Monday, 21 October 2013

Kisah Aku Hari ini ..Kenapa Menguap, Sangap ?

Hari ini hari Isnin, ramai orang kelaskan hari Isnin adalah hari yang membosankan.. 

Heyy.. tiap-tiap hari bosan kalau korang kawan dengan En. Bosan bin Blur tu.. kalau korang nak tahu.. aku di lahirkan hari ISNIN.. tapi.. aku hari ni nak cerita pasal " MENGUAP" "SANGAP" "YAWN".. jeng ...jeng.. jennnngggggggggg.. agak-agak suspen tak.. hehe.. sure korang cakap aku ni membosankan di Hari ISNIN.. hehe.

Aku siap check kamus lagi.. sebab nak pastikan perkataan "sangap" benar-benar wujud dalam kamus.. hehe.. 

Aku ingat lagi .. ketika aku dalam pasukan kawat ketika study dulu.. ketua aku mengamuk.. sebab ramai yang menguap.. dia herdek.. " Sesiapa yang SANGAP tadi sila keluar..!!" .. aku budak KL beb, aku tak pernah dengar dan tahu apa itu sangap.. please help me.. sorang pun tak nak keluar.. aku cuak gak sebab aku tak tahu aper maksud SANGAP.. ramai ler.. kengkawan aku keluar selamatkan team kami.. dan aku diam takut kena panggil.. siap buat muka confidence jer.. walaupun aku pun SANGAP / MENGUAP.. hehe.. 

Lepas semua dah kena denda.. aku dengan selamba tanya member yang kena denda tu.. " Eh..sangap tu aper?" dia kata .. MENGUAP ler.. Biler aku dengar ajer aku rasa kesian lak.. sepanjang aku dibesarkan sebagai budak KEY EEEEL.. aku tak tahu aper itu.. SANGAP.. siap tanya lagi.. Eh.. bahasa JAWA ker..hihi? atau orang JOHOR ajer cakap macam tu.. aku tak tahu ler.. beb.. hehehe.. padahal.. dalam hati.. (lega sangat sebab tak kena denda .. padahal aku ler.. yang meguap besor2.. tadi.. BUT.. aku tutup mulut tau.. takut SYAITOOON Nirajim.. masuk.. 

Aku nak cerita apa yang aku lihat hari ini.. aku dalam sebuah pengangkutan awam.. yang terkenal di Malaysia.. hehe.. LRT .. ada lah sorang mamat melayu ni.. muka lesu macam ngantuk ler.... sambil melihat orang masuk mencarik tempat duduk di dalam LRT, bermula lah episod yang aku menyampah nak lihat.. 

MENGUAP macam apak singa yang mengantuk lepas baham kambing gurun.. kot yer nak menguap pun tutup ler.. mulut.. ni..tidak.. sebesar2 mulut dikoyaknyer.. aku tengok dengan muka kesian.. sebab time tu.. aku macam boleh bayangkan berduyun-duyun syaitoon masuk dalam mulut itu mamat daaa.., ada yang berlari..ada yang menyanyi sambil berjalan.. ada gak yang kendong anak..huhu.. korang bayangkan .. hihi.. dapat bayang tak macam mana aku bayang.. hihi.. 

Aku dari kecik dah di latih .. kalau nak menguap.. tutup mulut.. nanti syaiton masuk.. agak-agak korang ler.. kenapa mak-mak kita cakap macam tu.. adakah mereka ibu bapa.. guru-guru.. mereka-reka cerita?.. erm.. meh kaji bersama-sama..

Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat Menguap - membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan nafas (sebab mengantuk dll); Mungkin pasal Kamus dah cakap.. Menguap tu.. bukak mulut lebar-lebar, korang pun semangat buka luas2 kasi orang semua nampak anak tekak korang dan apa yang lekat kat celah gigi korang yek.. ? salah tu..kalau baby menguap macam comel ler.. ni.. kan apak budak.. mak orang.. ehhe.. 

Sedar tak korang yang menguap ni berjangkit? Kenapa? korang tak percaya..?

Cuba duduk depan orang yang sedang menguap.. tetiba jer mulut korang ikut menguap.. So.. untuk buktikan kebenarannya.. pagi tadi..aku tengok mamat yang menguap macam apak singa tu.. aku dengan cekal hati.. kuatkan tenaga..rahang aku untuk tidak menguap.. hihi.. Syabasss. Orlylove.. aku berjaya tidak menguap.. so.. kata-kata orang yang menguap tu berjangkit semua tayul ker? huhu...meh kita kaji sama-sama.. Tapi kalau korang nak try buat ujikaji misteri ini, korang try ler.. Time korang hadir dalam mesyuarat, korang try menguap besar-besar sambil tutup mulut dengan tangan,, kasi semua orang nampak yang korang tengah menguap.. hehe.. lagi-lagi.. time CEO korang bentang budget 2014.. yang semuanya.. kena potong.. guna air kena potong.. guna tandas tak leh berak.. kena kencing jer.. nanti guna banyak air.. hehe.. Korang menguap.. sambil bunyi.. AAAAAAaaaaaa.. sure ramai yang akan mengikut menguap.. lepas tu.. korang senyum ler.. sebab korang dah berjaya dalam ujikaji tersebut.. hihi.. 

Orang kita biler menguap.. akan kaitkan dengan mengantuk.. ramai berpendapat.. Oxygen tak sampai ke Otak itu sebab kita menguap.. boleh jadi gak.. lepas tu.. ramai yang akan bersenam untuk mereleks kan otot2 badan supaya kita tidak mengantuk dan menguap.. tapi.. menguap jugak.. yarks.. aper sebenarnya.. menguap ni.. 

so.. lepas aku selidik serba sedikit.. tak ler.. sampai nak buat thesis.. ehhe.. 








Adap Ketika MENGUAP

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya :

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.

Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin.

Hukum Menguap.
Daripada Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w bersabda, "Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi "HAAA" maka syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari). 

Antara adab-adab menguap adalah:
1.    Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2.    Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di   luar solat
3.    Makruh mengeluarkan suara dan menggangkat bunyi ketika menguap
4.    Sunat megucapkan astaghfirullah selepas menguap

Menguap ketika solat lebih makruh berbanding dalam keadaan biasa kerana perbuatan tersebut menunjukkan seolah-olah kita tidak fokus terhadap bacaan dalam solat.Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w, "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka." - Riwayat Al Muslim.

Jelas sekali, islam menyuruh umatnya menahan daripada menguap sekali gus menahan syaitan daripada masuk ke dalam badan melalui mulut.

Lepas ni.. kalau anak-anak kecil menguap.. jangan lak.. cakap.. " ala tomei-tomei..".. hehe.. memang nampak comel tapi.. SAINS hanyalah kajian yang tidak ada penghujung....Rahsia Alam tetap di tangan ALLAH S.W.T.. 


Aku jumpa ni : klik sini untuk baca lebih lanjut..

Saturday, 19 October 2013

Kawan aku MENTALike..

Assalamualaikum, sebelum aku mulakan tentang topik yang aku nak share dengan you oulss.. ni.. Aku nak ucapkan Happy Birthday kepada Adik kesayangan aku.. Caoi.. Hari ni birthday dia.. 

Korang ada tak member yang suka cakap besar? Member yang suka berlagak dengan apa yang dia ada? Member yang cakap tak serupa bikin? sure ada tapi jangan jauhkan diri dengan orang macam ni.. sebab sebagai seorang teman atau digelar member, korang kena tolong dia.. sebab orang yang perangai macam ni.. dia sebenarnya.. psyco .. hihihi 

Aku nak cerita tentang seorang kawan aku sorang ni.. Opss ni bukan aku nak buka aib dia tetapi.. just nak share dengan korang yang aku terhibur dan suka kawan dengan dia.. sebab kalau time aku bosan, keliru tentang identiti diri.. aku akan kenang lawak-lawak yang aku lalui bersama 'dia'.. hehe.. 

Aku ni orang panggil minah Google.. sebab aku menjadi pandai dengan menghubungi pakcik dan makcik aku .. Makgoogle.. dan Pakgoogle.. huhu.. dapat share tak aku citer pasal makcik dan pakcik aku ni.. hehe.. aku bukan nak citer kisah korang tapi yang kawan yang sorang ni.. 

DIA akan bercerita tentang kehebatan dia.. keluarga dia.. pakcik makcik dia.. adik abang dia.. semuanyer.. hebat.. tugas aku hanya.. berkata " yer? best nyer..!.. Yerker?.. ok ler.. tu.. korang nak tau kenapa?.. setiap kali .. aku dan member lain bercerita tentang "KAMI" hebat..ooo.. panas member aku sorang ni.. dia kumpul tenaga batiniah dia dan semua memori indahnya dah di jana di dalam kotak fikiran MINDA dia.. dia pun akan cerita yang .. diaaaa lagi hebat.. dari cerita aku tadi.. huhu.. 

Kalau orang pakai barang berjenama seperti bag..pinggan mangkuk ker.. aper sajer ler.. yang member aku sorang ni.. dia akan berkata.. " ala aku ada bag macam ni.. tapi aku tak pakai.."   " kat rumah aku ada pakai pinggan macam ni.. tapi aku simpan.. tak pakai .." sayang katanya.. hihi... al-kisah dia.. semua orang ada.. dia dah memiliki.. asalkan orang nak beli.. dia dah beli.. asalkan orang dah pekena.. dia dari dulu dah perkena.. yang aku pelik nyer.. orang macam ni.. tak letih ker.. ? 

Tiap-tiap kali nak kenang kisah lawak.. aku akan kenangkan keindahan cerita yang member aku cerita semua kisah hebat dia.. tapi.. yang menjadi tanda tanya aku dengan member-member lain.. "dia tak sehebat mana seperti yang dia ceritakan.. " kami layan ajer citer dia.. 

Bermulalah aku minat untuk belajar selok belok perangai orang macam member aku ni.. nah aku dah jumpa..seorang pakar psychology share kisah penyakit psycho...nak lanjut klik sini 


Penyakit member aku ni..aku dah jumpa.. iaitu :

Psikotik (Psychotic Disorders)
Penyakit ini melibatkan kecelaruan kesedaran dan proses fikiran seseorang pesakit itu sehingga tidak dapat membezakan antara imaginasi dan realiti. Simtom yang selalunya timbul di dalam kategori penyakit ini adalah halusinasi (hallucination) dimana pesakit mendengar suara2, melihat gambaran, bau, rasa melalui lidah atau kulit yang tidak ada. Penyakit Schizophrenia ini termasuk di dalam kategori. Lanjut klik sini 
Setelah tau apa penyakit member aku ni.. aku pun naik risau.. sebab aku ni bukan terror nak berubat orang .. aku bukan doktor.. cuma yang aku fikir.. janganlah aku jadi macam DIA.. tapi.. pada pendapat aku ler.. penyakit pelik2 ni.. semua direka oleh orang kafir yang terasa diorang terror nak reka nama penyakit..pokok pangkalnya.. berbalik dalam ajaran Islam, kita jangan sombong, bongkak, riak, takbur,dan segala penyakit hati ler.. 

Selagi kita digelar mahluk Allah, kita ni kecil jer di sisi-Nya. Kalau kita suka bercakap besar.. riak dengan apa yang kita ada.. ini semua ujian daripada Allah untuk anda berada di atas.. pada waktu sekarang.. tetapi.. satu hari kalau Allah duga kita berada di bawah.. sama hinanya.. dengan orang yang tak de Iman dan taqwa.   

Bagi aku senang ajer.. setiap penyakit ada punca, kalau kita dah tahu punca penyakit tetapi kita tak nak buang penyakit itu, tugas syaitoon nirajim adalah membantu kita lagi HEBAT dari kalangan mereka bersaudara.. hehe.. Setiap perkataan yang aku taip ni.. semua untuk menyedarkan aku supaya lebih mendekatkan diri aku kepada Allah S.W.T. Amin

Wednesday, 16 October 2013

Air Liur Bayi Meleleh vs Petua Merepek tapi Mujarab..

Aku terpikir kenapa tajuk Album Rock Kapak seperti "Lagu Tangkap Leleh",,"Lagu Terbaik Slow Rock Meleleh" hehe.. Ada ker?.. aku reka jer.. huhu.. kalau cakap pasal leleh.. dalam sains pun.. sebut.. pasal rembesan air liur akan terangsang apabila melihat atau merasa makanan yang sedap.. atau sesuatu yang membuatkan kita terasa macam nak makan.. 


