Monday, 10 March 2014

PESAWAT MH370 TERGANTUNG ANTARA TIGA NEGARA - KATA BOMOH

Ya..Allah .. meremang bulu romaku apabila ada terbaca mengenai "ALAM MISTIK" dan kaitan dengan PESAWAT MH370 yang HILANG.. 

Setelah banyak pihak mengembling tenaga untuk mencari dan mengesan PESAWAT MAS MH370 yang hilang dari RADAR PESAWAT secara TIBA-TIBA.. banyak pihak yang cerdik pandai cuba merungkai HUKUM ALAM.. HUKUM SAINS... sehingga ada soalan yang perlu kita JAWAB dalam penuh ketakwaan.. 

" ADAKAH PESAWAT itu HILANG DI SEBABkan DI SOROK ke alam LAIN? " 
Pelbagai andaian yang timbul apabila .. perkara begini dipersoalkan ..    


Setelah usaha secara zahir diusahakan.. ramai berkata.. Kenapa tak cuba panggil orang-orang berilmu ghaib untuk mencuba nasib memohon kepada Allah untuk diberi petunjuk?.. tetapi.. bila diberi peluang untuk membantu .. ramai yang mengaitkan dengan perkara SYIRIK.. 

Berbalik kepada HUKUM ALLAH S.W.T 

KITA TERUSKAN SOLAT HAJAT SUPAYA..SEGALA HAJAT KITA TERMAKBUL ...segalanya berserah kepada ALLAH Pencipta sekalian ALAM..

All England: Chong Wei juara kali ketiga!!..TAHNIAH MALAYSIA

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan badminton All England buat kali ketiga selepas menundukkan Chen Long pada perlawanan akhir di Birmingham, sebentar tadi.
Chong Wei, 31, menang 21-13, 21-18, sekali gus menebus kekalahannya kepada pemain No. 2 dunia dari China itu pada perlawanan akhir, tahun lalu.
Ini adalah kemenangan ketiga Chong Wei selepas turut muncul juara pada 2010 dan 2011.
       

  

Yonex All England Open - Finals Day highlights 2014




MH370 Hilang: Serpihan Berhampiran Pulau Tho Chu Bukan Milik MH370 – DCA #PrayForMH370


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan bahawa serpihan yang ditemui berhampiran Pulau Tho Chu adalah daripada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.
Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura.
“Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan,” katanya.

MH370 Hilang: “Berpatah Balik” Penting Bagi Pendaratan Selamat (video) – Kapt Nik Huzlan



JANGAN BERHENTI BERDOA DAN BERHARAP

PANDANGAN PERIBADI ATAS PENGALAMAN SEBAGAI SEORANG 
Bekas ketua juruterbang penerbangan serantau MAS



Apa kata Kapten Nik Huzlan Nik Hussain, seorang juruterbang berpengalaman mengenai kehilangan MH 370 melalui siaran TV3 malam tadi.

1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan.

Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.

4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.

5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.

7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

8. Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

9. Akhir sekali, Kapten Nik menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Di kalangan pemerhati industri penerbangan, insiden MH370 mengingatkan kepada nahas pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.



Sahabat ku, Teruskan doa mu…!

Thursday, 6 March 2014

PROJEK ANTI-PORNO PERTAMA DI MALAYSIA -GEMPUR

Assalamualaikum.. Semua .. 

RISAU KALAU ANAK TERKLIK LAMAN WEB YANG SALAH 18SX..

Banyak benda buruk terpikir di kotak fikiran Aku sebagai IBU kepada 4 orang anak-anak kecil ketika mereka berhadapan dengan komputer yang ada sambungan internet.. 

Korang sure cakap.. Ala.. Orlylove.. anak-anak tu kecik lagi.. bukan terror lagi nak klik laman-laman web yang tak elok.. AAArrrgh.. itu betul..tapi Orlylove geram betul dengan Pereka-pereka games kanak-kanak yang menggunakan objek-objek yang menggairahkan untuk anak-anak kecil.. pening pikir .. sebab diorang hanya main games.. contohnya.. game barbie ..yang ada cium-cium.. dengan si Ken tu.. Weei.. budak lagi tu..tapi.. aku nak marah pun tak boleh .. mereka ada hak untuk reka dan keluarkan produk yang begitu.. 

Kengkadang Orlylove dah tolong buka Youtube untuk anak-anak tonton yang baik-baik.. seperti.. ABC SONG.. LEARN ABC.. tengok2.. sebelah list ada terselit YOUTUBE yang agak kurang enak di lihat oleh anak-anak kecil.. huhu.. kelam kabut Orlylove suruh tukar page lain.. WWWaaaa.. dunia..dunia.. 

Aku sebagai Ibu kena ambik langkah bijak untuk tangani masalah lambakan laman web LUCAH, GAMES LUCAH dan gambar-gambar yang tak sepatutnya.. anak-anak KECIL layari.. opss.. aku tak cakap pasal orang tua boleh tengok benda-benda lucah ni yek.. Sekarangni .. Orlylove nak fokus kepada anak-anak ku yang masih suci untuk melihat gambar-gambar yang aku sendiri jijik nak tengok.. 

Seronok betul menggoogle hari ini sehingga Orlylove terjumpa laman web ni.. 

"GEMPUR
 PROJEK ANTI-PORNO PERTAMA DI MALAYSIA"



Nanti Orlylove nak install dalam PC yang ada di rumah..ni..biar PC di rumah ni..terhidar dari perkara-perkara yang HARAM untuk di lihat.. hehe. 

Jom kita install beramai-ramai.. k..

Projek GEMPUR - ANTI-PORNO ni diilhamkan oleh seorang Insan yang bernama Haidy Sulaiman sebagai pengasasnya. 

Memang tepat lah pada waktu nyer.. sebab terlalu ramai anak-anak kecil/remaja yang tidak bersalah dan mereka menjadi mangsa keadaan dalam kes-kes mempuangan bayi, kes rogol, kes sex rambang dengan rakan-rakan ..eii.. geli ler.. nak tulis.. nauzubillahiminzalik

Sama-samalah kita memperkukuhkan dan terapkan nilai-nilai kehidupan ISLAM dalam keluarga kita demi masa depan anak-anak dan bangsa melayu ISLAM. 


Wednesday, 5 March 2014

SIAPA BERANI UNTUK MAKE OVER ORLYLOVE? GANJARANNYA BESAR PUNYAAAA..!!!! DALAM PROJEK CABARAN ORLYLOVE

Assalamualaikum semua.. 
Korang baca tajuk di atas... agak-agak korang .. ler.. aku ni betul ker tak? hehhe.. 

Orlylove tengok.. ramai di kalangan uolss semua yang pandai buat make over kepada seseorang..sehingga orang tu menjadi cantik.. macam bidadari...
ORLYLOVE PUN nak..nak.. nak.. Nak cantik macam BIDADARI.. 

Orlylove sekarang ni tengah mengalami.. saat kemurungan personaliti diri yang teramat dahsyat..:( 



betulllll orlylove tak tipu.. kalau korang rasa ada rasa simpati.. atau rasa-rasa nak buat amal untuk membantu orlylove naik kan kembali semangat untuk terus rasa cantik.. hehe.. bolehlah hubungi orlylove untuk sessi makeover yang korang BERI KEPADA ORLYLOVE PERCUMA..!!!!!.. 

Yeahh... dapat perhikhmatan PERCUMA dari pakar make over yang sudi membantu ORLYLOVE dalam masalah personaliti diri.. TETAPI.. korang nak tau aper yang Orlylove boleh tolong uols.. semua.. ?

KORANG AKAN DAPAT SLOT PERCUMA UNTUK IKLAN DALAM BLOG ORLYLOVE secara Exclusive secara PERCUMA selama 1 TAHUN.. dari tarikh MAKE OVER... OK..tak tawaran ORLYLOVE? wah..wah..wah.. sure korang ingat aku ni hebat sangat kan?.. nak kasi korang slot percuma selama 1 tahun.. ? BETULLLL..TAK TIPU...

TAPIIII..Kalau tak OK.. anggaplah korang sekarang berada dalam satu kawasan yang gelap dan menakutkan.. dan sebenarnya.. AKU ORLYLOVE sekarang HANYA DAPAT MIMPI NGERI SAHAJA.. zzzzzzzzz.. 
(Mood sedih sebab tak ada orang sudi bantu.. makeover orlylove dan terasa rendahhh nyer diriku ini..hehe)

TAPI.. KALAU UOLSSS.. rasa cabaran yang aku buat ni.. bagus untuk korang.. aku orlylove.. akan HARGAI SKILL.. yang uolss ada.. untuk memperkembangkan lagi.. BAKAT SENI yang orang lain tak tahu lagi pasal uolss.. 

Sila hubungi ORLYLOVE di talian HAYAT : 017-6118924.. photographer professional akan bersama-sama 
PROJEK CABARAN ORLYLOVE 

Tuesday, 4 March 2014

Gempar : 101 orang lagi keracunan makanan! selepas 1 kematian

Kisah makan makanan tercemar ni memang tak dapat di selesaikan dalam masa yang singkat. Kita baru kehilangan seorang kanak-kanak 5 tahun  yang menikmati makanan yang di beli dari pasar malam.. dan menemui ajalnya.. selepas muntah-muntah dan cirit-birit..

Update terkini dari Sinar Harian, 

Ada 101 lagi pengunjung pasar malam yang sama telah keracunan.. mungkin dari makanan yang sama dengan makanan yang di makan oleh adik Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme dari Terengganu. 

Bab makanan tercemar ini amat subjective bagi aku.. sebab kalau nak kena kat maner-maner pun boleh kena.. tapi..kebanyakan berpunca dari ayam yang tercemar. 

Aku nak kasi petua kat korang semua lah..kalau pasal AYAM ni.. sebab aku pernah pergi kenduri kahwin dan aku tengok ayam masak merah nyer.. dan hancur ..dari isi dan tulang.. macam kurang elok..walaupun ada ayam yang masih nampak ok.. 

BAIK KORANG jangan makan.. nak jadikan kisah..hari yang aku dan famili makan makanan kenduri kawin tu.. semua cirit birit.. tetapi aku seorang ajer tidak.. 

Semua kenal pasti ler.. aper yang diorang makan dan apa yang aku makan.. so..memang benar.. PUNCA AYAM MASAK merah tu ler..buat semua sakit.. 

lepas kejadian tersebut.. aku memang beringat dan pastikan..kalau ayam yang di hidang itu dah HANCUR ..MEMANG AKU TAK MAKAN.. 

Kalau bab beli makanan pasar malam ni..memang aku nak nasihatkan kepada semua peniaga la.. 

- Kalau ada bahan-bahan mentah korang yang kurang enak untuk masak .. jangan lah buat NIAYA dengan orang lain.. harini korang kasi orang makan makanan dah rosak.. esok banyak lagi dugaan korang Allah UJI.. 

Aku paham, kalau korang tak jual juga.. korang akan rugi.. tapi.. redha ajer ler..jangan lah ..di sebabkan korang nak kaut keuntungan jugak... sehingga meragut nyawa orang lain.. biarlah Allah S.W.T buat pengiraan kerugian korang .. dan DIA ganti dengan niat murni korang yang tidak masak bahan yang sudah tidak boleh di gunakan lagi.. (BASI/BUSUK)

Sorry ler..hari ni aku ngomel sikit.. sebab kebelakangan ini banyak sangat kes-kes keracunan makanan dan orang MENINGGAL disebabkan makanan. So..sama-samalah kita menjaga kebersihan.. 

ORLYLOVE : Tapi.. korang pernah tak alami kecik-kecik dulu makan..benda-benda kotor di lantai? mana nampak kaut ajer masuk mulut.. ? .. kalau Allah cakap KUN FA YA KUN.. terjadi lah ia.. so.. apa-apa.. jangan salah menyalah.. cuma.. pihak berwajib perlu lah..sentiasa memberi perhatian kepada semua pengusaha makanan di PASAR-PASAR MALAM lak lepas ni.. 

Pastikan semua peniaga sudah menerima Suntikan untuk peniaga makanan tu.. huhu.. korang google ler.. sendiri yek.. 


Sunday, 2 March 2014

BIRTHDAY RAYYAN 1 TAHUN..MAKAN KEK SAMPAI TERTIDUR...? KEK ADA DADAH KE?

Hari ini bukan hari sebenar Birthday anak Bujangku,..Si Abang Rayyan Mikhael.. tetapi.. aku mulanya...terlalu sukakan tarikh 1.3.13 untuk tahun lepas (2013) dan Rayyan di lahirkan sehari dari tarikh yang aku harapkan.. iaitu 2.3.13.. aargghh tak kisah ler.. Alhamdullilah.. Anak terunaku lahir dengan sihat dan selamat..

Bonda kesayanganku meminta kami sekeluarga menyambut hari kelahiran Rayyan pada hari ini, awal sehari dari hari sebenar disebabkan nak kumpulkan semua adik beradikku..memang sukar sekarang..masing2 ada urusan keluarga masing-masing.. ini adalah kualiti masa yang bondaku harap-harapkan daripada anak-anak tercinta... 

"Happy Birthday Rayyan Mikhael.. Mama dan Daddy doakan semoga kesihatan Anakanda mama akan beransur pulih dan sihat seperti kanak-kanak lain.. dan anak teruna mama ni..akan bolah berkata-kata dan memanggil "MAMA".. selepas ni..hehe.."

Genap umur Rayyan setahun masih belum boleh berkata-kata ...nak kata pelat tidak.. hanya lewat untuk berkata-kata dan hanya boleh bercakap ta..ta..ba..ba.. dan jalan pun belum boleh..hanya boleh berdiri tegak dan cuba melepaskan tangan dari memegang dinding atau kerusi untuk menyokong Rayyan berjalan.. tengok..ayat banyak dan..hehe..sorry cikgu Bahasa Melayuku,,hehe

Ramai cakap..baby boy memang lambat sikit.. hehe..tak kisah ler,,,tapi kalau nak bezakan dengan kakak-kakak yang lain.. 6 bulan dah jalan.. 1 tahun dah bercakap-cakap.. ermm.. betul kot orang cakap..baby boy lewat sikit..huhu.. janji Rayyan anak mama.. hihi

Korang akan tengok gambar Baby Rayyan tertidur ketika di meja makan.. hehe.. bukan pasal kek yang dimakan ada dadah tau.,.dia tertidur disebabkan ubat selsema yang Orlylove kasi sebelum kami nak keluar rumah..

kesian aku tengok hingus dia dok meleleh ajer.. kalau ramai orang cakap ubat selsema tidak baik untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun..aku setuju sangat sebab dia budak lagi dah masuk ubat dadah yang boleh dia tertidur ..tapi.. aku tau doktor yang kasi bekalan ubat kepada pesakit dia..lebih arif dan pakar itu sebab dia tahu ubat itu tidak membahayakan kesihatan ..


Terima kasih kepada Bonda Iyung.. sebab hadiahkan Kek yang cantik dan sedap ni.. 


Ha..tengok tu..Rayyan tersengeh.. dengan air liur meleleh ajer.. yang kakak mazwin..terpakse cover gigi dengan tangan sebab gigi dah rongak..hehe..

Seorang lagi missing.. Qalesya.. esok sambung episod 2..untuk Qalesya 

Apa-apa kita lapik dulu yer baju abang Rayyan ni.. comot..nanti susah mama nak basuh..hehe..sayang tu..Ori..huhu

ala..sian anak mama.. makan kek sampai ngantuk dan terus tertidur.. tak sempat nak makan nasi..huhu


Maafkan mama terpakse kasi ubat selsema kepada Rayyan sebab dah meleleh tak henti-henti hingusnya..

Inilah famili besarku..Adikanda dan kakakanda Orlylove..

Thump Up..makanan sedap.. licinnn..

Bye-bye Sukhumvit Garden..nanti kita jumpa lagi..

Kalau korang nak cari tempat makan yang agak-agak santai dalam taman.. sini ler..tempatnya,,tapi.. hidangannya.. HANYALAH MASAKAN THAI..kepada yang bawak awek...dengan harapan SANG BOYFRIEND nak makan masakan THAI..tom yam bagai.. dan SANG GIRLFRIEND nak makan masakan western ..korang tak leh masuk restaurant ni!!! AMARAN!!!!!..SEBABBB..ermmm SEBABB..restaurant ni,,HANYA MENYEDIAKAN MASAKAN THAI.. yang simple.. dengan harga yang berpatutan.. 

Tapi...aku yang jarang-jarang sekali makan makanan thai.. rekaan nama yang unik dari Sukhumvit Garden yang ada dalam menu adalah seperti.. 
TELUR RAJA..  hehe.,,,

 Orlylove siap buat lawak dengan waiter tu..pasal telur RAJA,, hehe,' AKU CAKAP.. "HA TELUR RAJA?.. KITORANG ADA BAWAK GAK 6 BIJI..TELUR RAJA HARINI.. kekke.. " BLUURR betul mamat tu.. sambil ambik order..kitorang sekeluarga ajer yang paham..huhu.. hehe.. yek..anak beranak RAJA ni..

Saturday, 1 March 2014

KISAH BENAR..PENJAGA KANAK-KANAK CUAI..MENGUNDANG PADAH...NAK SALAH SIAPA?

Ya Allah Ya Tuhanku...Mengucap panjang aku membaca berita harini di paparan akhbar Metro mengenai Kes Bayi Lemas Dalam Tong Simpanan Air... 

Orlylove ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap kisah ini membuka mata semua pihak dalam kes kecuaian penjaga kanak-kanak.... tak kisah ler..ibu dan bapa, nenek dan datuk sendiri, saudara mara mahu pun pihak taska dan pusat asuhan kanak-kanak. 

Bagi menyelesaikan masalah kecuaian dalam menjaga kanak-kanak ni.. banyak pihak kena menggembling tenaga... ingatlah.. anak-anak kita adalah amanah daripada Allah S.W.T untuk kita sebagai umatNya.. so.. kene lah kita peka dan lebih berhati-hati walaupun kita pegang kepada QADA' dan QADAR..

Aku terpanggil nak tulis kisah Kecuaian ini di sebabkan aku juga INSAN yang alpa dan ada sedikit kecuaian dalam menjaga anak-anak aku.. ni aku bukan nak bukak pekung di dada..tetapi., aku harap semua pengasuh anak-anak kecil lebih berhati-hati selepas ini., 




KES KECUAIAN ANAK LEMAS DALAM BALDI

"Orlylove pernah mengalami detik cemas di mana Baby Rayyan sendiri termasuk dalam baldi yang berisi air PENUH dan dia seperti LEMAS dalam beberapa SAAT... ketika itu aku terlupa membawa tuala mandi yang aku letak di atas meja makan dekat dengan bilik mandi.. aku confidence yang Rayyan sudah pandai berdiri dan berpegang kuat pada baldi yang sedang di isikan air untuk mandi.. 

Aku melangkah keluar dari bilik mandi hanya untuk beberapa saat.. aku agak-agak dalam 5-6 saat sebab aku berlari sambil tinggalkan Rayyan sendirian.. Aku masuk ajer.. tengok badan dia dah separuh dalam bekas baldi yang berisi AIR untuk mandi.. aku sempat tarik baju dia dan dia lemas dalam beberapa saat.. 

Ya Allah yang Tuhan ku..  KAU masih beri peluang untuk aku menjaga amanahmu...nangis aku sambil aku peluk erat badan Rayyan yang kesejukan.. Aku LUPA yang aku memegang amanah ALLAH .. dan anak yang aku harapkan untuk berdiri sendiri sebenarnya belum pandai untuk berdikari..,Rayyan baru mencecah umur 10 bulan ketika itu..

SEKALI lagi aku buat kesilapan besar dengan keputusan yang salah untuk anak kecil ku.. time tu..aku terpikir pasal nasib yang kurang baik menimpa ibu-ibu atau bapa mahupun sesiapa yang menjaga anak kecil sehingga anak itu menemui ajalnya di sebabkan kecuaian KITA ORANG TUA.!!!!!!!!

SELEPAS KEJADIAN KECUAIAN ITU, 
  • Aku tidak lagi berani tinggalkan anak-anakku mandi sendirian di bilik mandi.. kalau tiada pengawasan orang dewasa
  • Aku tidak AKAN tinggalkan anak-anakku di dalam kereta walaupun hanya seketika untuk membeli barang di kedai..walaupun kereta berhampiran dengan kedai kalau tiada orang dewasa di dalam kereta.
  • Aku akan pegang tangan anak-anak ku kalau aku berjalan di tempat awam seperti shopping complex, pasar malam atau tempat-tempat sesak dengan orang.
  • Aku tidak berani lagi letak barangan tajam seperti pisau potong buah dia atas meja selepas selesai menggunakan pisau.
  • AKU AKAN PASTIKAN Puting botol susu anak-anak selamat dan tidak boleh menyebabkan mereka TERSEDAK SUSU.. dan tidak akan beri minum susu ketika mereka tidur...banyak kes bayi tersedak susu sekarang ni..
KES-KES yang pernah terjadi di hadapan mata Orlylove tengok pengasuh kanak-kanak SELALU CUAI yang boleh mengundang PADAH

  • ANAK HILANG DI PASAR MALAM- Kes begini selalu terjadi apabila bapa yang membawa anak mengharapkan anak mereka mengikuti mereka dan pegang mereka ketika mereka berada dalam pasar malam yang sesak. TETAPI.. ANAK ni sibuk tengok barang.,.ibu dan ayah leka dengan membeli barangan.. bila pusing-pusing anak dah tak ada.. panic.. ler.. memang kena JERIT-JERIT le nama anak..
  • BABY TIDUR DALAM KERETA TERKUNCI ketika ENJIN MASIH HIDUP- Kes begini selalu berlaku kalau kita guna kunci kereta automatik yang pintu kereta boleh terkunci selepas beberapa minit. Pintu kereta kita telah di setkan pada sensor alarm untuk LOCKED. Sure korang gak panik. 

    kalau korang tak matikan enjin kereta, korang keluar sekejap dan pintu kereta di tutup rapat..tiba-tiba LOCKED semua pintu..kalau korang di luar..ada kunci pendua ok.. kalau tak ada.. panggil orang buka dengan master key mereka.. RM200 tau.. adik aku pernah kena...kunci tertinggal dalam ketika enjin pasang..
  • Membiarkan pagar rumah terbuka dan anak-anak asuhan sedang bermain berhampiran dengan pagar..sehinggakan ada seorang daripada mereka keluar mengejar bola dan ada kereta lalu..nasib kereta tidak laju.. menjerit semua orang
  • BAPA MEMBIARKAN ANAK DI ATAS MOTOSIKAL SEORANG DIRI sambil bapa masuk ke kedai membeli ROKOK.. walaupun seketika perbuatan itu TERLALU BAHAYA untuk seorang kanak-kanak.
Aku sarankan kepada semua yang memegang amanah menjaga anak-anak kecil..

  • LEBIH PEKA dan ada rasa tanggungjawab dalam diri untuk menjaga anak-anak kecil kerana ALLAH S.W.T
  • PELBANYAKKAN membaca dan MEMPELAJARI bagaimana untuk menguruskan RISIKO di rumah mahupun di luar kawasan rumah dengan anak-anak
  • JADIlah kawan rapat untuk anak-anak kita bercerita apa yang terjadi dalam hidup mereka seharian ketika ketiadaan kita di rumah.
  • JANGAN PIKIR PASAL MASA sehingga anak kita tergadai
  • Bersedia dengan kelengkapan lengkap sebelum kita ingin memandikan bayi kita seperti, tuala mandi, sabun mandi, bekas mandian yang selamat dan hati-hati dengan langkah kita ketika mendukung bayi atau nak kecil.
  • ADA PIHAK YANG berwajib mewujudkan dan mewartakan KELAS-KELAS PENJAGAAN ANAK-ANAK KECIL KEPADA IBU BAPA yang BARU MENDAPAT ANAK-WAJIB LULUS..macam kursus perkahwinan tu..huhu sebab meningkatnya kes-kes KECUAIAN IBU BAPA PENGASUH ANAK-ANAK KECIL dari masa ke semasa.
**NASIHAT DI ATAS ADALAH UNTUK PERINGATAN DIRI ORLYLOVE SENDIRI dan kepada semua insan-insan yang memegang amanah untuk menjaga anak-anak kecil sehingga mereka dewasa. 

Friday, 28 February 2014

GEMPAR..KAJIAN TERBARU MENUNJUKAN BAYI YANG MINUM SUSU IBU SENANG DAPAT PENYAKIT ASTHMA.. APA KES NI?

Assalamualaikum.. Semoga hidup kita di berkati pada hari Jumaat ini. 

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK"

Aku Orlylove terpanggil untuk meluahkan perasaan kurang senang aku dengan sebahagian para pengkaji yang suka-suka buat kajian dan meletakkan kajian mereka di dalam kitab kehidupan manusia seantario untuk kita memegang kajian mereka untuk kita amal .. tetapi.. kajian mereka.. ada was-was di dalamnya.. macam mana tu?

Korang paham tak aper yang aku tulis ni..hehe.. macam ni ler.. cakap paling mudah.. dan ringkas.. 

MEREKA buat kajian.. tentang .. 


KAJIAN 1) BAYI ELOK TIDUR MENIARAP SUPAYA SELESA DAN PERUT TIDAK KEMBUNG


- Beberapa tahun kemudian, mereka keluarkan kenyataan.. 

" BAYI tidak di galakkan untuk tidur meniarap kerana boleh menyebabkan sesak nafas dan ada kes-kes bayi meninggal di sebabkan muka tertutup sehingga lemas....

ORLYLOVE - Ni memang aku risau..tetapi.. aku dah amalkan kesemua Anak-anak aku membesar dengan tidur meniarap dari kecil .. dan mereka selesa tidur.. Memang perut pun susah nak kembung.. tapi.. dalam ISLAM.. amat menggalakkan kita tidur dalam keadaan mengiring tindih kanan dan mengadap kiblat... untuk menjaga kesihatan dan pernafasan kita.. memang mujarab..



FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)


ORLYLOVE  - 

" Bab ni aku sokong orang-orang yang buat kajian dalam ISLAM.. mungkin pengkaji yang mengeluarkan kenyataan tentang BAYI YANG MENYUSU SUSU IBU ADA PELUANG MENDAPAT PENYAKIT ASTHMA ada kepentingan dalam syarikat yang mengeluarkan SUSU FORMULA .. so ..Dr. Ni terpaksa membuat kajian sehingga terbuktinya BAYI dapat jangkitan ASTHMA dari SUSU IBU tersebut.. 

AKU MENYUSUKAN ANAK AKU yang ke 3 secara berterusan sehingga anak aku berusia 3 tahun.. Alhamdullillah dia paling kuat antibody dalamadik beradik yang lain.. Anak aku Mazwin, Sara dan kurang dapat bekalan susu badan sebab bukan rezeki mereka..tapi.. masuk anak ke 3 dan keempat Alhamdullillah..sampai sekarang Baby Rayyan dah nak masuk 1 tahun..masih boleh menyusu. 

DALAM KAJIAN AKU DR. ORLYLOVE..


AKU Orlylove menggelar SUSU IBU sebagai FAST FOOD untuk BAYI adalah kerana SUSU yang CEPAT, MUDAH dan RINGKAS UNTUK bayi menikmatinya.. ianya. 

- FREE 
- SENANG DI PEROLEHI / DI DAPATI...kalau kedai tutup susu formula tak leh beli.. hihi
- TAK SUSAH NAK SIAPKAN SUSU, kalau formula kena bawak air masak, air panas dan bekas susu yang comel2.. kehilu kehilir..hehe.. 
- BABY pun suka puting nyer.. lembut tak sakitkan gusi..kikiki..


BABY YANG DAPAT BEKALAN SUSU IBU (SUSU BADAN) SELAMA 2 TAHUN AKAN TERHINDAR DARI PENYAKIT-PENYAKIT SEPERTI DEMAM DAN SEBAGAINYA. KECUALI DENGAN KEHENDAK-NYA KITA AKAN SAKIT. ANAK ORLYLOVE 3 ORANG DAPAT ASTHMA DARI KECIK.. SEBAB KURANG SUSU BADAN... WALLAHU A'LAM

KALAU KORANG NAK ILMU-ILMU tentang susu badan.. cara nak perbanyakkannya.. dah bagaimana kaedah terbaik untuk mendapatkan bekalan susu yang banyak.. bolehlah ke link : PERSATUAN SUSU IBU



KLIK untuk INFO  Selanjutnya di sini.

Thursday, 27 February 2014

I ADA MOTOR BESAR..You ADA?.. APA BRAND?

Orlylove terasa bangga bila melihat kehebatan rakan-rakan wanitaku memiliki motor besar atau lebih di panggil minah motor berkuasa besar..tau..bukan "geng minah berbadan besar membawa motor"..kikiki.. 

erm.. bila dah lama tak jumpa .. tetiba update dalam laman sosial tentang kumpulan bermotor berkuasa besar.. GERUN..NOK.. Mak dulu berangan gak dapat MEMBELI .. motor besar.. ker.. satu hari dapat bawak motor berkuasa besar ker.. hehhee.. opsss.. tapi.. hanya aku ajer tak dapat.. tapi.. kawan baik aku ni.. bernasib baik.. sebab impian dia tercapai..akhirnya.. tahniah beb..hasrat kita telah kau tunaikan..walaupun ko sekarang ajer .. tak bawa aku sekali ..tak pe satu hari yer..aku naik motor besar hang.. AKU GAYAT.. dah la..ni.. bila semuanya membesar.. 

" Kisah motor ni terkenang aku dengan BFF aku yang aku panggil J.. korang jangan ingat J tu aper yer.. J tu nama panggilan manja aku dan best friend aku ni.. time kat kolej dulu..kitorang selalu berdua ajer membonceng motor kapcai Arwah bapa J ni....korang bayangkan dulu time kat kolej.. bila naik motor ke hulu ke hilir.. dah bangga gaban..hihi sampaikan di gelar MINAH MOTOR.. kekekke.. bila kenang nama tu..lawak pun ada.. tapi.. dulu pakai ..helmet APOLLO..longgar dengan tali pun tarak.. yer lah.. time student.. aper yang ade ajer ler..rembat..hehe.. 

Kisah yang aku tak leh lupa ketika naik motor dengan aku nyer,..BFF ..begini..jengg..jengg..jengg.. TEPAT JAM TIGA PAGI.. ehhehe.. seram lak nak citer.. kekeke.. "

Satu pagi.. aku kelam-kabut nak ke kuliah.. pagi.. kul 8 tuhh.. dah ler.. tak tidur seharian buat assignment .. dengan mata kuyu-kuyu giter. yang BFF aku ni.. siap datang bilik nak tanya pasal baju.. aku pun.. plan ler.. sama-sama kita jadi AYU harini.. sebab kuliah kali ni.. ada mamat yang kitorang masing-masing usharr..baikk nyer.. hehe.. 

Dengan penuh semangat kitorang pilih tema BAJU KURUNG KEDAH.. so memasing ler.. pakai baju kurung kedah yang agak cun gak.. time tu.. hehe
Nak jadikan kisah.. jam dah agak lewat.. dan BFF aku bawak motor.. agak bahaya.. hehe.. walaupun.. motor HONDA C70 ketika itu..    korang try bayangkan yer citer aku ni.. sure korang masyuukkk nyer.. kekeke.. 

Dewan kuliah aku ni atas bukit.. dengan gembira dan manis nyer bebaju kurung kedah.. Bff aku ni.. bawak laju sebab dah lewat.. sesampai ajer di bukit.. aku pun peluk erat ler.. pinggang dia.. tapi.. perkara yang aku tak sangka telah terjadi.. 

sambil aku layan blusss kat belakang dengan pelukan erat.. J MENJERIT.. AArrrgggghh.. KASUT AKU..!!! KASUT AKU...!!!! dengan kelam kabut dia baru nak tukar gear dari 1 ke 2...Atas bukit ni Weeeeyy motor dah mencanak 45 darjah ....aku pun .. aper lagi.. walaupun tak suka jerit.. turut menjerit.. kenapa..kenapa?.. MEMBER cakap.. KASUT AKU.. AAAAAaaarrggg.. dalam berapa saat.. tayar motor kami terangkat ke atas ler..motor C70 kami.. budak- budak cakap..buat up willy..entah betul tak term tu..hihi

Apa lagi.. motor dah buat stunt willy bagai.. aku dan J..berpusing-pusing ke belakang 2-3 kali.. dan kami berdua terjunam dalam longkang tepi bukit Dewan Kuliah tu.. kekke.. aku panic sebab aku jatuh dengan kaki dah terkangkang ke atas..tapi muka aku tertutup dengan helmet apollo yang aku pakai.. korang bayangkan badan aku dah berbentuk macam huruf U.. dalam longkang tu.. selang beberapa saaat.. ada satu objek masuk tertindih atas aku.. walaweeyyy.. BFF aku ler.. tindih aku lak dalam kotak longkang tu.. bayangkan lah.. hehhee.. 

bukan macam ni yer.. gambar hanya hiasan.. kitorang dalam longkang tapi motor kami di atas bukit..ehehe
tapi.. gambar ni pun lawak giloss..


KAMI berdua panic dan malu sangat ketika itu.. sampaikan kitorang leh duduk dalam longkang tak nak keluar.. tinggi longkang tu pun.. lebih dari tinggi kami yang 5 kali 3 inci ni.. kekkee.. sebab malu sangat ..ada lah 2-3 orang mamat kelas lain.. tolong angkatkan motor kami yang dah tercampak ke tepi longkang.. tapi.. mereka tunggu KAMI keluar dari longkang tersebut.. 

MEMANG TAK LER BEB.. keke.. lu tunggu sampai MUSANG berjanggut pun.. kitorang tak nak keluarrr.. hihi.. 

bila line dah agak clear.. baru aku dan J memanjat longkang tu sambil gelak2 besar.. memang time tu tak rasa sakit-sakit pun walupun dah jatuh longkang TETEPI.. MALU yang kitoang risaukan..

Sambil tersipu malu ..aku call abang angkat aku untuk ambil kitorang dari kelas.. so..kisah nyer.. MEMANG TERLEPAS LER KELAS ITU ..tak leh bawak dah motor C70 tu..sebab ada benda bengkok.. huhu...

lawak ni.. kalau aku dan J bertemu.. kitorang akan RECALL dan kami akan gelak macam orang giler.. tapi.. sekarang KAWAN aku ni yang dah giler.. BELI MOTOR BESAR tak ajak member..hehe...sorry beb..aku bangga dengan hang.. sebab anak dah 2.. besar2 belaka..jiwa hang tetap kental..macam dulu.. I MISS You So much.. walaupun..kita dah di bawa arus kekeluargaan.. aku tak tahu kenapa susah sangat nak bertemu..kekangan masa dan keadaan memisahkan kita.. 

Aku nak jugak ..kot2.. ada KAWASAKI LADY BIKES datang rumah aku .. ajak aku membonceng pun CANTEK.. nak rasa gak.. hehe..round-round taman 

   
kalau korang semua berminat nak guna perkhidmatan mereka untuk berkonvoi ke rumah pengantin ker.. join sekali dalam group mereka boleh gak.. call ajer.. KAWASAKI LADY BIKERS...diorang semua sporting.. team memang gempak punya.. 

Kepada semua lady bikers kat Malaysia ni.. Orlylove harapkan korang bermotorlah dengan cara sihat.. janganlah berkonvoi dengan cara bahaya dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain..ok.. 

Janganlah korang bermegah sampaikan ada berbalah sesama Umat.. semata-mata MOTOR KAWASAKI dan MOTOR DUCATI tak leh berkonvoi bersama.. hehe.. 

NATIJAH NYER kisah Orlylove dengan BFF di atas..adalah.. kalau nak menimba ILMU BIAR Ikhlas.. jangan datang ke kelas kerana ingin bergaya dan hanya.. ingin mencarik perhatian.. bukan niat untuk tumpu pelajaran.. kan Allah dah kasi CASH perhatian yang ku inginkan.. 

THANK YOU ALLAH..   

I wanna thank you for all the things that you've done