Wednesday 10 February 2016

PERGINYA SEORANG TEMAN..

Assalamualaikum.. Agak lama jugak page ni tidak di update sebab kekangan masa aku yang kurang memberi peluang.. sampai melepasi TAHUN 2016 dah pun.. tapi hari ini aku mendapat peluang untuk aku meluahkan coretan Orlylove di sini..
 
Noordimah Nordin teman seperjuanganku dalam Puteri UMNO telah pergi bertemu PenCIPTA malam semalam.. 8/2/2016 dalam jam 11 malam.. aku panjatkan doa dan sedekah Al-fatihah supaya rohnya dicucuri rahmat dan di letakkan dikalangan orang-orang beriman..
 
Dimah.. banyak permintaan terakhirmu aku tidak tunaikan disebabkan kekangan MASA.. dan aku berjanji.. aku akan perhatikan Damia untukmu,., aku akan jaga ibumu selagi aku mampu..
 
ketiadaanmu membuatkan aku sedar bahawa.. ketika kau perlukan AKU.. aku leka dengan kehidupanku.. tetapi maafkan aku.. aku tidak tahu bahawa kau akan meninggalkan kami semua secepat ini..
 
Maafkan AKu.. Salam Takziah kepada keluargamu dan aku doakan kau tenang di SANA.

Aamiin..Aamiin  Aamiin..

No comments: