Tuesday, 24 September 2013

24 September Tarikh Keramatku..







Happy Birthday to ME.. Aku ler tu..Arini hari lahir aku yang ker Tuuuutt.. BIARLAH RAHSIA.. tapi awal 3 series ler..muda lagi.. tapi.. perjuangan aku belum selesai.. masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dan perjuangkan dalam hidup ini. 

Terima Kasih kepada famili dan rakan-rakan yang selama ini menyokong aku. Sempena Hari Keramat aku hari ini.. aku nak hadiahkan korang 1 Resepi yang paling senang dan mudah untuk buat duit. 

Patutnya.. aku yang dapat HADIAH tau.. ni korang semua yang aku kasi hadiah.. tak aper sebab aku suka berkongsi ilmu.. Bila orang cakap.. "Bodoh kasi Rahsia resepi ini sebab ko pegi kelas berbayar.. lepas tu ko kasi FREE jer kat orang.. " Aku Jawab.. " Berkongsi Ilmu aku dapat pahala.. orang dapat ILMU dari AKU..dengan cara ini sahaja aku boleh gembirakan orang .. aku tak kaya nak kasi diorang semua DUIT atau kekayaan.. aku hanya ada ILMU..  walaupun free aku Halalkan sebab " AKU adalah Orlylove" hihi. 



KEK KUKUS COKLAT MOIST Orlylovebites 

BAHAN A

1 Cawan         Serbuk Koko
1 Cawan         Susu Pekat Manis 
1 Cawan         Air Suam
1 Cawan         Minyak Masak 

BAHAN B

2 Biji               Telur Ayam Gred B


BAHAN C

1 Cawan         Tepung Gandum { Elakkan CAP SAUH }
1/2 Sudu Teh  Soda Bicarbonate 
1/2 Sudu Teh  Baking Powder Double A (DAA)

Cara Membuatnya:-

Bahan A = Gaulkan kesemua BAHAN A. Masak dalam Microwave selama 2 minit. 
                   kalau tak ada microwave, masakkan atas api sederhana sehingga mendidih. 
                   Ketepikan sebentar. 

Bahan B = Pukul telur dalam bekas lain sehingga berbuih. 

Gaulkan kesemua BAHAN A + B + C sehingga sebati. 

Akhir sekali, Kukus dalam pengukus elektrik selama 2 minit - 3 minit.  Aku guna Alatan AJAIB TRIO yang aku ada... Steamer TRIO... Sesiapa yang tidak ada pengukus elektrik..... boleh guna pengukus atas dapur dan masakkan selama 10 minit dengan api perlahan. Masa kukus mengikut ketebalan bancuhan / saiz. aku selalu guna saiz kecik SQ250ml plastik container. 

Naik tahu dah masak ke belum.. try ambik lidi dan cucuk. Kalau dah masak boleh tutup ler.. api dapur tu.. 

Bahan untuk Coklat Ganache

1 Cawan         Serbuk Koko
1 Cawan         Susu Pekat Manis 
1 Cawan         Minyak Masak 

Gaulkan semua bahan dan masak dalam microwave selama 2 minit.. 
Kacau sehingga kilat dan kalau terlalu pekat..tuangkan sedikit air panas. kacau hingga terhasilnya Ganache yang kilat dan cantik.. Akhir sekali.. sejukkan dan tuang atas kek bila hendak di hidangkan.. 

Pergh.. I tell you..ini rahsia..nak nangis.. aku kasi kat korang sebab dah nama Secrete Recipe Orlylovebites.. tapi.. untuk korang semua.. AKU sayang Semua.. Selamat mencuba.. 






Sunday, 22 September 2013

Steamer TRIO untuk Kek CIC

Alhamdullilah.. semangat aku lepas lahirkan Baby Rayyan..makin berkobar2..dengan semangat ingin memulakan sesuatu yang baru dalam hidup aku.. biler ramai rakan aku di FB menunjukkan gambar2 mereka memasak sesuatu yang hebat untuk keluarga mereka.. terus aku jeles.. Opsss.. aku jeles.. bukan kat korang yer.. aku jeles dengan kemahiran yang korang ada untuk gembirakan Famili memasing.. Soo.. I think I must Think.. hehehe.. What should I do.. What Should I take and what should I buy..? Ok.. I got it.. Lets start..

Aku pergi mendaftar kelas membuat kek CIC.. korang tau apa CIC? bukan kelas tadika CIC tu yer.. hehe.. CIC to stand for Cake in Container".. macam best kan bunyinye.. hari yang di tunggu2 dah tiba.. aku masuk kelas dengan kak ida di sini..http://merpati66.blogspot.com/

Balik dari kelas.. tanpa aku berlengah.. terus ker AEON Wangsa Maju.. sebab apa korang nak tau?.. Aku nak beli semua barang yang cikgu Ida gunakan untuk merielisasikan impian aku nak membuat kek untuk makan-makan famili aku .. dan boleh buat jual.. heheh.. sampai ker senduk plastik dia pun aku tanya mana dia beli.. hehe.. Orang kata.. nak berjaya kita kena Copycat apa yang orang berjaya buat.. baru boleh berjaya macam dia.. hehe...

Aku mencarik Steamer berjenama TRIO seperti di bawah..tapi.. sedih sebab 3 tempat aku carik tak jumpa.. Giant, Tesco.. AEON Wangsamaju.. yang aku confirm.. AEON ada jual tapi tak ada stok.. bengang jerk.. aku sabar.. selama 2 minggu .cuba nasib balik ke AEON Wangsa Maju.,.Erm.. Dok selongkar.. ke hulu ke hilir.. mencarik Steamer TRIO tu.. yer lah muka confident tak nak tanya Salemen sebab aku TAU Mana nak carik.. bukan susah.. carik jek bahagian elektrik.. tempat letak semua steamer.. tak susahkan.. ? aku jenis tak suka susahkan orang.. Tapi.. Arrrgghh.. aku tak jumpa.. so.. kena mintak jugakk Sales men tolong carik..siap.. dia jerit2.. "Woi..mana steamer TRIO dekat sini.. "..

Keluarlah.. sorang kakak ni.. dengan gaya executive.. " Steamer TRIO tu.. semua orang carik.. dah habis ler.. dek.. aku tak puas hati.. aku siap tanya,.,kalau dah habis.. mana display Item nyer.? diorang carik punya carik.. jumpa kat atas.. rak tinggi..sebab benda tu besar.. tak leh letak bawah.. huhu..

Yer DISPLAY ITEM.. aku dah jumpa.. kasi lap sikit.. aku cakap.. "SAYA NAK DISPLAY NI".. agak2.. buat giler.. orang nak yang baru.. aku nak jugak yang display.. sebab TAK TAHAN dah nak masak kek.. kekkekke.. lawak biler.. kenang.. hee.. RM179.90.. kat AEON WANGSA MAJU.. aku rembat jugak steamer TRIO ni.. Tarrrraaaa.. ini leer.. barangan dia..



Apa kek yang aku masak untuk memulakan dan merasmikan Barangan Ajaib ini.. tunggu .. sambungan Steamer ni.. yer.. hehe.. kasi suspend..




Friday, 20 September 2013

Hobi baruku menjahit..

Aku pun tak pernah terpikir bahawa lepas aku berkahwin dan memiliki 4 orang cahayamata.. aku kena tukar hobi.. dari bermain gitar kepada Menjahit dan Memasak.. pejam celik ..pejam celik aku dah memiliki.. 1 mesin jahit jenama Janome model 6023s..keluaran Jepun.. hihi.. 

Mak aku call aku .."Ada orang nak datang rumah mengajar menjahit ..nak tak?.. " aku memang nak carik mesin jahit dan kelas jahitan.. alamak,, seperti orang yg ngantuk disorongkan bantal lerr.. hihi.. bondaku amat memahami..

Setelah aku menyain..byk borang..inilah yg aku dapat.. Seeloknya birthday aku dah nak dekat.. 24 September ni... mak aku telah..berkata.."ala ambik ler..hadiah birthday,,,,yahuuu.. Terima kasih makk.. rasa nak meloncat jer depat mamat yang jual mesin tu.. hihi.. 



Sesiapa yg berminat nak memiliki barangan ajaib seperti aku..korang..call ler sendiri yek..cikgu yg menjual mesin ni kepada aku..baik orangnyer.. Nama dia Zuraidi 013-2306401

Nak tengok hasil kerja tangan aku yang pertama dengan mesin ni.. nanti aku update selepas aku berjaya menghasilkan jahitan sulung aku nanti ye.. tunggguuuu.. 

Friday, 17 May 2013

Aku mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim...

 Aku mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim...

Ini anak ke-4 aku..yang bernama Wan Rayyan Mikhael.  
Dia lahir pada 2/3/13. Aku doa sangat dia lahir pada tarikh 1/3/13...cantek tuuu..tapi apakan daya..Allah dah tetapkan Putera pertamaku ini..lahir pada tarikh yang telah ditetapkan dalam hidup Rayyan..  

Baby Rayyan memberi sinar baru dalam keluarga aku setelah aku menerima kelahiran 3 orang cahayamata gegirl...Puas aku menepis kata2 orang bile melihat aku mengandung anak ke 2 dulu.."ni anak ke 2..? dah scan? lelaki perempuan?..agak2 scan tu same ke kite tilik guna tukang tilik?..hihi..lepas dapat anak Pertamaku..  dan keduaku... perempuan..ke 3 ku juga perempuan..

Nahhhh.. masuk ke 4..orang ramai mula berkata...
"Harap2 lepas ni lelaki leerrr pulak..." inilah..doa kalian semua telah di makbulkan Allah.. lepas tu keluar lak ayat.. " Dah dapat 3 gegurl..1 boboy..udah ler yek..?" .. heiiiiii..korang ingat aku tau ker lepas ni aku tak mengandung lagi.. dek oii.. selagi Allah nak kasi rezeki ANAK kepada aku.. insyaallah akan aku terima dengan gembiranya.. 

Yelah..orang lain kaya dengan harta benda,,aku Kaya dengan anak pun dah buat aku bangga. Opss..  cerita pasal anak ke 4 aku ni.. Aku lupa introduce anak-anak.. gegurl aku semua.. 


Wan Rayyan Mikhael 



Ok next..Anak pertama ku.. bernama Wan Nur Batrisyia Mazwin. Dia dilahirkan pada tarikh 10.10.2007.. siapa ingat pada tarikh tu.. seorang Angkasawan Negara - Sheikh Muszaphar Shukor di terbangkan ke angkasa.. bangga aku time tu.. dapat tarikh cantekkk.. hihi.. Ini dia orangnye.. 

Dia seorang kakak yang bertanggungjawab....tegas dengan adik2 nyer.. pandai buat susu adik2.. kemas beg sekolah semua adik2nya.. beruntung aku memiliki.. anak bertuah ini. 


Wan Nur Batrisyia Mazwin 





Aku nak cerita tentang anak ke 2 aku pulak..  Nama dia Wan Nur Arissa Maisara.. Sara lahir pada tarikh yang cantek jugak.. 1/11/2009.. dia pendiam dan kurang aktif pada mula nyer.. tetapi.. selepas menjangkau usia 3 tahun.. huhu.. aktif.. sangat dan banyak kerenah.. tapi.. lumrah ler.. dia belum puas bermanja .. udah keluar yang ke-3... hehe.. yer lah.. usia mama nyer lak nak kena kejar.. hihi.. Ini ler gerangan nyer.. tapi.. ini gambar lama.. 

ketika Sara usia 2 tahun.. orang ramai cakap macam muka aku kecik2.. dulu.. yer lah .. dah anak aku kan.. tak kan muka macam anak jiran lak.. hehe.. itu lain lak kisah nyer.. huhu.. 

Wan Nur Arissa Maisara 



Seterusnya.. tinggal seorang lagi anak aku yang aku belum perkenalkan.. Taraaaaa.. ini dia anak ke 3 yang bernama Wan Nur Qalesya Mahirah.. kitorang sekeluarga panggil beliau Qalesya ... dia lahir pada tarikh yang aku betul2.. inginkan.. sangat.. akhirnya.. doa aku dimakbulkan lagi.. 11/1/11.. tarikh sama dengan kelahiran Dato' Siti Nurhaliza .

.Qalesya anak yang suka membantu aku membuat kerja rumah.. Dia juga paling beruntung sebab dapat menikmati keenakkan susu aku selama 2 tahun lebih seusia dia sekarang menjangkau 2 tahun 8 bulan.. Errmm.. rezeki anak ke 3 dapat breastfeed sampai sekarang sebab Baby Rayyan dah lahir.. Dia juga di gelar budak tetek.. sebab pantang nampak aku nak tetek.. hehe.. opss.. cerita 18SX lak.. ehehe.. 

orang cakap " udah ler.. dah besar.. tak kan nak berebut dengan adik nyer.. pulak .. kesian Baby..tapi..puas pujuk.. tak nak berhenti.. dia nak jugak.. huhu.. aku layan jer.. selagi dia mau.. dan selagi ada susu.. rezeki dia ler.. kurang sakit.. kuat antibody.. Di bawah ler.. orang nyer.. 

Wan Nur Qalesya Mahirah