Tuesday, 20 May 2014

Happy Birthday MAK MERTUAKu..

Tanggal 20 Mei 2014..hari ini laaa.. Hari Mak Mertuaku.. yang tercinta.. Puan Sri Azizah yang ke berapa.. Tettt.. Muda lagi.. Alhamdullilah.. Mak Mertuaku.. semoga Mak akan di kurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan lagi rezeki hendak-Nya. 

Malam ni.. kami ada jemputan untuk meraikan Ulang Tahun kelahiran Mak Mertua Orlylove di Tupai-tupai KL. Nanti Orlylove update gambar-gambar kenangan ok.. tapi.. untuk kali ini.. korang nak berkenalan dengan mak mertuaku.. meh.. ler.. orang nyer.. baik..sangat.. terlalu manjakan anak lelaki tunggalnya.. hehe.. iaitu.. my hubby ler.. so Orlylove adalah sorang-sorang nyer.. menantu perempuan yang mak mertuaku ada.. pergh.. manja sangat ler..

Dari Orlylove kawin.. sampai anak dah 4, tak susah nak beli baju ler.. semua mak mertuaku.. hadiahkan.. kalau dia terbang ker Dubai, US, Australia, Bali, Jakarta, Bandung, Medan.. ke mana saja ler.. sure aku akan dapat ole-ole.. erm.. seronok tau.. jadi menantu perempuan tunggal ni.. tapi. apa yang aku dapat kasi..? Orlylove tak terbalas hadiah-hadiah yang mak mertuaku beri sepanjang aku mengenali beliau.. 

Kehebatan mak mertua Orlylove memang tak tertanding oleh Orlylove.. dari segi skill memasak..menjahit, mengemas rumah, uruskan anak-anak.. uruskan perniagaan.. apa sahaja lah.. memang aku kalah.. siap dengan mak mertua ku ini juga aku kalah lawan kecantikkan yang dimiliki..mak mertua aku lagi nampak muda dari aku yang badan kejap naik dan naik tak surut..surut.. Waaaa.. sabar.. ok.. nanti menantu mu cuba ok.. aper pun .. sayang mak.. Muahhh.. 

korang nak kenal mak mertua Orlylove tak? 

gambar tahun 2011.. Mak mertuaku yang duduk ni ler.. 


yang mana menantu .. mana nak mertuaku.. cer teka.. waaaaaa.. time ni.. gambar 2010


HADIAH MENARIK dari Google MALAYSIA...YEAHHH.. DOODLE 4 GOOGLE



Yeah.. Google Malaysia jemput anak-anak MALAYSIA yang berbakat besar untuk menyertai "Doodle 4 Google" yang akan memberi penghargaan kepada anak-anak berbakat seni untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan dan pihak Google Malaysia.. 

Pemenang Keseluruhan akan di martabatkan hasil seni mereka di 
Halaman Utama Google.com.my 
selama 24 Jam 
Pada 16 September, 2014. 

Syarat-syarat UTAMA, 

Kumpulan Umur

Contengan akan dikumpulkan mengikut umur pelajar. Kumpulan umur dipecahkan sebagai:

7 tahun - 9 tahun 
10 tahun - 12
13 tahun - 15
16 tahun - 17

Akan ada pemenang kategori dalam setiap kumpulan umur.


Penyertaan adalah mudah!

Penyertaan adalah mudah! Sila muat turun borang penyertaan, kemudian mencetak, mencipta coretan anda dan klik. Tahun ini kami meminta pelajar untuk mewujudkan doodles mereka berdasarkan dari tema 'Malaysia kepada saya ...' Di bawah adalah panduan tiga langkah untuk memasuki pertandingan. 

  1. Muat Turun Borang
  2. Cetak Borang dan Mulakan Menghias/Mewarna mengikut tema
  3. Hantar Penyertaan Melalui Online / Pos
Bagi permohonan melalui pos, sila pastikan penyertaan anda dihantar ke alamat berikut di bawah:

Doodle 4 Google Malaysia

Google Malaysia
Level 20
Quill 7, No. 9 Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
Kuala Lumpur 50470
Malaysia


Apabila memikirkan tentang tema 'Malaysia kepada saya ...' kami ingin pelajar untuk mempertimbangkan apa yang mereka menghargai tentang Malaysia. Apa yang menjadikan Malaysia unik dan disayangi oleh mereka. Ini boleh menjadi apa-apa, berfikir tentang budaya kita, kepelbagaian, orang, makanan, dan lain-lain tanda imaginasi anda dan kreativiti adalah nilai kita, sila berfikir tentang apa-apa imej yang unik yang mewakili Malaysia kepada anda.


