Tuesday, 3 June 2014

ADA KE TAK ADA NI? SAH DNA BABI TAK ADA DALAM COKLAT CADBURY..JAKIM..


KUALA LUMPUR: MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari inimengumumkan coklat Cadburyyang sebelum ini dikesan mengandungi unsur babi sebenarnya tidak ada babi. Beliau membuat pengumuman itu sebaik saja pihaknya menerima laporan ujian makmal daripada Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Ujian dibuat ke atas 11 sampel itu melibatkan dua jenis coklat yang terlibat, empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama serta lima bahan mentah yang mungkin ada unsur haiwan. Sampel berkenaan dihantar untuk ujian oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ujian awal yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan — yang mencampakkan kita ke dalam isu halal atau tidak coklat Cadbury ini — dikatakan dibuat ke atas sampel yang diambil dari pasaran.

Menurut Jakim, ujian status halal yang ia jalankan lebih ketat. Ia pergi terus kepada sumber asalnya iaitu kilang. Dengan membuat ujian ke atas produk di kilang, ia akan dapat mengetepikan soal pencemaran yang berlaku selepas produk berkenaan masuk ke pasaran.

Pengumuman Jamil Khir itu hanya merumuskan satu perkara: tidak ada unsur babi dalam coklat Cadbury yang diuji. Tentang sijil halal ke atas produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. yang terlibat, Jakim akan memeriksa semula "seluruh rantaian pengeluaran produk" dan membentangkan laporan kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum ia boleh mengeluarkan semula Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang ia tarik balik serta-merta sejak 24 Mei lalu.

Kenyataan Jamil Khir itu sepatutnya menamatkan isu coklat ada babi. Dakwaan bahawa coklat Cadbury dengan kazang hazel dan buah badam ada unsur babi itu sebenarnya tidak betul. Cerita sudah habis. Umat Islam sepatutnya boleh makan coklat Cadbury (semula) tanpa was-was.

Tetapi kalau melihat kepada reaksi di media sosial sejak selepas pengumuman Jamil Khir itu, isu ini nampaknya belum lagi hendak selesai. Reaksi orang ramai bercampur-campur. Ada yang yakin, ada yang tidak yakin dan selebihnya, banyak juga yang keliru. "Sekejap ada babi, sekejap tak ada babi." Itu antara reaksi mereka.

Ada beberapa soalan yang tinggal belum berjawab:
1. Coklat yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini datang dari mana?
2. Ujian oleh Kementerian Kesihatan itu dibuat di mana?
3. Apakah coklat yang diuji itu tercemar di pasaran?
4. Jika benar tercemar di pasaran, bagaimana coklat yang berbungkus boleh tercemar?
5. Apakah sebenarnya coklat itu tidak tercemar di pasaran tetapi coklat yang diseludup dari negara jiran dengan bungkusan yang sama dan label yang serupa?

Ini antara soalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa.

Dalam masyarakat Islam yang cukup sensitif tentang soal babi dalam makanan, cerita babi dalam coklat ini perlu penyelesaian yang muktamad. Wajar atau tidak mereka terlalu sensitif tentang haramnya babi tetapi tidak begitu peduli soal dosa dan mudarat perkara lain yang jelas haram seperti riba, rasuah dan menyeleweng harta awam, itu soal yang lain.

Apa yang dihadapi oleh Jakim sekarang ini bukan saja soal coklat ada babi tetapi sejauh mana logo halal yang ia keluarkan boleh dipercayai. Itu isu sebenarnya. Itu isu yang perlu ditangani oleh Jakim sekarang.

Ingat lagi isu keselamatan ayam semasa gempar cerita penyakit selesema burung lebih kurang 10 tahun lalu? Kementerian Pertanian yang ketika itu diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjamu hidangan ayam kepada Jemaah Menteri. Majlis makan tengahari itu berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya. Menurut laporan media, ada hidangan sup ayam dengan telur puyuh, ayam goreng berempah, ayam rendang Minang, ayam masak kicap dan ayam goreng.

"Rasa ayam itu amat enak sekali dan kita berharap ramai lagi akan makan ayam kerana ayam kita selamat dan rasanya pun sedap," kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang mengetuai Jemaah Menteri hadir ke majlis jamuan makan tengahari itu. Majlis itu dibuat untuk mengembalikan keyakinan orang ramai kepada tahap keselamatan ayam kerana pada waktu itu, jualan ayam sudah merosot sehingga 30 peratus.

Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong juga pernah melakukan hal yang sama pada 2002 apabila beliau minum air kitar semula jenama NEWater yang dikeluarkan oleh republik itu. Pada masa itu, rakyat Singapura tidak yakin air yang dirawat itu selamat dan bersih untuk diminum.

Itulah yang barangkali perlu dilakukan oleh Jakim sebagai pihak berkuasa agama di negara ini. Ahli  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pun sepatutnya ikut sama. Mereka perlu menunjukkan kepada umat Islam di negara ini bahawa logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim itu sah dan harus dipercayai tanpa ragu-ragu. Makanya, mereka wajar makan dahulu coklat Cadbury itu.

Apakah ada cara lain untuk mengembalikan keyakinan umum yang hilang itu?


BABI BABI BABI!!!

KES KEJAP HALAL KEJAP TIDAK!

Nak semak HALAL JAKIM?


SAH ADA DNA BABI
Post a Comment