Sebenarnya .. hari ini aku nak citer pasal Bayi yang air liur nyer.. sentiasa meleleh... Anak aku ler.. tu.. Si Rayyan.. tapi.. tak ler sentiasa.. dulu time usia nyer.. dalam 3 bulan macam tu.. ada ler.. kerap.. tapi sekarang dah masuk 7 bulan .. air liur dia kadang-kadang jer.. tapi.. mungkin pasal baru tumbuh 2 batang gigi bawah.. itu ler pasal air liur meleleh.. sebab gusi membengkak dan kelenjar air liur dia berfungsi selalu ler.. ini fakta bukan auta tau.. hehe

Ketika baby Rayyan seawal usia 1-2 bulan, air liur dia sentiasa meleleh.. asal bangun ajer .. kompem basah baju nyer. aku kena pakaikan bib selalu.. kalau kain sure basah lenjun kata orang perak.. hehe.

Setiap kali jumpa orang ramai pasti soalan yang biasa mereka tanya, "ada ker benda yang aku tak dapat time mengandungkan Rayyan dulu?" aku gelak.. sebab bab makan.. hanya suami aku jer paham.. aku.. memang PANTANG nampak.. hehe.. asal aku terasa nak makan sure aku usaha carik.. tapi.. kalau di kenang-kenang nak di reka-reka.. ada ler.. 1 benda ni yang aku sebut-sebut tiap-tiap hari ketika melepasi sebuah pokok mangga jiran aku ni.. 
Aku akan bawak kereta sambil mendongak .. dan berkata kepada anak-anak ku yang lain.. " "Wah .. dah besar mangga ni kakak.. macam sedap jer.. " tapi aku tak teringin pun.. time tu memang aku tengah mengandungkan si Rayyan. 

Hari berlalu pantas.. Buah mangga yang aku dongak-dongak tu. dah hilang .. lesap.. sebab dah di petik oleh tuan nyer.. tapi aku tak kisah.. aku bukan nak pun.. cuma memang suka dongak tengok mangga tu.. cantik.. udah macam siku member jer.. bujur melentik nyer.. kikiki.. Sampai ler.. masanya.. dah nak masuk 9 bulan.ada banyak lagi mangga baru masak.. aku tak heran nak mintak ke apa.. tapi.. dok kata-kata macam cantik ler.. macam sedap ler.. Nah keluar jer si Rayyan.. air liur meleleh ajer.. agak-agak pasal tu ker?.. ermm..jawapan yang kabur.. 

Bila aku mengkaji dengan menggoogle.. aku jumpa banyak petua yang agak merbahaya untuk di lakukan. Korang boleh terpikir tak.. pasal petua orang-orang dolu-dolu ni.. walaupun merepek.. tapi bagi kebanyakkan orang yang telah mencubanya.. mujarab.. Wallahualam.. Allah kata Kun fa ya kun.. tapi.. moh kita listkan petua untuk hilangkan meleleh air liur anak ni.

  1. Caranya, u all hanya perlu lap mulut anak u all tu, dengan langsir umah orang yang kain langsir dia jenis tebal tu.. Alaaa.. kalau umah batu kan, langsir jenis tebal2.. bukan yang jarang2 tu.. Ohya, u all lap mulut anak u all tu, dengan syarat, tuan rumah tak tahu pasal tu.. hihi.. Lap tu sambil selawat & niat tak nak bagi air liur anak meleleh dah.. (^_^) - link
  2. curik garam kat rumah orang lain,amik sikit je pastu bagi baby rasa skit ..tapi jangan sampai owner garam tuh tau..- link (Petua yang sama makcik aku kasi tapi.. dia cakap.. curi gula kat kedai mamak.. hihi.. aku pikir sampai sekarang dosa mencuri ni.. huhu nak buat ker tak ? gulpp.. hihi) 
  3. Garam akan mencegah air liur meleleh berlebihan sehingga boleh mengalir keluar waktu tidur. Jika air liur sering meleleh, ia menandakan tubuh kekurangan garam. link  
{Rupa-rupanya.. ada kaitan tentang garam...nasib baik aku tak mencuri garam kat kedai Mamak.. nanti aku menjawab dalam Mahkamah Allah S.W.T }

** Garam amat penting untuk menghapuskan dagu berlapis. Apabila tubuh kekurangan garam, bermakna tubuh benar-benar kekurangan air.
Kelenjar air liur telah mengesan kekurangan garam dan terpaksa hasilkan lebih banyak air liur untuk melincirkan kerja mengunyah dan menelan serta membekal perut dengan air yang diperlukan untuk penghadaman makanan. 

SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI SAW :
  • Makan garam secuil (sikit dihujung jari kelingking) sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secalit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa senduk. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.

