Wednesday 12 February 2014

BR1M 3.0 masuk akaun 22 Feb 2014.

Assalamualaikum.. 

Nanti 22 February ni.. korang check korang nyer account bank.. yek.. sesiapa yang berdaftar ajer untuk BR1M3.0 ni.. kepada yang tak dapat mendaftar atau terlepas pendaftaran.. silalah try tahun-tahun mendatang kalau kerajaan bermurah hati nak SEDEKAH lagi kat korang yang kurang berkemampuan... 

Harap-harap lepas ni..kerajaan akan kaji balik cara pemberian wang sagu hati untuk rakyat kerana ramai rakyat yang sedernaha SUSAH macam aku ni.. tak terbela.. hehe.. nak gak tu.. bantuan.. hehe.. tak aper ler.. dah Allah cakap bukan rezeki kita.. so..kita jangan dengki-dengki dengan rezeki orang k.. hehe.. 

Patutnya..kerajaan permudahkan semua proses pinjaman, proses mencari pekerjaan, proses permohonan bantuan.. apa-apa sahaja proses ler..yang kerajaan ada.. kasi rakyat usaha dengan titik peluh sendiri dengan meluluskan proses-proses yang mereka pohon.. bukan dengan cara suap..kasi kenyang.. tapi.. rakyat masih tak sokong kerajaan.. masih kutuk kerajaan.. masih tidak ada JIWA dengan kerajaan.. 

Nanti kita akan di terapkan nilai ungkit mengungkit dan bukan nilai " Usaha Dapat" .. 

Klik sini untuk berita lanjut..


KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi laman Facebooknya semalam, Najib berkata, bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemas kini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.
Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.
Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2t4f7HjKs 
Hakcipta terpelihara 


No comments: