Saturday, 1 March 2014

KISAH BENAR..PENJAGA KANAK-KANAK CUAI..MENGUNDANG PADAH...NAK SALAH SIAPA?

Ya Allah Ya Tuhanku...Mengucap panjang aku membaca berita harini di paparan akhbar Metro mengenai Kes Bayi Lemas Dalam Tong Simpanan Air... 

Orlylove ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap kisah ini membuka mata semua pihak dalam kes kecuaian penjaga kanak-kanak.... tak kisah ler..ibu dan bapa, nenek dan datuk sendiri, saudara mara mahu pun pihak taska dan pusat asuhan kanak-kanak. 

Bagi menyelesaikan masalah kecuaian dalam menjaga kanak-kanak ni.. banyak pihak kena menggembling tenaga... ingatlah.. anak-anak kita adalah amanah daripada Allah S.W.T untuk kita sebagai umatNya.. so.. kene lah kita peka dan lebih berhati-hati walaupun kita pegang kepada QADA' dan QADAR..

Aku terpanggil nak tulis kisah Kecuaian ini di sebabkan aku juga INSAN yang alpa dan ada sedikit kecuaian dalam menjaga anak-anak aku.. ni aku bukan nak bukak pekung di dada..tetapi., aku harap semua pengasuh anak-anak kecil lebih berhati-hati selepas ini., 




KES KECUAIAN ANAK LEMAS DALAM BALDI

"Orlylove pernah mengalami detik cemas di mana Baby Rayyan sendiri termasuk dalam baldi yang berisi air PENUH dan dia seperti LEMAS dalam beberapa SAAT... ketika itu aku terlupa membawa tuala mandi yang aku letak di atas meja makan dekat dengan bilik mandi.. aku confidence yang Rayyan sudah pandai berdiri dan berpegang kuat pada baldi yang sedang di isikan air untuk mandi.. 

Aku melangkah keluar dari bilik mandi hanya untuk beberapa saat.. aku agak-agak dalam 5-6 saat sebab aku berlari sambil tinggalkan Rayyan sendirian.. Aku masuk ajer.. tengok badan dia dah separuh dalam bekas baldi yang berisi AIR untuk mandi.. aku sempat tarik baju dia dan dia lemas dalam beberapa saat.. 

Ya Allah yang Tuhan ku..  KAU masih beri peluang untuk aku menjaga amanahmu...nangis aku sambil aku peluk erat badan Rayyan yang kesejukan.. Aku LUPA yang aku memegang amanah ALLAH .. dan anak yang aku harapkan untuk berdiri sendiri sebenarnya belum pandai untuk berdikari..,Rayyan baru mencecah umur 10 bulan ketika itu..

SEKALI lagi aku buat kesilapan besar dengan keputusan yang salah untuk anak kecil ku.. time tu..aku terpikir pasal nasib yang kurang baik menimpa ibu-ibu atau bapa mahupun sesiapa yang menjaga anak kecil sehingga anak itu menemui ajalnya di sebabkan kecuaian KITA ORANG TUA.!!!!!!!!

SELEPAS KEJADIAN KECUAIAN ITU, 
  • Aku tidak lagi berani tinggalkan anak-anakku mandi sendirian di bilik mandi.. kalau tiada pengawasan orang dewasa
  • Aku tidak AKAN tinggalkan anak-anakku di dalam kereta walaupun hanya seketika untuk membeli barang di kedai..walaupun kereta berhampiran dengan kedai kalau tiada orang dewasa di dalam kereta.
  • Aku akan pegang tangan anak-anak ku kalau aku berjalan di tempat awam seperti shopping complex, pasar malam atau tempat-tempat sesak dengan orang.
  • Aku tidak berani lagi letak barangan tajam seperti pisau potong buah dia atas meja selepas selesai menggunakan pisau.
  • AKU AKAN PASTIKAN Puting botol susu anak-anak selamat dan tidak boleh menyebabkan mereka TERSEDAK SUSU.. dan tidak akan beri minum susu ketika mereka tidur...banyak kes bayi tersedak susu sekarang ni..
KES-KES yang pernah terjadi di hadapan mata Orlylove tengok pengasuh kanak-kanak SELALU CUAI yang boleh mengundang PADAH

  • ANAK HILANG DI PASAR MALAM- Kes begini selalu terjadi apabila bapa yang membawa anak mengharapkan anak mereka mengikuti mereka dan pegang mereka ketika mereka berada dalam pasar malam yang sesak. TETAPI.. ANAK ni sibuk tengok barang.,.ibu dan ayah leka dengan membeli barangan.. bila pusing-pusing anak dah tak ada.. panic.. ler.. memang kena JERIT-JERIT le nama anak..
  • BABY TIDUR DALAM KERETA TERKUNCI ketika ENJIN MASIH HIDUP- Kes begini selalu berlaku kalau kita guna kunci kereta automatik yang pintu kereta boleh terkunci selepas beberapa minit. Pintu kereta kita telah di setkan pada sensor alarm untuk LOCKED. Sure korang gak panik. 

    kalau korang tak matikan enjin kereta, korang keluar sekejap dan pintu kereta di tutup rapat..tiba-tiba LOCKED semua pintu..kalau korang di luar..ada kunci pendua ok.. kalau tak ada.. panggil orang buka dengan master key mereka.. RM200 tau.. adik aku pernah kena...kunci tertinggal dalam ketika enjin pasang..
  • Membiarkan pagar rumah terbuka dan anak-anak asuhan sedang bermain berhampiran dengan pagar..sehinggakan ada seorang daripada mereka keluar mengejar bola dan ada kereta lalu..nasib kereta tidak laju.. menjerit semua orang
  • BAPA MEMBIARKAN ANAK DI ATAS MOTOSIKAL SEORANG DIRI sambil bapa masuk ke kedai membeli ROKOK.. walaupun seketika perbuatan itu TERLALU BAHAYA untuk seorang kanak-kanak.
Aku sarankan kepada semua yang memegang amanah menjaga anak-anak kecil..

  • LEBIH PEKA dan ada rasa tanggungjawab dalam diri untuk menjaga anak-anak kecil kerana ALLAH S.W.T
  • PELBANYAKKAN membaca dan MEMPELAJARI bagaimana untuk menguruskan RISIKO di rumah mahupun di luar kawasan rumah dengan anak-anak
  • JADIlah kawan rapat untuk anak-anak kita bercerita apa yang terjadi dalam hidup mereka seharian ketika ketiadaan kita di rumah.
  • JANGAN PIKIR PASAL MASA sehingga anak kita tergadai
  • Bersedia dengan kelengkapan lengkap sebelum kita ingin memandikan bayi kita seperti, tuala mandi, sabun mandi, bekas mandian yang selamat dan hati-hati dengan langkah kita ketika mendukung bayi atau nak kecil.
  • ADA PIHAK YANG berwajib mewujudkan dan mewartakan KELAS-KELAS PENJAGAAN ANAK-ANAK KECIL KEPADA IBU BAPA yang BARU MENDAPAT ANAK-WAJIB LULUS..macam kursus perkahwinan tu..huhu sebab meningkatnya kes-kes KECUAIAN IBU BAPA PENGASUH ANAK-ANAK KECIL dari masa ke semasa.
**NASIHAT DI ATAS ADALAH UNTUK PERINGATAN DIRI ORLYLOVE SENDIRI dan kepada semua insan-insan yang memegang amanah untuk menjaga anak-anak kecil sehingga mereka dewasa. 
Post a Comment