Tuesday, 25 February 2014

ORLYLOVE DAPAT LAMARAN DARI ASTRO OASIS "SALAM MUSLIM"

KENANGAN TERINDAH ORLYLOVE BERSAMA RAKAMAN RANCANGAN 
"SALAM MUSLIM" DI ASTRO OASIS 106


Aku menerima panggilan dari satu nombor yang tiada dalam senarai member2 dalam simpanan handphone Aku...jengg jengg..jeng.. alamak.. dah miss call.. sorry .. kalau tak kenal.. Aku tak akan call balik kecuali .. pemanggil meninggalkan sms..huhu.. 

dah 5 kali miss call ni.. sorry le.. bro..Aku tido ler.. TENSION TAK TERIMA BR1M.. wakkkkaa.. rehat kan minda..kiki..RUPA-RUPANYA.. tawaran lagi HEBAT DARI BR1M menyusul.. syyyssshhsssss..

Bila petang, sambil aku rehat-rehat dengan anak-anak.. masuk satu ring tone.. kriiingggg.. HA!! nombor yang miss call sampai 5 kali tu call lagi.. 

" Assalamualaikum.... Ya..saya..kenapa?.. Ha..yer ker,,,bestnyer,.ok bila tu..? erm..saya masuk TV? Erm.. You bawak semua Crew ker? channel aper? Haaa... saya tak ada ASTRO ler.. dah lama sekat.. sebab pakai UNIFI.. ok..ok.. boleh bawa satu famili ker? ok.. saya datang dengan my belove husband dan anak-anak.. ok.. see ya.. tomorrow.. " 

Ha..korang tak payah ler..tau aper yang PENERBIT Rancangan itu cakap yek... korang bayangkan jer lah soalan dia..berdasarkan jawapan saya.. kekeke..

TAPI AYAT BEST YANG DIA CAKAP ADALAH.. "Maaf puan.. saya PENERBIT RANCANGAN SALAM MUSLIM DI ASTRO OASIS..saya baca BLOQ PUAN.. " 

Pergh.. sorry beb..saya bukan nak Riak tapi terlalu Happy maa..sebab kerja jari jemari menaip keyboard ni..di hargai oleh seorang PENERBIT RANCANGAN TV.. 

OK..aku ni.. dah ler.. tak pernah masuk tv.. hehe..korang jangan ler..ingat AKU NAK MASUK DALAM TV YERK..hehe.. AKU PERLU TV YANG 40 inci ke atas kalau aku NAK MASUK DALAM TV tu.. kekeke...lawak hentam saja ko labu.. 

Nak glamor bukan niat di hati.. cuma aku panic.. tak ada baju yang glamour dan trend terkini.. Time ni ler.. baru pikir.. kenapa aku tak carik SPONSER .. wahhaha.. banyak butik-butik online.. nak kasi sponser ni.. kekeke.. 

STOP!!! INGAT ORLYLOVE.. kamu tu bukan ARTIS .. bukan Prof.Br. Orlylove.. Penceramah Bebas.. untuk AKU KAYA ker??.. stop berangan.. 

Waaaa.. masalah .. ni.. releks.. Orly..jangan panic.. tarik nafasss.. lepas.. tarik nafasss lepas.. ni bukan rancangan untuk ko jadi artis pun.. pakai jer ler.. seadanya.. jangan nak hypocrite depan orang.. ko adalah ORLYLOVE..so..jadilah ORLYLOVE... 

Sepanjang sessi rakaman berjalan.. aku terharu di sebabkan Adik lelaki aku membawa anaknya bersama untuk memberi sokongan kepada kakaknya.. hehe.. korang layanzz jer lah .. kenangan terindah aku.. ni....

 Rakaman sedang bermula ....banyak soalan untuk dijawab macam nak mintak kerja.. jawatan CEO..

 Senyum sikit.. Anak-anak kena main jejauh.. dulu

 Abang cameramen  tengah shoot scene aku beriadah bersama keluarga tercinta... 

 sempoi ajer dua orang adik  ni layanzzz ketika sessi pengambaran berjalan.. hehe.. so sweet.. 


 Sara malu-malu dengan abang kamera


 Kakak Mazwin.. malu-malu kucing nak melemparkan senyuman.. yang si Qalesya tu ha.. buat-buat macho tak suka tengok kamera..hehe.. 

 Ha.. tonggeng bang.. untuk dapat shoot terbaik ..di benarkan.. hehehe.. 



 yang baju putih tu..Orang Kuat Tuan Producer En. Azly Murad


 Penuh dah kerusi taman ni.. dengan family Orlylove.. hehhe.. 


Buai laju-laju.. Aku nak kawin dengan Anak RAJA.. ekkekke.. yang comel lotey..sebelah Qalesya ni.. Anakanda Saudara Aku.. Raja Hannah Aqilah.. Thanks datang kerana beri support kepada bonda..  


" Aku Orlylove beserta dengan keluarga.. ingin memohon ampun kepada Team Penerbit SALAM MUSLIM, kalau membuatkan uols terpaksa memberi lebih masa untuk kami bermain-main dengan shoot-shoot yang cantik untuk uols..


Sorry beb sebab ini 1st time kami sekeluarga beraksi untuk sebuah produksi rancangan TV.. best bekerja dengan orang-orang kuat yang telah memenangi Anugerah Skrin (ASK) 2013 bagi kategori Dokumentari / Majalah Terbaik - Salam Muslim (ASTRO OASIS) -kredit kepada Encik Azly Murad Bin Ramly atas usaha kuat anda ini .. yang cuba menghubungi saya hingga selesai tugas yang dituntut oleh pihak produksi. 

Terima Kasih juga di panjatkan kepada Adikandaku yang tercinta..orang kuat SILVER BLUE PHOTOWORKS.. MIOI.. kerana sudi TERJAH untuk mengambil moment terindah dalam hidup AKU ORLYLOVE... 

Tarikh 23hb Feb 2014 adalah tarikh yang tidak akan aku lupakan.. 
Wasalam.. 

Monday, 24 February 2014

RAKYAT SELANGOR DAPAT BR1M, TAPI AIR TARAAAKKK.. SABARRRRR.. DARI SYABAAASSS..


Sedih Orly tengok gambar di bawah Dugaan di musim kemarau.. 
Maaf kalau tajuk di atas menyebabkan ada insan-insan tersinggung.. Orly tak de niat.. tapi.. inilah hakikatnya.. Setelah sebahagian besar rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan  memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana menerima bantuan kewangan dari pihak KERAJAAN, kita diduga dengan ketiadaan air di rumah.. 


Ehsan dari Sinarharian...

Bersabar yer adik-adik dan ibu-ibu semua.. saya ada anak saya tahu bagaimana keadaan ketika ketiadaan air.. dengan baju tak dapat nak basuh berhari-hari.. makanan tak dapat nak masak dengan baik.. sure makan luar ajer.. lepas tu.. duit pun makin berkurangan.. dan macam-macam lagi dugaan ..dengan sakit perut nak berak lagi.. nak mandi.. kalau sehari tak ada air pun kita dah tak selesa.. badan dah bau acheemm..hehe.. dengan nak solat.. nasib nak ambil wuduk hanya guna air yang sedikit sahaja pun sah solat kita..

Opss..cukup orlylove..jangan mengeluh..ni semua dugaan Allah.. kita manusia menerima setiap ujian Allah dengan redha dan menganggap ini satu rahmat dariNYA.. 

Korang bayangkan.. bila tak ada air.. kemarau.. perniagaan air kelapa yang selama ini kurang sambutan..akan mendapat sambutan HANGAT tak gitu..? 

" Orang yang berniaga di kawasan KL..tempat yang ada air..akan dikunjungi ramai pelanggan dari masyarakat setempat berasal dari kawasan SELANGOR..yang mengalami masalah bekalan air..  tak gitu..? " REJEKI.. REJEKI.. hehhehe.

NI SEMUA SATU RAHMAT untuk satu pihak dan DUGAAN untuk pihak lain terima dengan perasaan SABAR... 

ANTARA KAWASAN-KAWASAN YANG TERJEJAS

Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya


Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT
1
Taman Setia, Balakong
10
Taman Sri Indah
2
Desa Karun Mas
11
Taman Impian Ehsan
3
Taman Cheras Jaya
12
Taman Suria
4
Taman Bukit Emas
13
Taman Kasturi
5
Taman Impian Indah
14
Kampung Baru Balakong
6
Taman Sejati
15
Taman Seri Sungai Long
7
Taman Bukit Sungai Long
16
Taman Seri Kenangan
8
Taman Taming Indah
17
Batu 11, Jalan Cheras
9
Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
18
Taman Balakong Jaya
JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430
WILAYAH KUALA LANGAT
1
Kampung Olak Lempit
11
Taman Sri Dagang
2
Kampung Bukit Changgang
12
Taman Ambar
3
Kampung Labohan Dagang
13
Taman Langat Murni
4
Taman Changgang Jaya
14
Taman Langat Utama
5
Kompleks Perabut  Olak Lempit
15
Taman Murnimas
6
Rtb Bukit Changgang
16
Taman Sri
7
Bandar Seri Ehsan
17
Taman Sri Cheding
8
Bandar Mahkota
18
Sekolah Tamil Sungai Sedu
9
Bandar Sungai Emas
19
Selangor Dredging
10
Taman Arked


JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573

Dalam masa yang sama, sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa  kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.  Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1
Bandar Tun Hussien Onn
2
Saujana Impian

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT

1
Batu 7 ijangkang
8
Taman Permai Sijangkang

2
Batu 8 Sijangkang
9
Taman Sijangkang Indah

3
Batu 9 Sijangkang
10
Taman Medan Indah

4
Batu 9 Kg Medan
11
Taman Perwira

5
Batu 9 Kebun Bharu
12
Taman Sijangkang Jaya

6
Taman Desa Sijangkang
13
Taman Seri Medan

7
Taman Rivera Perdana



JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR
1
Angsana Hilir
34
Taman Tayton View
2
Ampang Hilir
35
Taman Connaught
3
Taman Pertama
36
Pandan Prima
4
Taman Bukit Pandan
37
Taman Tenaga
5
Kg Pandan Luar
38
Taman Ikan Emas
6
Kg Pandan Dalam
39
Sebahagian Bandar Tun Razak:
7
Taman Koperasi Polis

  • Hospital UKM (HUKM)
8
Taman Desa Baiduri

  • Jln Tenteram
  • Jln Yaakob Latif
9
Bandar Damai Perdana
40
Taman Midah
10
Taman Damai Perdana
41
Taman Desa Aman
11
Taman Desa Cahaya
42
Taman Rajawali
12
Taman Sri Bahagia
43
Taman Cheras Makmur
13
Taman Bukit Anggerik
44
Kg. Cheras Baru,  Bukit A & B
14
Taman SPPK Bkt Cheras
45
Sebahagian Kawasan Damansara:
15
Taman Orkid Desa

  •  Jalan Segambir
16
Taman Segar

  • Jalan Belimbing
17
Taman Billion

  • Jalan Setiabistari
18
Taman Supreme

  • Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19
Taman Cheras

  • Jalan Setiabudi
20
Taman Cheras Utama

  • Jalan Setiarasai
21
Taman Cheras Hartamas

  • Jalan Setiarayai
22
Taman Bkt Segar Jaya

  • Jalan Setiajaya
23
Bandar Baru Segar Utama

  • Jalan Medan Setia
24
Taman Damai Indah

  • Jalan Setiabakti
25
Taman Minang Ria

  • Jalan Setiakasih
26
Taman Bukit Angsana

  • Plaza Damansara
27
Taman Suria Jaya

  • Taman Seri Beringin
28
Taman Len Seng


29
Taman Desa Cheras


30
Taman Alam Damai


31
Taman Maluri


32
Taman Bukit Segar


33
Taman Bukit Segar Masera


JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826
WILAYAH HULU PETALING

1
Puchong Jaya
4
Kawasan Perindustrian Bandar Puchong

2
Pusat Bandar Puchong
5
Taman Bukit Kuchai

3
Taman Wawasan



JUMLAH PINTU RUMAH: 11,529


  • Nasihat orlylove, dalam keadaan cuaca panas dengan air tiada ni..jangan lah pulak ada orang yang suka buka baju "berlenggeng" kata orang tua-tua..lepas tu.. diri kat tingkap-tingkap rumah.. buruk nampak dek jiran yang lalu.. walaupun panas, aurat masih kena jaga..baik lelaki .. mahupun perempuan..
  • Kurangkan minum ais batu..sebab nanti badan kita akan terhidrat oleh air di sebabkan cuaca terlalu panas.. (dehydration).. tapi.. tipu LAH dengan cuaca panas ni ramai nak order air PANAS.. hehe.. lagi-lagi ORLYLOVE.. hehe.. aper pun.. minum air kosong yang banyak ler.. yer..
  • Ada peluang untuk menadah air/menyimpan .. pegilah beli tong-tong besar untuk simpan air.. kalau dah simpan..senang.. kalau air masih ada..tiada gangguan bekalan..biarkan dalam tong simpanan.. satu hari kalau air tak ada boleh guna.. AIR SIMPANAN TAK ADA TARIKH LUPUT>..kecuali.. air tercemar dengan tahi cicak dan serangga masuk seperti lipas dan nyamuk membiak.. so..kena tutup tong air tu yer..
     
  • kalau kasawan yang ada gangguan air berjadual.. perlulah guna air dengan bijak.. seperti.. Air basuhan yang keluar dari washing machine kita tu.. try tadah masuk dalam besen atau tong..untuk kita guna basuh toilet..setelah kita "MEMBUANG".. kalau tengah tak ada air nanti.. wangi..ajer air kumbahan nanti.. hehehe.. kesan sabun banyak lagi..hihihi..

    Boleh gune untuk siram pokok bunga..TAPI..UNTUK SESIAPA BASUH KAIN GUNA BAHAN BASUH ORGANIC AJER YER.. ehhehe.. seperti produk cuci dari ORGANIK..
  •  Kalau siapa yang ada perangai suka tukar-tukar baju macam pelakon filem Hindustan tu.. setiap jam nak tukar baju...tu.. ubah ler..sikap.. AIR TENGAH KENA CATU NI..(MACAM PERANGAN I KECIK-KECIK..mak I cerita ler..ANAK I pun dah IKUT>. sehari rasanya.. lebih 5 helai tukar.. )

    TAPI!!!Janganlah mengambil kesempatan di atas keadaan Sungai kering..air di catu.. sampaikan uolsss..tak tukar baju sampai seminggu... pakai..gantung.. pakai.. gantung.. eheeem.. kalau korang jalan sehari dibawah panas terik..peluh dah mencucuri rahmatnya.. so..korang rasa hormon korang tu tak dirembes dengan baiknya sehingga peluh dijangkiti BAKTERIA.. ?

    Please.. dengan air TARAK..PANAS TERIK.. TEKAK DAH NAK SAKIT.. KERING.. lepas tu..HIDUNG lak dicucuk dengan BAU KORANG yang ACHEMMMM.. mau pengsan lepastu.. hehe.. 
BERJIMAT MEMBAWA BERKAT..

WASALAM.. 

Baca selanjutnya warkah dari pihak SYABAS

Sunday, 23 February 2014

PENIAGA BUKAN ISLAM GUNA PEKERJA MELAYU INDON DI KEDAI MAKAN

Saya Mulakan dengan Bismillahirahmannirahim.. 

Aku Orlylove terpanggil untuk meluahkan rasa kurang senang aku dengan segelintir masyarakat ISLAM yang memandang mudah dengan makanan yang kita makan seharian dengan sewenang-wenangnya. 








" HALAL?..Tak ada BABI punya.. BOLEH MAKAN.. ALA..jangan takut.. TENGOK SEMUA MELAYU MAKAN .. Ha..Yang pakai tudung pun ada kat dalam..restaurant ni.. HALALLLLaaaa.."












Aku nak citer pasal kenalan aku seorang perniaga berbangsa bukan ISLAM membuka gerai jual makanan yang nampak simple dan menarik perhatian semua bangsa di Malaysia ni.. untuk menikmati sajian seperti, ROJAK BUAH, POPIA BASAh, BUAH POTONG, dan AYAM Goreng Crispy.. 

Mula perniagaan kurang maju di sebabkan dia menjual di kawasan yang rata-rata pengunjungnya MELAYU dan peniaga itu adalah bapa kenapa kenalan aku sendiri... so.. nak pendekan cerita.. perniagaan di ragui sebab muka bukan MELAYU.. 

PERNIAGAAN berjalan kurang lancar selama 3 bulan dan makin lembab. Adalah seorang rakan aku ni.. menasihati kenalan perniaga makan ni.. 

" You kena tukar strategy .. sebab orang MELAYU takut nak makan..sebab bukan melayu yang JUAL...so you kena hire orang indon pakai tudung.. nampak macam ISLAM.. jadi PENJUAL.. "     

Wah.. business MENJADI.. ramai MELAYU membeli..

Aku yang ada di kawasan perniagaan berasa sedih dan mana yang aku tegur untuk memberi tahu .. aku try sapa.. tapi.. ada kalanya aku berasa bersalah pula dengan kenalan aku yang mula nak berniaga.. 

Persoalan nya.. Orang kita juga.. kalau dah nampak 
TULISAN PAPAN MENU ADA TULIS MENU DALAM BAHASA LAIN SELAIN BAHASA MALAYSIA... patutlah di ragui.. 

KITA RAKYAT MALAYSIA SEMUA orang tahu bahasa MALAYSIA.. 
oo.. ada orang cakap untuk 1 MALAYSIA kena tulis banyak BAHASA .. 
TAK ADA MAKNA NYA... 

Amalan biasa orang MELAYU ISLAM MALAYSIA amalkan ketika memilih tempat MAKAN ADALAH:

  • KALAU KEDAI MAKAN ITU MEWAH.. DAN CANTIK.. tak kisah siapa memasaknya.. TAK PERLU SIJIL HALAL JAKIM..- Boleh MAKAN
  • Kalau kedai MAKAN ITU nampak ada pelanggan muka MACAM MELAYU.. TAK PERLU WAS-WAS.. SURE HALAL..Nyer.. nak nak.. ADA WANITA BERTUDUNG.. sedang menjamu SELERA..
  • Semua orang ISLAM di MALAYSIA dok kacau perniaga CINA, INDIA yang tak ada TANDA HALAL JAKIM.. tapi.. korang ada pernah was-was tak dengan RESTAURANT THAI?.. Comfirm HALAL? tak semua restaurant THAI adalah perniaga ISLAM..
  • Masakan yang di jual oleh perniaga INDONESIA..muka MELAYU tapi bukan ISLAM?.. janji pakai TUDUNG.. ok ajer.. 
  • ASAL MUKA MACAM MAMAK..HALAL.. 
  • Kalau makan di tempat-tempat pasaraya MEGA-MEGA yang ada di bandar KL nun.. main makan ajer.. padalah.. budak yang ambik Order bertatu-tatu.. tukang masak dia pun macam Lu Langsi Lu Mati..wkakakka.. tapi.. confidence ajer.. sebab.. orang MELAYU kita ramai makan di sana.. jangan takut.. ada SIJIL HALAL.. Photostat RAMAI2..tampal tepi dinding nun.. 


" Nasihat Orlylove senang ajer.. korang nak saham akhirat banyak atau pandangan MULIA di mata DUNIA yang tinggi...kalau korang makan di tempat ada KLASSS kau MARIA..orang akan pandang kau banyak duit.. atau masak makanan sendiri nampak macam HINA miskin.. KORANG pikir ler.. sendiri.. ILMU yang kita timba dari kecil hingga ke besar.. kita yang boleh pikir mana yang baik mana yang buruk.. kalau makan makanan yang was-was kita akan di anggap MAKANAN SHUBAHAH..   " 

Sama-samalah kita tegur menegur untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.. Wasalam.. 


TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PRIHATIN..  

Thursday, 20 February 2014

GEMPAR ,, ANAK 4 TAHUN LUKIS GAMBAR HANTU YANG MENGGANGGU BELIAU SELAMA INI!!

Agak-agak meletooopss tak tajuk Aku? hehehe.. ini kisah benar,, tau.. bukan cerita dongeng.. 
Orlylove sekeluarga gelak besar bila menemui kertas kerja MAISARA anakku yang berumur 4 tahun ni.. SARA sekarang masuk sekolah tadika di Tadika Perpaduan. 

Alkisah cerita anak Orlylove yang pertama..si Kakak Mazwin, dia pun mendapat didikan awal seawal 4 tahun juga di sekolah yang sama.. tapi sempat 4 bulan sahaja.. di sebabkan cikgu yang terlalu garang dan bengis..dia berhenti tak nak sekolah.. sekarang.. perkara tersebut menular ke adik nyer.. pulak.. baru sekolah sehari dua semangat.. lepas tu.. cuti panjang raya cina.. terus malas malasan dah.. 

Sekarang ni.. kisah aku mengangkat SARA dan memujuk beliau setiap pagi bermula.. hehe.. kadang elok kadang susah.. tapi In Sha Allah lepas ni..harap-harap ok ler.. aku dah bincang dengan guru kelas yang dia pemalu orang nyer.. so kena pandai pujuk..jangan guna kekerasan SUARA jerit-jerit..dia takut sikit.. hehehe.. suara MAMA dia macam bunyi petir..ok.. itu MAMA dia..kikiki..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
CIKGU MULAKAN KELAS DENGAN AKTIVITI MEWARNA NOMBOR.. 
CANTIK TAK..?..ok ler.. Mama kasi ***** Bintang.. 
untuk anak Mama.. SARA  yang baru umur 4 tahun.. 


TARAAAA.. bila cikgu dah suruh melukis APA SAHAJA.. ACARA BEBAS... 

HANTU 1

Mata BULAT, TANGAN BANYAK..KAKI 2..DAN PAKAI BOW TIE.. hehe..


HANTU 2
MATA BESAR, TANGAN 2, KAKI 2 dan BEREBEN di KEPALA


BARU BELAJAR SALIN PERKATAAN DAN NOMBOR


CIKGU SURUH TULIS HURUF " a "
SARA TULIS NOMBOR  " 9
TERROR TAK?..hehe.. 


CIKGU AJAR TULIS HURUF " A " BESAR 
SARA LUKIS KAWAN DIA ..HAHAHA..


BILA DAPAT PELUANG LUKISAN "BEBAS"...

TARAAAA.. 

KAWAN-KAWAN SARA SEMUA KELUARRRR...EEEEiii.. SERAMMMM.. hihihi

KETURUNAN HANTU-HANTU.. 
BERAMBUT PANJANG, TERCACAK-CACAK, TANGAN 2, BADAN TINGGI DAN KAKI 2

TAPI..MATA HANTU KALI NI.. BULAT  DAN TUTUP..MUNGKIN SUKA TIDUR..



Mungkin ini yang SARA nampak selama ini..membuatkan dia takut nak ke SEKOLAH.. ramai tu.. 1 family.

CIKGU SURUH TULIS NOMBOR " 3
TAPI SARA DAPAT LUKIS.. 
KAWAN-KAWAN DI LAGI.. 3 EKOR.. RISAU KAN MAMA.. 


" Kepada sesiapa yang boleh menilai LUKISAN-LUKISAN berharga ANAK kedua saya ini..Boleh lah kasi Komen..Mungkin LUKISAN ini akan jadi LUKISAN paling berharga kepada ORLYLOVE satu hari nanti..hehe..Boleh lawan LUKISAN MONALISA..hehe..

Semua lukisan di atas, di lukis ketika SARA baru masuk kelas..dalam seminggu belajar..lepas kami jumpa lukisan SARA.. Kami sekeluarga memuji beliau dengan bertepuk tangan beramai-ramai untuk menghargai beliau sebab sudah pandai MELUKIS.. tanpa kami mengajar bagaimana nak lukis ORANG.. 
Mungkin saya banyak melihat kakak dia MAZWIN melukis dan dia ingin cuba sendiri..

Saya cuba memperbaiki lukisan SARA dengan memberitahu.. 
" SARA.. KITA MANUSIA..COMEL.. CANTIK.. Dan Tak tinggi MACAM dalam lukisan SARA ni..lepas ni.. SARA buat ORANG pendek sikit dari LUKISAN SARA ni..yek.." 
DAN .. SARA MENGANGGUK SETUJU.. hehehe.. 


SUSULAN KISAH SARA
KISAH YANG MUNGKIN KORANG NAK BACA..

KECOH BILA PETROL "PETRON" FREE RM50..CEPAT..KEJAR..“Petrol Crazy” FireFly

Pagi ni aku masuk opis..kecoh ada sorang member aku ni..isi minyak..dia dapat FREE RM50 apabila diaisi di PETRON Jalan Klang Lama. Siap call semua adik beradik pergi..DAH.. SATU famili kenyang PETROL RM50 setiap satu kereta.. 

PERGH..TAWARAN APER NI..? EXTRAVAGANZA SUNGGUH..tak rugi ker kedai minyak tu? Bila aku check dengan orang kerja PETRON sendiri..dia pun tak tahu.. huhu..rupa-rupanya.. 

BETUL-BETUL DAPAT...KEJOR YOEP KEJOR....

A Firefly air stewardess helping a lucky winner fill up free petrol at a Petron station in Subang.

Listen up and rush for free petrol


THE “Petrol Crazy” campaign offering petrol as prize started off with a bang on Monday.

It saw many Red FM and Suria FM listeners rushing to two petrol stations to claim their free petrol after being given a password on air.

Under the campaign, launched by Petron Malaysia and airline company Firefly, listeners of the two radio stations could win up to RM100 worth of ‘Blaze’ 97RON fuel between Feb 17 and 28.

Two selected Petron stations nationwide will be selected each day, with its locations to be revealed on air three times a day.
Each day, listeners would have to tune in to either Red FM or Suria FM to listen for the secret password which they need to redeem the petrol.
They then have to drive to the said Petron stations to redeem RM50 worth of petrol.

Firefly customers who have purchased any of their flight tickets during the campaign period will be eligible to receive RM100 worth of petrol with each password.


Red FM radio deejays JJ and Lil' Kev (left) helping a lucky customer pump in free petrol in conjunction with the Petrol Crazy Campaign while Star Radio Group chairman Datuk Borhanuddin Osman (fourth right), Firefly chief executive officer Ignatius Ong (second right) and Petrol head of retail sales Faridah Ali (right) looks on

Red FM radio deejays Lil’ Kev (left) and JJ helping a lucky customer to pump free petrol in conjunction with the Petrol Crazy Campaign. Looking on are Star Radio Group chairman Datuk Borhanuddin Osman (fourth right), Firefly chief executive officer Ignatius Ong (second right) and Petrol head of retail sales Faridah Ali (right).


Only one name per booking number is eligible for the reward during the redemption period.

Each day’s password would be valid for either one hour after it is given, or until each Petron station runs out of their daily quota, whichever came first.
The first password was given on Monday, and radio listeners soon turned up at one of the competing Petron stations in Sunway.

As the first winner drove in, she was greeted by photographers and reporters. Minutes later, other listeners turned up eager to cash in on the free fuel offer.
The nationwide promotional campaign is being funded by Petron, Firefly, and the Star Radio Group, and is set to cost RM72,000.

“This is our first foray into a partnership with a petrol company. It will be interesting to see what it’s like giving out free petrol,” said Firefly chief executive officer Ignatius Ong.

Star Radio Group chairman Datuk Borhanuddin Osman said the campaign was about combining new and fresh companies.
“So, happy filling, happy flying, and happy listening!” he said

Tuesday, 18 February 2014

TERGEMPAR CIKGU TAK BOLEH DENDA ANAK MURID!!!.. APA PUN TAK BOLEH!!!..

HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL
  • Berdiri lama di tengah PANAS
  • Lari Keliling Padang 
  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah 
  • Memukul diri sendiri / Sesama sendiri 
  • Berdiri di atas kerusi atau meja
  • Menarik rambut/ tarik telinga
  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
  • Junjung Kerusi / Buku
  • Cubit
  • Enjut/Ketuk ketampi/ mendada
  • Ketuk / Sekel kepala
HUKUMAN TERHADAP EMOSI
  • Gunting Rambut
  • Berdiri membuat latihan
  • Berleter
  • Gantung tulisan di badan
  • Memalukan di khalayak ramai
  • Kelas tahanan pada waktu rehat
  • Memaki hamun
  • Conteng muka dengan kapur
  • Koyak buku latihan 
  • Mengugut atau menggertak murid
  • Tidak menghiraukan murid
  • Tidak menanda buku latihan

Mengucap panjang Aku Orlylove memikirkan nasib anak-anak zaman sekarang dengan peraturan undang-undang yang menyebelahi anak-anak tetapi kesannya akan membuatkan anak-anak zaman sekarang menjadi manja dan tingkah laku yang tidak terkawal di sebabkan arus teknologi yang pantas. 

Aku berpendapat, pihak Kementerian terpaksa membuat peraturan atau garis panduan mendidik dengan cara berhemah terhadap murid sekolah rendah mahupun menengah di sebabkan tersebarnya masalah disiplin guru-guru yang menyalahgunakan tugas mendidik anak-anak di sekolah dengan melepaskan perasaan geram terhadap mereka.

Kalau dulu, anak balik dari sekolah baru dapat cerita apa yang terjadi di sekolah dan ibu bapa terasa tindakan itu wajar untuk mengajar anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Zaman sekarang, ibu bapa banyak salahkan cikgu jikalau anak-anak mereka menerima tekanan dari tindakan guru itu mendenda anak murid di sekolah di sebabkan kedegilan dan perangai anak itu sendiri kerana tidak melakukan apa yang cikgu arahkan.

Kalau kita sebagai ibu bapa tidak dapat mendidik anak dengan cara terbaik, bagaimana pula cikgu di sekolah yang ada ramai lagi anak murid yang perlu mereka didik dan bentuk sahsiahnya?

Orlylove tidak juga menyokong jikalau ada guru yang berkasar dan bertindak di luar etika seorang pendidik dengan mengasari anak murid disebabkan perkara kecil seperti tidak siap kerja sekolah. Anak-anak zaman sekarang terdedah dengan dunia Massa yang memberi mereka input terhadap tekanan perasaan seperti kes-kes anak-anak bunuh diri disebabkan tindakan guru di sekolah mereka sehingga mereka mendapat tekanan perasaan. 

" Pokok pangkal, didikan agama dan jati diri murid perlulah dibentuk dari RUMAH mereka dahulu. Kita sebagai ibu bapa tidak boleh cepat melatah dengan guru yang mengajar anak kita di sekolah. Periksa dulu kesahihan deraan terhadap anak-anak kita. Adakah wajar cara guru tersebut, kalau boleh berjumpa secara peribadi dengan guru-guru yang mengajar anak kita adalah tindakan terbaik. "

CADANGAN ORLYLOVE TERHADAP GURU DAN IBU BAPA
  1. Jadikan guru-guru di sekolah anak-anak kita sebagai sahabat ibu bapa. Guru-guru perlulah membuka ruang untuk semua ibu bapa mengenali mereka secara lebih dekat dan mesra. Janganlah sombong sangat kalau dah bergelar GURU..begitu juga ibu bapa.. kengkadang Orlylove tengok.. ada ibu bapa yang SOMBONG dengan guru-guru...
  2. Buatlah kumpulan Chat dengan guru kelas dan ibu bapa untuk senang mereka mengetahui prestasi anak-anak kita secara harian dan perubahan anak murid di rumah dan di sekolah boleh di pantau dengan cara terbaik oleh ibu dan bapa. Orlylove pasti .. 97% ibu bapa dan guru zaman sekarang sudah memiliki alat perhubungan yang boleh mengakses kepada internet jalur lebar dan mempunyai handphone.
  3. Kalau kita sudah mengenali pendidik anak kita di sekolah dengan lebih mesra..anak-anak kita akan lebih menghormati guru di sekolah dan mereka takut nak melawan guru di sekolah sebab takut kena marah dengan kita sebagai ibu bapa.
  4. Terapkan perasaan sayang terhadap guru di sekolah dengan guru itu sendiri sayang terhadap anak murid. Sentiasa senyum dan Ikhlas dengan apa yang mereka curahkan. Janganlah rasa beban tugas dan tekanan keluarga guru tersebut menyebabkan ANAK MURID kena dera dan tempat guru lepaskan geram.
  5. PIHAK pengurusan sekolah perlulah kerap pantau tindakan guru-guru yang kurang bersopan dan senang melepaskan geram mereka dengan mengasari anak-anak murid di sekolah.
  6. Perkasakan team-team Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan kaunseling di sekolah untuk anak murid dan guru. Kerap buat pemerhatian untuk mengenalpasti anak-anak murid yang bermasalah dan jangan pinggirkan mereka.
      

Aku paham, mendidik ini memang sukar. Aku sendiri nak nangis memikirkan cara terbaik nak suruh anak-anak aku mendengar kata. Bila pikir-pikir, amatlah bertuah dan beruntung sekali kepada ibu bapa dapat anak yang mendengar kata, senang memberi arahan kepada anak-anak dan anak-anak dapat didikan yang sempurna dengan cara yang cepat. 

Orlylove harapkan semua pihak kena bekerjasama dalam tugas-tugas mendidik. Baik pihak sekolah, ibu bapa dan juga KEMENTERIAN PELAJARAN..(jangan lah suka bebankan guru-guru dengan tukar banyak silibus dan jangan mempolitikan sistem pendidikan MALAYSIA)


TINDAKAN IBU BAPA MEMBERI GAJET KEPADA ANAK MENGUNDANG PADAH!

Borang Permohonan SKIM MYHOME (Subsidi Rumah Pertama) | Tengok TV Online

Borang Permohonan SKIM MYHOME (Subsidi Rumah Pertama) | Tengok TV Online