Saturday, 1 November 2014

1 November - Happy Birthday ARISSA MAISARA GENAP USIA 5 TAHUN

Assalamualaikum.. Semua.. Harini. 1 November 2014 genap anak Orlylove yang ke-2 berusia 5 tahun.. Cayang Sara.. Mama dan Daddy tak banyak budget tahun ni. so..kita buat simple-simple ajer ok.. Kalau aku nak cerita pasal Sara ni.. memang sukar.. sebab dia anak ke 2.. perangai sama macam Orlylove.. anak ke 2 jugak.. hehe.. so..korang carik ler.. apa indah nya jadi anak ke 2 ni.. hehe

Sara ni seorang yang pendiam dan cepat terasa.. maksudnya cepat merajuk ler..tapi.. kalau sekali orang lain buat salah dengan dia.. nasib badan ler.. memang kena teruk dengan Miss Sara ni.. dia kuat tau.. Kalau tak silap Orlylove ler.. berat Sara dalam 20kg lebih.. lupa bila aku timbang dia..rasanya tahun ni.. ler.. huhu

Ok.. untuk korang semua.. Orlylove nak belanja gambar-gambar anakku Miss Sara.. Mama dan Daddy doakan Sara akan cepat besar dan menjadi anak yang solehah dan ceria..

Sara ni seorang anak yang manja tetapi pendiam.. cuma bila start berkawan.. agak meriah jugak ler.. kalau orang Nampak dari jauh memang Nampak diam.. ajer..adik ni.. hehe..

1.11.2009 ... Hari ini adalah  1.11.14


































 Bila dah besar ni.. sure orang akan kata Sara ni...macam muka Daddy..tetapi.. kalau korang nak tau.. muka Orlylove kecik2.. ada 90% dari raup wajah Sara.. hehe.. macam mana tu.. Muka Mama ke.. Muka Daddy.. ?

Kisah Maisara yang lain :

Sara kena Dera

Gempar Lukisan Sara Menjadi MISTERI

Sara Sambut 4 Tahun


Saturday, 25 October 2014

Double cereal dispenser - FOR SALE!!!!

Yeahhhhh MURAH ..MURAH.. GILE MURAHHHH.. korang pernah tengok tak benda yang di gelar Double cereal dispenser.. hehe.. mesti punyakan.. ketika korang layan sarapan pagi di hotel-hotel besar..
JOM LAKOO.COM.MY
FEATURES

CLEAN

Sanitary. Very easy to clean. Avoid waste and spills.


EASY
Portion Control. Saves time and hassle. Rotates both left and right for 360 tap rotation.


FRESH
Air-tight seal keeps food at maximum freshness.


HANDY
Convenient access. Holds 17.5 oz. (500g) or approx. 1 gallon (3.5 L)


SIZE
42 cm(H) x 33 cm(W)

MATERIAL
Plastic


HANYA RM52.90

Jom sebelum habis..

ASOTV Magic Baby Bullet 20 Piece Set Baby Food Blender Maker & Storage- FOR SALE !!!!

Jom LAKOO.COM.MY
Jemput tengokk..Saya jual MURAH SAHAJA.. JANGAN TAK PERCAYA..
Percayalahhhhhhh..hehe
Jemput ke
untuk melihat banyak lagi barangan lain..

ASOTV Magic Baby Bullet 20 Piece Set Baby Food Blender Maker & Storage

Highlights
  • Save TIME & MONEY by making the freshest baby food possible
  • Make & store up to a week’s worth of natural healthy baby food
  • Dial System on storage cup displays the shelf life
  • Make samll or Large portions as you please
  • Safe & Easy to use
  • BPA Free
Package Includes
  • 1 x batch bowl
  • 1 x batchbowl lid
  • 1 x power base
  • 1 x baby blend blade
  • 1 x milling blade
  • 1 x easy pop batch tray
  • 1 x easy pop batch tray lid
  • 6 x dare dial storage cups
  • 1 x spatula
  • 1 x short cup
  • 1 x stay fresh resalable lid
  • 1 x tip proof tray
  • 1 x user manual and cookbook
  • 1 x pocket nutritionist
  • 1x bag








HANYA RM99 SAHAJA


untuk pembelian.

Princess Pop Up Castle Play Tent for KidsBlue -FOR SALE!!!

OK.. I nak jual ni.. you beli ok.. hehe..

Korang nak tak.. Princess Pop Up Castle Play Tent for KidsBlue dengan harga murah? RM46 SAHAJA.. tetapi korang kena pegi melawat ke laman..




Menu Sarapanku.. Pancake dengan Caramel Syrup oleh Chef Chewan

Hehehe.. apabila hubbyku masuk kelas kulinari..

Inilah hasil breakfast aku dan anak-anak apabila daddy mereka sudah pandai pegang kuali. hehe..


Orang kampung kata lempeng tetapi orang bandar panggil PANCAKE..

Resepi PANCAKE CHEF Chewan

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g mentega
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

Cara-cara :
  1. Gaul dan ayakkan bersama tepung gandum, soda bikarbonat dan krim tartar. Kemudian masukkan mentega, ramaskan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu segar, gula dan garam, pukul sedikit.
  3. Buatkan lubang di tengah-tengah bahan yang diayak tadi. Tuangkan campuran susu (no.2). Pukul guna hand whisk sehingga sebati.
  4. Panaskan kuali 'non-stick'. Lengserkan dengan sedikit sahaja minyak. Tuangkan satu senduk kecil adunan dan biarkan ianya melebar sendiri. Buih-buih kecil akan terbentuk di permukaan adunan. Biarkan sehingga buih-buih itu pecah, barulah diterbalikkan ke bahagian sebelahnya.
  5. Biarkan masak sebentar dan enak dinikmati panas-panas bersama madu atau sirap pancake berserta mentega.
Selamat Mencuba..

Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1436H

Salam Maal Hijrah 1436H 2014 kepada semua pembaca.. kawan-kawan dan keluarga tercinta.
 
Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk aku bernafas di muka bumi ini.
 
Sama-samalah kita menyemarakkan hari-hari kita dengan perkara-perkara yang di redhai oleh Allah. S.W.T


Friday, 10 October 2014

10.10 Tarikh Keramat.. Perbentangan Budget 2015 dan Sambutan Hari Lahir Puteri Sulungku..

Alhamdullilah.. pada tarikh ini lah aku mula-mula bergelar IBU, MAMA, BONDA... 10.10.2007 hari yang paling aku teruja dalam hidup apabila anak sulungku MAZWIN di lahirkan di HUKM Cheras.. kena lak 10.10.2007 sama tarikh dengan ANGKASAWAN NEGARA memulakan pengembaraan angkasanya untuk mengharumkan nama MALAYSIA.. hehe..
10.10 itu lahh... Kerajaan akan kasi tau rahsia kerajaan dengan PERBENTANGAN BAGET 2015 dan yang penting.. sambutan Hari lahir anak aku MAZWIN.. yang akan di langsungkan dalam keadaan BUDGET.. hehhe.. jimat nak.. jimat.. jangan membazir.. nanti.. Birthday SARA puteri ke-2 ku.. bulan depan ajer.. 1.11 (1 hb November).. tak jauh ajer .. huhu

Gambar kenangan Mazwin MEMBERSAR bagai Johann... Jom layanzzzz..



2 Tahun.. 




Time ni sambut Birthday yang ke-3 pada 2010. Tarikh 10.10.10

suka posing time ni.. mesra kamera.. huhu

4 tahun.. 

5 Tahun


6 tahun.. dah pandai berselfie.. 


Kelatah Mazwin yang suka muzik dari kecik.. sampai sekarang.. hehe..suka mengusik adik adik.. kalau tiada dia di rumah.. memang sunyi lah rumah kami.. dialah penawar dan dialah penghibur kami semua.. 

Mama doakan yang terbaik untuk anak mama.. semoga Kakak Mazwin akan menjadi anak yang solehah dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat aminnn..