Garam mempunyai banyak fungsi selain daripada mengaturcara kandungan air tubuh. Disini dibentangkan fungsi tambahan garam yang sangat penting kepada tubuh:

* Garam adalah penangkis ‘histamine’ yang handal. Ia boleh digunakan untuk meredakan ‘asthma’ dengan meletakkannya sedikit di atas lidah setelah minum satu atau dua gelas air. Ia sama berkesan dengan ubat penyedut, tetapi tanpa keracunan. Anda perlu minum dahulu satu atau dua gelas air sebelum meletakkan garam di atas lidah.

* Garam adalah unsur hebat untuk “menentang tekanan”.

* Garam amat penting untuk melupuskan keasidan di dalam sel, khususnya sel otak. Jika anda tidak mahu menghidap penyakit ‘Alzheimer’, jangan berpantang dengan garam, dan jangan biarkan mereka bebankan anda
dengan ubat penggalak kencing berlanjutan buat selama-lamanya.

* Garam amat penting bagi ginjal untuk mengenyahkan asid berlebihan ke dalam air kencing. Tanpa garam yang mencukupi, tubuh akan menjadi bertambah asid.

* Garam amat penting bagi merawat ganguan emosi dan gejala kemaruk. Lithium adalah pengganti garam yang digunakan dalam rawatan kemurungan atau kesugulan. Untuk mencegah daripada kemurungan,
pastikan anda mengambil sedikit garam.

* Garam amat penting untuk memelihara paras serotonin dan melatonin di dalam otak. Apabila air dan garam menjalankan tugas lazimnya menentang pengoksidan dan mengenyahkan sisa toksin daripada tubuh,
asid amino penting seperti tryptophan dan tyrosine, tidak akan dikorbankan sebagai penentang pengoksidan. Di dalam tubuh yang sempurna airnya, tryptophan dapat dikecualikan, justeru memasuki tisu otak di mana ia digunakan untuk membina serotonin, melatonin dan tryptamine – saraf neuron penting untuk menentang kemurungan.

* Garam, amat penting untuk mencegah dan merawat barah. Sel barah akan dibunuh oleh oksigen; mereka adalah “organisma” anaerobik.

Mereka hanya boleh hidup dalam persekitaran yang kurang beroksigen. Apabila tubuh diairkan dengan sempurna dan garam mengembangkan peredaran darah untuk sampai di seluruh pelusuk tubuh, oksigen dan kegiatan sel kebal yang “terangsang” yang terdapat dalam darah akan sampai kepada sel barah dan musnahkannya. Apabila tubuh mengalami keadaan kemarau iaitu kekurangan air dan garam, gejala ini akan menekan kegiatan sel penangkis penyakit dan sistem kekebalan tubuh.

* Garam amat penting bagi mengekalkan kekuatan dan keteguhan otot. Kelemahan mengawal pundi kencing di kalangan mereka yang mengidap masalah kebocoran air kencing yang tidak direlakan mungkin disebabkan oleh kurang pengambilan garam.

* Garam amat berkesan untuk mengukuhkan dengupan jantung yang celaru, bertentangan dengan pandangan kolot setengah pihak yang mengatakan garam menyebabkan tekanan darah tinggi, ia sebenarnya amat penting untuk peraturan tekanan darah – bersama-sama dengan air. Sudah tentu, nisbahnya amat kritikal. Makanan yang rendah
kandungan garamnya serta minuman air yang lebih, pada setengah orang sebenarnya akan mengakibatkan tekanan darahnya yang meningkat.

Kerumitan lain boleh menyebabkan kesesakan nafas – seperti asthma. Logiknya mudah untuk difahami. Apabila anda minum tetapi tidak mengambil garam, air tidak akan kekal dalam peredaran dengan sepatutnya untuk memenuhi semua pembuluh atau terusan. Kepada setengah orang ini boleh menyebabkan pitam dan pada setengah orang
lain pula ia akan mengetatkan pembuluh – akhirnya akan menjerut bronkus di dalam peparu – sehingga meningkatkan tekanan darah dan ditambah dengan kerumitan sesak nafas. 

Satu atau dua gelas air dan sedikit garam – sedikit diletak di atas lidah – dengan segera akan menurunkan kadar kederasan dan “dengupan“ jantung dan dalam jangka masa panjang akan menurunkan tekanan darah dan pulihkan sesak nafas.

* Garam amat penting untuk peraturan tidur. Ia adalah penghayal asli. Apabila anda telah minum segelas penuh air, kemudian letak sedikit garam di atas lidah dan biarkannya demikian, anda akan tidur dengan nyenyak secara semulajadi. Jangan letak garam di atas lidah jika anda tidak minum air. Penggunaan garam sahaja berulang kali akan
menyebabkan hidung berdarah.

* Garam adalah bahan amat penting dalam merawat diabetes. Ia akan membantu mengimbangi paras gula di dalam darah dan mengurangkan pergantungan kepada insulin khususnya kepada mereka yang terpaksa menyuntik kimia tersebut untuk mengimbangkan paras gula di dalam darah mereka. Air dan garam akan menurunkan kadar kecederaan
sampingan yang dikaitkan dengan diabetes.

* Garam amat penting dalam kerja menjana tenaga hidroelekterik di dalam semua sel di seluruh tubuh. Ia digunakan untuk penjanaan kuasa setempat di tapak tenaga ATP yang diperlukan oleh sel.

* Garam amat penting bagi
memproses maklumat dan komunikasi oleh saraf neuron untuk menghantar isyarat setiap masa ketika otak berfungsi sejak awal lagi, dari peringkat janin hinggalah ke peringkat kematian.

* Garam amat penting bagi peresapan unsur makanan melalui saluran usus.

* Garam amat penting bagi pembersihan peparu daripada penyumbat mukosa dan lendir kahak, terutama bagi pengidap ‘asthma’, ‘emphysema’ dan ‘cystic fibrosis’.

* Garam di atas lidah akan hentikan batuk kering yang berlarutan.

* Garam amat penting untuk melupuskan ‘catarrh’ ( selaput mata) dan hidung tersumbat atau resdung.

* Garam amat penting untuk mencegah ‘gout’ dan sakit sendi.

* Garam amat diperlukan untuk mencegah kekejangan otot.

* Garam akan mencegah air liur meleleh berlebihan sehingga boleh mengalir keluar sewaktu tidur. Jika air liur sering meleleh, ia menandakan tubuh kekurangan garam.


* Osteoporosis (rapuh tulang), secara kasar, adalah akibat kekurangan air dan garam di dalam tubuh.

* Garam amat penting untuk mengukuhkan struktur tulang.

* Garam amat penting bagi mengekalkan keyakinan diri dan imej positif – “keterampilan peribadi” yang dikawal oleh serotonin dan melatonin.

* Garam amat penting untuk mengekalkan keupayaan perhubungan kelamin dan pergerakan tubuh.

********************************* PERHATIAN ******************************

* Garam amat penting untuk menghapuskan dagu berlapis. Apabila tubuh kekurangan garam, bermakna tubuh benar-benar kekurangan air. Kelenjar air liur telah mengesan kekurangan garam dan terpaksa hasilkan lebih banyak air liur untuk melincirkan kerja mengunyah dan menelan serta membekal perut dengan air yang diperlukan untuk penghadaman makanan. 

Peredaran ke kelenjar air liur ditingkatkan dan pembuluh menjadi “bocor” supaya kelenjar air liur boleh dibekalkan dengan air tambahan untuk membuat air liur. “Kebocoran” ini telah melimpahkan bekalan air jauh melampui kawasan kelenjar tersebut, mengakibatkan terbentuk takungan di bawah kulit dagu, pipi dan hingga ke leher.

* Garam amat penting bagi mencegah ‘varicose veins’ (urat mengkarung) atau urat labah-labah di kaki dan di peha.

* Garam asal mengandungi lebih kurang 80 unsur galian yang diperlukan oleh tubuh. Sebahagian dari unsur ini diperlukan dalam kadar sangat kecil. Garam asal yang tidak ditapis adalah lebih baik berbanding dengan garam biasa yang terdapat di pasaran. Garam biasa yang terdapat di pasaraya telah diraut buang unsur sampingannya tetapi
ditambah pula dengan ‘aluminum silicate’ untuk memberi garam bentuk pasir halus dan berongga. Aluminum adalah unsur toksin bagi sistem saraf kita. Ia dikaitkan dengan punca penyakit Alzheimer.

* Garam memang amat baik bagi tubuh untuk menangani asthma, tetapi potassium yang berlebihan boleh memudaratkannya. Terlalu banyak memakan buah oren, atau pisang atau sebarang “minuman sukan” yang mengandungi terlampau banyak potassium boleh mencetuskan serangan asthma, terutamanya apabila diambil sebelum senaman. Untuk mencegah serangan sedemikian, mengambil sedikit garam sebelum melakukan senaman akan meningkatkan keupayaan peparu untuk penukaran udara Ia juga akan kurangkan pengeluaran peluh.

Wajar dijadikan satu amalan baik untuk menambahkan sedikit garam ke dalam jus oren bagi mengimbangi aktiviti sodium dan potasium supaya tubuh dapat mengekalkan paras air yang sewajarnya di dalam dan di luar sel. 
dan sodium dapat diimbangkan.

Perbuatan terhadap minuman jus buah-buahan lain yang sama perlu dilakukan Sebagai panduan kasar, anda memerlukan 3 gram garam – setengah sudu kecil – bagi setiap 8 gelas air. Anda perlu ambil garam sepanjang hari. Jika anda bersenam dan berpeluh, anda perlu lebih banyak garam. Dalam cuaca panas anda perlu lebih banyak garam.

Dalam cuaca begini, garam akan membezakan antara sekadar hidup atau sihat segar, keletihan dan kematian. 

Amaran! Pada masa sama, anda juga tidak boleh ambil garam dengan berlebihan. Anda perlu mengimbang nisbah garam dengan air bagi kegunaan tubuh. Anda sentiasa perlu minum air dengan secukupnya untuk menyingkirkan garam berlebihan keluar daripada tubuh. Jika berat badan anda tiba-tiba meningkat dalam sehari, anda telah mengambil terlebih garam. Hentikan pengambilan garam untuk sehari dan minum banyak air untuk meningkatkan kadar kencing bagi menghapuskan bengkak air tersebut.

Kepada anda yang mengalami keruntuhan jantung – atau keruntuhan ginjal yang memerlukan dialysis – anda PERLU berunding dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum meningkatkan pengambilan garam anda.

Wah..tanggapan buruk terhadap garam makin meleset dengan info penting sebegini amat membantu aku yang selalu tidor air liur meleleh..hihi.. Garam kalau di letakkan sedikit dalam air teh tarik.. terasa lemak dan sedap.. cuba lah.. dan satu lagi..

Pengalaman aku berada di kuching Sarawak. Minuman kegemaran aku adalah air limau suam.. so.. aku order ler.. ketika bercuti di sana.. dari gerai pertama hingga ke berapa aku tak ingat.. semua peniaga di sana akan mencampurkan garam dalam air limau. sampaikan aku buat order" Tak nak letak garam yer.. " tapi.. mereka kurang faham kehendak aku.. aku kena layan gak air limau suam yang masam dan masin.. hehe.. kalau aku tahu info di atas dari dulu aku suka minum air limau bergaram.. baik untuk kesihatan.. 

Tuesday, 15 October 2013

Bawang Putih VS Bawang Merah.. Tak leh Bercampur.. Macam Dalam Filem Daa..

AMALAN PEMAKANAN SUNNAH

Amalan pemakanan yang betul mengikut sunnah Nabi S.A.W


Aku terpanggil untuk menulis tentang cara pengambilan makanan oleh Nabi S.A.W kerana aku baru menonton Tanyalah Ustaz di TV 9. Semua para tetamu agak terkejut disebabkan Ustaz mengatakan bahawa ‘Bawang Putih’ dan ‘Bawang Merah’ tidak boleh bercampur dalam makanan kita disebabkan Nabi S.A.W tidak menggalakkan atas sebab-sebab kesihatan. Disebabkan semua tetamu terkejut.. Ustaz pun membuat lawak..


La.. kan dalam Filem Bawang Putih dan Bawang Merah mereka suka bergaduh.. semua tetamu buat muka lega sebab Masakan melayu kita memang suka campurkan kedua-dua bawang ini untuk menaikkan rasa sedap..katanya.. Aku tak puas hati kenapa Ustaz member info yang selama 30 tahun aku hidup, tak pernah orang nak ambik kisah pasal bawang ni.. yang aku pernah dengar ada lah pasal daging.. dan ikan tak leh campur ajer..
Bila dikenangkan kenapa filem dolu-dolu..ada keluar kisah bawang merah dan bawang putih, kenapa tidak Halia dan Bawang merah.. ? .. Mungkin P.Ramlee ingin berdakwah ketika itu tetapi sehingga kini kita masih kurang arif tentang bawang merah dan bawang putih..  
Hasil risikan aku..aku telah menjumpai senarai perkara-perkara makanan yang orang kita kurang peka terhadap amalan sunnah..

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:- 

  • Susu & Ikan - Orang kita suka campur susu untuk mengganti SANTAN untuk menjaga kesihatan katanya,,. 
  • Cuka & Susu - untuk buat yorgat 
  • Buah-buahan & Susu - perasa untuk susu lebih sedap  
  • Daun Salad dengan Ikan - Setiap kali makan Ikan sure ada salad.. ada stail katanya..
  • Bawang putih dengan bawang merah - (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka) 
  • Daging segar dengan daging kering
  • Benda masam dengan benda berasid seperti cuka 
  • Cuka & Nasi 



  Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan. 

- Jangan mandi air suam lepas kenyang (Amat bahaya kalau kita makan makanan seperti di atas)

- Senaman sebelum makan . (Ini yang kita selalu lakukan. Lepas senaman, kita makan Nasik Kandar..Tepi longkang .. Nala nya.. kuah banjir.. .hehe..) 


- Jangan bersenam atau berjalan selepas makan tengahari 

- Jangan makan buah selepas makan. (Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk hadam makanan dalam perut kita.) 

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi) 

- Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi) 

Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah. 

Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit. 

Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua. 

kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah.. 

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. 

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Dibawah adalah cara dan Sunnah Rasullulah.. tentang pengambilan makanan dan cara yang sihat.


1 . Jangan Makan/Minum Susu bersama salah satu (atau semua) berikut;  Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad 


 2. Cara Makan Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika  mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.


 3. Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya  makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan   makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. 

Jika dimakan  bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut),  buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan  fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala   makanan dalam perut berlaku secara sendiri. 



 4. Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor) 


 5. Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi  menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda  kolesterol dalam badan


 6. Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur  makanan    darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+    dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus     manusia. 


 7. Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan  enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu  dalam proses pencernaan makanan. 


 8. Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.


 9. Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam  merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam  asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). 

Jadi, pengambilan  garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid  mencukupi bagi mencernakan makanan.  Kebanyakan efek negatif garam  seperti diwarwarkan dunia kini  adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

10. Cara Minum 
-  Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk. Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan. 

        Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. 

Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan pathogen dalam badan lalat.

10. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu. 

11. Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. 

Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods". 

      Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik. 

  
Tahukah Anda Apa Yang Kita Tahu, Apa Yang Kita Tidak Tahu?

Kita tahu... 

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapatkan vitamin B, kalau nak tambah darah dalam badan, kita kena makan hati haiwan atau hati ayam. 

Kita tidak tahu..

Sebenarnya Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. 

maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kita tahu... 

Kita diajar di dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. 



Kita tidak tahu...

sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad s.a.w selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Malahan, Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka. 

Kita tahu... 

kita diajar kambing mempunyai tinggi kolesterol. 



Kita tidak tahu... 

Kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad s.aw. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Yang sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 




Kita tahu... 

kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus. 


Kita tidak tahu...

sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG, kolesterol dan paling banyak lemak tepu trans. 

Kita tahu... 

para kafir juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. 

Kita tidak tahu... 

Coke tu sangatlah beracun, ianya sangat tidak bagus untuk kesihatan. ini kerana ianya mengandungi paras gula tinggi, sifatnya yang berasid, pH dalam lingkungan 3.5, malahan ada racun tersembunyi. 

Kita tahu..



Mereka mengwar-warkan kebaikan minum soya. sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar. 


Kita tidak tahu...


Sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita.

Soya juga ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.

Agak-agak.. apa agenda Yahudi tentang Susu Soya Pengganti Susu Lembu untuk Bayi?.. Kecil-kecil lagi kita dah di suruh minum susu lembu atau susu soya.. walhal.. SUSU IBU adalah terbaik di kalangan semua keluarga susu.. renung-renungkan dan selamat beramal.. ubahlah cara pemakanan kita untuk kita hidup sihat. 

Sempena hari baik dan bulan yang mulia ini.. Aku Orlylove mengucapkan 

"Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat" 
Semoga pengorbanan tahun ini adalah yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..