Monday, 19 May 2014

"Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz"

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz
KLIK BANNER untuk menyertai giveaway ini!

Special Thanks to:
Para sponsor giveaway ini iaitu Mr. Cupid, Anis Nadzirah, NARA Kpop Online Shop, Karimah Zulkafali, Aliatul Aiman dan Keyranazleen. Giveaway ini dianjurkan oleh Fiqa Nsz

Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah menarik yang ditawarkan!
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah album Infinite Last Romeo [official original album],
Cabutan bertuah pula mencari seramai sembilan pemenang untuk merebut hadiah seperti MP3 shuffle, Infinite Replica Jersey, Notebook, Infinite Key Holder dan topup!

Giveaway ini berlansung selama sebulan iaitu dari 15 May sehingga 15 Jun 2014.
Jom sertai sekarang sebelum terlambat!

Kenangan TERINDAH BERSAMAMU..1996-2014..



Alhamdullilah.. termertai sudah perjanjian.. kami.. untuk berjumpa di Putrajaya bersama.. kawan-kawan lama.. yang pernah sekelas dengan Orlylove dulu.. untuk sessi ke 2.. setelah 18 tahun terpisah.. Perjumpaan pertama.. korang leh lawat di sini...
Perjumpaan kali ini memang havock.. tak suka tau.. selama 4 jam.. bersama.. terlalu cepat.. berlalu.. opss.. bukan.. 2 jam.. sebenarnya.. Mulanya.. begini.. jeng..jeng..jeng..
Malam sebelum perjumpaan kami and the gangs.. Orlylove.. borak-borak dengan my BFF.. Fidd Tamim.. supaya.. jangan terlambat.. hehe..yer lah.. perjumpaan yang terulung.. untuk 18 tahun lamanya.. ku nanti.. hehe.. so.. Orlylove siapkan baju Tema putih..dan .. tak tidur.. semata-mata takut tak bangun.. kikiki..
Janji kul 7 nak gerak.. Time orlylove bersiap.. pintu bilik yang senyap ditolak oleh tangan kecil.. Waaaaa.. Baby Rayyan dah bangun...Waaaa.. macam mana ni.. ?..MAMA nak berjimba-jimba dengan member today..Please sayang..kikiki.. so.. keluarlah siran darurat.. untuk MAMA dapat keluar rumah tanpa peperangan.. dan sekatan.. kekeke.."Daddy..tolong jaga Rayyan..tepuk..tepuk.. bontot dia kasi tidur.. ok.. nah.. ayang dah buat susu.. kasi susu.. Please..please.. today jerk.. sampai kul 1 tenghari jerk..please.. hehe.. Nasib ler. Daddy Arien kasi lampu hijo.. hehe..
Debaran makin terasa apabila.. Mem Fidd Tamim tak muncul-muncul.. Jam menunjukkan pukul 8 pagi.. Opss.. kita kena ada di Putrajaya jam 8.30 pagi.. Naahhhh.. dugaan baik punya.. dengan HUJAN LEBAT.. ok.. okies.. Orly.. sabar.. kita merancang..Allah tentukan..
Taraaaa..MEM Fidd Tamim.. hon..pim..pim..kat luar..
Wokies,,PUTRAJAYA We are COMING....Zroom !!!!!!
Layannnzzzz.. Moment terindah.. 2014..

Barisan Hero REMAJA 2014


Yezzzaaaa....1996-2014..
Gorgeous Yoo..
 Happy Birthday kawan ku.. Sly.. Baby Girl..

Fuuuhhh... 
Our.... Big Brother.. yoo
Credit to our professional photographer Brother IMAN ..
Orlylove..senyum.. 3 hari 2 malam dah ni.. masih segar di ingatan..korang memang awesome...gambar lain..biarlah jadi kenangan terindah orlylove.. sahaja..wasalam..

Saturday, 17 May 2014

17 MAY 2013 - 17 MAY 2014 (Yeahhhh.. 1 Tahun Sudah..ORLYLOVE )



Friday, 16 May 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

Thursday, 8 May 2014

PERANGI HATI dan NAFSU lebih DAHSYAT dari PERANG SEBENAR ...

Assalamualaikum.. kengkawan semua..Orlylove harini sihat dan gembira .. adakah anda pun rasa gembira?.. harap-harap sama ler yerk.. 

Today Orlylove nak share pasal Aku tersentap bila ada seorang rakan aku..berkata " Akak, Perang yang paling dahsyat selepas Perang BADAR adalah .. PERANGI HATI.. nafsu kita ni.. " 

Dengan keadaan terdesak sekarang ini.. banyak peperangan dah terjadi di depan mata.. tetapi.. banyak yang GAGAL.. betul tak.. kata orlylove.. ?

Contohnya.. negara Malaysia.. ni aman damai .. tapi.. banyak pihak sedang BERPERANG antara satu sama lain .. KAUM apa yang hebat.. Agama mana yang KUAT.. DUIT mana yang Kukuh.. dan Pemimpin mana yang TERSOHOR dan TERPENGARUH di kalangan orang-orang yang KUAT di dunia ini..

Begitu juga aku sebagai seorang manusia yang alpa.. aku teringin gak nak itu dan ini.. macam mana orang lain ada .. aku teringin gak nak memiliki.. tapi.. Alhamdullilah.. aku masih boleh mengawal nafsu aku.. dan berperang dengan hati aku daripada.. perasaan berlumba-lumba pasal harta benda.. kalau orang lebih... itu rezeki dia.. sebab dia usaha lebih.. kalau aku nak lebih.. aku kenalah usaha macam mereka juga.,.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Islam pada mulanya asing dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya kita yang terasing.”
DEFINISI JIHAD
Perkataa “Jihad” itu sendiri berasal dari bahasa Arab, yang bererti “usaha keras” atau “sungguh sungguh”.  Umum lebih lazim meletakkan JIHAD sebagai perang dan memerangi dengan berlakunya pertumpahan darah.
Walaupun dalam literatur Islam, jihad membawa pengertian yang berbagai rupa, namun intinya, jihad yang dituntut adalah satu usaha keras yang dilakukan setiap individu dalam mencapai hasil usaha yang dianjurkan sesuai dengan perintah Allah dan Rasul. Ia dipanggil JIHAD FI SABILILLAH (Jihad pada jalan Allah).
Antaranya adalah usaha bersungguh-sungguh untuk,
  1. Menuntut ilmu (jihad ilmu),
  2. Mengawal dan memerangi nafsu yang negatif (jihad nafsu),
  3. Mempertahankan diri dari serangan musuh dalam peperangan (jihad perang),
  4. Mengembangkan ilmu dan mengajak manusia kepada Allah (jihad dakwah)
  5. Membangun ekonomi diri & keluarga (jihad ekonomi)
  6. Dan berbagai-bagai lagi.
Pengertian jihad secara khusus banyak dijelaskan dalam banyak hadis Nabi Saw. Baginda, pernah menjelaskan jihad secara khusus kepada sahabatnya setelah pulang dari perang Badar. Di dalam sejarah Islam, perang Badar dikategorikan sebagai perang yang begitu sengit antara umat Islam dan kelompok kuffar Mekah saat itu. Namun dalam hadisnya, Rasulullah SAW bersabda,
“Kita baru saja kembali dari AL-JIHÂD AL-ASGHAR (jihad kecil) menuju AL-JIHÂD AL-AKBAR (jihad yang lebih besar)”. Ketika ditanya sahabat, “Apa itu jihad yang lebih besar, ya Rasulullah?” Nabi Saw. menjawab, “Yaitu jihad MELAWAN NAFSU yang ada dalam diri kita sendiri.”

Masih ada Islam yang terlampau kaya tetapi kekayaan itu berdiri di atas mayat-mayat saudaranya yang tidak diendahkan. Pesawat Peribadi Superjumbo Airbus A380 dengan kemasan EMAS dengan semua barisan pilot wanita. Semua pekerja di istana juga wanita-wanita dengan potongan supermodel. Adakah sudah berlaku jihad nafsu bagi individu ini? Tidak lupa…ada ramai individu seumpama ini. Mereka kaya tetapi tidak langsung menjadikan Islam lebih kaya.


Contoh senang ler.. kalau nak faham.. 

  • Adakah kita berperang setiap hati dengan hati kita.. bahawa kita mencari rezeki ini untuk menyara hidup?..atau berlebih-lebihan sehingga kita lupa tentang orang yang susah..?orang yang lebih memerlukan.. ?


Saya pernah bertanyakan soalan senang kepada anak saya yang usia baru 6 tahun.. "Kakak, kalau kakak kaya.. apa kakak nak buat dengan duit kakak yang banyak..? jawapan dia senang ajer.. " Kalau kakak kaya.. kakak nak tolong orang susah.. mama".. tapi.. mama.. kenapa.. sipulan.. sipulan dia.. kaya.. tapi.. tak kasi kita DUIT.. ?.. kedekut betulll.. !!.. hehe.. relek-relek.. anakku sayang...tak semua orang KAYA kedekut.. nanti kita dah kaya.. kita tolong semua orang susah.. ok.. lai..lai..lai..saper mau duit.. mari sini.. hehhee.. 


  • Ada atau tidak kita berperang dengan HATI kita yang kita nak buat baik atau jahatt sikitt jer.. hehe.. kalau nak pegi solat.. time ada rancangan kegemaran.. kat TV.. mau.. sampai iklan.. baru nak bangun..gi solat.. lepas tu.. time solat.. dah azan waktu seterusnya.. pernah terjadi tak?... apalah salahnya.. kita tinggalkan sekejap perkara yang lelalaikan.. dan dahulukan apa yang Allah suruh.. ?.. ni..Ingatkan kat diriku yang alpa ini.. :(
  • Perang dengan MASA/WAKTU.. terkejar-kejar pergi kerja.. sampai.. terpaksa tinggalkan anak kecil dengan pengasuh.. dan terpaksa.. berasak-asak dengan manusia mahupun.. kenderaan yang banyak di jalan raya.. huhu


Kita kena memerdekakan hati kita dari peperangan yang ada.. rajin-rajin lah kita melakukan solat.. puasa.. dan berzikir.. untuk rasa ketenangan dan kemenangan peperangan yang ada salam hati kita.. 

Ada juga.. orang sindir.. "Ala.. dia solat tak tinggal.. tapi.. mulut .. macam puaka".. opss.. sorry.. bukan orlylove.. cakap..ada ler hamba Allah..ni.. 

Sebenarnya.. orang yang cakap tu.. sedang berperang dalam hati nurani dia.. pasal orang yang sedang buat kebaikan dengan bersolat dengan baik.. tetapi.. apalah salahnya.. kalau kita nasihat kawan kita supaya kurangkan kata-kata yang tidak baik.. tentang orang lain atau sebaliknya.. 

" Hati itu Raja . Di hati sentiasa berlaku peperangan. Peperangan antara kebaikan dan kejahatan. Hawa nafsu melawan kebaikan. Jauh di dasar hati sentiasa punya ‘good intention’ tetapi samada perlakuan kita itu baik atau jahat bergantung pula pada peperangan yang akan berlaku di struktur hati paling luar. 
Sentiasa sahaja hati akan diserang bertubi2 oleh hawa nafsu yang hadirnya daripada luar dan kemenangan bergantung kepada siapa yang lebih kuat. Kebaikan atau kejahatan?
Di hati juga akan berlaku konflik antara kebaikan dan kejahatan. Bala tentera kebaikan dipandu oleh akal waras dan sebab musabab manakala bala tentera kejahatan dipandu oleh hawa dan nafsu. 

Siapakah bala tentera ini? Untuk kebaikan bala tenteranya terdiri daripada sifat mahmudah iaitu sabar, amanah, setia, hormat, dan sebagainya manakala bala tentera kejahatan adalah sifat mazmumah seperti bakhil, khianat, baran dan sebagainya. Di balik tabir kebaikan adalah hidayah yang dikurniakan oleh Allah dan di balik tabir kejahatan adalah syaitan."
kreadit kepada http://nixnadizy.blogspot.com/
Wasalam.. 

Tuesday, 6 May 2014

Kejap macam tak HALAL.. kejap macam HALAL..dah HALAL kot?

Orlylove tiap-tiap hari akan melalui jalan dari LRT Kerinchi ke office melalui denai-denai kehidupan yang getir...hehehe.. aper cerita ni.. Orlylove.. opss.. salah.. lak.. 

Aku nak cerita pasal sebuah restauran yang menyajikan hidangan ayam goreng resepi Korea terkenal masa kini yang akan di buka di Bangunan Plaza Pantai. Aku agak teruja pasal restoran hebat ni akan di buka berhampiran dengan tempat kerja aku.. tapi.. setahu aku restauran ni.. tergolong dalam restoran HALAL JAKIM.. dan yang amat mengejutnya.. aku terbaca di dinding restoran yang akan di buka ini .. 

" Chicken & Beer - If you are beer lover, you are definitely in the RIGHT PLACE have your beer with bb-q chicken! The fantastic taste of chicken will help you make a new (beer drinking) RECORD! "


Minta pencerahan daripada kengkawan yang terror English .. mengatakan yang Ayam BBQ ada mengandungi Beer/Bir .. katanya.. aku pun tak teragak nak call company tersebut..dan pihak JAKIM menanyakan kesahihan wallpaper yang aku lihat.. tetapi.. dalam sebulan lepas aku ambik gambar tersebut... aku lalu tepi restoran yang sedang di ubahsuai itu.. wallpaper yang aku lihat dahulu.. dah di tukar.. "HILANG".. fullstops. hihihi.. lagi kuat kesangsian aku sebab restoran tersebut banyak cawangan dan memiliki HALAL dari JAKIM.. 



Lihat gambar bawah selepas 1 bulan.. di tukar.. kepada..




Aku bersangka baik .. mungkin mula-mula .. mereka tersilap pilih wallpaper di sebabkan resepi asal dari korea.. so.. mungkin boleh letak beer dalam ayam .. tetapi.. mereka menukar setelah mendapat teguran daripada pihak-pihak dalaman syarikat.. bahawa wallpaper tersebut tidak sesuai.. 

Persoalan aku.. adakah benar mereka HALAL untuk semua cawangan .. atau hanya cawangan Pantai ini sahaja tidak HALAL.. ini jawapan yang aku terima..

Call Halal Jakim di no. :03-88925000/88925001

" Syarikat Genesis BBQ Malaysia..dapat halal Jakim 2012 dan mereka tidak renew selepas tahun 2012 " 

Opss.. kenapa mereka senang-senang guna halal JAKIM.. kalau mereka tidak renew.. ? Maaf nak cerita.. sebab Orlylove tidak pernah merasa makan di premis BBQ Chicken ni.. walaupun.. ada berdekatan.. dengan rumah....

Aku call pula Ustaz Mohd Hafiz (03-88925018) dari bahagian pemantauan.. untuk kesahihan.. kes.. 

Ustaz Mohd Hafiz memberi INFO : Sekarang ni dia expired 30/6/2012 . Tempoh Sijil mereka telah tamat tempoh dan mereka tidak ada permohonan baru - satu kesalah..

Opss.. Aku doakan mereka BBQ Chicken mohon sijil baru untuk semua muslim yang pergi ke sana tidak rasa bershubahah.. 

Amin... 

Friday, 2 May 2014

ORLYLOVE BONGKAR RAHSIA BAKING SODA @ SODIUM BICARBONATE !!



SSSSSSHHHHHHHHSSSSS...

Rahsia tetap rahsia.. tapi.. harini.. Orlylove akan bongkar rahsia..amalan Orlylove untuk kesihatan yang lebih berkualiti dan sihat. 

Mungkin di antara kita selama ini tahu/tidak rahsia yang Orlylove amalkan ini.. ceh.. macam Professor lak yer.. ok.. lah di pendekan cerita.. 

Siapa tahu apa Baking Soda? sama tak dengan nama Sodium Bicarbonate?.. jawapan dia SAMA.. 

Baca SINI dari http://en.wikipedia.org/


RAHSIA PERTAMA 

Cara mudah untuk amalkan detox bahan asid dalam badan.. kita dengan mengamalkan Resepi ENO. Bahan untuk alkalikan air minuman 

1/2 sudu teh  - Garam Bukit 
1/2 sudu teh  - serbuk Baking Soda
1/2 potong perahan - lemon
segelas air RO/masak


+


+


+


Amalkan seperti Orlylove.. Pagi segelas.. ketika perut kosong.. segelas malam ketika nak tidur. 
In Sha Allah ... badan kita akan buang semua toxic/ asid-asid dalam badan dan memperbaiki sistem peredaran darah kita. 

Penyakit yang ada selama ni.. sengal-sengal dan pening kepala, akan hilang di sebabkan kita mengamalkan air berakhali. 

RAHSIA KEDUA 

Ingin tahu bagaimana untuk menggunakan baking soda untuk penjagaan kulit? Serbuk penaik dikenali kerana menjadi ruji di dapur tetapi ia juga salah satu yang paling berguna dan tidak menyebut bahan-bahan murah di sekeliling apabila ia datang kepada penjagaan kulit DIY! Merebut kotak baking soda dari dapur anda dan bersedia untuk melihat beberapa perubahan besar ihsan ini baking perbaikan kecantikan soda!

PENCUCI MUKA

Apabila anda memikirkan cara untuk menggunakan baking soda untuk kulit anda, cuba ia sebagai mencuci muka! Campurkan 2 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh air panas dan kacau untuk mewujudkan pes. Percikan muka anda dengan air, merebut beberapa campuran dan perlahan-lahan mencuci muka anda dalam gerakan membulat. Kemudian, bilas muka anda dengan air suam dan lap muka anda kering.

Muka kita akan rasa segar dan bersih.. suci.. hehhe. 

RAHSIA KETIGA

UBAT GIGI DAN Pemutih
Salah satu keindahan kegunaan yang paling popular untuk baking soda sebagai pemutih gigi. Baking soda boleh membantu bukan sahaja membuang plak, tetapi juga memutihkan gigi anda. 

Cara yang paling mudah untuk menggunakan cara ini adalah seperti ubat gigi semula jadi. Campurkan 1 sudu baking soda dengan 1 sudu makan minyak kelapa, dan gaul rata. Kemudian, berus gigi anda dengan campuran ini dan bilas dengan baik. 

Serbuk penaik juga mengandungi ciri-ciri pemutihan, yang menjadikan ia bahan yang popular dalam banyak ubat gigi pemutihan. Apabila digabungkan dengan minyak kelapa anti-bakteria, yang juga pemutihan, anda akan baik dalam perjalanan anda untuk gigi putih dalam masa yang singkat!

RAHSIA KEEMPAT

Buat sebagai Deodorant - Orang kita cakap.. bahasa senangnya.. Ubat ketiak.. hehe.. Anti-Bau.. Bahan untuk penyah Bau Badan.. 
hehe.. murah pun murah.. hehhee.. jimat.. mak.. 

RAHSIA KELIMA

Pembersihan Lantai Bilik Mandi: Campurkan 1/2 cawan Soda penaik dalam baldi air suam, lap dan bilas bersih untuk lantai berkilauan.


RAHSIA KEENAM

Ubat hilangkan gatal kulit.. Kalau kulit kena gatal-gatal.. sapu sedikit Baking soda.. nanti hilang rasa gatal serta merta.. tak yah buang duit nak beli ubat mopikoo.. hehe.. 

RAHSIA KETUJUH

Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

RAHSIA KELAPAN

Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

RAHSIA KESEMBILAN

Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua

RAHSIA KESEPULUH

Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

Ok.. cukup sampai di sini.. rahsia Orlylove yang selalu Orlylove amalkan.. 

Selamat beramal.. kengkawan.. hehe.. kalau nak lagi.. tunggu yer.. nanti orlylove kasi rahsia amalan Orlylove yang lain ok.. 


Wednesday, 30 April 2014

Berpatah BALIK.. "TURN BACK".. banyak lak.. kes.. lepas MH370

Selamat Hari Rabu kepada semua.. Orlylove dah lama tak usik blog ni..sebab desakan tugas harian yang tidak membenarkan Orlylove menekan papan kekunci untuk mengemaskini blog ini.. harini.. terpanggil untuk meluahkan sesuatu tentang .. BERPATAH BALIK.. 



Nak cerita pasal berpatah balik ni.. teringat kata orang tua dulu-dulu... " kalau kita bergerak meninggalkan rumah.. jangan berpatah balik.. tak elok.. kalau dapat elak kita elakan. Selalu nyer.. akan dapat pertanda buruk..kalau kita berpatah balik.. ".. itu cerita orang tua-tua ler.. tapi.. 

Sekarang ni.. senang sangat kita dengar perkataan BERPATAH BALIK.. berkaitan dengan sebuah pesawat yang telah memulakan penerbangan.. 






Sejujurnya.. selepas kes MH370.. baru orlylove sedar pasal .. yang pesawat.. akan berpatah balik di sebabkan kerosakan pesawat.. untuk di baiki.. bukan nyer.. membuat pendaratan cemas di mana-mana landasan terdekat.. hehe.. suka hati apak korang jer .. yer.. mana boleh.. sesuka hati mendarat.,, kat landasan orang ,...huhu

Begitu ler.. kata orang tua dulu-dulu.. kalau kita dah teruskan perjalanan.. tidak elok berpatah balik.. tapi...jangan jadikan kata-kata itu kalau kita betul-betul perlu untuk BERPATAH BALIK.. yer ler..kalau ler.. kita betul-betul perlu berpatah balik.. teruskan jer lah.. ajal maut di tangan Allah.. berserah ajer.. mana tahu itu yang terbaik.. untuk kita pada hari tersebut.. 

PS : Satu lagi Orlylove nak pesan.. untuk diriku ini.. Janganlah suka kaitkan sesuatu yang buruk terjadi itu disebabkan kita berpatah balik..tadi.. semua kejadian yang berlaku semua ketentuan Allah.. kalau Allah dah kata.. KUN FA YA KUN.. terjadi ler.. IA.. kita tidak boleh mengelak walaupun sesaat.. redha ajer.. 

Muka seorang perjuang negara... 




Thursday, 24 April 2014

IBU TUNGGAL SENTIASA AMALKAN ZIKIR ! MENINGGAL -KUBUR BERCAHAYA!!..SUBHANALLAH

Subhanallah! Kubur Ibu Tunggal Adzlin Lin Halimi Bercahaya 


Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar. 

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil. 

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.) 





Ya Allah Ya Tuhanku.. Semoga Arwah di tempatkan di kalangan-kalangan orang beriman. 

Penuh derita beliau di dunia dengan dugaan Allah, 
Semoga anak-anak beliau mendapat perlindungan yang sewajarnya..
kita yang masih bernyawa ini, beringatlah bahawa diri kita tidak tahu nasib kita bagaimana apabila menemui Illahi nanti.. 

Orlylove sentiasa ingin memberbaiki diri dan cuba untuk mendekati Allah sebaik mungkin.. sama-samalah kita berusaha mengenali Allah dan ingatkan Orlylove kalau diriku terlupa, sebelum kita bertemua-NYA...

Suka hati aku ler.. ni BLOG aku..

Assalamualaikum.. semua.. 

Harini Orlylove nak share kat uols semua pasal rupa paras serupa.. 
AKU ORLYLOVE,, hehe,, 

Korang nak tengok tak muka comot orlylove time kecik..? jap yee.. 

Tara.. hehehe.. 


ni ler.. muka comot Orlylove...

tapi.. clone Orlylove.. ada di bawah


Mazwin anak sulung






MAZWIN , SARA , QALESYA

Muka anak-anak perempuanku.. semua.. mengikut rupa paras ORLYLOVE ketika kecil.. tetapi.. dah besar.. berubah mengikut.. 
acuan "Boleh CAMPUR-CAMPUR..boleh CAMPUR-CAMPUR.. hehhee.. "

jom tengok koleksi gambar kenangan dulu-dulu,.

Mazwin 1 tahun

Maisara 1 tahun

Qalesya 1 tahun

Orlylove's Jr. 


Rindunya.. masa mereka kecik-kecik.. nanti orlylove update gambar terbaru gegirls semua ok..