Saturday, 22 March 2014

PERCAYA ATAU TIDAK...MUNGKIN WANITA PULANG UMRAH DAKWA NAMPAK PESAWAT MH370 ATAS LAUT ANDAMAN... JANGAN PERLEKEH "ILHAM" DARI ALLAH SWT

Wanita Pulang Umrah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat MH370 Atas Laut Andaman


Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang daripada menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman, dipercayai penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac, ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi hari sama.


Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, beliau memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi tidak diendahkan.
Raja Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.
“Saya nampak macam kapal terbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga,” kata ibu kepada 10 orang anak itu dipetik daripada portal Mstar Online.
Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin televisyen di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.
“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya,” katanya.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
“Buat apa saya hendak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah,” katanya.
Hanya pada 14 Mac lalu dia membuat laporan polis akan apa yang didakwa disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.
Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.
Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.
“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.
Raja Dalelah berkata, apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.
“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.
“Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis,” katanya sambil menambah “anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan.”
Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.
Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.
“Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air,” kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan, seperti dilaporkan Mstar.
Pesawat Boeing 777-200 ER ketika hilang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, China.
Hari ini masuk hari ke 14 pesawat MH370 itu dicari dengan bantuan daripada 26 negara. – 21 Mac, 2014.

PENDAPAT PERIBADI ORLYLOVE :  
SEMASA KITA SEMUA MEMERLUKAN PERTOLONGAN ALLAH.. MUNGKIN INI "PETUNJUK" UNTUK KITA SEMUA SETELAH KITA BERDOA dan Bersolat Hajat..Allah memberi pertunjuk dengan pelbagai cara dan menurunkan ILHAM kepada Umat-Umat-NYA yang terpilih.. Kalau kita PERCAYA.. dengan mata kasar tidak NAMPAK..orang yang terpilih boleh melihat dengan MATA IMAN dan HATI.. 

PETUNJUK di laut Andaman telah Nyata.. teruskan berusaha mencari wahai pasukan SAR.. kami sebagai RAKYAT akan teruskan berdoa supaya.. apa yang di JANJIKAN SETELAH KITA BERUSAHA DAN BERDOA.. di MAKBULKAN oleh ALLAH yang ESA.. 

Ehsan dari TT
Post a Comment