Wednesday 13 November 2013

ORLYLOVE SETUJU kalau Subjek Sains, Matematik dalam BI...TETAPI..

Demi Negara, Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad yang aku kasihi masih memberi nasihat yang berguna kepada semua rakyat MALAYSIA. 

Bab subjek Sains dan Matematik di jadikan perjudian dan permainan oleh Menteri kita ni aku memang Hangin sikit.. Bila tukar pemerintah.. sure..  yang jadi sasaran adalah PENDIDIKAN RAKYAT.. 

Bagi aku senang jer.. kalau semua menteri pendidikan nampak ler.. kenapa time mak ngan bapak kita dulu-dulu boleh mempelajari bahasa Inggeris dengan baik, sebab ada penjajah yang berbahasa Inggeris ker? Betul gak kata TUN, 98% buku rujukan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan kalau di tukar dalam bahasa Melayu sure.. susah kita nak paham dengan mudah di sebabkan.. Matematik ringkas dan padat dengan nombor.. kalau guna bahasa ringkas seperti bahasa inggeris senang ler.. anak-anak kita nanti.. tapi.. AKU ORLYLOVE ADA TAPI.. Okssss.. 



DENGAN SYARAT, jangan ler.. kasi terkejut.. tukar silibes ikut sesuka hati.. agak-agak..menteri nak tukar time budak tu.. UPSR..TUKAR.. AGAK-AGAK NAK TRY TUKAR TIME SPM UOLSSSSS.. TUKAR.. walhal.. dari kecik selama 6 TAHUN mereka belajar di TADIKA KEMAS atau PERPADUAN sehinggalahh tahun 6 di sekolah Kebangsaan, mereka belajar dalam bahasa MELAYU.. tak kelam kebut ker untuk anak-anak yang memang tidak boleh berbahasa Inggeris? 

OKssss.. Mungkin ada yang salahkan mak ngan apak ler.. sebab anak tak tahu bahasa Inggeris.. ? mungkin ler.. sebab kalau mak ngan apak di rumah tak cakap bahasa inggeris dengan anak dari kecik.. anak akan takut nak berbahasa Inggeris time besar nanti.. ada betul nyer ler.. tapi.. ada gak .. mak ngan apak tak tahu bahasa Inggeris tapi anak TERROR speaking English.. udah macam sleng omputih .. tapi.. kat maner kebenaran nyer..? mungkin anak memang suka bahasa Inggeris kot.. 

Orlylove dah rasa semua ni.. sebagai Omak yang agak takut gak nak berbahasa Inggeris time kecik-kecik dulu.. sekarang uols cuba ler..hehe.. kasi skiping.. sekali sekala.. oksss jerkk.. hehe.. Tapi.. bila aku menghantar anak aku dari kecik TADIKA ALIRAN BAHASA INGGERIS.. anak aku boleh melakukan sains dan matematik dalam BAHASA INGGERIS.. kenapa yek..? Bila aku cakap ngan anak.. 1 TAMBAH 1 berapa? dia akan cakap.. " ala.. senang jerk.. ONE PLUS ONE IS TWO..mama".. 

Benda ni Simple ajer.. Anak kecil amat senang absorb bahasa percakapan.. kalau korang cakap tamil dengan anak kecil pun.. akhirnya.. dia faham dan boleh berbahasa TAMIL.. kalau yang dah keras (TUA) ni.. susah sikit nak faham.. kecuali korang dapat CIKGU BAHASA yang korang sayang dan menyeronokkan.. 

Aku Orlylove sarankan pihak kerajaan ambik tindakkan untuk tingkatkan pembelajaran bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains ni.. dari anak-anak kecil yang sekolah di TADIKA KEMAS dan PERPADUAN lagi.. itu untuk sekolah kerajaan ler.. tapi.. kebanyakkan tadika swasta memang dah amalkan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. 

Apa yang aku Orlylove tengok.. kenapa masih ramai pelajar-pelajar anak MELAYU yang susah nak memahami bahasa INGGERIS yang sepatutnya.. seronok di pelajari.. 

  • GURU BAHASA INGGERIS yang tak seronok.. garang dan bengis.. (Dulu aku kecik-kecik dapat guru bahasa inggeris yang bosan dan garang.. aku tak suka subjek tu.. takut bila cikgu suruh baca kuat-kuat.. hehe.. tapiii.. itu duloooooooooooooooooooo huhu)
  • Sukatan pembelajaran yang agak tinggi untuk pelajar faham apabila teacher bahasa inggeris syiokk sendiri.. cakap laju2.. lepas tu.. ayat yang budak dengar.. "Are you understand or not? " hehe.. for sure.. budak yang takut nak bahasa inggeris..jawab.. " YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS" sekuat2 hati.. supaya kelas cepat habis.. hehe.. 
  • Cuba kasi cikgu-cikgu bahasa Inggeris di sekolah-sekolah CUN-CUN.. dan cakap dengan penuh gembira.. macam dalam kelas "OH  MY ENGLISH ni.. " tak ler.. anak-anak yang tinggal di kampung-kampung tak rasa takut.. ni.. cikgu bahasa inggeris mekera udah macam singa.. heheh.. sorry cikgu yer.. saya cakap berdasarkan pengalaman.


Bayangkan ketika aku ambil kursus SAINS KOMPUTER dulu.. aku terpakse translate balik apa yang ada dalam buku sains komputer dari Bahasa Inggeris ker Bahasa Malayu.. susah tuu.. walhal.. apa yang aku atau kita semua guna sekarang adalah term-term bahasa Inggeris.. kan nyusahkan budak macam aku ni.. jerk.. ehhe.. nasib baik lulus.. hehe.. 

Cer korang tengok.. bahasa inggeris yang mudah di fahami kalau di tukarkan dalam bahasa melayu jadi SUSAHHHHHHHH.. sangat..bukan aku nak menghina bahasa ibunda aku.. tapi.. real life.. korang ada ker guna perkataan tetikus dan papan kekunci ni..? hehe.. korang yang tak tahu apa itu tetikus.. adalah alat yang ada kat tangan korang tu ha.. MOUSE.. dan KEYBOARD yang korang tekan tu.. adalah papan kekunci.. 

Macam tu gak term untuk matematik dan sains.. 

Siapa yang marah dengan aku pasal pendapat ORLYLOVE ni.. jangan ler.. melenting.. ini hanya pendapat peribadi aku sahaja.. wokeyssss.. 




Sumber dari Chedet http://chedet.cc/?p=635 ; http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/daftar_istilah/PerkataandanDaftarIstilahMatematikBM-BI.pdf




PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengulangi gesaannya supaya mata pelajaran Sains dan Matematik diajar kembali dalam bahasa Inggeris (BI).
Beliau berkata, sains dan matematik kini merupakan ilmu yang amat penting dan perlu dikuasai rakyat Malaysia sekiranya Malaysia mahu maju dan mencapai status negara maju.
"Saya ingin merayu sekali lagi supaya sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Kita perlu bersikap realistik. Bahasa Melayu belum lagi menjadi bahasa sains dan matematik," kata beliau.
Dr. Mahathir berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru Dalam Dunia Islam kali ke-2 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di semalam.
Beliau berkata, sekiranya rakyat Malaysia tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik khususnya bahasa Inggeris saintifik dan teknikal, rakyat Malaysia tidak akan mampu bergerak seiring dengan kemajuan pesat dalam bidang itu.
"Pelajar, malah tidak akan diambil bekerja. Kebanyakan siswazah menganggur ialah mereka yang tidak fasih bahasa Inggeris. Adalah menyedihkan sekiranya pelajar cemerlang di sekolah tetapi mereka ditolak daripada diambil bekerja kerana tidak menguasai atau lemah dalam bahasa Inggeris," kata beliau.
Pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama tersebut, Dr. Mahathir berkata, beliau dapati kerajaan tidak berminat untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
"Mereka ingin kembali kepada Bahasa Kebangsaan. Malangnya bidang ini tidak seperti bidang-bidang lain. Kalau belajar Geografi atau Sejarah isi kandungannya tidak berubah. Bertahun-tahun macam itu. Kalau sesuatu berlaku di sesuatu tempat, tidak boleh kata ia berlaku di tempat lain," jelasnya.
Selain itu, bekas Perdana Menteri itu memberitahu, pelbagai kajian turut dilakukan dalam bidang sains dan matematik dan kebiasaan hasil kajian itu akan didedahkan melalui kertas kajian dalam bahasa Inggeris.
"Kira-kira 98 peratus daripada kertas kajian tersebut dalam bahasa Inggeris.
"Jadi, kalau kita tidak belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, kita tidak boleh ikut perkembangan ilmu semasa dan menyebabkan kita ketinggalan dan sukar bersaing dengan orang lain," kata beliau.
Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 di sekolah rendah dan sekolah menengah Malaysia.
Pemansuhan itu dibuat oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran kesukaran murid untuk menguasai pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2kVDEkYfR 
Hakcipta terpelihara 

No comments: