Saturday 25 October 2014

Menu Sarapanku.. Pancake dengan Caramel Syrup oleh Chef Chewan

Hehehe.. apabila hubbyku masuk kelas kulinari..

Inilah hasil breakfast aku dan anak-anak apabila daddy mereka sudah pandai pegang kuali. hehe..


Orang kampung kata lempeng tetapi orang bandar panggil PANCAKE..

Resepi PANCAKE CHEF Chewan

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g mentega
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

Cara-cara :
  1. Gaul dan ayakkan bersama tepung gandum, soda bikarbonat dan krim tartar. Kemudian masukkan mentega, ramaskan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu segar, gula dan garam, pukul sedikit.
  3. Buatkan lubang di tengah-tengah bahan yang diayak tadi. Tuangkan campuran susu (no.2). Pukul guna hand whisk sehingga sebati.
  4. Panaskan kuali 'non-stick'. Lengserkan dengan sedikit sahaja minyak. Tuangkan satu senduk kecil adunan dan biarkan ianya melebar sendiri. Buih-buih kecil akan terbentuk di permukaan adunan. Biarkan sehingga buih-buih itu pecah, barulah diterbalikkan ke bahagian sebelahnya.
  5. Biarkan masak sebentar dan enak dinikmati panas-panas bersama madu atau sirap pancake berserta mentega.
Selamat Mencuba..

No comments: