Wednesday 22 July 2015

PEMBETULAN SCAMMER TU SIAPA???? MEMANG GEMPAK

Rentetan dari Kejadian ORLYLOVE kena PRANK dengan SCAMMER HJ (HARAM JADAH) tu.. 

Baca SINI.. Orlylove dapat teguran dalam FB dari Member kolej Orlylove dulu.. yang mengatakan bahawa beliau kenal sangat dengan muka lelaki yang menipu menjadi SCAMMER ni.. Jengg.. jengg ..jengg.. OMG.. hehe.. saper tu???

Beliau kata.. muka tu gambar Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.. - YB. Datuk Abdul Rahman Dahlan.. 


Yes.. I kenal You Tok.. hehe..lepas member I kasi tau.. huhu.. Sorry yer.. Datuk.. saya tak tahu itu Datuk.. kalau SCAMMER guna muka DS. NAJIB .. mungkin saya tau mereka menipu.. hehe..Orlylove Mohon AMPUN dan Maaf sebab Guna bahasa KASAR untuk mengutuk orang yang menggunakan MUKA DATUK untuk MENIPU RAKYAT MALAYSIA.. But Macam Terjatuh CINTO lak.. mula-mula.. dengan DATUK.. kekeke.. Opss.. STOP ORLYLOVE.. hehe.. 

So.. Lepas ni.. I kena ALERT ler.. semua muka MENTERI lain yang akan menjadi MANGSA penipuan di INTERNET.. hehehe.. 

TERIMA KASIH My Friend.. sebab kasi pencerahkan SIAPA lelaki HANDSOME dalam GAMBAR itu.. hehe.. 

Dan Sehari selepas Orlylove MENYIARKAN BERITA SCAMMER HARAM JADAH NI.. Orlylove terbaca bahawa ada tangkapan di BUAT DI PENANG tentang SCAMMER PENIPU DI INTERNET..

YES.. SYABAS POLIS MALAYSIA.. GOOD JOB.. 

So.. kepada semua RAKYAT MALAYSIA.. Tolong ler.. jadi orang yang prihatin tentang perkara-perkara begini.. dan rajin-rajin ler.. buat REPORT POLIS.. supaya pihak berkuasa.. boleh mengambil tindakkan sewajarnya.. kepada semua PENIPU Ni.. 

Yang Orlylove GERAM sangat.. ORANG MALAYSIA.. MENIPU SAMA macam ORLYLOVE KENA.. 

CALLER NAMA ZARINA .. tapi Suara CINO MALAYSIA.. siap ada suara budak kecik nangis lagi belakang.. DIA MINTA masukkan duit CASH sebanyak 2000USD KE ACCOUNT :

CHIN CHOY FAH
BANK NAME : AMBANK 
ACCOUNT : 8881002509312

Hati-hati semua.. 



GEORGETOWN - Lima penuntut Nigeria dan dua wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam jenayah penipuan internet dengan nilai mencecah RM2.4 juta, ditahan dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kuala Lumpur susulan laporan polis dibuat di sini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata,‎ kelima-lima penuntut jurusan teknologi maklumat sebuah kolej swasta terkenal di ibu negara berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan di beberapa pangsapuri di Petaling Jaya, Cyberjaya, Damansara dan Kuala Lumpur pada 30 Jun lepas.
 
Susulan penahanan itu, polis menahan dua wanita tempatan yang masing-masing berusia 40 dan 55 tahun yang merupakan pemilik akaun bank yang digunakan sindiket berkenaan katanya di sini, hari ini 
 
Beliau berkata, polis turut merampas lima set komputer riba serta 20 telefon pintar, kad  pengeluaran automatik (ATM), kad sim, serta beberapa dokumen yang digunakan sindiket berkenaan untuk menipu orang ramai.
 
Azmi berkata, polis melancarkan Ops Merpati itu selepas menerima laporan daripada seorang pemilik kilang ais di Georgetown yang mendakwa ditipu kumpulan berkenaan.
 
Beliau berkata, lelaki berusia 62 tahun itu mendakwa menerima e-mel daripada sindiket berkenaan pada Mac lepas yang memaklumkan beliau terpilih menerima dana sebanyak RM15.9 juta daripada kerajaan Amerika Syarikat.
 
"Kandungan e-mel itu juga memaklumkan beliau merupakan seorang daripada 50 pemenang bertuah di seluruh dunia dan perlu mengikut arahan seterusnya jika tidak mahu nama disingkir daripada senarai pemenang.
 
"Mangsa yang terpengaruh dengan tawaran itu kemudian melakukan 51 transaksi kepada beberapa nombor akaun yang diberikan sindiket itu sebelum menyedari beliau ditipu dan membuat laporan polis," katanya.
 
Azmi berkata, siasatan awal polis mendapati sindiket terbabit menipu orang ramai di negeri ini melibatkan lebih RM2.4 juta dan polis juga mengesan beberapa transaksi lain yang mencecah lebih RM1 juta yang dimasukkan dari negara jiran. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/semasa/tipu-lima-penuntut-nigeria-ditahan-1.408241

No comments: