Thursday, 6 March 2014

PROJEK ANTI-PORNO PERTAMA DI MALAYSIA -GEMPUR

Assalamualaikum.. Semua .. 

RISAU KALAU ANAK TERKLIK LAMAN WEB YANG SALAH 18SX..

Banyak benda buruk terpikir di kotak fikiran Aku sebagai IBU kepada 4 orang anak-anak kecil ketika mereka berhadapan dengan komputer yang ada sambungan internet.. 

Korang sure cakap.. Ala.. Orlylove.. anak-anak tu kecik lagi.. bukan terror lagi nak klik laman-laman web yang tak elok.. AAArrrgh.. itu betul..tapi Orlylove geram betul dengan Pereka-pereka games kanak-kanak yang menggunakan objek-objek yang menggairahkan untuk anak-anak kecil.. pening pikir .. sebab diorang hanya main games.. contohnya.. game barbie ..yang ada cium-cium.. dengan si Ken tu.. Weei.. budak lagi tu..tapi.. aku nak marah pun tak boleh .. mereka ada hak untuk reka dan keluarkan produk yang begitu.. 

Kengkadang Orlylove dah tolong buka Youtube untuk anak-anak tonton yang baik-baik.. seperti.. ABC SONG.. LEARN ABC.. tengok2.. sebelah list ada terselit YOUTUBE yang agak kurang enak di lihat oleh anak-anak kecil.. huhu.. kelam kabut Orlylove suruh tukar page lain.. WWWaaaa.. dunia..dunia.. 

Aku sebagai Ibu kena ambik langkah bijak untuk tangani masalah lambakan laman web LUCAH, GAMES LUCAH dan gambar-gambar yang tak sepatutnya.. anak-anak KECIL layari.. opss.. aku tak cakap pasal orang tua boleh tengok benda-benda lucah ni yek.. Sekarangni .. Orlylove nak fokus kepada anak-anak ku yang masih suci untuk melihat gambar-gambar yang aku sendiri jijik nak tengok.. 

Seronok betul menggoogle hari ini sehingga Orlylove terjumpa laman web ni.. 

"GEMPUR
 PROJEK ANTI-PORNO PERTAMA DI MALAYSIA"



Nanti Orlylove nak install dalam PC yang ada di rumah..ni..biar PC di rumah ni..terhidar dari perkara-perkara yang HARAM untuk di lihat.. hehe. 

Jom kita install beramai-ramai.. k..

Projek GEMPUR - ANTI-PORNO ni diilhamkan oleh seorang Insan yang bernama Haidy Sulaiman sebagai pengasasnya. 

Memang tepat lah pada waktu nyer.. sebab terlalu ramai anak-anak kecil/remaja yang tidak bersalah dan mereka menjadi mangsa keadaan dalam kes-kes mempuangan bayi, kes rogol, kes sex rambang dengan rakan-rakan ..eii.. geli ler.. nak tulis.. nauzubillahiminzalik

Sama-samalah kita memperkukuhkan dan terapkan nilai-nilai kehidupan ISLAM dalam keluarga kita demi masa depan anak-anak dan bangsa melayu ISLAM. 


Post a Comment