Thursday 8 May 2014

PERANGI HATI dan NAFSU lebih DAHSYAT dari PERANG SEBENAR ...

Assalamualaikum.. kengkawan semua..Orlylove harini sihat dan gembira .. adakah anda pun rasa gembira?.. harap-harap sama ler yerk.. 

Today Orlylove nak share pasal Aku tersentap bila ada seorang rakan aku..berkata " Akak, Perang yang paling dahsyat selepas Perang BADAR adalah .. PERANGI HATI.. nafsu kita ni.. " 

Dengan keadaan terdesak sekarang ini.. banyak peperangan dah terjadi di depan mata.. tetapi.. banyak yang GAGAL.. betul tak.. kata orlylove.. ?

Contohnya.. negara Malaysia.. ni aman damai .. tapi.. banyak pihak sedang BERPERANG antara satu sama lain .. KAUM apa yang hebat.. Agama mana yang KUAT.. DUIT mana yang Kukuh.. dan Pemimpin mana yang TERSOHOR dan TERPENGARUH di kalangan orang-orang yang KUAT di dunia ini..

Begitu juga aku sebagai seorang manusia yang alpa.. aku teringin gak nak itu dan ini.. macam mana orang lain ada .. aku teringin gak nak memiliki.. tapi.. Alhamdullilah.. aku masih boleh mengawal nafsu aku.. dan berperang dengan hati aku daripada.. perasaan berlumba-lumba pasal harta benda.. kalau orang lebih... itu rezeki dia.. sebab dia usaha lebih.. kalau aku nak lebih.. aku kenalah usaha macam mereka juga.,.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Islam pada mulanya asing dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya kita yang terasing.”
DEFINISI JIHAD
Perkataa “Jihad” itu sendiri berasal dari bahasa Arab, yang bererti “usaha keras” atau “sungguh sungguh”.  Umum lebih lazim meletakkan JIHAD sebagai perang dan memerangi dengan berlakunya pertumpahan darah.
Walaupun dalam literatur Islam, jihad membawa pengertian yang berbagai rupa, namun intinya, jihad yang dituntut adalah satu usaha keras yang dilakukan setiap individu dalam mencapai hasil usaha yang dianjurkan sesuai dengan perintah Allah dan Rasul. Ia dipanggil JIHAD FI SABILILLAH (Jihad pada jalan Allah).
Antaranya adalah usaha bersungguh-sungguh untuk,
  1. Menuntut ilmu (jihad ilmu),
  2. Mengawal dan memerangi nafsu yang negatif (jihad nafsu),
  3. Mempertahankan diri dari serangan musuh dalam peperangan (jihad perang),
  4. Mengembangkan ilmu dan mengajak manusia kepada Allah (jihad dakwah)
  5. Membangun ekonomi diri & keluarga (jihad ekonomi)
  6. Dan berbagai-bagai lagi.
Pengertian jihad secara khusus banyak dijelaskan dalam banyak hadis Nabi Saw. Baginda, pernah menjelaskan jihad secara khusus kepada sahabatnya setelah pulang dari perang Badar. Di dalam sejarah Islam, perang Badar dikategorikan sebagai perang yang begitu sengit antara umat Islam dan kelompok kuffar Mekah saat itu. Namun dalam hadisnya, Rasulullah SAW bersabda,
“Kita baru saja kembali dari AL-JIHÂD AL-ASGHAR (jihad kecil) menuju AL-JIHÂD AL-AKBAR (jihad yang lebih besar)”. Ketika ditanya sahabat, “Apa itu jihad yang lebih besar, ya Rasulullah?” Nabi Saw. menjawab, “Yaitu jihad MELAWAN NAFSU yang ada dalam diri kita sendiri.”

Masih ada Islam yang terlampau kaya tetapi kekayaan itu berdiri di atas mayat-mayat saudaranya yang tidak diendahkan. Pesawat Peribadi Superjumbo Airbus A380 dengan kemasan EMAS dengan semua barisan pilot wanita. Semua pekerja di istana juga wanita-wanita dengan potongan supermodel. Adakah sudah berlaku jihad nafsu bagi individu ini? Tidak lupa…ada ramai individu seumpama ini. Mereka kaya tetapi tidak langsung menjadikan Islam lebih kaya.


Contoh senang ler.. kalau nak faham.. 

  • Adakah kita berperang setiap hati dengan hati kita.. bahawa kita mencari rezeki ini untuk menyara hidup?..atau berlebih-lebihan sehingga kita lupa tentang orang yang susah..?orang yang lebih memerlukan.. ?


Saya pernah bertanyakan soalan senang kepada anak saya yang usia baru 6 tahun.. "Kakak, kalau kakak kaya.. apa kakak nak buat dengan duit kakak yang banyak..? jawapan dia senang ajer.. " Kalau kakak kaya.. kakak nak tolong orang susah.. mama".. tapi.. mama.. kenapa.. sipulan.. sipulan dia.. kaya.. tapi.. tak kasi kita DUIT.. ?.. kedekut betulll.. !!.. hehe.. relek-relek.. anakku sayang...tak semua orang KAYA kedekut.. nanti kita dah kaya.. kita tolong semua orang susah.. ok.. lai..lai..lai..saper mau duit.. mari sini.. hehhee.. 


  • Ada atau tidak kita berperang dengan HATI kita yang kita nak buat baik atau jahatt sikitt jer.. hehe.. kalau nak pegi solat.. time ada rancangan kegemaran.. kat TV.. mau.. sampai iklan.. baru nak bangun..gi solat.. lepas tu.. time solat.. dah azan waktu seterusnya.. pernah terjadi tak?... apalah salahnya.. kita tinggalkan sekejap perkara yang lelalaikan.. dan dahulukan apa yang Allah suruh.. ?.. ni..Ingatkan kat diriku yang alpa ini.. :(
  • Perang dengan MASA/WAKTU.. terkejar-kejar pergi kerja.. sampai.. terpaksa tinggalkan anak kecil dengan pengasuh.. dan terpaksa.. berasak-asak dengan manusia mahupun.. kenderaan yang banyak di jalan raya.. huhu


Kita kena memerdekakan hati kita dari peperangan yang ada.. rajin-rajin lah kita melakukan solat.. puasa.. dan berzikir.. untuk rasa ketenangan dan kemenangan peperangan yang ada salam hati kita.. 

Ada juga.. orang sindir.. "Ala.. dia solat tak tinggal.. tapi.. mulut .. macam puaka".. opss.. sorry.. bukan orlylove.. cakap..ada ler hamba Allah..ni.. 

Sebenarnya.. orang yang cakap tu.. sedang berperang dalam hati nurani dia.. pasal orang yang sedang buat kebaikan dengan bersolat dengan baik.. tetapi.. apalah salahnya.. kalau kita nasihat kawan kita supaya kurangkan kata-kata yang tidak baik.. tentang orang lain atau sebaliknya.. 

" Hati itu Raja . Di hati sentiasa berlaku peperangan. Peperangan antara kebaikan dan kejahatan. Hawa nafsu melawan kebaikan. Jauh di dasar hati sentiasa punya ‘good intention’ tetapi samada perlakuan kita itu baik atau jahat bergantung pula pada peperangan yang akan berlaku di struktur hati paling luar. 
Sentiasa sahaja hati akan diserang bertubi2 oleh hawa nafsu yang hadirnya daripada luar dan kemenangan bergantung kepada siapa yang lebih kuat. Kebaikan atau kejahatan?
Di hati juga akan berlaku konflik antara kebaikan dan kejahatan. Bala tentera kebaikan dipandu oleh akal waras dan sebab musabab manakala bala tentera kejahatan dipandu oleh hawa dan nafsu. 

Siapakah bala tentera ini? Untuk kebaikan bala tenteranya terdiri daripada sifat mahmudah iaitu sabar, amanah, setia, hormat, dan sebagainya manakala bala tentera kejahatan adalah sifat mazmumah seperti bakhil, khianat, baran dan sebagainya. Di balik tabir kebaikan adalah hidayah yang dikurniakan oleh Allah dan di balik tabir kejahatan adalah syaitan."
kreadit kepada http://nixnadizy.blogspot.com/
Wasalam.. 

No comments: