Monday 28 October 2013

GULA TAK ADA .. STEVIA ADA.. Hello Stevia..

Kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar pemakanan tentang keburukan gula. 



Antara penyakit-penyakit dari kemanisan gula :

• Penyakit Jantung 
• Kanser - Sel-sel kanser subur dengan gula 
• Kencing Manis 
• Jerawat 
• Candida Albicans - Gula boleh menyebabkan jangkitan vagina 
• Melemahkan Sistem Imun - 24 sudu teh gula boleh mengakibatkan 92% sel darah kurang berkesan 
• Kerosakan Gigi - 8 dari 10 kanan-kanak menjadi mangsa 
• Cepat Tua 
• Kegemukan 
• Sakit Sendi 
• Osteoporosis 
• Batu Karang Hempedu


Diantara penyebab gula menjejaskan kesihatan anda : 


• Gula boleh melemahkan sistem imun 
• Gula boleh mengganggu imbangan galian dalam tubuh 
• Gula penyebab hiperaktiviti, gelisah dan kenakalan kanak-kanak 
• Gula menjejaskan pencapaian kanak-kanak di sekolah 
• Gula boleh melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria 
• Gula boleh merosakkan buah pinggang 
• Gula boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan kanser dubur 
• Gula menjadi faktor kanser pundi hempedu 
• Gula boleh menyebabkan kanser kolon, dengan risiko lebih tinggi terhadap wanita 
• Gula boleh menyebabkan perut berasid

PERKENALKAN PENGGANTI GULA dan KEMANISAN HIDUP ANDA SEKARANG SUDAH DI TEMUI.. 

Aku baru mengenali daun Stevia apabila seorang rakan cina aku menyuruh aku mencuba daun stevia ni.. dia suruh aku ambil air kosong..(RO),, letak sedikit daun stevia dalam bekas air aku.. sebesar 2 liter .. aper korang pikir aku nak cakap..hihihi.. 

MANIS TU .... tak perlu banyak.. hanya 4-5 helai jer aku letak. aku guna yang dah keringnye.. 



Kegunaan Stevia

Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. 

Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. 

Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. 

Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.


Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.

Khasiat Stevia
  1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
  2. Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes danhypoglycemia.
  3. Melawaskan pembuangan air kencing.
  4. Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
  5. Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
  6. Membantu sistem penghadaman makanan.
  7. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  8. Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
  9. Mengurangkan masalah keradangan.
TERIMA KASIH PAK AJIB.. NAIKKAN HARGA GULA.. KAMI SEPAKAI nak naik Cameron carik DAUN STEVIA.. jangan lak.. nanti daun ni.. jadi daun terlarang untuk di tanam.. udah macam daun KETUM.. Cantik tak Kak Tonnnn.. hehe. 

Alamak.. tak yah tempat sejuk aa.. nak tanam daun stevia.. meh klik link ni.. Nanti nak carik ler.. daun ni.. aku nak tanam tepi rumah.. huhu.. aktiviti baru dalam hidupku.. 

No comments: