Monday, 10 March 2014

MH370 Hilang: Serpihan Berhampiran Pulau Tho Chu Bukan Milik MH370 – DCA #PrayForMH370


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan bahawa serpihan yang ditemui berhampiran Pulau Tho Chu adalah daripada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.
Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura.
“Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan,” katanya.
Post a Comment