Saturday 21 June 2014

APA ITU SAWAN DEMAM? BAGAIMANA ATASI ANAK TERKENA SERANGAN SAWAN DEMAM?

Assalamualaikum.. Kengkawaan.. kepada yang mendoakan kesihatan anak Orlylove Rayyan Mikhael.. Orlylove mengucapkan berbanyak terima kasih.. atas doa kalian.. semoga anak saya Rayyan.. cepat sembuh dan akan menjadi kanak-kanak sihat dan riang seperti kanak-kanak lain..
Ok.. kat sini, Orlylove akan berkongsi artikel tentang  SAWAN DEMAM..
macam mana nak buat kalau tetiba anak kita di serang sawan demam.. jangan risau dan takut.. ok.. berusaha dan berserah.. jangan dengar omongan orang-orang yang kurang mahir.. yang menakutkan kita sebagai ibu yang mempunyai anak yang pernah ada penyakit SAWAN DEMAM ini..
APA ITU SAWAN?
Sawan adalah akibat dari ledakan elektrik di otak di luar kawalan yang mengakibatkan :
  • Kekejangan Otot
  • Mata Terbeliak
  • Mulut Berbuih
  • Kancing Gigi
  • Menggigil
  • Tidak Sedarkan diri dan lain-lain
APAKAH SAWAN DEMAM?
  • Sawan demam adalah sawan yang berlaku apabila suhu badan melebihi 38'c.
  • Ia Biasanya berlaku pada hari pertama dan kedua demam
  • Lingkungan umur ialah antara 6 bulan hingga 6 tahun
SEBAB-SEBAB SAWAN DEMAM
  • Demam terlalu tinggi. Kebanyakan berpunca daripada;
- Jangkitan bahagian atas saluran pernafasan
- atau jangkitan telinga (otitis media) dan lain-lain.
BOLEHKAH SAWAN DEMAM BERLUANG?
  • YA! 30% Sawan Demam boleh berulang
ADAKAH SAWAN DEMAM MENGAKIBATKAN KECACATAN OTAK?
  • TIDAK, KECUALI...
apabila sawan berlaku melebihi 15 minit.
ADAKAH IA KETURUNAN?
  • YA!, Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil risikonya adalah tinggi.
Adakah ia boleh mengakibatkan EPILEPSY?
  • Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat EPILEPSY.
BAGAIMANA ANDA KENALI SAWAN DEMAM?
  • Badan terasa panas
  • Badan dan kaki tegang
  • mungkin terjatuh
  • mulut berbuih
  • Tidak dapat mengawal air kencing
  • Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga, juga terasa binggong seketika
  • Kemudian akan aktif semula.
APA HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANAK ANDA DEMAM?
  • Lakukan mandi berjelum
  • Tanggalkan pakaian. Pakaikan baju yang nipis sahaja
  • Berikan Ubat paracetamol sepertimana arahan doctor
  • Pasangkan kipas atau memberi udara yang baik
  • Galakan minum air yang banyak
APA HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANAK ANDA SAWAN?
  1. KITA SEBAGAI IBU BAPA HARUS BERTENANG
  2. MENGIRINGKAN ANAK ANDA
  3. JAUHKAN BARANGAN BERBAHAYA DI SEKELILING ANAK ANDA
  4. JANGAN LETAK APA-APA DI DALAM MULUT ANAK ANDA
  5. JANGAN TINGGALKAN ANAK ANDA BERSENDIRIAN
  6. SEKIRANYA SAWAN BERPANJANGAN IAITU LEBIH DARI 5 MINIT, BAWA KE HOSPITAL
Orlylove doakan kalian semua sihat dan faham apa yang Orlylove sharekan ini.. ini semua pengajaran untuk orlylove sendiri.. bila terlalu panic.. kita nyer emosi akan terganggu dan kita akan jatuh sakit pula nanti.. so.. bersabar dengan apa yang berlaku dan berusaha untuk membantu sebaik mungkin anak kita atau ada mangsa-mangsa sawan di sekeliling kita..

KES RAYYAN KENA SERANGAN SAWAN DEMAM EPISOD 1
KES RAYYAN KENA SERANGAN SAWAN DEMAM EPISOD 2

Penyakit lain  yang perlu kita Ibu Bapa tahu..

PENTING!!!

 PARA IBU BAPA MESTI BACA DAN SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA!
SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN

 

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4... bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


Sumber Oleh: Dr. SUria

No comments: