Sunday 25 May 2014

GEMPAR COKLAT CADBURY ADA DNA BABI..

Assalamualaikum.. kepada semua pembaca.. Orlylove.. Harini kita digemparkan dengan isu yang agak sensitif kepada semua kita umat ISLAM.. dan memberi impak yang besar kepada semua penggemar coklat yang berjenama Cadbury..seperti ORLYLOVE.. 

DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk

Waaaaa... dah ler.. Akaq.. suka coklat ni.. dah berkoyan koyan masuk perut.. patut ler.. Orlylove selalu rasa Hangin.. jer.. cepat marahh.. rupanya.. makan makanan yang mengandungi DNA BABI.. Haram Jadah punya pengeluar coklat.. tapi.. apa yang Orlylove nak cerita hari ini.. bukan nak memaki hamun pengeluar coklat.. tapi.. banyak pihak.. yang patut mengambil pengajaran atas penemuan terhangat ini.. 

Kenapa Cadbury.. tidak kepada produk coklat jenama lain,? persoalan nya.. adakah semua coklat yang ada di Malaysia ini.. HALAL?.. kita semua cepat melatah apabila ada pihak yang cuba menegakkan kebenaran dan menemui kesalahan dalam kes yang di kira High Profile ni.. hehe.. nasib baik kes coklat Cadbury ni.. dibongkar pada tahun 2014.. tidak tunggu 2020 ajer. Lepas tu baru ler tau yang AKAQ makan banyak sangat coklat mengandungi BABI.. Nauzubillahiminzalik.. takut kenang nasib anak-anak di akhir zaman ni.. 

Tapi di sini.. kenyataan balas dari pihak Cadbury

Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.

Pesanan Orlylove : So.. Korang bayangkan ..kita-kita yang ke luar negara,,beli Cadbury di sana.. erm.. macam confirmed tak HALAL.. tapi.. orang ISLAM kita lanyak semacam jer.. tak call JAKIM pun.. tanya HALAL KE tak..?

Apa-apa berbalik kepada diri kita sendiri.. kalau kita nak jaga kejernihan darah daging kita supaya tidak menjadi lebih busuk di Padang Mahsyar nanti.. kita kena berjanji untuk menjaga pemakanan, amalan dan semua yang di tegah oleh ALLAH kita jauhkan.. 

Kepada semua UMAT ISLAM yang berada di NEGARA MALAYSIA .. NEGARA ISLAM ini.. bersama-samalah kita berganding bahu untuk mencari kebenaran untuk pastikan kita berpegang kepada NEGARA ISLAM yang tidak di was-waskan oleh pihak-pihak yang JAHIL tentang ISLAM.. sama-sama kita bimbing semua rakyat MALAYSIA tentang HALAL Dan HARAM.. 

Jangan kita ingat semua cina dan india akan faham tentang HALAL dan HARAM dengan JELAS kalau kita harapkan semata-mata jabatan-jabatan.. yang menguruskan urusan perihal ISLAM..yang kurang kaki tangan,,, untuk bertindak.. 

Orlylove percaya ada penganut agama lain yang suka mempersendakan.. orang-orang ISLAM yang JAHIL.. tentang.. HALAL HARAM.. mereka akan menakutkan kita dengan ISU BABI.. tapi kenapa kita semua tak nampak ISU ARAK..? 

Dulu ada member Orlylove membuat ayat lawak bodo tentang HALAL.. 

" Ala releks ler.. beb.. aku walaupun MINUM ARAK.. aku tak makan BABI TAU.... " 

Cop...cop.. aper kes ni.. brader.. SETITIK arak masuk dalam darah kita.. HITAM terus hati mu.. tetapi.. bayangkan .. kalau.. sebotol.. 

Bila cakap Isu BABI.. sampaikan.. gambar babi pun orang kita benci.. padahal HARAM ARAK dan BABI dah termaktub dalam AL-QURAN.. ALLAH dah cakap HARAM.. HARAM ler....Wallahu a'lam.. 

BACA SINI

DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk


email
DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk
Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Roast Almond- Cadbury Dairy Milk
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu:

1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

KKM mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei.

Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA babi (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA   : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN
TEL    : 03-8883 2782
EMEL : n.suzaman@moh.gov.my


No comments: