orang.. nanti kita akan terima balasan yang sama dengan apa yang kita dah buat ler.. itu ler.. HUKUM KARMA.. "

Wah..wah.. wah.. Aku nak melenting ker? Oh tidak.. Orlylove pun Jahil tentang hukum karma ni..sebab time aku lahir.. dan membesar.. dah ada lagu kumpulan WINGS yang di nyanyikan oleh penyanyi kesayangan Guwehh..HUKUM KARMA.. Waduh-waduh..ngapa sihk.. Kumpulan Wings ni.. ngesatkan aku.. ..hihihi.. tapi lagu tu sedap.. huhu.

Apapun layan dulusss.. yosshhh.. 


Sekarang dah jadi trend kebanyakan Retis kita menggunakan term HUKUM KARMA dalam setiap perkara buruk yang berlaku sepanjang perjalanan hidup mereka.. Ala.. kalau AhWiiieee dulu mungkin kurang arif tentang ISLAM.. tapi sekarang pendedahan ISLAM terlalu luas untuk kita pelajari.. Banyak kaedah boleh kita selami.. Nak baca Internet..pasal ajaran ISLAM.. banyak.. tapi.. awas .. kena tanya juga kesahihan nyer.. tapi.. ok.. back to my topic.. 

Kepada Sang Retis yang terasa Kifarah yang mereka terima ini.. sebagai HUKUM KARMA.. Aku mengajak semua orang perbetulkan mana yang tidak betul selama ini.. Kita yang bukan RETIS pun.. kena tukar perkataan.. HUKUM KARMA kepada KIFARAH

Pada zahirnya.. HUKUM KARMA ni macam selari dengan Ajaran ISLAM..tetapi HUKUM KARMA ADALAH TERM untuk AGAMA HINDU.

Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: 

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Menurut kepercayaan agama HINDU, HUKUM KARMA atau The LAW OF KARMA bermaksud "PERBUATAN". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentu binatang.

Bagi setiap penganut HINDU, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agas terlepas daripada kelahiran semua yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk BINATANG. Jika mereka lakukan perkara baik.. mereka akan pulang kepada tuhan penciptanya iaitu Brahma di NIRWANA atau SYURGA penganut HINDU. Buddha juga menggunakan kepercayaan HUKUM KARMA. 

Selagi seseorang penganut HINDU itu gagal mencapai karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu. 

Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa 

Pertama: 

Tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga.   

Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.

Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci.  

Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati,  kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.

Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.   

Ok...maksud Kifarah ialah:

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. 

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Selamat beramal..

Antara Contoh yang Orlylove baca.. 


Post a Comment