Monday, 23 March 2015

NI AWAK KE???? YER MAK GUARD.. YER.. PAK GUARD..

" NI AWAK KER??".. soalan apakah itu???

hehe.. kes ni terjadi banyak kali.. tapi yang berani tegur ajer akan keluarkan soalan cepu mas.. kat Orlylove gitu.. hehe.. 

Nak citer sikit.. time nak masuk bangunan PNS dekat opis Orlylove kan.. kita kena tinggalkan kad pengenalan diri.. untuk ditelakkan di kaunter pengawal keselamatan untuk di tukarkan dengan PAS PELAWAT.. untuk ORLYLOVe.. so.. nak jadikan .. kisah. aku paling tak suka kasi kad pengenalan.. sebab banyak kes penipuan kad pengenalan terjadi dulu-dulukan.. so.. aku akan kasi kad lesen yang lama. kengkadang bila kasi kad tak ada muka mereka reject.. huhu

oo.. nak tengok muka sangatkan.. den kasi..yang ado muko yek.. jappp.. nahh.. I pun kasi ler.. kad lesen I.. yer laaah.. ambik lesen zaman dulu-dulu .. so.. muko pun dulo dulo.. ler.. kan..kan.. I malas nak tukar yang baru sebab Malaysia ni.. bila Pengarah tukar.. Kad pun mau tukar.. so.. Orlylove pun jarang2 nak bawak keter sekarang ni.. so.. abaikan.. janji kita renew tiap2 tahun.. hokeyy.. 

So.. setiapkan nak kasi balik kad PELAWAT.. mereka akan ambik lesen Orlylove.. dan tengok muka kat situ.. 2 kali.. dan buat muko tak percaya.. siapa yang berani..akan tanya.. 

Awak ker tu..?? bayangkan kalau aku kata bukan..??? adakah den akan di marahi..sebab dah berjaya tembusss.. bangunan menggunakan pengenalan tipu..???

hehe.. tapi.. bila den cakapp.. " yolah tu.. Den looor''.. siap mereka buat muka tak percaya..,.. hehe.. lawak pun ada. sebab itu pasti gambo dulu.. 

Nenek den dulo-dulo pun muka dia lain.. tapi sekarang lain.. hehe.. 

tak tah ler.. buat muko terkejut.. memang den lah tu.. time.. mudo2.. dulu2.. comot.. sekarang baru berseri sikit lepas dah pandai gosok.. wakkakkaa.. 


Sunday, 22 March 2015

HIJABEY.. 2015.. JOM ROAD TOUR..

Alhamdullilah.. seronok Orlylove dapat berkawan dengan orang yang hebat-hebat.. Ada member lama Orlylove ni.. di call dan ajak perasmian majlis.. gilang gemilang yang diadakan dan diurus selia oleh member Orlylove sendiri..Perghh.. Majlis ni.. Pasti gilang Gemilangg.. best nyer.. JOM Ramai-ramai.. banyak aktiviti menari.. tau.. jom lihat ..


Selamat Datang ke Laman Web HIJABEY 2015





Berita baik kepada pengusaha pakaian hijab, tudung, busana muslimah, jubah, aksessori, pengusaha produk kecantikan, produk kesihatan, kosmetik, spa, pengilang dan produk halal muslim.
Oleh kerana permintaan yang menggalakkan, maka dengan ini pihak penganjur akan mengadakan satu roadshow pameran Hijab And Beauty Fair terbesar di Malaysia atau ringkasnya HIJABEY2015  akan diadakan di 3 lokasi berasingan di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2015.
Kami dengan sukacitanya ingin menjemput syarikat tuan/puan untuk menyertai pameran yang julung kali diadakan ini. Lebih 100-120 booth akan mengambil bahagian dan dianggarkan lebih 20,000-30,000 pengunjung akan hadir selama 3 hari pameran ini
Pameran ini bakal menghimpunkan usahawan dan pengusaha pakaian hijab, designer, penjual pakaian, fesyen, aksesori, beg, kasut ,tudung Muslimah serta produk kecantikan,spa, produk herba, kosmetik dan produk-produk muslim halal di bawah satu bumbung. 
Majlis akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr Maznah Hamid (The Iron Lady). Pameran ini juga akan diserikan lagi dengan kehadiran beberapa orang artis jemputan dan celebriti tekenal.
Antara acara program yang diadakan adalah
Talkshow, Fashion show, Business Matching, Business Clinic, Forum, Stage Perform, Product Demonstration, Herbs Conference dan banyak lagi..
Jangan lepaskan peluang ini. Sila buat tempahan awal booth anda. Lokasi booth ditentukan berdasarkan 'first come first serve".

Bagaimana menghubungi kami?

BIG UNITY EVENT MANAGEMENT 
KL: 49-3, Jln 8/146, Bandar Tasik Selatan, 57100 Kuala Lumpur,
PNG: 2069, Jln Permatang Pauh, Permatang Pauh, 13500 Penang.
Telephone
013-440 8002 Azura(Jue), 013-485 3738 Rosdan, 017-674 5086 Rahimi



http://www.hijabey.com


NONA FABULOUS-BENGKEL KETERAMPILAN DIRI...WOW.. BEST

Assalamualaikum.. 



Today I hadirkan diri untuk melangkah ke satu Bengkel Nona Fabulous yang telah di anjurkan oleh Puteri UMNO Bukit Bintang dan anjuran bersama Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.. Berkerjasama dengan Majalah NONA dan MUSTIKA RATU.. 

WOW,, korang tak nak pergi .. tak kisah.. I minat bengkel macam ni.. sebab I suka kecantikkan.. dan nak rasa bagaimana nak jadi cantik.. kan..kan.. So.. pakse jugak pegi.. k

Korang rasa senang ke Orlylove nak lepas pergi bengkel setengah hari gini.. susah.. ooo.. nasib hubby cuti lak.. dan dia ambik turn menjaga anak.. hokey.. kasi I bersosial sekali-sekala.. 

Ok.. yang best nyer..semua tetamu dapat Goodies Bag yang di sponsor oleh .. 

MIS CLAIRE, Puteri UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN, MUSTIKA RATU dan majalah NONA dari Karangkraf. 

Aku punya ler.. terkejar-kejar nak datang awal sebab majlis start jam 8.00pagi.. tapi.. sesampai.. ramai lagi AJK mereka masih tak sampai.. masih nak setup sana.. sini.. nasib ler.. ada sarapan di sediakan.. sempat ler.. I makan..yum..yum...tapi .. nasik lemak dia.. pedasss.. hehe 



FREE tau.. hehe I like.. 



untuk basahkan tekak.. dari MIS CLAIRE.COM

Pembukaan Majlis oleh 

Ketua Puteri Bukit Bintang

Datin Anne Ngasri.. yang dulunya seorang pelakon tu.. sekarang dah jadi wakil rakyat.. 

Di Rasmikan oleh : Cik Sharifah Aminah Binti Syed Mohsin

dan di mulakan sesi penampilan diri oleh 

Cik Kifi - Editor NONA

Memang best .. dari mula hingga akhir.. dok gelak ajer.. dengan cik Kifi ni.. tau.. Perempuan Under Construction katanya.. hehe.. 


Petua dari KIFI Razak **

Berusia 39 tahun you.. tapi.. perghh.. Orlylove pun kalah.. hehe.. dah dia glamor kan memang kena jaga penampilan.. hehe. 

Ok.. jangan merepek.. huhu.. Kifi pesan :

  • Setiap kali basuh muka kena buat 2 kali.. Satu cuci kotoran seperti makeup.. dan kedua untuk mencuci lebih mendalam.. kekotoran muka. 
  • Penampilan amat penting.. sebab orang akan melihat kita dari atas ke bawah dalam masa 15 saat untuk menscan kita.. dari luaran.. hehehe.. Kalau dah gaya makcik kantin.. ko nak ngaku ko orang kaya.. susah ler.. beb.. hehe
  • Kalau kita melihat cermin dan mengatakan kita harini.. CANTIK.. itu adalah kecantikkan sebenar.. sebab kita selesa melihat diri kita CANTIK begitu..
  • Amalan RAHSIA KIFI.. jeng jengg jengg.. 
*baca.. Laillahaillahantakuntuminalzolim.. ketika membasuh muka dan salawan nabi 3 kali.. dan berkata.. "Ya Allah Ya Muhammad, naikkan lah seri wajahku".. 3x... kalau korang nak ikut --ikut laaa.. tak salah kot.. bukan baca mentera pelik pun.. 

WAJIB... bersolek untuk keluar rumah.. 

- Pakai Pelembab
- MASKARA 
- Compact powder / 2ways cake compact yang ada UV protection
- Blusher 
- lip stick../ lip gloss.. 

bersolek untuk keluar rumah bukan untuk menayang yang kita ni cantik.. tetapi,, untuk memberi keyakinan kepada kita apabila berdepan dengan orang lain.. 

Tapi.. Kalau Orlylove.. suka kuar buat muka comot. sebab senang orang kesian bila I naik lrt.. nak tidor pun sonang.. hahaha.. klu dah makeup bagai.. tidur dalam public transport memang haru ler.. hehe.




Dok sibuk nak membetulkan beg.. hehe..




sesampai ajer.. Terus tangkap Datin untuk bergambar bersama... hehe.. 
orang kuat Majlis.. ni.. 



Barisan Exco Wilayah Persekutuan


AJK.. program..


Ni seorang lagi Retis yang ku jumpa.. Darling.. Kakak kepada Anne 


Team Nona tengah membuat DEMO bertudung.. cara moden.. 


Tak tercapai akalku.. Nyanyian Elyana.. Cantik dia...kurus.. mulus.. jeles.. I.. 

Rahsia Elyana kurus.. "Tak makan NASI selama SEBULAN" 

JOM IKUT.. 


Ni lah .. member baruku.. dari.. Puteri Titiwangsa.. Puan Diela Ismail.. jumpa.. salam.. tegur,, terus mintak FB account.. hehe.. dah Add.. dan Approved.. so.. kami berkawan.. Best.. dapat member baru.. 


Orang kuat Mustika Ratu.. Puan Setiawaty Madzi.. Pakar yang share macam -macam ilmu tentang kecantikan dalaman dan luaran wanita.. best sangat.. solid lagi.. tau.. walaupun.. I tau dia lagi berusia dari Orlylove.. hehe tak aper nanti kita contact ok.. 






Nampak I tak???? Cuba Carik.. kalu betoi.. dapat hadiahhh.. hehe.. 



Ada kaunter SPR.. Mari Mengundi.. mari lah adik.. tunaikan kewajipan pada NEGARA.. hehe..

Ok ..kepada sesiapa yang berminat untuk mengajak MUSTIKA RATU untuk membuat bengkel kecantikan.. boleh menghubungi.. 


MUSTIKA RATU
PUAN SETIAWATY MADZI
Marketing & Promotion Manager 

HP: 0193863536
Off: 03 9286 1626
Email : watymadzi@hotmail.com


Wednesday, 18 March 2015

PNS untuk semua USAHAWAN.. JOM USAHAWAN.

Assalamualaikum.. Hai Usahawan.. Korang berminat nak jadi usahawan tak?? Today Orlylove nak share pasal PNS.. uhuk.. PNS.. bukan PENYAKIT NAK SENANG.. tetapi. PNS ni.. singkatan bagi.. Perbadanan Nasional Berhad. Bangunan baru yang dibeli oleh PNS ni terletak di Bangsar South, Bangsar yang dulunya dikenali sebagai Kerinchi.. hehe.. Jap ok.. Alamatnya di sini..
 
Menara PNS
Tower 7, Avenue 7
Bangsar South City
No.8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur

Talian bebas: 1 800 22 1767
Telefon: 03 - 2082 7788
Faks: 03 - 2082 7787
Emel: webmaster@pns.com.my
 
Ok.. tak nak citer banyak.. cuma nak kasi tau uols.. pasal PNS ni ada offer banyak peluang perniagaan yang boleh kita grab... banyak senarai syarikat yang boleh memberi peluang berniaga bersama.."Francais".. Korang boleh pergi ke website PNS untuk mendapat maklumat tepat mengenai PNS hokey.. yang selebihnya.. Kisah Orlylove ler.. wakkakkaa..
 
Ok..ok.. kita kasi sikit ler..untuk tidak menghampakan kalian.. yang berminat tentang business.. hehe.
 
* Perlaburan Ekuiti
 
Dan macam-macam jenis latihan dan kursus ada.. yang selebihnya uols click sini ok.. PNS
 
Selebihnya.. hehe..
 
Layan dulu kenangan Orlylove ketika perasmian Bangunan PNS yang di rasmikan oleh PM kita.. Y.A.B Datuk Sri Najib Tun Razak ..baru-baru ini yang terletak dekat ajer dengan blok pejabat Orlylove.,.,hehe.. Boleh lak.. kita lari kejap.. turun ambik angin tunggu PM datang.. heheh...


 
I boleh menyelit belakang Belon untuk di lepaskan.. ni. hee.. panas.. yo..
 

 
Cheessss.. smile..
 
Selepas perasmian.. semua hadirin di minta ke tapak jamuan untuk menjamu selera semua jenis makanan dari rangkaian Francais di bawah PNS.. secara PERCUMA.. Apa???? Percuma..??? hehe.. I pantang You.. hehe
 
 
 
Gerai pertama dalam barisan.. kita layan PAU.. PAU RIZQI

 
yang ni.. Putu Bambu World.. sedappp..

 
Yang ini.. gerai Pizza..



 
Ice Blended.. I suker sangat memang terbaekkk..

 
Ha.. yang ni.. special.. Burger Jagung.. memang lain dari yang lain.. tapi.. bila Orlylove sampai.. sudahhh habisss lorrr..



Ni tokey.. Burger Bakar.. Panjang Benor.. PAU KING..


 
cenyummm cikit.. dapat melantak FREE.. hehe. penuh mulutku.. hehe..


 
Bye .. adios.. Wasalam..

 

Wednesday, 11 March 2015

Rayyan di masukkan ke HKL lagi..

Memang panik sebab Orlylove dengan anak-anak sendirian di rumah.. ketika kejadian.. Suamiku bekerja walaupun ketika itu adalah hari Ahad.. Hari dimana semua ibu bapa membawa anak-anak mereka beriadah.. dan berehat.. atas dasar tugas dan amanah..Daddy kerja..
 
Kejadian berlaku ketika aku tidur.. dan aku terdengar bunyi seperti orang yang terdesak..tercekik sesuatu.. aku terkejut bangun dan melihat tubuh kaku Rayyan anakku dah seperti nyawa-nyawa ikan melawan penyakit SAWAN..
 
Aku bangun terus menjerit.. Allah.. dan jeritan aku membuatkan anak-anak daraku yang lain pada ketika itu berada di ruang depan.. terkejut dan meluru masuk ke dalam bilik.. dan aku menjerit meminta AIR.. KAKAK tolong ambil AIR.. sambil aku memeluk Rayyan aku membaca surah Qursi dan ayat 3 kul ..di tepi telinga dia..
 
Tiba-tiba aku teringat nasihat doktok dahulu ketika pertama kalinya Rayyan kena serangan seperti ini.. " Mengiringkan dia ke kanan.. dan biar dia seketika.. "..
 
Aku terus buat.. dan lepas aku basahkan badan Rayyan dengan Air.. aku lihat anak-anakku dah mula menangis.. sebab kesian melihat Rayyan yang tidak sedarkan diri dan melihat mata Rayyan liar ke atas.,, seperti orang kena sampuk.. Apa yang aku percaya.. serangan itu bersebab..
 
Aku rehatkan dia seketika.. dan apabila Rayyan sedar,, aku masih mengelap badan dia untuk turunkan suhu supaya tidak kena serangan lagi.. Aku panik.. sebab Daddynya.. tiada.. dan aku patah kaki apabila tiada kereta untuk ke klinik.. Aku call kakak aku.. tapi tidak berjawab.. Aku just inform kepada mak.. dan aku memanggil jiran aku .. untuk membantu aku menghantar kami di klinik berdekatan.. Alhamdullilah aku dapat jiran yang baik..
 
Sampai aku di klinik.. nurse menasihatkan aku untuk hantar terus ke HKL.. so.. tanpa berlengah.. aku masukkan semua anak2 aku semula ke dalam kereta.. dan tak di sangka.. bila aku dudukkan Rayyan.. dan aku mula menghidupkan enjin kereta.,,Aku dengar jeritan KAKAK Mazwin.. "MAMA..RAYYAN".. aku menoleh ke belakang dan mengangkat Rayyan yang telah kaku jatuh sekali lagi.. "Serangan KE 2" untuk hari ini..
 
Aku menggangkat Rayyan masuk semula ke dalam klinik dan Nurse Klinik 1 Malaysia di Gombak ini.. memberi rawatan sementara untuk sedarkan Rayyan.. Aku mohon balik seketika untuk menghantar 2 orang anak aku.. Sara dan Qalesya sementara Mazwin meneman Rayyan di klinik sambil menunggu ambulan datang untuk menghantar kami ke HKL..
 
Dalam ambulan Rayyan dah sedar.. dan aku memberi dia susu.. dan dia rehat disebabkan letih..
 

 
 
Sampai di HKL.. doctor beri rawatan susulan dan memasukkan kami bertiga di Wad Rayyan dahulu KK1..
 
 
 
Aku menanti dengan Redha dan terus berdoa Rayyan selamat dan sihat semula..
 
Selepas memberi ubat demam dan rawatan susulan dari doctor.. rayyan pulih.. di hadapan semua.. dan hanya semalaman sahaja kami di dalam Wad..
 
Sekembali Rayyan di rumah.. badan dia panas kembali.. dan akulah Doktor .. di rumah.. aku pastikan Rayyan dapat bekalan ubat secukupnya.. untuk dia kembali segar dan sihat sepenuhnya.. untuk Orlylove kembali bertugas pada keesokan harinya..
 
 
 
 

Sunday, 8 March 2015

AKU MENGAMUK DI UKULELE MALAYA!!!! KITA KASI BAKORR AJER.. !!!!!!

Mengamuk sangat ler ni.. nak kaborr.. 

Assalamualaikum.. Semua.. huhu.. Korang percaya ker yang Orlylove mengamuk.. hehe.. saper yang kenal Gua.. lu.. Tau ler.. I ni memang suka mengamukkk.. tapi cara sihat.. hehe.. yang tak sihat tu belum lagi.. masih under cover.. 

Mana tidak nyer.. bangun tidor.. lepas mandikan si Abang Rayyan.. dia cakap." Mama..lala.."... "Mama Lalaala.. ".. siap tunjuk bilik belakang lagi.. aku masuk ler.. dalam bilik, si Rayyan  ni.. siap heret gitar karen laki den.. Aramakkkk... mampus ler.. kalau Daddynyer.. ngamuk.. sebab gitar kapok nyer.. dah hancusss.. dek si Rayyan nak lalala.. time Rayyan ambik gitar daddy dia.. dalam bilik satu lagi.. hehe.. Rayyan pun.. bukak bag.. dan start.." Lallallalallala.. "..

Aku biorkan ajer ler.. tapi.. Daaanngg.. Danng.. Dang.. ada tapak gergasi berjalan menuju ke Rayyan.. hehehe.. "RAYYANNNN.. kenapa main gitar Daddy.. !!!!!.. " Prangggg.. sekali tempek.. "Waaaaaaa"si Rayyan buat drama.. Dannn.. Dannn.. Daddy pun buat ler.. Onar.. 

Mamaaaaaaaa!!!!!.. kenapa kasi Rayyan main gitar Daddy...!!!!!.. Ishshkkk.. 

Mama.. sudah TERBAKOR DARAH.. dah ni.. pasal anak nak main gitar Daddy dah mengamuk macam keter kena CALAR beb.. Aaarggg..tak leh jadi.. yang si anak.. dah teriak.. nangis macam kena dera.. si apak.. buat layan bluszsss lah.. 

Mama nyer.. Call le seorang penjual UKULELE.. di dalam MUDAH.MY.. 

"ASSALAMUALAIKUM.. SAYA NAK UKULELE 100 bijik.. kejap lagi kami sampai.. KEDAI KAT MANA????? NI ANAK SAYA DAH MENANGIS TERUK2 NAK GITAR.. NAH AWAK CAKAP DENGAN DIA.. !!!!!

kasi ganggang kepada RAYYAN.. "LALALALLALALA".. ayat Rayyan.. 

Aku rampas.. PHONE.. "HA!!.. Awak dengar tak anak saya cakap aper.. ??? Aik.. boleh gelak lak.. Betoi ni.. anak saya 2 TAHUN.. nak GITARrrrrrr.. HANGIN saya satu badan ni.. TERBAKOR DARAH dah ni,,, Tapi.. Jauh lak k.. mamat tu.. Klang.. yo.. errmm.. tak aper.. maaf yer.. saya try carik lain dulu.. tak ada Esok pagi saya call.. awak.. En. UKULELE di MUDAH.MY .. 


So.. aper lagi.. anak dok nangis.. Orlylove pujuk.. tak menjadi .. kasi bola.. tanakkkk.. kasi ABC.. suh layan you tube.. tak nakkkk.. Wakakkaka.. gelak jappp.. sebelum TERBAKOR DARAH.. lagi.. " Ok.. Daddyy..Kita pegi beli.. Semua cepat siapppp.. mama nak pegi beli UKULELE.. kat Rayyan.. 

Daddy.. sempat Google.. kat mana penjual terdekat.. dengan rumah kami.. Vrroooommmmm.. 

Sampai kami di sini.. UKULELE MALAYA 



Kami.. naik ke atas.. terus aku MENGAMUKKKK.. " Abang.. KASI GITAR PALING MURAHHHH.. SEKALI.. Kalau boleh .. yang rege.. RM20 ke.. RM30 ler..saya tak nak main.. tanya.. budak kecik ni.. yang buat saya hangiiiinnn.. Haa.. Rayyan.. cakap nak aper.. ???? 

Si Rayyan.. cakap.. "LALALA".. hehe. Brother.. Khai Owner kedai.. Senyum,,,,.. menyambut aku yang sedang buat Onar di kedai dia.. hehe.. masuk-masuk macam nak BAKOR ajer kedai...ni ler.. orang cakap.. marahkan nyamuk..kelambu kena bakorr.. 

Brother Khai cakap.. "Ada..ada... masuk.. masuk kakk.. tapi..saya tak juall.. saya kasi.. FREE.. ajer.. "

Aramakkkkk.. setepek aku..kena.. APA????? FREEE????? saya mintak yang murah.. dalam 20-30 hinggit.. ko nak kasi FREEEEE?? Yahhoooo.. I lap you broooo.. Lu tau masalah waaaa... time ni.. I kasiiii 5 bintanggg.. hehe.. So.. sorang satu ler.. anakku dapat.. GITAR MAINAN kecik tu.. tak kisah ler.. bebudak bukan leh main yang Ori .. 

Bro.Khai cakap..: "Akak.. Rayyan ni.. kecik sangat ler.. jangan kasi yang Betooii. kasi main yang ni.. ha.. Nanti dah umur 3-4 tahun.. baru akak leh kasi dia masuk kelas.. "

TERBAEKKK.. ko Brooo.. orang JUAL barang nak kena paksa pelanggan BELI dan tertekan.. tapi..lu boleh nasihat JANGAN BELI... siap kasi FREE.. lagi WELCOME UKULELE dengan anak-anak wa.. memang Havoocc ler.. lu.. KITA KAWAN.. k.. k.. hehe.. Nanti I yang nak beli UKULELE Ori.. dah lama dah I tak petik ni.. jari dah kasi getar jer,, ni.. hee.. 


Rayyan dah dapat gitar Lalalala.. dia.. syioook ler.. lu mamat.. tenang OTAK mama dah.. 


Yeahh.. Sara dan Kakak Mazwin pun dapatttt.. 



4 ORANG Tu Bro.. Lu memang AWESOME...

Layan.. Riaksi PUTERAKU.. yang telah mencemar duli.. ke kedai.. 
UKULELE MALAYA.




Bro.Khai sedang melayan anak-anak Orlylove




lepas ni.. Mazwin dah pandai.. kita kasi goreng ini UKULELE k..sibuk nak ikut jejak Elizabeth Tan bersama Ukulele.. 






Sara suka yang ni.. 



Cool..Rayyan pilih yang ini.. 


Tengok tu.. tak habis-habis.. suruh mama dia tengok sana sini.. situ.. semua ada Lalala..


Gaya tu.. dah ada anakku..


Puas Hati bila dapat.. main Gitar kecik saiz tangan Rayyan ajer.. 





antara barangan yang di jual di UKULELE MALAYA


Macam-macam ler.. penerangan yang abang ni.. share.. memang BEST !! Bro..


Semoga Allah permudahkan urusan perniagaan UKULELE MALAYA ni.. dan Orlylove doakan perniagaan Bro. Khai ni.. Maju..dan Maju.. dan Maju.. 

Memang baik orang nye...korang  nak lepak berapa jam pun brother ni.. boleh layan.. lepak.. layan ambik mood.. pun brother ni.,.tak halau korang.. meh.. datang.. UKULELE MALAYA.. 


Bro Khai tengah ajar Rayyan buat tanda HELLO.. 




Sorry bro.. gegar sikit.. tetapi.. lu tetap Awesome.. 


Email: ukulelemalaya@yahoo.com
www.facebook.com/ukulelemalaya

603- 6177 5280

Business Hours : 12 p.m to 7p.m
Wednesday to Sunday

Address: 34A-2, Jalan SM2, Sunway Batu Caves, 
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia.

Sekarang ni.. tengah PROMOTION.. : *Register any UKULELE Class, akan dapat Voucher 5% off

Cepat.. Jangan lepaskan peluang ini..