Wednesday, 13 November 2013

ORLYLOVE SETUJU kalau Subjek Sains, Matematik dalam BI...TETAPI..

Demi Negara, Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad yang aku kasihi masih memberi nasihat yang berguna kepada semua rakyat MALAYSIA. 

Bab subjek Sains dan Matematik di jadikan perjudian dan permainan oleh Menteri kita ni aku memang Hangin sikit.. Bila tukar pemerintah.. sure..  yang jadi sasaran adalah PENDIDIKAN RAKYAT.. 

Bagi aku senang jer.. kalau semua menteri pendidikan nampak ler.. kenapa time mak ngan bapak kita dulu-dulu boleh mempelajari bahasa Inggeris dengan baik, sebab ada penjajah yang berbahasa Inggeris ker? Betul gak kata TUN, 98% buku rujukan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan kalau di tukar dalam bahasa Melayu sure.. susah kita nak paham dengan mudah di sebabkan.. Matematik ringkas dan padat dengan nombor.. kalau guna bahasa ringkas seperti bahasa inggeris senang ler.. anak-anak kita nanti.. tapi.. AKU ORLYLOVE ADA TAPI.. Okssss.. 



DENGAN SYARAT, jangan ler.. kasi terkejut.. tukar silibes ikut sesuka hati.. agak-agak..menteri nak tukar time budak tu.. UPSR..TUKAR.. AGAK-AGAK NAK TRY TUKAR TIME SPM UOLSSSSS.. TUKAR.. walhal.. dari kecik selama 6 TAHUN mereka belajar di TADIKA KEMAS atau PERPADUAN sehinggalahh tahun 6 di sekolah Kebangsaan, mereka belajar dalam bahasa MELAYU.. tak kelam kebut ker untuk anak-anak yang memang tidak boleh berbahasa Inggeris? 

OKssss.. Mungkin ada yang salahkan mak ngan apak ler.. sebab anak tak tahu bahasa Inggeris.. ? mungkin ler.. sebab kalau mak ngan apak di rumah tak cakap bahasa inggeris dengan anak dari kecik.. anak akan takut nak berbahasa Inggeris time besar nanti.. ada betul nyer ler.. tapi.. ada gak .. mak ngan apak tak tahu bahasa Inggeris tapi anak TERROR speaking English.. udah macam sleng omputih .. tapi.. kat maner kebenaran nyer..? mungkin anak memang suka bahasa Inggeris kot.. 

Orlylove dah rasa semua ni.. sebagai Omak yang agak takut gak nak berbahasa Inggeris time kecik-kecik dulu.. sekarang uols cuba ler..hehe.. kasi skiping.. sekali sekala.. oksss jerkk.. hehe.. Tapi.. bila aku menghantar anak aku dari kecik TADIKA ALIRAN BAHASA INGGERIS.. anak aku boleh melakukan sains dan matematik dalam BAHASA INGGERIS.. kenapa yek..? Bila aku cakap ngan anak.. 1 TAMBAH 1 berapa? dia akan cakap.. " ala.. senang jerk.. ONE PLUS ONE IS TWO..mama".. 

Benda ni Simple ajer.. Anak kecil amat senang absorb bahasa percakapan.. kalau korang cakap tamil dengan anak kecil pun.. akhirnya.. dia faham dan boleh berbahasa TAMIL.. kalau yang dah keras (TUA) ni.. susah sikit nak faham.. kecuali korang dapat CIKGU BAHASA yang korang sayang dan menyeronokkan.. 

Aku Orlylove sarankan pihak kerajaan ambik tindakkan untuk tingkatkan pembelajaran bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains ni.. dari anak-anak kecil yang sekolah di TADIKA KEMAS dan PERPADUAN lagi.. itu untuk sekolah kerajaan ler.. tapi.. kebanyakkan tadika swasta memang dah amalkan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. 

Apa yang aku Orlylove tengok.. kenapa masih ramai pelajar-pelajar anak MELAYU yang susah nak memahami bahasa INGGERIS yang sepatutnya.. seronok di pelajari.. 

  • GURU BAHASA INGGERIS yang tak seronok.. garang dan bengis.. (Dulu aku kecik-kecik dapat guru bahasa inggeris yang bosan dan garang.. aku tak suka subjek tu.. takut bila cikgu suruh baca kuat-kuat.. hehe.. tapiii.. itu duloooooooooooooooooooo huhu)
  • Sukatan pembelajaran yang agak tinggi untuk pelajar faham apabila teacher bahasa inggeris syiokk sendiri.. cakap laju2.. lepas tu.. ayat yang budak dengar.. "Are you understand or not? " hehe.. for sure.. budak yang takut nak bahasa inggeris..jawab.. " YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS" sekuat2 hati.. supaya kelas cepat habis.. hehe.. 
  • Cuba kasi cikgu-cikgu bahasa Inggeris di sekolah-sekolah CUN-CUN.. dan cakap dengan penuh gembira.. macam dalam kelas "OH  MY ENGLISH ni.. " tak ler.. anak-anak yang tinggal di kampung-kampung tak rasa takut.. ni.. cikgu bahasa inggeris mekera udah macam singa.. heheh.. sorry cikgu yer.. saya cakap berdasarkan pengalaman.


Bayangkan ketika aku ambil kursus SAINS KOMPUTER dulu.. aku terpakse translate balik apa yang ada dalam buku sains komputer dari Bahasa Inggeris ker Bahasa Malayu.. susah tuu.. walhal.. apa yang aku atau kita semua guna sekarang adalah term-term bahasa Inggeris.. kan nyusahkan budak macam aku ni.. jerk.. ehhe.. nasib baik lulus.. hehe.. 

Cer korang tengok.. bahasa inggeris yang mudah di fahami kalau di tukarkan dalam bahasa melayu jadi SUSAHHHHHHHH.. sangat..bukan aku nak menghina bahasa ibunda aku.. tapi.. real life.. korang ada ker guna perkataan tetikus dan papan kekunci ni..? hehe.. korang yang tak tahu apa itu tetikus.. adalah alat yang ada kat tangan korang tu ha.. MOUSE.. dan KEYBOARD yang korang tekan tu.. adalah papan kekunci.. 

Macam tu gak term untuk matematik dan sains.. 

Siapa yang marah dengan aku pasal pendapat ORLYLOVE ni.. jangan ler.. melenting.. ini hanya pendapat peribadi aku sahaja.. wokeyssss.. 




Sumber dari Chedet http://chedet.cc/?p=635 ; http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/daftar_istilah/PerkataandanDaftarIstilahMatematikBM-BI.pdf


REWARD Orlylove terhadap DIRI tercinta.. NEW YORK SKIN SOLUTIONS

http://newyorkmy.com/e-INDEX.html
Reward AKU ORLYLOVE kali ni.. FREE.. hehe.. aku 

Aku tetiba gatal tangan nak daftar FREE facial untuk aku cuba di laman New York Skin Solutions.. Aku ni bab rawatan wajah memang suka tapi.. tengok gak.. sebab aku tak de masalah sangat dengan rupa parasku.. Aku bersyukur dengan apa yang ada ada.. cuma.. biler dah orang kasi PERCUMA kan..kan.. aku nak ler.. hehe.. 

Biasa tengok dalam tv jek.. yang Cik Gayah muka dari BURUK jadi macam princess..hehe.. sorry yek.. bukan nak cakap ler.. kalau dah facial.. bagai.. dan MAKEUP.. Sure.. Tunggul Kayu yang keras tu pun jadi macam Bidadari.. ehhe.. Aper yang aku merepek ni.. opss... aku sebenarnya.. nak share ngan koranggss.. semua yang aku mulakan hari Reward aku ni.. dengan seronok sangat. 

Aku bangun siapkan diri untuk ke FREE facial dengan penuh ketabahan yang kuat dan keazaman yang cekal sebab untuk REWARD diri di hari-hari anak-anak perlukan aku ..aku memang susah sikit nak lepaskan diri .. hehe.. Aku pastikan semua sarapan dan susu anak2 aku siap dengan rapi di atas meja makan, aku pastikan baju yang diorang nak pakai ketika bangun dari tidur nanti senang nak di capai.. Aku pastikan aku cekal untuk MENOLAK perlawaan sale women dalam New York Skin Solutions nanti dengan berhemah.. sebab aku nak REWARD aku ni.. FREE.. korang semua faham tak FREE.. Maksudnya.. aku tidak perlu tambah apa-apa duit untuk FACIAL AKU hari ini.. 

Aku mulakan dengan melangkah masuk dalam bilik perbincangan New York Skin yang di temani dengan wanita cantik bernama "JOYCE YIK" di cawangan KL Festival Shopping MALL.. dialah yang akan menSERVICE muka aku nanti.. hehe.. dengan kata-kata dia yang sopan dan dengan harapan aku membeli barangan mereka.. aku menolak dengan baik.. hehe.. tapi yang aku kagum.. tentang service dari JOYCE ni.. dia layan aku dengan baik.. walaupun aku cakap.. I nak TRY YANG FREE.. siap aku dapat bawak balik buah tangan lagi dari NYSS.. hehe.. 

Selalunya.. kalau uolss nak tahu.. aku ada gak cuba beli kupon-kupon facial di internet.. dengan harga diskaun.. murah bagai.. RM38++ sahaja.. tapi.. kalau korang pegi sana..kena pakse ambil package diorang ler.. kena pujuk sampai naik takut.. lepas tu.. apa yang di janji kan sure korang tak dapat tepat nyer.. sure kena tolak sana sini.. sebab korang TEGAR tak nak topup barangan lain.. 

Huhuhu.. TAPI.. di NEW YORK SKIN SOLUTION cawangan KL Festival ni.. aku senyum selepas keluar dari kedai.. penuh dengan cahaya kepuasan aku dapat Service FREE dari PAKAR facial mereke.. 

Aku bukan nak bangga pasal aku suka benda FREE.. kisah yang aku nak share hari ini adalah...Service Professional yang ada di New York Skin Solutions memang TERBAIK.. tidak rasa aku BENCI MEREKA selepas mereka memberikan service percuma yang tip top.. INN SYAA ALLAH .. aku akan pergi lagi ketika dompetku sudah ada yang terlebih untuk buat rawatan kecantikkan yang WORLD CLASS.. orang cakap.. 

TAHNIAH kepada New York Skin Solutions Cawangan KL Festival, Setapak.. yang mempunyai seorang pakar kecantikkan yang bernama :"JOYCE YIK".. 

Tuesday, 12 November 2013

ALAT SKODENG UNTUK 18SX KE ATAS SAHAJA.

Ha..ha..ha.. kalau bab skodeng mengskodeng ni.. sure ramai suker.. kalau dulu pantang nampak member sakit mata, mata ketumbet..sure orang akan cakap.. Haaaa.. Skodeng saper semalam.. 

Kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti skodeng (Meneropong tanpa kebenaran).. ni.. ORLYLOVE nak kenalkan satu alatan gadget yang ORLYLOVE bercadang nak memilikinya.. 

Satu ketika dahulu, kita di kejutkan dengan sebuah video tersebar luar tentang seorang bapa kanak-kanak telah meletakkan sebuah kemera kecil berbentuk PEN untuk "mengskodeng" aktiviti pengasuh taska anaknya yang dicurigai oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.

PRODUK PILIHAN ORLYLOVE hari ini adalah..Taaaarrrraaa.. Harga di MURAH ajer.. 
RM25 

Worldtopseller

Features:
  • With built-in rechargeable battery so there's no long cord for you to hide.
  • Playback video on your PC .
  • Suitable for any computer and electron device with USB port .
  • USB2.0 standard port, need no drive or circumscribed electric power source neither .
  • Video compression: AVI video Format 720 x 480
  • Photo : Format: JPG 1280x960
  • Memory Capacity: NO
  • Support extend TF card up to 16GB.
  • Adapter Type: USB adaptor charging cable.
  • Built-in Mic
  • Record time: about 0.6 hour

Aku Orlylove tak jual barang ni.. tak dapat sponsor pun.. tapi.. just nak share link ni untuk uolsss..semua pegi tengok sendiri barangan ni.. dan beli di sana.. 

Kepada En. Menjual.. kalau dah laku barangan anda, jangan lupa Orlylove wokiesss.. nak satttuu jer.. FREE leh? ahakkk.. (gelak macam cantek.. jerk.. macam lawa jerk.. hehe)

Aku rasa benda ni sesuai dengan keadaan semasa kerana ramai ibu yang bekerja dan memberi hak penjagaan anak di bawah tanggungjawab pengasuh taska mahupun pengasuh di rumah-rumah kediaman. Seperti yang di lakukan oleh bapa kanak-kanak yang di dera di sebuah taska di ibu kota baru-baru ini. 

" AHAaaa.. kepada ibu yang mula mencurigai perangai suami yang rasa macam cantek.. ajer.. macam comel ajer.. hehe.. sebab malam balik dari kerja lewat.. pagi keluar kerja awal.. bila dapat call dah mula lari jauh-jauh untuk menerima panggilan.. Bila online berwassap ker.. aper jenis media sosial yang mereka join.. mereka akan tersenyum sorang-sorang depan PC atau Handphone mereka.. bolehlah dapatkan kamera pen ni.. letak dalam poket mereka.. hee.. jangan kasi tau ni kamera.. sama-samalah kita berhati-hati ketika menjadi ....  

" CIK JOYAH SPY "

Aku ORLYLOVE menasihati semua pembaca setia ORLYLOVE, jikalau sesuatu yang buruk terjadi di dalam hidup kita setelah kita berjaya menjadi SPY terhebat dunia.. janganlah kita buka aib orang untuk keseronokan kita semata-mata.. jadilah umat yang bertanggungjawab demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA. 

Kalau boleh kita maafkan, kita cuba maafkan..tetapi..kalau pendedahan sesuatu video untuk buktikan kebenaran, perlu kita sebarkan.. supaya orang yang durjana dapat hukuman di dunia ini demi pengajaran untuk semua. 

Baca kisah keratan dari METRO HARIAN di sini. 

22 Gambar 'Joemar', rakan suspek tembak Pegawai Bank. Kini jadi buruan Polis | Tengok TV Online

22 Gambar 'Joemar', rakan suspek tembak Pegawai Bank. Kini jadi buruan Polis | Tengok TV Online

Sunday, 10 November 2013

TONSIL oh TONSIL.. Besaunyer.. ko..

Ada ker DOKTOR cakap tonsil besar ni..KETURUNAN..

Lawak nyer doktor.. hehe.. aku ingat penyakit darah tinggi jer yang orang cakap penyakit keturunan..

Kisahnya apabila aku membawa 2 orang anak aku Sara dan Rayyan pergi ke sebuah klinik Kerajaan, aku menunggu dengan sabar walaupun ramai dan sesak dengan pesakit pada hari itu.. 

Murah tu..RM1 jer,, di sebabkan anak aku Rayyan masih baby, aku hanya dikenakan bayaran RM2 untuk 2 orang...AKU ORLYLOVE SAYANG KERAJAAN.. Aku pun tak sihat sangat..badan sengal-sengal tak bermaya sebab menjaga 2 orang anak sakit sekali gus..  

Ketika doktor memeriksa Baby Rayyan, dia masukkan spatula untuk tengok tekak anak aku, erm..doktor cakap.. "bengkak tonsil dia.. besar..patut ler,..dia tak nak minum susu sangat.. "

Doktor buat pemeriksaan keatas anak aku si SARA pula, "Erm, bengkak ..besarnya.. TONSIL dia.. "

Now, my turn doctor,  aku nganga luas-luas setelah di suruh menganga.. AAAAAAAAAAAAAAA.. udah macam test suara nak masuk pertandingan nyanyi..lak..lepas doktor suluh dengan hand torchlight dia..agak..agak korang ler.. aper dia kata...cer korang teka.. hihihi..kalau betul ORLYLOVE akan belanja korang.. makan angin FREE.. hehe.. korang nganga mulut dan cakap..AAAAAAAAAAAAAAAAAa.. FREE jerk angin masuk... hehe.. 

DOKTOR CAKAP..:HAAAA.. BESAR GAK TONSIL AWAK,
MEMANG KETURUNAN KER? 

wakakkakaka.. aku gelak.. dan dia pun tergelak manja. sebabkan muka separuh di tutup dengan mask..gelak ler, doktor.. kalu aku tau muka mu..sure ko malu nak gelakkan aku..kan..kan.. hehe.. lawak.. sebab doktor buat lawak..aku ngan anak2..yang mempunyai TONSIL besar..ketika kami semua demam dan kurang sihat.. aku terpikir lak.. adakah tonsil besar ni mempunyai masalah besar?

Ada sesetengah doktor yang aku pergi akan cakap.. Erm. kalau awak selalu sakit tekak dan demam, sebab tonsil awak besar dan bengkak, awak kena buang tonsil ni.. kena buat Operation.. 

Aik, kenapa Allah jadikan TONSIL ni.. kalau tak ada fungsi.. MOH KITA KAJI

APA ITU TONSIL 

Tonsil merupakan kumpulan rangkaian limfoid seperti tisu yang terletak pada kerongkongan di belakang kedua-dua hujung lipatan belakang mulut.

Tonsil, adalah sebahagian daripada sistem kelenjar yang berada pada sisi kiri dan kanan bagian belakang rongga mulut. Tonsil adalah sebahagian daripada sistem kekebalan yang menjaga tubuh manusia dari jangkitan, khususnya jangkitan saluran nafas atas dan kerongkong.

Tonsil (tonsil palatine) adalah sepasang tisu lembut yang terletak di bahagian belakang tekak (pharynx). Setiap tonsil terdiri daripada tisu yang sama dengan kelenjar limfa, dilindungi oleh merah jambu mukosa (seperti pada lapisan mulut bersebelahan). Berjalan melalui mukosa setiap tonsil adalah lubang, yang dipanggil crypts.

Tonsil adalah sebahagian daripada sistem limfa, yang membantu untuk melawan jangkitan. Walau bagaimanapun, pembuangan tonsil tidak kelihatan untuk meningkatkan kecenderungan jangkitan. Tonsil berbeza dari segi saiz dan membengkak sebagai tindak balas kepada jangkitan.

FUNGSI TONSIL 

Fungsinya membantu pertahanan tubuh bagi anak-anak di bawah usia 6 tahun melawan penyakit. Mulai anak usia 6 tahun ke atas fungsi tonsils akan digantikan oleh pertahanan tubuh yang lain.Tonsil berfungsi mencegah agar jangkitan tidak merebak ke seluruh tubuh dengan cara menahan kuman memasuki tubuh melalui mulut , hidung, dan kerongkong. Amandel merupakan sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh, yang direka untuk melindungi kita dengan memerangkap bakteria atau virus yang berusaha masuk ke tubuh kita melalui mulut.

Dengan bertambahnya usia seharusnya tonsil tersebut akan mengecil dengan sendirinya, kecuali apabila sering terjadi jangkitan / keradangan seperti batuk selesema dan adanya faktor alergi pada badan , tonsil akan bertambah besar.

SO, kalau kita buang tonsil ni.. apa jadi dengan sistem pertahanan badan kita??

CARA ORLYLOVE ATASI TONSIL BENGKAK

MAKAN AISKRIM BERSAMA ANAK-ANAK hehe.. dah penyakit nak datang tetap datang.. kalau lepak makan AISKRIM..akan dapat menyejukkan tekak yang sakit dan kecilkan tonsils.. DAN.. dapat menyalurkan rasa kasih sayang Orlylove kepada anak-anak kecil kesayanganku..
Ini ler aiskrim kegemaran ORLYLOVE..



Walls 

Saturday, 9 November 2013

ANGIN OH ANGIN..

Kalau sebut pasal ANGIN.. banyak makanan yang kita makan akan penyebab angin dalam badan.. betul tak aku cakap? orang melayu kita banyak kaitkan "ANGIN".. dalam makanan.. aper ker betul .. angin ada dalam makanan..? mana datang nyer..? korang sure ker .. cakap aku ni agak-agak kurang cerdik.. hehe.. Angin mana boleh nampak.. tapi.. lepas korang makan makanan pedas.. sure perut korang rasa mengeras.. " Dia dah mai dah .. dia dah mai.. " hehe..

Perut masuk "ANGIN".. orang cerdik pandai guna perkataan GASTRIK.. angin tu GAS ker?..lain tul.. jisim nyer.. hehe..

Meh kita BONGKAR sama-sama.. 

Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.

Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan. Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum. Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu. 

Kalu dulu.. time aku perut berangin.. mak aku akan kasi aku minum susu.. cakap dia.. " kasi lapik perut.,.,nanti masuk angin lagi.." hehe..

Bukan salah mak aku, kasi salah pemahaman tentang angin..,tetapi.. mereka pun belajar dari pengalaman hidup mereka.. huhu..apa yang opah aku ajar mak aku.. aku akan dapat benda yang sama.., hihihi..  

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya ini juga salah satu caranya. hehe.. Jangan kasi angin masuk...kot lubang-lubang gigi uolss..


Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.







Elakkan perut daripada kekejangan dan kesakitan

Apabila anda mengambil makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk, esofagos iaitu saluran makanan untuk makan daripada mulut ke perut akan bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan cepat.Ini akan menyebabkan asid hidroklorik yang cuba bertahan dengan kejutan yang tidak dikehendaki akan dikeluarkan.Apabila asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut ini menyebabkan sakit perut.

Terdapat cara-cara bagi mengelakkan keadaan ini dari berlaku iaitu :-

1)       Jangan merokok
- Apabila anda merokok ini akan meningkatkan aliran air liur di dalam mulut dan anda akan kerap menelan air liur dan ini mengakibatkan penelanan udara yang berlebihan kedalam badan.

2)       Minumlah air perlahan-lahan
-Biasakan diri meminum air secara perlahan-lahan dan jangan dalam keadaan tergesa-gesa.Jangan minum semasa atau penghujung masa makan kerana ini akan meyebabkan udara dan gas cuba melepaskan diri dan akan menyebabkan kesakitan.Kalu boleh minumlah secara perlahan dan minumlah tanpa mengunakan straw ini bagi mengelakkan udara banyak masuk ke dalam badan.

3)       Makanlah dengan selesa
-makanlah sewaktu anda tenang dan perlu dan elakkan makan sewaktu anda sedang stress dan tertekan emosi dan fizikal.Ini akan meyebabkan organ pencernaan akan mengetat dan makan yang dimakan tadi tidak dapat dikawal dengan baik ini meyebabkan perut akan tegang dan kejang

4)       Jangan selalu mengeluh
-Bila anda mengeluh secara kerap anda akan mengalami’aerophagia’(terlebih telan udara) dan akan sebabkan sistem pencernaan penuh dan bertindak dengan kesakitan.Biarkan penelanan air liur atau air kepada tahap minimum dan latihlah diri anda agar tidak bernafas melalui mulut.

5)     Jangan minum air berkarbonat
Elakkan makanan yang sudah terdedah kepada udara seperti mentega yang sudah dipukul, kek atau roti yang berongga seperti kek cheese dan elakkan minum susu yang telah dikocokkan dengan minuman panas seperti teh susu kerana apabila hendak minum anda akan kerap meniupkan air tadi untuk sejuk ini akan menyebabkan udara masuk ke dalam badan dengan mudah.

6)        Tetapkan udara
-Atasilah masalah sembelit anda dengan makan makanan yang mudah lawas. Apabila mempunyai sistem pembuangan yang tetap ini akan membersihkan toksid yang ada dalam badan ini akan membuatkan tubuh anda sihat dan bebas dari kesakitan. Makanlah makanan penawar dan bukan bahan kimia anda akan lega apabila berbuat demikian.

CARA ORLYLOVE : 


  • KURANGKAN HANGIN MASUK SATU BADAN.. (STRESS) hehe.. kalau Uols.. yang suka hangin-hangin,,., ni..lembutkan hati untuk sentiasa bersabar..benda yang kecik-kecik kalau nak HANGIN.. sure satu badan korang semua cepat masuk angin.. dan masalah pening, sakit perut dan sakit hati..akan muncul.. 
  • JANGAN PIKIR PASAL angin.. 
Dulu.,.time aku mengandung ..memang banyak sangat ANGIN dalam badan..asal aku makan buah-buahan, ANGIN,, sayur-sayuran,, angin,,.coklat..angin.. Teh angin.. KOPI angin.. SO,..,aku nak makan aper untuk dapat khasiat untuk anak yang aku kandung ni.. ooii,..,SUSU? erm.. susu punca angin.. hehe.. sorry ler.. yek.. bukan tak suka.. dah fobia.. sebab kalau minum susu confirmed perut tak selesa angin..erm,, 

Doktor cakap " Puan kena makan buah-buahan, sayur-sayuran ketika mengandung ni.. baru baby sihat.. " 

Jawab aku.. " Tapi..apa yang saya makan semua berangin.. buat badan saya masuk angin..

Jawab Doktor.. " Erm.. saya kasi awak ubat ANGIN.. " .. 10 kali datang mengadu..itu ler..ubat yang aku dapat..,haduhh.. loteh makan ubat.. aku paling tak suka masukkan DRUG dalam badan.. hehe.. 




Sorang kawan aku ni.. kasi sound.. " Ko ni.. angin.. angin..angin.. dalam hidup aku tak ada pasal angin.. ni.. aku makan jer.. kalau ko pikir makanan tu angin.. berangin ler.. dia.. "

wah.. wah..wah.. kasi sound pedas nampaknyer.. ko tak rasa lagi angin dalam perut.. senak sakit macam nak TEPUK jerk makcik sorang ni.. hehe...tapi tak baik.. orang tua tu.. hehe.. 

Aku pun sahut cabaran member aku ni.. AKU makan Jagung.. aku makan Labu aku makan tembikai.. aku minum susu.. aku minum kopi.. aku OFF MIND pasal angin.. 

WAH.. menjadi ler.. dengan syarat.. korang kena makan cara Rasullullah.. kunya makanan baik-baik.. lama-lama sampai hancur baru telan, aku minum kopi panas/ ais perlahan-lahan.. petua ORLYLOVE terakhir.. 

Pergi buat pemeriksaan gigi  korang dengan DOKTOR GIGI.. sebab gigi berlubang adalah punca angin masuk dalam badan .. apa yang korang makan sure berangin.. macam aku dulu.. kalau gigi cantik.. tak ada laluan lubang angin.. korang pun akan terlepas dari seksaan angin.. macam aku sekarang ni.. dah pandai buang angin sendiri.. hehehe.. rahsianya.. kena jumpa ORLYLOVE.. untuk rawatan seterusnya.. hehe.. AKU ORLYLOVE bukan DOKTOR tapi.. In Syaa Allah.. 

Thursday, 7 November 2013

RELEK dengan SECAWAN KOPI..

Assalamualaikum.. kepada semua pembaca.. harini aku masih kurang semangat nak menulis .. mungkin di sebabkan entry aku pasal TASKA durjana yang membuatkan aku blur kejap.. Kepada orang yang bertanggunjawab.. famouskan Orlylove aku ucapkan terima kasih.. lain kali jangan buat yekk..eppp...tak mau..tak mau..hehhe.. AKU ORLYLOVE.. tak nak glamor cara begini.. hehe.. aku nak jadi glamor biler.. aku dah ada Legacy aku .. OrlylovePEOPLE di tubuhkan untuk bantu orang2 susah...time tu.. korang yang susah.. datang jek jumpa aku.. mintak ler.. aaapa yang aku boleh bantu. tak payah guna borang dan aku kena siasat macam Baitumal atau pusat Zakat buat.. aku kasi jer.. janji datang minta aku kasi.. tak kira bangsa dan agama.. insyaallah.. kalau aku lupa janji aku.. korang yang pernah baca.. tulissan aku ni.. tampor ler.. aku kalau aku ALPA dan LUPA.. ingatkan aku..   ku nak releks-releks harini layan secangkir kopi.. hehe.. 

Kepada pengusaha Taska yang dah 3 hari aku lalu masih tutup tu.. aku inginkan minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki di sebabkan entry aku, korang tak buka2..atau...mata aku dikaburkan demi menjaga maruah aku..  sebab kalau korang bukak aku nak jumpa KAK ITA, nak tamporr laju-laju sebab dulu ko layan anak aku macam hareemm..hihi.. aku nak tampoorr pun.. bukan kerana aku yang nak .. sebab member-member aku KIRIM.. kasi sepak laju-laju kata mereka.. hehhe.. bukan nak SEPAK guna kaki yek.. NAK SEPAK.. guna tangan.. hehe.. ni ler.. kalau dah bahasa melayu.. perkataan yang sama.,. bunyi nyer lain..hehehe..bahasa PERAK cakap.. TAMPoorrr.. walaupun perkara ini nampak macam kurang sopan.. tapi.. aku akan pakai baju Puteri Perak sebab nampak macam Sri Kandi Emas yang sopan santun hendak menuntut bela demi kebenaran.. 

Cittt.. korang layan jer ler.. blur AKAQqq.. sekarang ni.. Aku nak layan kopi tapi.. jap.. aku check.. ada lagi tak kopi Aik Cheong.. dalam simpanan aku ..AAAHa.. ada.. kita buat kopi dulu.. Gluuubb.. glubbb.. Ssssslurrrrrrrrrrp.. seteguk dua.. wokey.. dah ada tenaga.. 
Terima Kasih AIK CHEONG.. .. aku buat link ni.. kepada sesiapa tak kenal kopi Aik Cheong.. Dia bukan pakcik aku atau Jiran aku.. cuma .. Aku di kenalkan oleh kawan aku .. KAK Piah..pasal kopi ni .. sedap.. dan pekat.. 

Aku Orlylove, percaya.. ramai yang cakap.. minum kopi akan buat perut berangin.. atau sakit.. atau . masuk angin.. tapi... kenapa orang dulu-dulu minum kopi? sebab sedap ker? sebab berkhasiat ker? Asal diorang nak makan nasi..si isteri akan sediakan secangkir.. kopi untuk di minum.. kalau aku tak salah ler.. sebab menonton cerita P.Ramlee begitu ler.. kisah nyer.. hehe.. 

Aku nak cerita pasal adalah seorang hamba Allah ni.. dulunyer.. cakap pasal kopi.. nahhhh.. panjang berjeler.. alasan.. sakit perut ler.. aper ler.. aku ni.. layan kopi.. so..aku pujuk..punya pujuk.. keluarkan fakta kopi.. Nabi kita pun suka Kopi..jangan try minum kopi yang campuran.. minum kopi pure...maksudnyer.. macam starbuck ker.. Dome ker.. ala.. apa lagi ler..kopi orang-orang kaya tu.. Naaahhh.. sekarang perutnya.. dah tak sakit .. dah.. sebab .. ALAH BISA TEGAH BIASA.. betul tak?.. kalau kita tak cuba .. dan biasakan.. kita akan alah.. so.. prinsip aku.. kalau ko cakap..SOYA tu bagus.. ada orang cakap.. soya tu angin.. kopi tu angin.. Teh tu angin.. so.. apa saja yang kita makan..semua hhhhangin.. tapi... ini kebiasaan orang-orang kita pakai.. ANGIN.. dalam makanan.. kasi aku hanginnn satu badan.. tapi.. kalau carik kajian tentang angin.. dalam badan.. banyak punca.. nanti aku kasi ENTRY pasal ANGIN.. hehee... 

Kisah seorang hamba Allah tadi.. sekarang dia dalam fasa bercinta dengan KOPI lak.. asal ada masa terluang..pegi beli KOPI.. macam dah angau.. hehe.. itu ler.. dulu cakap pasal kopi.. tak nak dengar.. sekarang dah SAYANG KOPI.. baru tau.. semua jenama kopi di MALAYSIA.. atau .. terkenal dunia..lu tau.. Errmmm.. korang semua sure nak tanya.."Orlylove, orlylove... sapa orang yang kamu cakap ni..?" .. Orlylove akan menjawab.. " Errrmm.. Biarlah Rahsia.."hehhe.. 
Petanda baik untuk penggemar KOPI.. Insyaallah.. 

MALAYSIA akan di gegarkan dengan kemunculan KOPI terhebat..bernama "RIVER NORTH COFFEE".. Acheehh..acheechh.. acheehh... Opss.. AKU ORLYLOVE tidak dapat hak jenama atau hak..Populariti KOPI ni.. so.. sampai di sini sahaja.. 

Selamat Berjuang Sahabatku.. Insyaallah niat murni dengan usaha kentalmu akan menjadikan impianmu jadi kenyataan.. 

UPDATE: KES TASKA PERMATA HARAPAN.. yang tidak lagi ada HARAPAN..  

Monday, 4 November 2013

GEMPAR PENGASUH MENDERA BUDAK DI TASKA PERMATA HARAPAN

Assalamualaikum.. Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar untuk pengetahuan UMUM.. 

Anak-anak aku ada pengalaman buruk dengan TASKA PERMATA HARAPAN ni.. semua salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja.. 

Aku mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar  dari sekolah..

PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK

- ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia.. 
Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok 
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )

- ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA
Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)

- TASKA TANYA - Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO.. 
 TASKA JAWAB - Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. ) 

Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih .. 


PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK

- SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH..  (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )

- Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

- Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. "Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka.. 

- BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag.. 

- ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA.. 

-  SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor ... cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..  

- Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat  tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT.. 

- AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video kat atas.. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer.. 

PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK

- Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP.." AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)

- Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak merekadi sana.. cakap.. " KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi.." - Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. ) 

-  FINAL KEPUTUSAN  DICAPAI.. 
Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. " ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT" 

Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. " ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia 

Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..

Pengalaman mengajar aku dan HUBBY, 
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA.. 

NASIHAT ORLYLOVE

 - JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang..  

- Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check.. 
- Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu .."CIKGU MANA YANG BUAT ADIK.... !! sure.. anak cakap nanti.. 
- Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
- Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan.. 
- Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang...

(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )

TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM
Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA.. 
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang 

MOOD SEBAK... 
SARA, QALESYA, BATRISYIA, MAAFKAN MAMA Sebab salah anggap dengan kalian.. dan tersalah PILIH PUSAT JAGAAN untuk kalian.. MAMA kena bekerja demi keluarga  KITA, Insyaallah.. kalau ada rezeki mama, mama akan berhenti kerja dengan melakukan sesuatu.. perniagaan sambil menjaga kalian semua.. doakan mama,, ok.. IMPIAN mama memang tak nak bekerja.. mama nak besarkan anak-anak mama dengan hasil keringat mama sendiri.. 

BUKA LAH MATA WAHAI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT... JANGANLAH SUSAHKAN PENDAFTARAN TADIKA / TASKA untuk semua PENGASUH DAN PENGUSAHA supaya mereka senang mendaftarkan TASKA DAN TADIKA mereka. Mereka dapat di pantau..oleh JKM BERIKAN MEREKA pendidikan macam mana KAK ROSMAH nak kan anak-anak PERMATA NEGARA cemerlang dan terbilang.. Jangan lah tunggu LAPORAN baru nak buat pemeriksaan..

Friday, 1 November 2013

MAISARA become 4 years old TODAY!!

HARI INI JUMAAT, Penghulu hari untuk hari-hari yang indah. Pada hari ini 1 November 2013 kami sekeluarga akan menyambut HARI ULANGTAHUN Kelahiran Anak kami yang ke 2, iaitu Arissa Maisara atau kami senang panggil SARA..



hehe.. ni gambar MAISARA dan MAZWIN ketika usia 2 dan 4 tahun


Dia seorang anak yang agak pendiam tetapi.. garang dalam diam.. hihihi.. diam-diam berisi ler.. orang tua-tua panggil.. Nampak jer dia pendiam.. tapi sekali dia marah.. Nah.. semua orang kena ketuk dek SARA.. hehe.. tapi.. aku sebagai mak kena pandai main peranan untuk tidak menyebelahi sesiapa kalau anak aku yang lain kena ketuk dek SARA.. Ini sebab Sara anak ke 2.. aku tahu sikap anak ke 2 macam mana.. Orang tak kacau dia.. dia tak akan kacau orang.. hehe.. sekali kena kacau.. teruk ler.. orang tu.... hehe.. 
Aku anak ke 2 aku tahu ler.. 

Happy Birthday SARA.. MAMA akan buat kek untuk SARA.. dan DADDY akan belikan hadiah..tapi.. kat rumah cerita.. hehe.. 

Aku ni memang suka pada nombor.. tapi.. dulu matematik tak ler terror sangat.. cukup-cukup makan jer.. hehe.. time kat U dulu pun.. lepas jer.. sampai ler.. dapat Ijazah aku.. hehe.. aku nak cerita kat u olssss.. pasal NO. 2.. AKU ORLYLOVE anak ke 2.. hehe.. Mak aku anak ke 2, dan anak aku yang SARA ni pun anak ke 2.. aku macam tahu sangat perangai anak ke 2.. kalau aku silap aku minta maaf sebab aku hanya manusia biasa.. ANAK KE 2.. hehe.. 

Aku ada cerita KISAH ANAK KE 2..Sindrom anak kedua

Thursday, 31 October 2013

MENANGIS TAK DAPAT BELI TIKET TENGOK BOLA.. Apasal?

Nak kata lawak pun tak .. nak kata seronok pun tak.. semalam aku layan berita .. TV3.. ada..lah seorang mamat ni.. Bapa orang ler.. dia menangis depan kaca tv ketika di temuramah....
kata-kata dia sampai sekarang terngiang-ngiang dalam kepala otak aku.. hehe.. 

" SAYA RASA SEDIH SEBAB TAK DAPAT BELI TIKET PERLAWANAN BOLA NI .. sebab SAYA DAH JANJI DENGAN ANAK NAK BELI DAN TENGOK PERLAWANAN AKHIR INI..".. kata-kata nya sambil teresak-esak..agak-agak korang.. aku nak gelak ker nak rasa bersedih jugak..? 

Aku ni bukan peminat bola sepak sangat tapi.. kalau dah orang hadap TV tengok bola aku layan jer.. bab nak sokong mana aku sokong pasukan yang dah nak menang.. hehe. sorry ler.. aku tak reti ler.. nak pura2 suka kalau aku tak kenal saper pemain Malaysia mahu pun Luar negara.. hehe.. yang aku tahu nama anak aku RAYYAN sama dengan pemain bola RYAN Giggs..MU.. hihi.. tapi.. aku kenal Mat YO..pasal bini dia yang famous kan dia.. kalau tak.. haram aku nak kenal.. huhu..

Berbalik kisah abang yang nangis depan TV tu kan.. saya kesian kenapa dia nangis..mungkin sedih sangat sebab datang jejauh nak beli tiket perlawanan bola.. tak dapat.. walaupun dah berbaris seawal subuh.. padahal.. tiket di jual start 3 petang.. agak2.. ler.. abang2.. oi.. nak beli tiket.. sampai nangis2.. 



Aku dalam hati berkata.. "KAN BAGUS KALAU KO NANGIS macam ni.. sebab TAK DAPAT TIKET NAK MASUK MASJID.." 

Korang bayangkan kalau lah kita umat ISLAM di MALAYSIA ni.. nak masuk MASJID pun kena ambik tiket awal.. nanti habis.. penuh.. dan akan ada rusuhan sebab tiket masuk MASJID dah habis terjual..Ha.. siap JUAL lagi tu.. semua orang semangat beli.. kan best.. SEJUK TANAH MALAYSIA.. ni.. 

Tuesday, 29 October 2013

CADANGAN GUNA UBAT PELALI untuk MALAYSIA

Pagi ni aku pegi AEON BIG dekat opis aku ni.. dok ushaarr..(siapa yang tak tau apa usharr.. tu maksudnyer..lihat/tengokkk..aku budak KAYELL..macam ni ler..bahase KAYEEL hehe) je abang-abang guard yang bertugas,,dalam hati aku berkata.. " Kenapa MALAYSIA pertaruhkan keselamatan NEGARA kepada orang ASING?.." Mana rakyat MALAYSIA..? Kenapa rakyat MALAYSIA tak nak kerja sebagai Pengawal keselamatan,,? Gaji kecik jer? banyak yang aku pikir lepas banyak kes buruk melibatkan pengawal keselamatan bangsa asing ni.. tapi tak sedar-sedar lagi ker kita sebagai rakyat MALAYSIA?.. aku kalau di tawarkan jadi pengawal keselamatan.. aku nak tak terima.. ermm.. itu ler.. persoalannya.. 

Kepada warga Malaysia yang menjadi pengawal keselamatan di mana-mana sahaja ler.. aku ucapkan TAHNIAH..!! sebab PERJUANGAN KAMU mengawal dan menjaga keselamatan NEGARA sendiri tidak dapat kami anak MALAYSIA Balas.. hanya Allah jer yang dapat membalas keikhlasan you oulss.. bertugas.. 

Kes baru baru ni.. amat terkesan di fikiran aku.. pasal pak guard tembak pegawai bank..

AKU NAK CADANGKAN kepada Kerajaan Malaysia supaya semua pengawal keselamatan yang di benarkan mengunakan senapang atau apa sahaja senjata api yang membahayakan keselamatan orang awam.. HANYA BOLEH GUNA SENAPANG UBAT PELALI SAHAJA.. Baca ni.. PELURU UBAT PELALI.. supaya korang yang kurang ajaQ ni... tak dapat cederakan orang awam.. biarla.. siapa yang tercedera dek kebodohan penembak ni..hanya pengsan sahaja.. lepas polis datang dan penembak tertangkap.. orang yang di tembak masih boleh teruskan hidup.. dan penembak dapat di bawa ke muka pengadilan.. 

Agak-agak.. cadangan AKU Orlylove ni..nampak bodo.. tadi. aku rasa boleh di bawa ke parlimen ni.. hehe.. Nanti aku chat ngan Pak Ajib.. hehe.. 

Banyak jugak kes-kes Pak Polisi tertembak orang awam.. untuk menjaga keselamatan negara tapi.. duluuu..aku pernah dengar rightss.. yang Polis tidak boleh tembak orang awam.. selagi tidak ada tembak menembak berlaku.. tapi.. sekarang.. budak bawak kereta laju dan mencurigakan pun kena tembak.. budak lalu depan rumah.. pun kena tembak dek senjata api polis yang sedang di bersihkan sebab nak kosongkan peluru katanya.. entahler.. Malaysia sudah kurang selamat.. Di harap pihak Polis Diraja Malaysia mencari cara terbaik untuk menangani masalah tembak menembak yang berleluasa sekarang ini. 

Kalau macam tu.. begini lah.. AKU ORLYLOVE.. mencadangkan kepada KERAJAAN MALAYSIA.. supaya .. hanya pegawai tinggi polis sahaja yang dapat guna senjata api peluru betul.. yang lain.. kasi guna Senjata guna UBAT PELALI SAHAJA.... kalau dah tembak pesalah.. paling tidak .. pesalah tu.. masih hidup untuk jalani hukuman di MAHKAMAH.. tidak ler.. mati terkejut.. dan SEMUA anggota polis di salahkan sebab menembak mati orang awam.. tidak kira ler.. diorang tengah rompak ker.. tengok melepak ker.. apa-apa .. abang polis gak di persalahkan.. .. klik sini..



Wallahualam.. sekadar pendapat sahaja..