Thursday, 13 February 2014

ANAK KURANG BERCAKAP..TAPI ADA KALANYA SUARA DIA PALING KUAT BERKATA-KATA

Hari ini aku ingin berkongsi kisah anak manja ku yang bernama MAISARA..

Sara seorang pendiam.. Ketika aku menulis kisah sara ni.. usia dia baru 4 tahun 3 bulan.. aku rasa semua salah aku..sebab aku buat kajian ketika sara membesar..korang nak tau tak..aper kajian aku buat untuk sara.. hehe.. kajiannye ada lah.. ketika aku mengandung..aku kurang cakap dengan sara.. ketika sara di lahirkan..aku kurang bercakap dengan sara.. aku nak TRY ..kalau aku tak bercakap dengan sara.. dan dia hanya dengar.. orang sekeliling cakap.. adakah dia akan belajar sendiri.. ?.. erm..

TERBUKTI..TIDAK.. WWWaaaa,,.. sara.. tidak pandai bercakap-cakap ketika usia.. 1 tahun lebih.. dan masuk 2 tahun.. sara baru nak cakap tapi.. pelat.. masuk 3 tahun.. tak cakap sangat .. pelat dan pendiam.. teruk kan aku..?.. anak aku yang pertama.. petah bercakap ketika usia 1 tahun.. 2 tahun dia dah pandai macam2.. 

Adakah aku terlambat.. ? sampai usia sekarang.. sara agak pendiam tapi.. kalau kena dengan orang yang dia percaya.. dia akan banyak cakap.. dan dia petah berkata-kata..kalau dia sedang bermain dengan kawan yang dia suka.. SUARA dia ajer yang aku dengar.. so..anak aku ni.. ada masalah ker?..sehingga guru tadika cakap ..

" MACAM MANA SAYA NAK TOLONG.. AJAK BORAK dia tak nak jawab soalan-soalan..saya.. kami dah cuba.. tapi .. tak boleh gak.. susah benar nak keluar suara.. sampaikan nak kencing.. tak cakap.. dah terkencing baru dia nak cakap yang dia dah kencing.. ".. kata guru kelas..

" Ala.. cikgu belai dia dengan kasih sayang.. cikgu ajak dia menyanyi.. dan borak dengan dia..macam kawan..nanti dia ok ler.." Aku berkata.. atas dasar sedih sebab Sara dah tak nak ke sekolah..sebab SARA kata.. TAK BEST.. 

Aku risau gak kalau anak aku ada masalah seperti Autisme.. tapi.. bila aku kaji balik..Alhamdullilah mungkin TIDAK. mungkin aku kena usaha keras untuk beri pendedahan dengan persekitaran yang lebih selamat dan menyeronokkan.. bagi SARA.. 

CIRI UTAMA PENYAKIT AUTISME


Terapi Brainwave Anak Autis (Autisme)
Kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak yang kelihatan normal dari fizikalnya, tetapi mereka mempunyai masalah tingkah-laku.


Mereka tidak suka dengan sentuhan, hubungan mata dengan orang lain, tidak suka bercampur dengan orang lain, sering melakukan sesuatu yang pelik dan berbahaya, ketawa dan menangis tanpa sebab, sukar menggunakan kemahiran pergerakan menggunakan jari serta berkelakuan seolah-olah tidak mendengar apabila dipanggil.

Sindrom ini merupakan sindrom yang dialami oleh seseorang semenjak lahir sehingga akhir hayat dan sekiranya kita tidak memahami penyakit autisme ini sudah tentu kita menganggap mereka sebagai tidak waras. 

Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:

A) TIDAK MAMPU BERSOSIAL
 Tidak menghiraukan orang lain.
 Kelihatan tidak sensitif pada keperluaan, perasaan dan pemikiran orang lain.
 Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
 Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
 Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
 Lebih suka bermain sendiri.
 Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.
B) TIDAK BOLEH BERTUTUR DAN BERKOMUNIKASI
 Lambat bercakap.
 Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
 Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
 Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
 Sukar memulakan percakapan. Jika berbual hanya satu pihak yang bercakap.
 Mungkin mengulangi perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
C) MEMPUNYAI MASALAH DALAM PEMIKIRAN DAN PERLAKUAN
 Suka melakukan perkara sama(berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah tersinggung jika disuruh melakukan perubahan.
 Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
 Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
 Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
 Tidak boleh duduk diam.
 Menunjukkan keinginannya dengan menarik tangan orang dewasa sehingga hajatnya tercapai.
D) MASALAH TINGKAH LAKU
 Suka mengasingkan diri.
 Bersikap pasif.
 Tidak tahu bersosial.
 Aktif tetapi berperangai pelik.

** perkara yang aku Bold.. adalah ciri-ciri perangai SARA.. 

Aku risau gak.. Sebab Sara pernah kena deraan Mental ketika dia berada di Taska Permata Harapan dulu..  




PERKARA MENARIK TENTANG MAISARA yang DIAM-DIAM BERISI.. 

  • Suka bermain sendiri menggunakan Imaginasi tinggi 
  • Walaupun kurang bercakap.. dia selalu prinhatin dengan perasaan MAMA yang tengah sedih..hihi
  • Suka membantu AKU buat kerja rumah.. tapi..kena kasi panas telinga sikit..puji adik lain..hehe.. baru SARA bekerja melakukan tugas yang aku suruh
  • SUKA..melukis..gambar HANTU.. hehe.. nanti Aku tunjuk LUKISAN SARA yang dapat aku selamatkan.. sure korang ngeri nyer..hehe.. 
  • Pandai pegang pensil tanpa di ajar.. hehe.. 
  • Muka sentiasa MASAM tapi.. sekali senyum.. paling MANIS.. hehe.. 
  • Pakai Kasut TERBALIK sampai sekarang.. sampaikan mulut aku ni.. dah berbuih .. cakap.. " SARA KASUT terbalik sayang.."
  • Suka tersentap kalau di tegur.,.kalau dah tersentap..diam dan tunduk sejam pun boleh..
  • Kurang rasa sakit.. kalau dia kena cucuk dengan doktor...SARA akan buat muka slamber tak sakit.. kalau budak lain dah meraung..kuat-kuat...
Post a Comment