Sunday, 15 February 2015

Bersosial dengan Team Prihatin Wangsa Maju..

Alhamdullilah.. tanggal 14 February.. 2015.. Orlylove Berjaya menghadirkan diri di Program yang di anjurkan oleh Exco Puteri Wangsa Maju. Perkara yang murni ini dapat disempurnakan dengan kehadiran beberapa petugas yang telah Berjaya memberi kerjasama dan curahkan keringat bersama untuk selalu berbakti kepada masyarakat dengan aktiviti amal sebegini...
 
Sebelum bertolak ke rumah-rumah untuk memulakan ziarah kami.. kita sorrruuuu dulu.. jom..
 
 
Lepas makan.. sarapan.. kami terus ke Gombak batu 10 untuk menziarahi seorang balu yang ditinggalkan kerana penyakit serangan jantung..
 
 
Salam Takziah dari pihak Orlylove kepada Puan Ina.. yang ditinggalkan oleh suaminya untuk selama-lamanya.. untuk menemu Allah.. Kesian.. sebab Anak 8 orang.. dan 7 lagi masih bersekolah..yang paling kecil baru usia 3 bulan.. masih dalam buaian lagi..
 
Kehadiran kami memberi semangat kepada beliau dengan anak-anak.. dan memberi sedikit keceria di dalam hati beliau yang baru 3 hari ditinggalkan..
 
Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada Arwah dan berdoa semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan-kalangan orang-orang beriman.. Amin..
 
Kami meneruskan lagi menziarahi rumah seterusnya.. dan seterusnya..
 





 
Selepas selesai ke semua rumah untuk Bantuan kali ini..kami lepak minum di gerai salah seorang rakan kami yang sudi menerima kehadiran kami semua.. Sedap Roti Canai di gerai beliau..
 
Lokasi .. di Gerai Adek.. di tepi Tunku Abdul Rahman University College KL.
 
 
Selepai menjamu Selera kami terus decide nak menziarahi Ibu kepada Ketua kami yang baru semalam menjalani Operation di Pusat Perubatan University Malaya.. So.. tanpa berlengah kami terus bergegas ke PPUM, PJ.
 
 
Alhamdullillah.. Baru semalam mejalani Operation harini.. dah boleh melayan tatamu yang hadir..memang kuat ler..Auntie.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..


 
 
Semoga Betty tabah menghadapi dugaan Allah ya..
 
 
Terima Kasih kepada Team Prihatin Puteri Wangsa Maju.. Semoga usaha murni kalian akan berterusan dan tidak di sampai di sini sahaja untuk terus membuat amal dan menabur bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara tercinta.. MALAYSIA..
 
Selepas berakhir aktiviti ziarah hari ini.. kami terus menjamu selera di food court PPUM..
 
Aktiviti riada Orlylove tidak berakhir di sini.. untuk tarikh 14hb.. hehe.. balik ke rumah.. sampai ajer.. terus melayan kerenah anak-anak nak ajak ke taman..
 
Untuk tidak menghampakan.. Orlylove terus bawak mereka ke Festival City Mall Setapak.... Gambar mereka.. tarakk.. Phone tertinggal rumah tadi.. hehe..
 
Semoga kita berjumpa lagi.. Wasalam..
Post a Comment